Thursday, January 21, 2010

Matlamat bekerja di rumah

Teks:Masayu Ahmad


Setelah sepakat dan mencapai kata putus, anda bersedia untuk menghantar notis menamatkan perkhidmatan. Melewati hari terakhir bekerja, punch card terakhir, bersalam-salaman dengan rakan-rakan dan jamuan meraikan anda. Dalam perjalanan pulang, satu beban sudah pun lenyap di bahu. Namun matlamat kini sudah pasti. Apa perjuangan anda dalam menempuh rutin sebagai isteri bekerja di rumah (WAHM)

Keluarga


www.allguardpestcontrol.com.

Sudah tentunya ini adalah salah satu penyebab dan pendorong utama anda mengambil keputusan penting ini. Mengimbangi kerjaya dan rumahtangga adalah satu perkara yang perlu anda ambil kira dalam jadual kerja yang baru.

Kewangan


Foto:ondastreet.files.wordpress

Apa sasaran kewangan anda setelah bekerja sendiri. Pendapatan pasif dan pendapatan aktif. Pendapatan pasif adalah bentuk pelaburan, simpanan dan aset yang menjadi milik anda. Ianya tetap memberi pulangan setiap tahun. Pendapatan ini perlu ada sebagai sandaran untuk wang pencen dan kewangan persaraan anda kelak.

Pendapatan aktif adalah pendapatan yang boleh saja mengalir melalui penjanaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Ianya boleh sahaja melalui aktiviti bisnes online atau offline.

Kebebasan


Foto: http://www.womansday.com

Inilah yang anda idamkan selama ini, namun sejauh mana anda menilai kebebasan ini. Jika dulu anda seringkali risau dengan prestasi, majikan dan bos yang cerewet. Kebebasan sejak bekerja di rumah mungkin juga anda perlu bekerja keras dalam dua tahun pertama sebelum anda benar-benar stabil dari segi pendapatan. Anda mungkin terikat untuk berbelanja boros sebagaimana biasa, bercuti ke tempat yang mahal dan jadual kerja yang lebih padat walaupun fleksibel.

1 comment:

MisY said...

salam perkenalan....

i stumbled across you blog. for intro, saya juga WHAM, SOHO, whatever they called it. after 10yrs meredah jem every morning, bayar tol sana, tol sini. finally i get my peace at home by doing the same thing. being a translator... a freelance translator for 5yrs now.

salam perkenalan sekali lagi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin