Monday, June 29, 2015

10 aktiviti kekal produktif walau di rumah

Teks:Masayu Ahmad
Baca naskah persediaan www.janawangdirumah.com

Lebih banyak ebook di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Alhamdulillah, sudah pun Ramadhan ke 12, betapa masa begitu pantas bergerak. Saya kembali posisi menyiapkan manuskrip seterusnya.

Masih lagi mengemaskini 32 iklan dalam ebook 10 langkah mudah bina kedai online. Ini manuskrip terbaru yang sedang disiapkan.

Juga lagi lima manuskrip untuk buku. Mohon doa kalian agar penerbitan kali ini lebih lancar lebih mudah.

Berikut 10 aktiviti untuk meransang kita kekal produktif di rumah.


1. Bekerja dengan matlamat.

Selalu saya ulang dan ulang, apabila kita bekerja sudah tentu kita mahu capai matlamat yang jelas. Sama ada matlamat yang kecil atau matlamat yang besar. Contoh matlamat yang besar, mahu berhijrah puang ke kampung dan menikmati hari yang lebih fleksibel dan bebas. Pun begitu masih boleh menjana pendapatan tanpa had.

Jika sekarang ini kita masih bekerja dengan majikan berapa pendapatan bulanan yang diperolehi? Tanya kembali diri sendiri berapa pendapatan yang kita mahukan apabila bekerja sendiri. Ia tanpa had. Namun perlu realistik berapa sasaran dan berapa mahu capai. Apabila meletakkan sasaran, maka perlu jelas untuk bekerja capai matlamat tersebut?

Contoh dalam tempoh 6 bulan perlu ada peningkatan walaupun tidak drastik, ia ada perkembangan. Sekiranya tidak ada sasaran kita bekerja ibarat tidak ada kayu ukur dan garis matlamat. Apabila capai sasaran bagi reward atas usaha. Tingkatkan lagi dan capai lagi. Begitulah seterusnya.


2. Berkembang secara konsisten.

Kejayaan mengambil masa. Saya belum jumpa seorang yang sukses berjaya dalam satu hari, satu malam, satu bulan dan satu tahun. Kejayaan juga menngambil masa, dan kejayaan itu juga adalah subjektif bagi setiap individu.

Sunday, June 28, 2015

Madrasah Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad


Hari ini kita sudah pun memasuki Ramadhan ke 11. Alhamdulillah atas nikmat dan rahmat. Kasih sayang Allah tanpa sempadan. Ramadhan kali ini lebih bertenang-tenang. Lebih mahu imbangan kepada anak-anak.

Apa khabar kalian? Terima kasih kerana masih meluangkan masa di sini. Saya mohon kemaafan kerana tidak ada entri banyak hari.

ALhamdulillah, Ammar sepenuhnya sudah selesai untuk satu kes dan dibuka untuk kes seterusnya berkaitan Urology pula. Ketika menulis ini lagi seminggu untuk susulan bagi pembedahan sebelum ini.

Ada tiga kali pembedahan, iaitu ketika 24 jam sebelum kelahiran Ammar, kemudian pembedahan ke dua memakan masa 10 jam, pembedahan ke tiga hanyalah 5 jam.

Untuk saat ini Ammar sudah ceria dan aktif. Dilihat pada zahirnya Ammar anak yang baik dan mudah sekali dijaga. Saya membuat keputusan untuk berkongsi di sini,ia mungkin catatan untuk bacaan diri sendiri dan mahu sekali membukukan sepanjang kisah Ammar.

Saya bukanlah sebetulnya mahu ehsan, tetapi sekadar catatan kenangan untuk bacaan pada masa hadapan. Alhamdulillah.

Saya mengambil rehat lebih kurang sebulan tidak menulis dan juga menyelesaikan ebook. Sehinggalah tempoh Ammar sihat sepenuhnya. Pun begitu, senarai kerja ringkas saya selesaikan seperti biasa.

Hari ini boleh duduk bersila dan mula menaip di sini. Bulan Julai nanti sesi ke dua perbincangan dengan pakar berkaitan status buah pinggang. Buah pinggang Ammar berada pada tahap 3 dari 5 tahap. Masih banyak yang sedang saya cari bahan berkaitan buah pinggang, rasanya mahu membina satu grup khusus untuk ini bagi kes bayi yang mempunyai kes yang sama dengan Ammar.

Allah itu maha penyayang.

Paling lama menghuni wad ialah ketika Hakim kecil, iaitu 8 kali dalam tahun yang sama. Kami berpindah bilik dan katil. Sehingga penghujungnya kami berada dalam wad ekslusif hih.

Wad kecemasan itu adalah biasa bagi saya. Pernah juga jam 3 pagi kerana Hakim sesak nafas, saya pandu keseorangan membelah bukit langat. Manakala anak-anak yang lain, en.suami yang jaga.

Itulah kita wanita dan ibu, apabila melibatkan soal anak, hati mudah tersentuh.


Adik Yaya.

Perkongsian sejak beberapa hari ini kes adik Yaya didera oleh ibu tiri yang tidak punya hati dan perasaan. Apalah tergamak dilakukan kepada anak yang masih kecil itu. Hati menangis dan tersentuh. AllahuAkbar, moga dihilangkan kesakitan kamu wahai anak. Allah itu Maha Adil dan Penyayang.

Thursday, June 18, 2015

Matlamat perlu jelas

Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com
www.akademibekerjadirumah.com/shop


Matlamat yang jelas, disiplin yang tegar, keupayaan untuk fokus dan konsisten.

Tiga perkara ini selalu saya sentuh. Apabila mahu bekerja dari rumah apakah tarikh yang jelas untuk kita sampai. Berapakah yang kita sasarkan secara bulanan. RM3K, RM5K, RM10K dan sebagainya.

Apabila matlamat jelas, maka kita rancang dan sasar pula pelan tindakan.
Sangat berbeza orang yang sukses dengan yang main-main ialah. Bekerja dan bertindak dan tahu mahu capai apa, bagaimana dan bila. Itu sebab ada usaha, doa dan tawakkal.

Allah tidak melihat kepada hasilnya, tetapi Allah memandang sesiapa sahaja yang berusaha dan tidak kenal erti putus asa. Tugas kita sebagai khalifah di bumi Allah, menyempurnakan tugas sebaiknya. Manakala rezeki itu pula apabila ia tepat masa ia akan datang dan sudah tentu ia sangat mesteri.

Setiap hari kita bangkit dan mahu menyempurnakan sebaiknya. Kita lakukan kerana ada matlamat yang mahu dicapai, tanpa ada gangguan. Rakan kita malas kita tidak ambil peduli, rakan kita bertangguh ia tidak terpalit sama. Tetapi biarkan perkara positif yang ada pada diri kita ini terbias kepada rakan rakan yang lain. Itu juga dakwah tanpa sedarkan.

Kita memaksimakan masa yang ada dengan tidak sia-sia. Berpagi menyelesaikan tugas dan pada masa yang sama mampu meraih peluang kemeriahan di bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah inilah peluang yang ada pada suri, masa yang berkualiti dan  fleksibel.

Moga Allah mengampuni kita semua dan tidak lalai dengan masa yang ada.

Alhamdulillah salam 2 Ramadhan.

Wednesday, June 17, 2015

Tekad Berhenti Kerja

Susunan: Masayu Ahmad
Sumber: Ebook Yeay! Mama Sudah Resign.
Dapatkan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Januari 2010, saya menghantar notis perletakan jawatan yang  berkuatkuasa tiga bulan selepas itu. Maka, secara rasminya saya berhenti kerja pada 1hb April 2010. Pada saya, rezeki bukan di situ sahaja. Ia ada di mana-mana atas izin Allah. Lagi pun, setelah hampir 6 tahun berada ditempat yang sama, saya mulai merasa tepu. Saya perlukan suasana baru untuk pembangunan kerjaya dan masa depan saya.
Dania dapat merasai perbezaan rutin harian kami. Tidak lagi perlu dikejutkan seawal 7.00 pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh. 24 jam, tujuh hari seminggu kini Dania bersama dengan mama.
Bermula dari saat itu, saya mula menikmati hidup sebagai surirumah beranak satu. Saya hamil anak kedua beberapa bulan selepas saya berhenti kerja. Saya sangat gembira kerana saya bebas menentukan masa saya seperti balik kampung dan adakala mengikut suami outstation.
Namun begitu, saya tidak duduk goyang kaki sahaja. Saya menjalankan perniagaan secara kecilan dan menjalankan pemasaran secara online melalui blog dan facebook.
Setelah kami berpindah ke Semenyih pada bulan Julai 2013, saya mula merasai susah untuk keluar berjumpa pelanggan dan rakan kongsi. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan tersebut dengan menjual produk sahaja melalui Blog, Facebook dan Instagram. Saya berpuas hati hanya menjalankannya dari rumah sahaja. Malah kini bergabung dengan lebih ramai surirumah yang menjana pendapatan dari rumah.
Asas persediaan berhenti kerja.
1.      Dapatkan maklumat program atau komuniti bekerja dari rumah. Bergabung dengan kumpulan sokongan.
2.      Perbincangan dan restu suami sangat digalakkan sebelum membuat  keputusan berhenti kerja.
3.      Fokus untuk mencari apa sumber yang boleh membantu menjana pendapatan walaupun berada di rumah.
4.      Pilih jenis kerja atau bisnes yang mempunyai keserasian dengan diri dan berupaya meransang untuk terus mendapatkan sumber pendapatan.
Kelebihan bekerja sendiri
1.      Belajar untuk berdikari menentukan pendapatan sendiri.
2.      Bebas urus masa dan fleksibel untuk bekerja.
3.      Dapat mengimbangi semula urusan keluarga.
4.      Tidak perlu lagi menghantar anak kepada pengasuh.

Tuesday, June 16, 2015

Ramadan yang istimewa

Teks: Masayu Ahmad


Alhamdulillah, Ramadhan kali ini sungguh istimewa kerana menyambut berdua bersama anakanda Ammar bersama pesakit-pesakit cilik yang lain.

Ammar sudah memasuki hari ke 6 masih berpuasa. Kesihatan makin stabil. Harapan ini moga esok atau luas kita sudah boleh keluar wad dan pulang untuk bersama merai Ramadhan dengan kakak dan abang Hakim, Arif dan Aiman.

Ibu tersa sangat rindu pula.

Minda seolah kembali membuat tayangan kisah lama. Ketika menyambut 1 Hijrah dan tahu baru di wad bersama kakak Arissa. Tika tu juga pengalaman hampir sama iaitu menghabiskan masa berpantang di ICU.

Alhamdulillah, ibu tidak pernah melihatkan ini sebagai dugaan. Namun ia kenangan manis dalam catatan perjalanan membesarkan anakanda ibu sekalian.

Juga teringat bagaimana selepas berhenti kerja lantara pada tahun 2007 abang Hakim berterusan masuk wad. Sepanjang tahun itu lebih kurang 8 kali keluar masuk wad.

Itu sebab sekiranya anak sakit, ibu seolah merasakan keadaan ini sudah sebati dan bersedia untuk menjalani rutin di hospital.

Ujian kasih sayang

Ibu selalu melihatkan ini kasih sayang yang diberi Tuhan. Alhamdulillah ibu masih mampu untuk menggalas. Ia masih berada dalam kemampuan, insya-ALlah.

Anakanda Ammar masih lena, apabila bangun mulutnya muncung kerana merajuk. Sangat mahu makan, tetapi perlu akur bahawa Ammar masih perlu berpuasa. Bersabarlah sayang hanya beberapa hari sahaja lagi.

Jika sebelum ini ibu malas mahu berkongsi kepada umum, kali ini merasakan lebih terbuka untuk bercerita di sini.

Sekurangnya nanti boleh baca kembali kisah anakanda Ammar. Insya-Allah.

Monday, June 15, 2015

Iqbal sudah tidak ada

Teks: Masayu Ahmad
pn.masayu@gmail.com
www.akademibekerjadirumah.com/shop

"Iqbal sudah tidak ada."

"Jam berapa?"

"Pagi tadi sekitar 1. 30."

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Iqbal sudah tentunya antara kisah yang berada dalam sekitar memori saya.

Sama-sama menghuni wad hujung dan paling lama ia lebih kurang setahun. Manakala Ammar keluar masuk. Tok Penghulu gelaran bagi mana-mana penghuni paling lama.

Menghidapi penyakit jantung. Ibunya sarat mengandung dan mengasuh Iqbal tanpa jemu. Dalam keadaan sarat hamil,

"Tak mengapa, beruntunglah ada anak syurga," saya suka mengulang-ngulang ayat ini. Ya, memang betul beruntunglah ada anak syurga yang akan membantu kita nanti di sana.

Mama iqbal hanya tersenyum,  Selamat beradu Iqbal. Moga ketenangan milkmu jua.

Ammar kembali pulih

Banyak statu saya tentang Ammar. Alhamdulillah pagi ini Ammar semakin sihat dan positif. Harapnya dapat pulang Rabu nanti. Ammar hanya perlu berak dan kentut sahaja. Setakat jam saya menulis ini Ammar masih berpuasa.

Di saat melihat makanan, mulutnya muncung menunjukkan pada saya. Sabar ya nak, nanti ibu bagi makan. Sabar dahulu hingga Ammar boleh makan. Sudah tidak lama sahaja lagi.

Ammar juga pernah mendiami wad icu selama 40 hari lebih kurang, selepas kelahiran.

Saat bertarung melahirkan, saya kehabisan tenaga dan terus tidur. Sekitar jam 8 pagi doktor memberitahu Ammar perlu dibedah segera dalam tempoh 24 jam.

Saya menurunkan tandatangan. Dalam keadaan masih letih, saya pulang dahulu untuk berehat.

Hanya en.suami yang datang untuk melihat Ammar. Seminggu pertama saya datang melihat anak setiap hari. Keadaan ICU kebanyakan bayi adalah pra matang dan anak-anak adalah kebanyakan mengalami komplikasi yang pelbagai. Ie menginsafkan diri.

Bilik Timur Belakang

Saya mendiami wad Timur Belakang, sementara Ammar masih berada di ICU satu, setiap 3 jam saya ke sana kerana mahu menyusukan anakanda. Setiap hari itulah rutin membelai dan mendoakan anakanda. Ammar ketika ini masih belum dapa terus menyusu. Jadi saya perahkan susu dan simpan. Setiap hari saya memeluk anakanda Ammar dan beri kata-kata peransang untuk segera sihat dan boleh bersama saya di bilik Timur Belakang.

Bersambung...


Friday, June 12, 2015

Alunan hidup

Teks: Masayu Ahmad
Baca panduan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

Lama kan saya tidak menulis panjang di sini. Malam ini ada sedikit kesempatan selepas sebulan yang penuh. Alhamdulillah Ammar sudah lena. Malam ini kembali berada di wad. Ammar dijangkan akan menjalani pembedahan Ahad ini. Saya mohon doa kalian agar dipermudahkan untuk Ammar.

Malam ini bacaan untuk darah putih 18, doktor menyatakan mahu 11. Insya-Allah hanya yang baik-baik sahaja buat Ammar.

Marathon 20 artikel

Saya mengambil kesempatan luang masa untuk menyelesaikan 20 lagi artikel untuk 4 bulan terbitan. Jadi ia memudahkan editorial. Ini adalah biasa terutama menulis untuk majalah yang terbitannya adalah setiap minggu.

Dulu ketika masih berada dalam pasukan Mingguan Wanita, kami akan mula menyelesaikan bahan lebih awal untuk 4 bulan ke hadapan. Iaitu menyelesaikan terus terbitan yang akan keluar pada bulan puasa, raya dan selepas raya. Ini memudahkan kami bercuti dan berhari raya dengan lapang dada.

Ketika belum lagi puasa, ketupat digantung dan suasana raya mula menyimbah dalam ofis. Sambil menaip kadangkala berkumandang lagu raya. Puasa pun belum tapi kami perlu menyelesaikan bahan penulisan yang perlu berbau puasa dan raya.

Biasanya saya ketika itu menjaga bahagian cerpen, saya akan menghubungi penulis kesukaan agar menghantar cerita yang sekian-sekian. Antara penulia kesukaan adalah Nurassyi, tidak tahu adakah beliau masih menulis.

Juga biasanya sebulan puasa itu sudah banyak undangan berbuka puasa sana, sini sinun. Hotel sana sini dan sini. Kami sebenarnya tidak kemaruk sangat kerana mahu berbuka di rumah sahaja. Siapa yang mahu pergi pergilah kadangkala kad-kad jemputan itu tidak ada siapa pun yang sudi, hehe penangannya sebab setiap hari pun makan di hotel kan, jadi ia sudah jadi perkara biasa bagi wartawan. Makan di rumah menu ringkas lagi sedap.

Ramadhan yang dirindui

Ramadhan kali ini lebih tenang lebih dinantikan. Mungkin juga faktor usia. Ramadhan juga ingatan kembali kepada memori ketika kecil. Juga kerinduan mula bermukim akan arwah mek.

