Showing posts with label Ayah Mertua. Show all posts
Showing posts with label Ayah Mertua. Show all posts

Wednesday, December 14, 2016

Kerinduan pada yang tiada

Teks: Masayu Ahmad

Redup pagi. Angin sejuk menyapa, bugar sekali. Lafaz syukur atas segala nikmat hingga ke hari ini.
Cuti sekolah berbaki tiga minggu. Juga tahun baru sudah mengintai tabir.

Cuti begini ada yang mengambil kesempatan untuk menjenguk orang tua yang jauh. Jauh di mata terkenang-kenang memori.

Ada sahabat yang meminta pandangan bagaiman kita orang yang jauh ini menyantuni orang tua. Selain doa yang tidak putus. Tentu ada lagi perkara yang kita mahu buat, tetapi ada keterbatasan masa dan kesempatan.

Apabila ada orang menjaga ayah dan ibu di kampung lalu bagaimana pula kita mahu menambah khidmat. Ini sekadar pandangan dan pengalamana. Saya, mujurnya mempunyai ipar dan biras yang baik-baik

Apabila balik mereka berbondong-bondong membawa buah tangan. Selalunya kerna kita faham ibu yang sudah semakin uzur. Tidak lagi boleh memasak, seperti selalu sebab kita mahu mereka masak. Tetapi sekiranya uzur benar kitalah yang memulai.

1. Apabila jarang balik, sangat mahu merasai masakan ibu, emak dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya orang tua uzur. Maka tidak perlu lagi memberitahu mahu makan itu dan itu, rindu masakan itu dan ini. Cukup sekadar menyatakan mahu pulang. Semoleknya jangan beritahu teringin makan.

2. Kita boleh bawa masakan yang sudah siap dan makan beramai-raaai. Boleh nyatakan ibu, mak mahu makan apa. Kita yang membeli barang-barang basah dan gotong royong, bukan masak kegemaran sendiri sebaliknya tanya apa mak, ayah, tok abah, tok ayah mahu makan. Sudah petik kegembiraan awal untuk dirai.

3. Berterima kasih kepada kakak, adik, ipar yang menjaga orang tua. Bagaimana?Sesekali balik buat gotong royong membersikan rumah. Sesekali balik peluk dna ucap terima kasih. Ini juga satu sokongan emosi dan kasih sayang.

4. Selalu memberikan sokongan kewangan setiap bulan tanpa perlu ditanya-tanya. Beri secara konsisten. Waima ibu bapa sudah kaya raya, menghulurkan setiap kali balik, menjadikan ia ingatan tulus.

5. Sebaiknya sebelum turun bersihkan rumah, tempat tidur. Sebabnya ia juga satu lagi sokongan emosi dan perasaan. Bertamu dengan kasih sayang untuk memudahkan.

6. Dengar dan berbicara dengan orang tua. Mereka sangat mahu berkongsi dan bercerita kenangan silam. Ia terapi. Walaunya kisahnya diulang-ulang, Kita juga akan berada di tempat yang sama satu hari nanti jika umur panjang.

Wednesday, December 16, 2015

Sehidup semati

Selepas ma dibawa ke hospital terus dimasukkan ke ICU. Doktor sudah mengesahkan jantung sudah 'berhenti' selama setengah jam.
Dalam keadaan panik kami fikir ma memerlukan oksigen kerana dia juga penghidap asma.
Esoknya semua sudah siap siaga atas saranan doktor.
Jam 2 petang atuk pula dibawa ke hospital. Ketika ma 'nazak' di ICU, atuk dimasukkan 'wad kecemasan'.
Jam 7.40 30 November 2015 ma pergi. Pergi ke negeri kekal abadi.
Kami menyempurnakan urusan jenazah.
Ketika keranda diturunkan dari rumah, panggilan dari hospital pula atuk berada dalam keadaan kritikal.
Usai selesai urusan arwah ma. Kami menyambung urusan atuk yang masih kritikal di ICU.
Jam 8.30 10 Disember 2015, Allah lebih menyayangi dan masanya kami menerima ketentuan ini. Atuk sudah dijemput Ilahi.
Pusara bonda dan ayah mertua disemadikan bersebelahan.
Moga Allah mengampuni, melimpahi rahmat dan menempatkan di kalangan orang-orang beriman. Bertemu di Jannah.

Sehidup semati

Teks: Masayu Ahmad

2015 bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Ia sudah tentunya meninggalkan kesan yang mendalam buat diri saya sekeluarga.


Pada cuti pertama persekolahan saya merancang untuk pulang ke kampung tok ayah, memandangkan sudah dua bulan tidak balik. Juga kerana kesihatan tidak mengizinkan.


Kebetulan pula en.suami perlu ke Kuatan atas urusan kerja. Jadi anak-anak sudah tidak tidak sabar untuk pulang ke rumah tok ayah.

Usai pagi en.suami turun, seperti biasa saya sudah pun mengemas dahulu dan memasak untuk bonda dan ayah mertua.


Tidak sebagaimana selalu saya turun begitu sahaja dan tidak pula bersalaman dan memohon maaf sebagaimana biasa.

Di pertengahan jalan saya memang merasa satu kepelikan dengan sikap saya sendiri.

Anak-anak sebagaimana biasa sangat gembira kerana sudah lama ibu tidak bawa berjalan jalan.

Juga sebagaimana mana biasa sudah memaklumkan kepada ipar bahawa perlu balik esok hari untuk sarapan mok dan atok.

Seminggu kami berada di rumah tok ayah.

Usai kami pergi sudah menerima mesej atuk sudah tidak sihat dan tidak lalu makan.

Aduhai, ayahanda pula tidak sihat, jadi saya bertahan dahulu untuk menjaga ayah dan ipar menyambung tugas menjaga ke dua nya.

Namun seminggu ini bonda mertua pula demam dan tidak sihat. Sehinggalah petang Jumaat barulah saya pulang.

Rutin biasa, pada petang ini memandikan ayahanda mertua. Esoknya juga berpagi saya mandikan, menyuap dan memberi makan ubat.

Selama lima tahun ini hanya tiga kali ayah mertua sakit begini dan memerlukan bantuan untuk mandi dan urusan yang lain.

Sabtu itu bonda mertua tidak mahu ke rawatan dialisis seperti biasa, katanya dia masih demam.

Arwah bercerita, selepas saya pergi, malam itu dia bersiap untuk makan malam.

"Ma, sudah siapkan makan malam. Datang ke bilik dan atuk sudah tiak mahu bangun. Tidak ada selera."

Pada pagi Sabtu itu saya sempat menyuapkan 10 sudu nasi berlauk ikan tenggiri yang dibawakn kak yah yang datang menziarah.

Saya lihat ma yang tidak lalu makan dan mukanya agak sembab.

Malamnya doktor sudah datang ke rumah dan didapati bacaan kencing manis ayah mertua sudah tinggi dan tidak dapat dibaca. Saranan doktor agar segera dibawa ke hospital.

Sekitar jam 3 pagi saya terjaga kerana dikejutkan kak wani (biras).

Ketika saya keluar dari bilik, ma baru keluar dari bilik air.

"Allah, Allah, Allah."

Saya sempat menyambut tubuh ma dan rebah dalam ribaan.

Sudah kebiruan dan peluh merecik.

Bersambung.











LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin