Saturday, January 9, 2010

Fikiran negatif ni datang dari mana?



Sumber artikel :http://www.imotivasi.com/motivasi-diri/motivasi-diri-3-tips-bagaimana-untuk-mengurangkan-fikiran-negatif-bahagian-kedua.html


Jika dikaji, ia sebenarnya datang dari persekitaran kita, dari kawan-kawan kita, ahli keluarga kita, adik beradik kita, guru kita, majikan kita. Punca sebenarnya adalah dari kita sendiri.

Kita kena terima hakikat setiap seorang daripada kita ada fikiran negatif dan ia tertanam kukuh di minda kita. Try cemana pun, kita memang tak dapat buang punya. Kita cuma boleh kurangkan, pastu kawal supaya fikiran negatif ni tak mempengaruhi kita sepenuhnya.

Fikiran negatif datang dari orang-orang disekitar kita apabila mereka berkata hal-hal negatif, hal-hal buruk dan perkara-perkara yang kurang baik. Mereka berkata hal-hal negatif orang lain dan perkara-perkara lain. Fikiran negatif yang tertanam kukuh di minda mereka membuat mereka selalu berkata hal-hal negatif.

Kita akan terjangkit fikiran negatif tu apabila kita mendengar perbualan mereka pastu kita join sekali. Apabila kita lihat orang lain berbuat sesuatu dan berkata sesuatu, secara automatik kita akan terdorong untuk mengikuti perbuatan mereka dan kata-kata mereka sebab kita mahu diterima menjadi sebahagian daripada mereka. Kita manusia ni adalah mahluk bersosial.

Kita mahu diterima sebagai kawan mereka. Kesannya, kita menjadi seperti mereka. Kenegatifan mereka menjangkit ke diri kita. Kita pun jadi negatif sama.

Itu punca fikiran negatif dari pergaulan. Punca lain adalah dari perbuatan kita sendiri yang kita tak sedari.

Kita selalu membaca berita-berita buruk seperti berita peperangan, berita pembunuhan, berita kemerosotan ekonomi, berita politik yang mengutarakan pertelingkahan berita kenaikan harga minyak yang menimbulkan rasa tidak puas hati, berita-berita menarik yang membuat Anda melontar komen-komen negatif tanpa Anda sendiri sedari, dan kita merasa itu perbuatan normal.

Kebanyakan berita bersifat negatif kerana memaparkan kemusnahan, penderitaan, kemarahan, dendam, keberangan, pertelingkahan dan permusuhan. Jika Anda membaca, melihat, mendengar atau menonton berita-berita sebegini (walaupun sedikit) secara automatik fikiran Anda akan dibentuk untuk menjadi negatif.

Cemana bila Anda dah mengikuti siaran berita bertahun-tahun lamanya?

Akar fikiran negatif tertanam kukuh di dalam minda Anda, susah untuk diubah. Jika Anda merasa anda susah tul nak ubah diri sendiri jadi orang berfikirkan positif, mungkin Anda mengikuti perkembangan berita tanpa tertinggal sedikitpun kemudian memberi reaksi negatif pada berita-berita tertentu.

OK, mari kita ulang balik punca fikiran negatif.

Punca paling besar ada dua sumber, iaitu punca pertama adalah dari pergaulan kita dengan orang-orang negatif yang banyak berkata hal-hal negatif serta berbincang mengenai perkara-perkara negatif diringi emosi-emosi negatif.

Punca kedua pula adalah dari perbuatan kita sendiri yang membaca, melihat, mendengar dan menonton maklumat-maklumat berbaur negatif khususnya siaran berita.

Moga dengan penerangan ringkas tadi, Anda faham punca-punca fikiran negatif. Dalam artikel bahagian ketiga, Anda akan jumpa dengan langkah-langkah mengurangkan fikirkan negatif.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin