Monday, January 18, 2010

Ke Mana Wang Anda- ulasan buku oleh Kak Chik

Teks & Foto: Kak Chik- http://keluargakusayang.blogspot.com/




Mari kita kongsi maklumat berkenaan buku ke mana wang anda yang diulas oleh Kak Chik

http://keluargakusayang.blogspot.com/2010/01/ke-mana-wang-anda.html

Hari ni kakchik mula membaca buku di atas tu. Sudah lama kakchik minat dengan tulisan Puan Hajah Rohani ni. Sejak membaca kolum beliau di dalam majalah NUR beberapa tahun lepas kakchik jarang terlepas mencari, membaca dan cuba menghayati tips-tips dan nasihat yang beliau titipkan dalam hal mengurus kewangan. Memang nasihat dan tips yang beliau berikan sangat Islamik cuma kakchik saja yang belum mampu mengamalkan semuanya. InsyaAllah kakchik akan cuba juga amalkan mana yang berkenaan demi menjadi seorang insan yang bijak mengurus wang untuk peribadi, keluarga, kerjaya mahupun perniagaan.

Sedutan kata-kata beliau di kulit buku ini amat menarik dan terasa menyentuh jauh ke dalam hati kakchik. Cuba baca,

"Dalam mengejar harta dunia, adakalanya kita terlibat dengan unsur-unsur yang menjadikan pendapatan kita tidak diberkati."

Perkataan yang penting di sini ialah BERKAT.

Ya, bila berkat hasil yang masuk, jumlah yang sedikit pun terasa cukup dan berlebihan. Tapi bila tidak berkat, masuklah banyak mana pun tetap juga tidak mencukupi. Kakchik amat yakin akan perkara ini kerana diri sendiri juga mengalaminya dan diri sendiri juga mengetahuinya. Cuma selalu saja lalai dan leka akan nilai berkat ini.

Kakchik baru saja membaca BAHAGIAN 1 buku ini yang menekankan topik Pendapatan Yang Berkat. InsyaAllah kakchik akan membaca buku ini sampai habis sambil mencatat dan menilai mana-mana isi penting yang boleh dikongsikan bersama di sini.

Wassalam.

Nota: Buku ini harganya RM20.00. Jika ada yang mahu membelinya, boleh beli dengan MariBaca (kakchik) ya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin