Gambar sekadar hiasan:http://newsinfo.iu.edu/pub/libs/images/usr/4924.jpg
Peserta ke-4
Farhanin binti Abdullah Asuhaimi
b. Wanita bekerjaya
Pilih salah satu cabaran berikut atau gabungkan jika mahu. Kongsikan pengalaman dan cabaran anda.
3. Cabaran menjadi wanita bekerjaya
6. Cabaran menjadi isteri solehah & ibu mithali
Sewaktu menamatkan pembelajarn di universiti dahulu, saya merasakan dunia kerja itu sangatlh meriangka, ada pendapatan,t=sangat menggembirakan..Tetapi setelah hampir setahun bekerja dalam bidang profesional di tambah lagi melahirkan seorang bayi yangg comel berusia 6 bulan sekarang. Dunia pekerjaan itu seolah-olah kehidupan yangg tiada penghujungnya. Terasa seperti mengejar-ngejar sesuatu yang belum pasti pengakhirannya.
Saya pernah berniat untuk berhenti bekerja dan menjaga keperluan anak dab suami di rumah sahaja. Mahu menjadi suri di hati suami dan umi di hati putera.
Namun memikirkan perpindahan suami ke bumi Allah yg satu ini adalah kerana kerja. Nekad untuk menjadikan penghijrahan suami sebagai suatu pengorbanan yg berbaloi-baloi. Jadi, saya masih kekal bekerja di sini disamping menjadi seoangrg isteri yg cuba menjaga semua keperluan suami serta menjadi umi yg bertanggungjawab. Keperluan dan kemahuan si kecil juga adalah keutamaan
Ppernah sekali anak yang ditinggalkan di nurseri menangis dn menangis sehingga bengkak matanya. Berat sungguh kelopak mata uuntuk di buka dek kerana terlalu kuat dan terlalu lama menangis. Sebaik mengambil dari tangan penjaga,saya menangis di dalam hati. Saya harus kuat supaya tidak nampak saya seorangg yg sangat lemah menguruskan anak. Kejadian tersebut menguatkan lagi hati saya untuk berhenti kerja..
Namun rahmat Tuhan itu hadir di kala saya sangat-sangat kebuntuan. Dia tunjukkan jalan dan menganugerahkan seorg insan hadir untuk menjaga anak. Alhmdulillah , Syahmi tidak lagi menangis seperti dahulu.Membesar dengan gembira dan cerdik..
Terima Kasih Ya Allah..sungguh pun ini permulaan cabaran wanita bekerjaya seperti ku namun aku mengharapkan inayah dn belas kasih Mu utk aku terus kuat bertahan menjadi isteri yg menyenangkan hati suami serta umi yg memahami syahmi..
No comments:
Post a Comment