Melihat keuzuran ayahanda membuatkan saya rasakan masih ada banyak kekurangan dalam menjaga kebajikan ayah. Mohon agar Allah perkenankan masih diberi kesempatan untuk memberi yang terbaik kita ayah masih ada, insya-Allah.

Kita semua akan tua dan bakal menjadi warga tua. Melepaskan jawatan beberapa tahun yang lain dengan pendapatan yang sudah stabil, tidak pernah timbul soal kekecewaan.

Saya menikmati hari ini perjalanan hari mendatang untuk mengisi ilmu dan amalan untuk hari penutup.

Membaca kisah kiamat dan juga hari kebangkitan membuat diri ini amat kerdil. Berbaki usia yang ada saya mahu memanfaatkan seberapa banyak ilmu agar lebih ramai suri kembali kepada fitrah.

Kita memang sudah tidak banyak masa. Usahakan untuk menutup lompang yang ada, dan doakan agar kita mati dengan ketenangan. Buat yang terbaik dan tinggalkan semalam dengan penuh iktibar jadikan hari ini ladang akhirat yang berterusan. Insya-Allah.

Tinggal beberapa impian sahaja lagi yang mahu saya capai. Insya-Allah segalanya dengan izin Allah. Saya hanya berusaha, doa dan bertawakkal. Selagi mana saya  layak maka saya terima apa sahaja yang diberikan Allah atas segala hajat dan impian. Cepat atau lambat tidak penting, yang penting saya usaha dan tidak pernah putus asa .
Teks: Masayu Ahmad
Sumber: Ebook Yeay! Mama Sudah Resign.

Boleh dapatkan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop

7. Matlamat untuk sukses.
Apabila suri mahu bekerja dari rumah, akan melihat banyak peluang yang datang. Selalunya juga banyak idea yang mula menerjah. Tetapi sangat jelas apabila melihat atau membaca kisah kejayaan ikon yang suskes lihat apa yang dilakukan. Lihat apa yang diusahakan. Sangat ketara perkara yang diusahakan adalah melekat tebal dalam fikiran dan tindakan. Matlamat yang jelas untuk sukses di sini maksudnya apa jenis bisnes yang mahu dilakukan. Fokus mahu jadi usahawan kek, usaha jahitan atau usahawan pemasaran online.  Matlamat yang jelas menyebabkan kebanyakan suri mudah terikut-ikut, tidak ada pegangan yang kejap dan tidak ada ketetapan disiplin.

8. Tidak ada gangguan rakan sekerja.
Boleh sahaja memberi fokus kepada kerja tanpa perlu memberi peluang orang lain meganggu. Tidak ada masa untuk sembang kosong, gosip pejabat atau berjumpa rakan-rakan kerja yang tidak digemari. Suri boleh sahaja tidak mengaktifkan diri di lama sosia atau menyatakan tidak mengaktifkan telefon tangan.

9. Boleh melakukan aktiviti riadah pada masa-masa yang digemari.
Kebiasaan bagi mereka yang tinggal di bandar besar, kesesakan lalu lintas adalah rutin yang menjemukan. Ia tidak bagi mereka yang bekerja sendiri atau bekerja di rumah. Boleh pelbagaikan apa sahaja aktiviti bermanfaat pada sebelah pagi. Contohnya pada awal pagi atau waktu petang.

Kerana ketika wanita lain sibuk di ke pejabat anda boleh sahaja berlari-lari di kawasan taman memulakan aktiviti senaman. Begitu juga pada waktu petang boleh memilih mana-mana taman yang lapang untuk bawa anak-anak riada bersama. Menari bukan!

10. Sentiasa berada di persekitaran keluarga.

Keluarga adalah salah satu matlamat utama bekera dan berada di rumah. Tidak kira ketika anak-anak gembira, sedih dan sakit anda sentiasa ada di sisi. Inilah masanya memenuhi aktiviti berkualiti 24 jam sama ada urusa kerja atau keluarga. Dua ini sangat penting, kerana masa bersama anak-anak hanya sekali sahaja dalam hidup, Ketika mereka sakit kit ada untuk merawat tanpa perlu mengambil cuti. Ketika anak sedang membesar kita ada untuk meransang dan memberi sepenuh kasih sayang dan perhatia

Thursday, June 11, 2015

Rasa rindu datang lagi

Teks: Masayu Ahmad

Lebih banyak ebook rujukan di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah lebih kurang sebulan jugalah gangguan untuk saya fokus menulis. Bermula Ammar masuk wad untuk susulan, kemudian kesihatan atuk yang kurang memberansangkan. Kemudian saya balik rumah ayah. Kemudian saya ambil cuti selama 2 hari untuk diri sendiri. Banyaknya kemudian.

Jadi, tarik nafas dan bercuti. Sementelah pula sudah memasuki setengah tahun. Dan bulan berikutnya adalah setengah tahun lagi untuk 2015. Sasarannya adalah  buku, buku, buku. buku ;D

Terapi air

Mandi laut dan mandi ais. Alhamdulillah terapi paling mujarab. Agaknya saya keletihan terus menerus hingga lupa diri.

Selalunya setiap hari Khamis memang diperuntukkan khusus untuk berehat. Tetapi kali ini kerana ada beberapa perkara di luar kawalan bertindih. Jadi saya mengalah. Kali ini benar-benar mahu berehat.

Seminggu juga charger komputer riba ini bikin hal pula ;D Alhamdulillah hari ini bermula kembali kembara penulisan.

Rindu Ramadhan.

Berbeza kali ini sambutan Ramadhan sangat ditunggu dan dirindu. Ketenangan lebih bermukim kali ini. Entah kenapa, mungkin juga kerana faktor usia. Sejak dua menjak ini pula saya suka berkebun, suda mula kembali mengalihkan pasu dan mahu rapikan kehijauan keliling rumah.



Ramadhan juga tentunya sorotan memori kenangan bersama arwah mek ;(

Al Fatihah.










Monday, June 1, 2015

3 kejayaan mutlak

Teks: Masayu Ahmad


1. Matlamat yang jelas.

Apabila kita mahu bekerja dari rumah, kita melihat dan menilai peluag-peluang yang datang. Selalunya ada banyak idea-idea yang menerjah. Tetapi sangat jelas apabila kita melihat atau baca kisah kejayaan ikon yang sukses lihat apa yang dilakukannya. Lihat apa yang diusahakan apa fokus. Sangat ketara perkara yang diusahakan adalah melekat tebal.

Matlamat yang jelas di sini maksudnya apa jenis bisnes yang kita mahu lakukan. Fokus kita mahu jadi usahawan kek, fokus usahawan jahitan, fokus usahawan pemasaran online.

Jelas apa yang kalian mahu capai RM setiap bulan. Tidak ada matlamat inilah menyebabkan kebanyakn suri mudah terikut-ikut. Tidak ada pegangan yang kejap dan tidak ada ketetapan disipilin.


2. Ketetapan disiplin.

Apabila kita membuat kpi matlamat sama ada jangka pendek dan panjang. Kita mula agihkan ia kepada 12 bulan, agihkan lagi kepada setiap suku. Dari situ kita akan nampak pencapaian.

Disiplin juga melibatkan pengurusan masa harian dan juga kerja. Inilah bezakan mereka yng sukses dan sebaliknya.

Apa yang kita mahu itulah kita dapat ;D

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com


Usai Ammar masuk wad minggu lepas, bersambung pula kesihatan bapa mertua yang kurang memuaskan. Atusk sudah tidak dapat menguruskan diri sendiri. Saya selalu pasakkan dalam hati dan perasaan lakukan dengan ikhlas, kerana kita tahu hari tua kelak. Lakukan bukan kerana apa-apa. Lakukan kerana itu adalah tanggungjawab saya sebagai menantu. Jangan melihat kepada keletihan tetapi inilah anugerah Allah mahu beri berupa kelapangan dapat berbakti kepada orang tua.


Minggu  ini juga kesihatan sendiri juga kurang memberangsangkan. Barangkalai saya kepenatan. Tidak selalu saya menulis di sini, tetapi sahaja mahu berkongsi. Jangan risau, saya masih ok.

Minggu depan Ammar kembali masuk wad dan insya-Allah kali ini akan berjalan sukses. Sebelum ramadhan Ammar akan sihat sepenuhnya.

Saya rehatkan diri sendiri dahulu selama seminggu. Insya-Allah akan kembali aktif semula memandangkan beberapa manuskrip perlu disiapka Jun.

Kepada Allah tempat meminta. Moga diberi kesihatan dan kelapangan fikiran.

Insya-Allah. AMin.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin