Peserta Ke-2- Nurhidayah Nazahidayah
1) Status kini
Buat sementara waktu dalam tempoh setahun saya adalah surirumah. Masih mempunyai jawatan tetap sebagai eksekutif di sebuah syarikat multinasional. Akan meneruskan kerjaya bermula September depan. Bercita-cita untuk mempunyai pendapatan sampingan meskipun bekerja.
2) Cabaran menjadi wanita bekerjaya dan cabaran sebagai surirumah sepenuh masa
Saya bertugas sebagai eksekutif pentadbiran dan pengurusan program. Skop tugas tidak terhad hanya di pejabat sahaja. Sekali sekala perlu menghadiri mesyuarat, kursus dan seminar di luar kawasan serta bermalam di pelantar. Niat di hati hendak menyusukan anak pertama dahulu sehingga dia berumur setahun kerana yakin imunisasinya lebih kuat. Saya mengangkut beg pam susu ke sana ke mari. Pantang ada masa terluang, di lapangan terbang, di surau KLCC saya memerah susu untuk stok anak tersayang.
Pernah juga saya membeli ais di kedai makanan segera untuk diisi di dalam beg pam susu kerana bimbang susu tidak cukup sejuk sebaik sampai di rumah. Penerbangan balik sahaja memakan masa 2 jam. Itu belum di tambah masa di dalam LRT dan ERL. Saya juga pernah membuang susu yang saya perah sebaik saja sampai di rumah kerana rupa-rupanya ais di dalam beg sudah cair. Bimbang susu tidak elok, dengan sedih hati saya membuang susu yang susah payah dipam kerana bimbang anak sakit perut.
Oleh kerana selalu ke luar kawasan, stok susu juga berkurangan dan saya terpaksa memberi susu formula. Namun saya berpuas hati kerana dapat memberi susu badan secara eksklusif dalam tempoh 6 bulan.Harapan agar dapat menyusukan anak kedua lebih lama, kalau dapat setahun pun Alhamdulillah. Cemburu dengan ibu yang dapat menyusukan anak selama 2 tahun.
Bekerja di pejabat dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Seawal 6.30 pagi sudah mengangkut anak ke dalam kereta untuk dihantar ke taska. Anak mandi pagi dan petang di taska. Selalunya anak saya yang paling awal sampai dan paling lewat balik kerana meskipun masa pejabat tamat pukul 4.30 petang namun kadangkala ada saja mesyuarat dan perbincangan yang berlarutan sehingga pukul 5 petang. Sedih melihat muka anak yang monyok kerana menunggu lama untuk dijemput pulang. Setiap hari dibelenggu rasa bersalah tetapi apa boleh buat, kerja makan gaji.)-:
Kadangkala hujung minggu juga ada tugasan yang perlu dilangsaikan. Mujur saya tinggal berdekatan dengan ibu bapa. Sekali lagi anak ditinggalkan semasa hujung minggu. Entah berapa jam sahaja bersua muka dalam tempoh seminggu.
Berbanding menjadi surirumah sepenuh masa, saya menikmati setiap saat lapang ini. Tanpa tekanan kerja, tanpa politik pejabat dan tanpa rasa bersalah setiap hari. Saya yakin anak juga gembira melihat saya setiap hari. Cuma memastikan setiap hari diluang dengan aktiviti berfaedah dan menambah ilmu baru. Apa saja ilmu. Memasak menu baru juga kategori ilmu baru kerana semua itu tidak sempat saya lakukan semasa bekerjaya.
Cuma cabaran paling besar sebagai surirumah ialah dari segi kewangan. Sebagai seorang yang pernah memegang duit poket sendiri pasti rasa janggal kerana kini semuanya perlu persetujuan suami untuk membeli semua benda. Bukannya apa, tidak selesa pula jika berbelanja sesuka hati kerana sedar tidak menyumbang apa-apa dari segi kewangan.
Tudung bawal
Saya meminati tudung bawal sejak zaman universiti lagi. Bagi saya tudung bawal boleh dipakai pada bila-bila masa dan tidak mengikut trend. Boleh digayakan bersama baju bercorak dan tidak bercorak. Berbanding tudung lain yang terhad cara menggayakannya
2 comments:
gambar harith lembik kena cirit birit pun ada (-:
tak nampak mcm cirit,
mcm posing, ;D
Post a Comment