Tuesday, January 19, 2010

Pembetulan Tulang belakang



By HPA Online Network

Pembetulan tulang belakang (PTB) merupakan salah satu kaedah yang sangat berguna dalam dunia perubatan. Ini disebabkan tulang belakang sentiasa berada dalam keadaan tertekan atau pada kedudukan yang berubah akibat aktiviti harian. Tanda yang paling mudah untuk melihat adakah pesakit menghadapi masalah tulang belakang ialah rasa kebas-kebas dihujung jari tangan dan kaki diiringi dengan sakit kepala.

PTB dimulakan dengan melakukan perenggangan terlebih dahulu sambil melembut-lembutkan otot yang tegang.Sebahagian otot yang mengikat tulang belakang menjadi tegang dan tulang turut berubah lokasinya (dislokasion). Tindakan menyuruh anak-anak berjalan di atas belakang merupakan sebahagian daripada kaedah pembetulan tulang belakang. Namun begitu ianya perlu diperlengkapkan dengan beberapa gerakan lembut yang lain.

Ilmu PTB diajar di dalam HPA bagi menolong kes-kes yang mampu dibantu dengan kaedah ini. Selepas itu pesakit diberikan herba iaitu:-

Pilihan pertama Herba Tuju Angin + Kapsul Radix.

Pilihan kedua Madu, minyak zaitun dan habbatul sauda.


Tulang Belakang Haus

Kesakitan di tulang belakang akibat dari pergeseran slip disc boleh disembuhkan dengan pengambilan kapsul radix dan Tuju Angin. Masalah osteoporosis (keropos tulang) juga dapat dihilangkan melalui kaedah ini malah lebih cepat berbanding dengan penggunaan susu dipasaran.

“inilah keistimewaan herba kita bagi orang yang mengetahui”. Kes ini bukan kes terpencil tetapi sering saya temui testimoni dalam program-program yang diadakan. Malang sekali masyarakat hari ini lebih percaya pada susu sedangkan herba lebih berkesan. InsyaAllah.
Tablet Kalsium


Pengambilan kalsium

Pengambilan kalsium khususnya untuk masalah asteoporosis boleh menambah parah keaadaan itu. Ini kerana kalsium yang diambil sukar diserap tanpa bantuan beberapa vitamin dan mineral yang lain. Calsium mestilah diambil bersama magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium yang tinggi juga menyekat penyerapan zink. Oleh sebab itu sumber kalsium yang terbaik adalah daripada tumbuh-tumbuhan terutama pada tumbuh-tumbuhan yang berakar tunjang.

 Masalah kehausan tulang dan lendir tidak dapat diatasi dengan tablet kalsium tetapi boleh diatasi dengan Herba Tuju Angin(HTA). HTA mempunyai kalsium, magnesium dan zink dan pelbagai mineral lain yang ujud dalam bentuk mineral surih.

Khasiat herba
 
Kekuatan herba terletak kepada bumi di mana herba itu tumbuh. Tanah-tanah organik yang tidak ada pencemaran kimia akan membekalkan sejumlah mineral koloidal yang sangat penting untuk tubuh. Mineral-mineral ini ada dalam jumlah yang sedikit tetapi di sel memang diperlukan. Jika tanah telah kehilangan keseimbangan kimia, mineral koloidal juga akan hilang walaupun pokok boleh hidup hanya dengan wujudnya mineral-mineral utama.

Satu lagi mineral yang menjadi kekuatan pada pokok untuk tujuan ubatan ialah selenium. Selenium banyak tumbuh di tanah gunung berapi. Di kepulauan Jawa tanahnya amat kaya dengan selenium. Herba seperti daun dewa yang tumbuh di kawasan gunung berapi sangat bermanafaat untuk perawatan kanser kerana mineral tambahan ini. Sesuatu bahan aktif yang terdapat di dalam herba bukannya semestinya boleh terus di ambil oleh tubuh tanpa bantuan bahan yang lain.

Contohnya yang paling mudah, mineral kalsium dalam sesuatu herba, walaupun kedapatannya tinggi tetapi jika herba tersebut mengandungi asid oksalik ia akan menyekat penyerapan kalsium tersebut. Oleh sebab itulah kita memerlukan keseimbangan tanah bagi tujuan herba ubatan.

Dapatkan produk herba dengan harga ahli, mendaftar di sini

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin