Tuesday, January 12, 2010

Keperluan dan urus anak kecil untuk wahm-Teori Masayu Ahmad

Teks: Masayu Ahmad
Foto: terima kasih google

Semalam saya ada membuat entri tentang bagaimana mengurus anak-anak kecil di rumah terutama bagi suri rumah dan wanita bekerja di rumah. Ini adalah berdasarkan pemerhatian, pembacaan juga mempratikkan dengan anak-anak di rumah. Saya namakan Teori Masayu Ahmad (eceh, macam gempak je kan). Suka suki aje bagi teori.

Tetapi saya suka jika  Zahrin Bahrin memberikan pandangan, memandangkan sebelum ini beliau juga adalah pemilik Smart Reader Kids. Zarin tentunya banyak pengalaman dalam mengurus dan mengendalikan anak-anak kecil. Begitu juga Kak Chik yang kini dalam proses meningkatkan ilmu tentang pendidikan dan perkembangan kanak-kanak.

Mari kita kongsi, bagaimana mahu mengurus anak-anak kecil, terutamanya bagi mereka yang memiliki lebih dari seorang anak.

Keperluan dan kelengkapan asas

Adakah anda merasakan penting kelengkapan keperluan untuk anak-anak?

Saya menyokong dan mengatakan ya. Ini kerana kadangkala ia memudahkan kita mengurus, memberikan dorongan dan menyediakan suasana yang memberangsangkan di rumah. Namun, sekiranya masih kurang bajet, tangguhkan dahulu, hanya beli ikut kemampuan dan keperluan.

Saya suka cadangkan anda hanya mensasarkan pembelian berdasarkan simpanan berdikit-dikit, guna wang hadiah yang disedekahkan, atau memang sudah ada peruntukan. Pada saya, anda lebih bijak menentukannya. Beli yang perlu sahaja untuk memudahkan anda, ini sangat membantu anda fokus pada kerja dan anak-anak asyik dengan permainan dan suasana mereka.



Saya mendapati apabila saya mempunyai soho, dan meletakkan juga meja mereka sebegini, mereka turut seronok. Jika saya mengangkut meja kerja ke bawah atau ke atas, saya tidak lupakan sama peralatan mereka. Mereka seronok dan sentiasa bersama saya. Kadangkala saya sedar, anak-anak seakan faham denan situasi apabila saya mula kusyuk di depan komputer. Jadi merek dengan aktiviti sendiri, tetapi masih dalam jarak berdekatan dengan saya.

Ini memang ketara penatnya bagi ibu-ibu, apabila permainan bersepah-sepah dan sakit mata memandang. Pada saya pilih permainan yang besar-besar dan mudah disimpan. Permainan yang kecil bukan sahaja bahaya, malah serabut mata memandang. Juga hanya pilih permainan tertentu sahaja pada satu-satu masa, contohnya bola dan petak-petak abc. Biasanya awal pagi saya bagi dahulu mereka melayan starfall, setengah atau satu jam kemudian mereka sudah boring, jadi saya sudah boleh mula fokus. Tetapi saya sudah letak petak-petak abc di ruang yang sesuai. Sambil menonton biasanya mereka akan menyiapakan petak-petak ABC bersama-sama. Jadinya minda dan kreativiti mereka sudah fokus akan hal tersebut.

Saya sengaja membeli petak-petak yang besar-besar, agar mudah disimpan dan menarik perhatian mereka untuk bermain. Jika selesai, selalu ingatkan,

Ibu: Hakim lepas main kena....?
Hakim: Simpan (Hakim akan sambung ingatan saya). Selalunya melekat dalam minda  Hakim akan pesanan saya.

Harga petak-petak ABC ini murah sahaja RM39.90 sahaja di carefour seingat saya, tetapi rasanya kalian boleh tengoklah di pasaraya berdekatan.


Kami bernasib baik ada satu kotak begini yang diperolehi percuma (cenderamata), tetapi tidak ada penutup, jadi hanya mainan terpilih seperti dua biji boleh, buku mewarna, pensil warna dan dua lori Aiman sahaja. Jadi mainan yang lain saya simpan dalam stor. Pilih hanya maian tertentu sahaja pada satu-satu masa, jadi anak-anak bermain dengan mainan pilihan sahaja. Rumah tidaklah bersepah jika terlalu banyak mainan.




Kotak seperti di atas sangat bagus dan sesuai untuk menyimpan mainan yang kecil, anda boleh memilih dua atau beberapa kotak. Selepas main, biasakan anak-anak menyimpan selepas bermain. Pesanan perlu diingatkan sentiasa sehingga melekat. Kotak ini pun murah sahaja, boleh dapat mengikut bajet anda. Keluarkan hanya satu kotak pada masa-masa yang anda tentukan, ini memudahkan kaedah menyimpan dan anda pun senang hati rumah tidak serabut dengan mainan bersepah-sepah.


Perlu ke meja begini? Ini untuk mencipta suasanan pembelajaran dan juga menarik minat anak-anak. Kadang-kadang saya gunakan juga sebagai tempat makan kanak-kanak riang. Ini pemberian adik saya, tetapi memang sudah ada dalam senarai mahu beli. Alhamdulilah dengan rezeki ini.

5 comments:

maya amir said...

saya setuju yg wujudkan persekitaran yg riang utk anak2.. kite adult pun need mcm tu kan? apatah lagik anak2 yg suke mende2 kalerpul:)

Ummi Hanie said...

alhamdulillah anak2 saya faham dgn situasi yg 'melekat' dgn laptop dlm jangka masa yg agak panjang.

saya dan suami belikan mereka DVD,buku mewarna dan 2 kotak penuh berisi permainan . mereka mmg anak2yang memahami kecualilah si bayi 4bulan tu.anytime je dia boleh terjaga dari tidur nak breastfeed dan kadangkala nak dilayan...

Masayu Ahmad said...

maya

ya, kanak-kanak pun mcam kita juga mahu suasana seronok, baru semangat mahu belajar

Ummi Hanie

Bayi 4 bulan masih perlukan banyak perhatian, sekurang-kurangnya hanie sudah pandai mengawal keadaan kan ;D

Ely Hasrul said...

wow!. kena print sume entry tips nih :D

Masayu Ahmad said...

ely,

tak print tak apa, kan boleh rujuk balik dalam labels tu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin