Monday, January 4, 2010

Berkebun di petang hari

Teks: Masayu Ahmad



Sejak pulang dari kampung, sudah banyak hari saya bertangguh untuk menanam pokok herba yang diambil dari dapur rumah di kampung. Lengkuas, serai, pandan wangi terperuk di dalam baldi di penjuru dapur. Sudah dua minggu, petang tadi saya mengambil cangkul mula membanting tulang. ;D.

 Ruang di laman depan rumah memang ada tanah yang agak luas juga. Jiran lain sudah lama bercucuk tanam, saya baru ada dua pokok, mempelam dan  serai wangi (untuk rebusan mandian herba). Memang saya ini tidak mengambil peluang, orang lain tak ada tanah dan bercucuk tanam, boleh saja tanam dalam pasu, saya yang ada peluang ini, tidak pula mahu menggunakan sepenuhnya kesempatan yang ada. Jadi kali ini nampaknya rutin baru saya menyiram tanaman di pagi hari atau petang hari.

Buat Ely dan Ida, buku kalian sudah selamat dipos siang tadi. Jika sudah terima sila maklumkan pada saya ya.


http://thekebun.files.wordpress.com/2008/09/serai-wangi.jpg

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin