Followers

Saturday, December 5, 2009

Hujung minggu yang damai



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://img2.visualizeus.com/thumbs/08/11/04

Salam sayang buat teman dan pembaca budiman. Hari minggu yang sungguh menyegarkan. Cuaca yang agak mendung, namun masih ada tempias haba dari sinar matahari pagi, moga membantu jemuran kering.

Kicau burung masih lagi terdengar-dengar di hujung telinga, walau sudah menjengah tengahari. Hari ini saya masak bihun goreng biasa sahaja.

Tidak mahu memikirkan kerja lagi, memandangkan banyak kerja rumah perlu diselesaikan. Insya-Allah menjelang tengahari akan bergerak ke Subang. Ziarah ke rumah adik yang sudah berpindah ke rumah baru. Juga perbincangan beberapa urusan kerja yang masih lagi belum saya selesaikan.

Adik saya aka sere, hanya bekerja di rumah, selain menawarkan perkhidmatan membuat laman web beliau juga pengasas laman web salam pantai timur. Di situ banyak artikel berkenaan negeri Kelantan dan Komuniti Cik Siti Wan Kembang. Jadinya jika anda ore kelate bolehlah jengah ke sana.

http://salampantaitimur.com/

Daripada segi tekninal pasal It dan sebagainya saya sememangnya mendapat sokongan daripada en.suami dan sere. Selain itu beliau(sere) juga menjaga domain, hosting, saya dan urusan yang berkaitan sewaktu dengannya.

En. Suami banyak membantu sokongan IT di rumah. Jika ada perkara yang saya boleh buat, saya akan meneroka sendiri. Jika sukar, saya minta sahaja bantuan pakar. Tumpuan saya hanya kerja dan skop saya sahaja. Tidaklah nanti terlalu banyak perkara mahu difikirkan dalam satu masa.



Tengahari ini kami akan makan di sana, di samping menziarah. Kanak-kanak riang sangat seronok kalau mahu ke rumah Pok Ngoh mereka. Semua dah siap-siap tu. Tinggal saya sahaja masih belum bersiap.

Saya juga akan lebih kerap memasukkan artikel ke blog satu lagi.

www.masayuahmad.blogspot.com (Panduan Kesihatan & Kecantikan)

Jemput ke sana juga ya.

Laman web rasmi saya dalam proses penambahbaikan buat masa ini (www.masayu-ahmad.com)

Semoga ceria di hujung minggu bersama keluarga

The longer you wait to decide what you want to do, the more time you’re wasting. Its up to you to want something so badly that your passion shows through your actions. Your actions, not your words will do the shouting for you – Derek Jeter (pro baseball player)

Jom Sertai ! Buku Inspirasi Contest

SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU

Assalamualaikum w.b.t

Sempena genap 1 tahun saya berada di rumah, saya ingin berkongsi inspirasi dan motivasi bagi pengikut dan pembaca blog ini.

Syarat-syarat

1.Anda perlulah menjadi follower blog ini
2.Pautan blog naufal di blog anda
3.Letakkan buku pilihan/contest di side bar blog anda
4.Siarkan entri berkenaan contest ini di blog anda dan pautan contest ini
5.Tarikh tutup: 10 Disember 2009 Pengumuman 15 Disember 2009
6.Buku pilihan adalah berdasarkan kesesuaian jawapan anda.
7.Terbuka kepada wanita/pelajar/lelaki (jika mahu hadiahkan kepada isteri)
8.Sila nyatakan/tinggalkan komen untuk mudah saya menjejaki anda

Kategori Buku : 2 Pemenang (Kesungguhan & Komitmen)
Kategori Penghargaan: 10 pemenang (Blogger terpilih yang layak untuk dimasukkan dalam artikel)

Keahlian yang lain secara automatik layak dan akan dipilih berdasarkan kesesuaian.

Anda layak

1.Pautan blog anda ke blog ini
2.Sekiranya anda melakukan bisnes online ataupun konvensional, anda layak untuk ditemuramah. Artikel berkenaan bisnes anda akan dimasukkan dalam mana-mana laman web, blog, buku atau ebook.

Jawab soalan mudah berikut:

1.Apakah status anda kini?

a.Wanita bekerjaya
b.Wanita bekerja dari rumah (WAHM)
c.Surirumah sepenuh masa (SAHM)
d.Bisnes atau bekerja sendiri (SOHO)
e.Wanita bekerjaya mempunyai pendapatan sampingan/sambilan (Nyatakan)
f.Pelajar

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?
Contohnya:

1.Mahu berada di rumah dan menjana pendapatan. Mahu menjadikan bidang jahitan sebagai sumber pendapatan, ingin menjadi tenaga pengajar kelas jahitan dan mempunyai butik sendiri.

2.Mahu sukses sebagai wanita bekerjaya dan mampu mengimbangi urusan keluarga dan kerjaya, bla,bla,bla.


Anda akan memiliki mana-mana buku inspirasi berikut:

Pilihan 1



Pilihan 2



Pilihan 3



Nota: Setiap peserta yang sudah pun menyiarkan entri berkenaan peraduan ini sila nyatakan di sini. Terima kasih.

Mabuk maklumat

Teks: Masayu Ahmad






Saya mengalami keadaan mabuk maklumat. Capaian kelajuan streamyx sangat mengembirakan hati saya. Seperti pengantin baru yang tidak mahu keluar bilik, layaknya. Atau orang yang tidak makan setahun. Jika dah mengadap sudah tidak mahu buat kerja lain. Banyak kerja rumah masih tertangguh gara-gara mabuk maklumat.



Saya sukakan situasi ini. Inilah syurga saya. Tetapi perlu bangun daripada tempat duduk. Banyak perkara perlu diselesaikan dan masih tertangguh. Masih banyak buku kena khatam dan hadam. Tak keman-mana pun tidak mengapa.

Buat peserta peraduan, harap bersabar ya, artikel peraduan yang anda sudah sertai akan saya masukkan dari masa ke semasa.

Salam penuh kasih sayang

Michael Dell – CEO Dell Computer

‘Fall seven times, stand up eight. The bamboo that bends is stronger than the oak that resists’

Thursday, December 3, 2009

Aiman sudah besar



Teks & foto: Masayu Ahmad

Walaupun 24 jam anak-anak bersama saya, dapat saya merasakan perkembangan dan perubahan pada mereka. Betapa sungguh cepat masa berlalu. Saya suka sangat memeluk dan bercakap-cakap dengan Aiman. Si pipi kembang ini sudah makin melasak dan membesar dengan cepat. Apakan tidak, baju-bajunya semakin mengecil dan baju Arif pun sama. Aiman sudah muat baju Arif.

Bukannya baju yang makin mengecil, rupanya Aiman sudah makin membesar. Oh, tidak. Walau setiap hari peluk dan cium anak. Rasanya cepat sahaja masa berlalu. Antara ayat-ayat aiman yang saya suka dengar keluar dari bibir mungil nya.


“Cuk ehhhh.” (Busuk eh, perkataan eh tu akan ditarik panjang).

“Bu, man yak.” (Ibu Aiman berak)

“Hmm, yang bu.” (Sambil cium saya, sayang ibu)

"Ma,ma,ma, nak jie, nak jie." (Nak pegi, nak pegi)

"Ma, ma, up, up."( Nak naik atas riba)

Tiga situasi apabila bekerja di rumah



Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://blissfullydomestic.com

Sebelum anda memutuskan untuk menghantar notis berhenti, anda perlu bersedia dengan situasi baru.

Biasanya bagi ibu bekerjaya, rutin pagi anak-anak akan dihantar ke nurseri atau pusat jagaan. Jadinya fokus sudah mula terarah kepada majikan dan dunia kerja selepas itu. Rutin di rumah akan bermula semula selepas anda pulang dan sampai di rumah.

Situasi wanita bekerjaya

Urusan kerja- 8 pagi hingga 6 petang

Urusan rumahtanga & anak-anak- 6 hingga 8 pagi, 7 malam hingga 7 pagi

Tiga urutan dalam perjalanan 24 jam.

Tiga situasi yang sama di rumah.

Urusan rumahtangga dan kerja juga akan beroperasi dalam keadaan yang sama dalam tempoh 24 ketika anda berada di rumah. Apa yang membezakan ialah anda boleh mengubahsuai jadual kerja, anak-anak, urusan rumahtangga mengkit keutamaan. Ianya juga bergerak mengikut rutin seharian.

Anda akan bertambah satu tanggungjawab iaitu menguruskan anak-anak. Jika bekerja anda hanya bekerja dan anak-anak bersama pengasuh atau transit.

Situasi akan seperti ini


Urusan kerja- Rutin kerja yang dipilih sama ada berniaga atau apa sahaja.

Urusan rumahtangga- kemas rumah, basuh kain, lipat kain, mop lantai dsb

Urusan anak-anak- sama ada anak-anak kecil atau anak-anak yang bersekolah. Jadual dan aktiviti adalah berbeza.

Mungkin anda agak keliru dengan artikel ini, jika saya ada masa saya akan perjelaskan dengan lebih mudah.
Blog ini akan menyeimbangkan artikel yang disiarkan. Saya akan mula meneroka lebih banyak panduan bekerja di rumah. Bukan hanya untuk mama, tetapi untuk papa juga. Memandang ada juga pembaca lelaki.

Apa fokus blog ini

Bukan sahaja catatan harian, artikel akan berdasarkan beberapa kategori, iaitu

1. Panduan untuk surirumah (SAHM)

2. Panduan untuk wanita bekerja di rumah (WAHM)

3. Panduan suami/bapa bekerja di rumah (WAHD)

4. Panduan ibu bapa bekerja di rumah (WAHPs)

Semoga komuniti yang berminat untuk bersam-sama saya sudi meninggalkan jejak. Jika anda berminat untuk bertukar link, sila nyatakan di ruang komen atau di ruang shout box. Walaupun saya tidak sempat meninggalkan jejak, saya cuba setakat mana sempat.

Semoga saya terus istiqamah dalam penulisan. Jemput juga ke blog saya yang satu lagi
www.masayuahmad.blogspot.com. Blog itu pun sudah lama tidak update. Tak seimbang pula, saya perlu mengaktifkannya kembali sempena tahun baru 2010. Insya-Allah, semoga saya dipermudahkan.

Berpindah lagi

Teks: Masayu Ahmad


Salam hari Jumaat bersamaan 4 Disember 2009.

Hari ini menu biasa sahaja, telur masak separuh bersama kopi radix. Saya ni pengemar kopi, ini antara kopi yang boleh diterima selera. Memandankan saya sangat alah dengan kafein, stok radix memang selalu ada.

Hari ini suda buntuk idea memasak apa. Disebabkan setiap hari hujan, sangat malas mahu keluar. Sudah dua minggu rupanya, saya tidak membeli di waktu pagi. Kadang-kadang ada juga saya pegi ke gerai membeli kuih-muih jika kebuntuan idea memasak.

Setiap hari memasak, stok barang pun sudah habis. Minggu ini, lempeng, cekodok, keropok lekor. Itulah menu kudapan dan minum petang kanak-kanak riang. Saya sangat jarang ke kedai, semua pembelian barang dapur diuruskan suami. Apa dibawa pulang itulah yang saya masak. Kalau saya ke kedai, habislah, memang akan beli benda yang tak sepatutnya.:D

Lebih mudah dan tidak membazir, en.suami saja yang beli. Biasanya, jika suami beli dalam kuantiti 1. Saya akan borong sampai 3. Memang boros saya ni. Tetapi, alhamdulillah sekarang saya sudah makin ada peningkatan dalam pengurusan kewangan. Setahun saya melatih diri. Bukan mudah sebenarnya. Bayangkan jika dulu, membeli ikut perasaan sahaja. Sekarang ini, apabila bekerja sendiri, kita lebih menghargai segala titik peluh. Bukan berkira atau kedekut, tetapi berhemah. Setiap pasangan yang dijadikan buat kita sudah ada pelengkapnya.

Saya lebih boros berbanding en.suami. Jadinya kami sepakat untuk lebih berhemah, ke arah matlamat yang sudah jelas. Insya-Allah. Inilah membuat kami saling menyokong antara satu sama lain.

Saya sangat berterima kasih pada en.suami yang begitu menyokong perjalanan karier saya. Walaupun masih lagi tuntas, dan masih jauh perjalanannya, en. suami tetap di sini. Alhamdulillah.

Walaupun penggunaan broadband sangatlah lembab dan ia turut mempengaruhi kerja-kerja saya. Semalam sudah dinaik taraf selepas en.suami sudah pun menukar kepada streamyx. Saya sangat berterima kasih. Semoga saya lebih rajin dan tekun.

Bertukar ruang lagi

Kali ini saya bertukar bilik kerja lagi. Dibawah ada dua bilik, satu bilik pembantu, satu lagi bilik kanak-kanak riang. Jadinya saya bertukar kedudukan lagi. Rasanya lebih senang kerana sambil melakukan banyak kerja serentak, senang saya ke sana ke mari, di dapur ruang tamu, ke laman. Anak-anak pun suka. Biasanya jika mahu naik ke atas, mereka mula marah atau memberontak. Saya akan mengambil masa untuk mengemas kini bilik ini. Mungkin yang ini kekal lama sedikit. Saya ini cepat boring, sekejap ke sana , sekejap ke sini. Kejap pindah sana, kejap pindah sini.

Angin berkumpul


Bangun pagi tadi saya terasa angin berkumpul pada bahagia belikat belakang. Mungkin juga sebab lama tidak bersenam dan bersauna. Sejak hari hujan, aerobik taman juga belum aktif lagi. Saya perlu kembali dengan aktiviti kecergasan.

Krim Hpa sangat membantu, rasa panas dan sejuk menyeram ke dalam badan. En. suami membantu saya mengurut pada bahagian yang berkumpul angin. Sangat membantu. Saya rasa sudah lega. Sangat mujarab krim ini, boleh dipakai setiap hari.Rasa panas dan dingin masih meresap dalam roma kulit. Lega.

Broadband vs streamyx

Teks: Masayu Ahmad

Saya sedang menaiktaraf penggunaan internet di rumah. Memandangkan sangat kecewa dengan broadband maxis. Akhirnya saya memiliki streamys tm. Kelajuan sangat tidak mengecewakan. Umpama menaiki kereta baru dengan pemanduan yang sangat lancar.

Mudah-mudahan ini dapat membantu kelajuan dan kelancaran kerja. Insya-Allah. Terima kasih kepada penaja, sudah tentunya en.suami yang sentiasa memberi sokongan 300 peratus.
Blog Widget by LinkWithin