Selalu juga saya lalu jalan panji, kalau dari kota bharu untuk pulang ke rumah. Saya hanya melihat dari dalam kereta. Suatu hari kelak, jika panjang umur pasti saya akan bersua juga dengan Kak Chik. Segala-galanya tentang hobi dan minat yang mendorong Kak Chik melakukannya tanpa jemu dan penuh tekun.
Sekurang-kurangnya ketekunan dan usaha Kak Chik, sedikit sebanyak memberi inspirasi pada saya yang masih belum menggunakan sepenuhnya tenaga fizikal dan mental. Harapnya saya juga boleh melakukan sebagaimana Kak Chik.
Tahniah buat Kak Chik dengan suasana MariBaca yang lebih segar dan bertenaga. Harapnya bisnes Kak Chik bertambah maju untuk 2010 dan tahun-tahun akan datang.
2 comments:
Assalamualaikum Mas.
MashaAllah... terima kasih Mas. Tak sangka pula Mas nak buat entri khusus untuk kakchik.
Kakchik amat terharu dan kakchik doakan Allah dapat memberi ganjaran yang setimpal kerana sokongan Mas kepada usaha-usaha kakchik.
Kakchik masih sedang belajar dan akan terus belajar. Bukan mudah untuk hidup di dunia ini demi akhirat yang menanti.
Wasalam Kak Chik
ini usaha tidak seberapa, sama-sama menyokong antara satu sama lain,
moga persahabatan maya mengeratkan kita, amin
Post a Comment