Hasil carian google, inilah beberapa gambar buat tatapan.
Ramai yang sudah dapat dijejaki. Mujur ada FB.
Dewan budaya, banyak aktiviti di sini, antara yang paling saya suka menonton teater. Sebenarnya seronok menonton teater, ianya langsung dan terasa akan keberkesanan watak yang disampaikan.
Laluan pintu masuk dekat padang minden. Sesekali keluar ikut pintu ini, ikut kelas aerobik yang dikendalikan NGO luar, memang seronok.
Masjid ini, antara laluan utama keluar masuk ikut pintu utama. Saya dan Lina selalu berjalan kaki melalui masjid ini. Ada banyak juga gambar kenangan sekitar sini. Rindu sungguh saya mahu kembali ke USM, rupanya sudah hampir 10 tahun berlalu. Antara kenangan di masjid ini, saya bersama Lina berbuka puasa, mencuba berbuka makan dalam dulang. Juga hari Raya Haji tahun akhir pengajian, solay sunat Aidil Adha, tidak dapat pulang kerana hari raya ke dua sudah ada peperiksaan akhir semester. Masih segar dalam ingatan saya kami hanya makan maggi dan biskut sahaja sempena raya. ;D.
Petang-petang selalu juga berlari-lari di sini bersama Lina. Mek Lina, ke mana dikau, belum timbul-timbul lagi. Teman rapat saya yang berasal dari Tawau Sabah. Banyak kenangan manis bersama, kami rapat sehingga habis pengajian. Dua tahun kebelakangan ini saya kembali tidak dapat menjejaki Lina. Lina kalau baca entri ini, hubungi segera ya.
Laluan utama sebelum sampai ke pulau.
Padang Kota.
5 comments:
assalamualaikum mas.
mashaallah... mas ni macam sengaja je mengajak kakchik mengimbau nostalgia di sana.
itulah tempat-tempat yang selalu kakchik kunjungi cuma stadium je jarang sekali sebab jauh. kalau ada hoki games baru kakchik pergi.
kenangan... oh kenangan
Akak, mai la turun penang..leh p round2 USM balik. p tengok FAjar BAkti yang dah cantik byk skg ni.
kak chik
salam kembali, belajar sana juga rupanya,
dayah
dayah kerja penang ke,
kalau ada masa bolehlah amik pic area bakti tu,, buat pengubat rindu
kami (jounalism group tgh rancang dari thn lepas lagi buat ghatering tu lah belum lagi jadi)
hmm baguslah dayah masih ada sana, bestnya,, kak mas dah 10 thn tak ke sana tu rindu meluat2
tambah2 lagi kwn dah ramai dpt jejak balik..
kak mas..saya mmg org penang, belajar kat penang, keja kat sini, kwin dan terus menetap kat sini.keja kat byn lepas..lunch time kdg2 rajin jugak p makan kat usm tuhh...
dayah
nanti suggest tmpt makan yg bes2 yer
kalau buat entri bergambat blog dayah pn kak mas suka
gambar2 terkini sekitar fajar bakti
rindnya pada usm meluat-luat ;D
Post a Comment