1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda:
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa! menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yg membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan
kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan
apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi' alaa Kulli Halin
Wa Astaghfirullah" Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku
mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia
bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang
aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti
darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir
kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka,maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta
menjaga sembahyang dan puasanya).
15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda,
"Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w.
"Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa
wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia
kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya(10, 000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t.mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
di kira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat
untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki
yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya
selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan
baginya ada lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana
saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia,
disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan
minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya,
memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan
hartanya pada suaminya kerana
mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap
kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya
dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang
hamba. Pada hari Qiamat
kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya
atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke
mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang
dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat
isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan
penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya
membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh
api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta
sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga
suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu,
maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada
keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat
(kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati
suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi
jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu.
Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab
mereka,"Tidak" Sabda Baginda, "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu
ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan
berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat
orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan
berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan
api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang di buat
dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang di
buatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas
takhta di hari akhirat."
48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya
itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai
rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan
menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya."
50. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut
dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan
memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah
taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari
api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita .
1 comment:
suka lah baca ni.. sesuai utk semua.
Post a Comment