Sunday, May 3, 2020

Covid 19 tahun 2020

Teks: Masayu Ahmad


Lama sungguh tidak menjengah ke sini, sudah masuk fasa ke 4 PKP iaitu Penguasaan Kawalan Pergerakan sempena virus covid19.

Sejak mula cuti sekolah April dan bersambung pula dengan Ramadhan.

Alhamdulillah masa inilah satu keluarga dapat berkumpul. Tidak ada lagi terkejar ke sana ke sini dengan tuntunan sekolah dan anak anak.

Aiman tahun ini UPSR buat kali pertama ia dibatalkan. Namun pada saya mungkin akan ada kaedah saringan yang bersesuaian kelak untuk ke sekolah pilihan tingkatan 1.

Jika PKP masih lagi berlanjutan sehingga hujung tahun, maknanya tahun hadapan Ammar akan berada di tahun 1, Aiman di tingkatan 1 dan Arissa tahun 5.

Mahu atau tidak, anak anak masih perlu meneruskan pembelajaran secara online. Kami masih lagi mencari rentak dan disiplin baru.

Untuk anak anak sekolah menengah pembelajaran secara online masih diteruskan.




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin