Wednesday, January 27, 2010

Berminat Menyertai Franchise BondaMama ?

 Anda berminat untuk membuka taska atau tadika ? BondaMama boleh membantu
merealisasikan cita-cita anda. Hadir ke Taklimat BondaMama pada hari

Ahad 31 Januari 2010 jam 2.00 petang di Yayasan Pembangunan Nur Hikmah,

16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor. Hubungi

Puan Norlela 03-8733 2411 untuk mendaftarkan kehadiran anda kerana tempat adalah terhad. Layari http://www.bondamama.com/ untuk maklumat lanjut.
 
 

 
BondaMama adalah satu konsep baru dalam mengujudkan pusat asuhan dan juga pusat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Mula diperkenalkan pada awal Oktober 2008 oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Asuhan BondaMama adalah sebuah pusat jagaan kanak yang berumur 0 hingga 4 tahun sementara BondaMama Kids Center adalah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman kami selama lebih 30 tahun dalam mengendalikan program-program pembangunan serta kecemerlangan anak-anak akan menjadikan BondaMama sebagai pusat perkembangan kanak-kanak yang terunggul di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan anak-anak anda di BondaMama yang berhampiran anda
 

 
Berminat Menyertai Franchise BondaMama ?


Skim Franchise BondaMama menyediakan peluang untuk anda memiliki dan menguruskan pusat asuhan serta pusat pendidikan awal kanak-kanak anda sendiri. Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPN) menyediakan berbagai perkhidmatan bagi merealisasikan impian anda. Kami mempunyai pakar-pakar yang berpengalaman yang mampu menukar premis anda kepada sebuah pusat asuhan dan pusat pendidikan awal kanak-kanak. Kami juga akan membantu anda memahami tentang peluang-peluang didalam bidang asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin