Monday, January 11, 2010

punch card awal malam ni



Assalamualaikum w.b.t

Salam buat suri sekalian, macam ketagih pula kalau tidak mencoret sebarang dua kata. Malam ni saya masuk pejabat soho awal, jam 8.15 sudah siap sedia. Harapnya saya kekal cergas dan siapkan kerja sampai garis penamat. Insya-Allah

Petang tadi saya suapkan anak-anak makan awal, jam 6 petang. Tadi sudah siapkan cekodok kasih sayang, maknanya meraka masih dalam mood kekenyang. Mujur anak-anak kurang gangguan dan memberi kerjasama. Cumanya dalam tempoh masa mereka aktif saya biarkan mereka guna dahulu pc, saya gunakan masa ini untuk kemas rumah, jemur kain, masak dan sebagainya.

Saya banyak menjengah rakan-rakan blog yang berstatus suri rumah dan bekerja di rumah. Hampir majoriti menyuarakan pandangan dan pengalaman berkenaan pengurusan anak-anak. Kerenah anak-anak kadangkala menguji kesabaran dan daya tahan seorang ibu. Bukan normallah kalau kita tidak rasa marah dan geram.

Marah pada anak-anak tidak sama jika marah dengan rakan sekerja, bos atau majikan. Kalau kita tidak puah hati dengan bos kita akan cuba memendam rasa atau meluah. Tidak pun kita menambah pahala bos dengan membuat ketupat.

Marah pada anak-anak kadangkala buat kita tidak sedar, betapa beruntungnya dapat menjaga mereka. Sudah tentunya penjaga bagi anak-anak yang ibu mereka bekerja memerlukan tumpuan, ilmu kasih sayang dan tidak boleh dipaksa-paksa atau dibuat-buat.

Saya sudah menemu dua teori saya sendiri berkenaan pengurusan kerja dan pengurusan anak-anak. Ianya memang praktikal. Teori ini berdasarkan kajian, penyelidikan dan bahan bacan saya. Juga saya terus mempraktikan pada anak-anak. Mungkin saya sesuai dengan teori ini, manakala anda mungkin boleh cuba atau setidaknya mencipta cara pengurusan anda sendiri berdasarkan amalan dan urusan seharian.

Ok, saya berhenti dahulu, jama kerja saya sudah bermula 8.30 malam. Selamat beristirehat bersama keluarga.

2 comments:

Wan Anie said...

Apa 2 teori tu Mas... share yer :)

Masayu Ahmad said...

Wan Anie

nanti saya kongsi ya ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin