Thursday, January 14, 2010

Tips urus kerja rumah dengan cekap


Urus pakaian bersih


Urus pakain kotor


Baju mahu kemas, segak bergaya, jadi perlu digosok




Rumah perlu sentiasa bersih, jadi nak kena mop


Bilik air juga perlu bersih dan wangi


Kalau bekerja di rumah, masak adalah rutin, untuk sarapan, pagi dan malam


Masa luang untuk anak-anak perlu ada.
Hakim selalu tegur," Ibu sudah-sudahlah kerja, teman Hakim tengok tv,"


Bilik tidur perlu kemas sentiasa, cantik dan kemas. Kalau boleh tidak mahu selerak.


Ruang tamu juga mahu kemas sentiasa. Tidak ada maknanya kalau selerak, tamu datang tak di undang terus kelam kabut mengemas, tidak ke sudah jadi kes haru biru.

Teks: Masayu Ahmad

Memegang status surirumah sememangnya anugerah yang tidak ternilai. Kerana itulah hanya wanita yang benar-benar bersedia sahaja mahu dan ingin berada di rumah. 24 jam, 7 hari seminggu, kerja tidak pernah selesai.

Tidak dinafikan ramai wanita bekerjaya hebat menguruskan hal ini, walau sibuk dengan kekangan kerja. Sudah pasti ada formula hebat untuk mengimbangi antara tugasan di rumah dan tugasan kerjaya.
Cuba senaraikan seperti di atas, memang tidak menang tangan dibuatnya jika mahu urus secara serentak. Setiap surirumah perlu kreatif dalam agihan masa dan senarai kerja harian. Jika saya ada tertinggal lagi, bantu saya untuk tambah senarai kerja rumah seperti di atas.

3 comments:

maya amir said...

betul..kene pandai bahagikan masa nak buat yg mana dulu..kalau x, mesti pening..kan?

Masayu Ahmad said...

maya amir

setuju sangat,
kadang2 kalau terlepas pandang tak buat sehari, alamaknya bertimbunlah kerja untuk hari berikutnya

Durra M.Jamri said...

memang bekerja di rumah lagi memenatkan. antara tips yg saya praktiskan di rumah, pakaian dijemur menggunakan hanger, kering je, boleh terus masuk almari, tak perlu lipat.

mop lantai pula, tak tunggu seminggu sekali atau sebagainya. saya sediakan air sabun cuci lantai dlm bekas spray. kalau nampak je tpt yg perlu mop, spray saja & terus mop, gunakan mop yg leper tu. so senang nak simpan. bila dah byk kali guna je baru basuh.

utk memasak, saya sediakan awal2 lada kisar yg sudah bercampur bawang dsb. begitu jugak bwg kisar. jadi bila memasak, terus saja guna bahan kisar. ikan, ayam dll pula lepas beli, terus basuh & simpan dlm freezer. Awal2 lagi saya mintak kedai siang atau potong.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin