Monday, August 31, 2009

Tabiat anda urus wang untuk suri rumah

Teks: Masayu Ahmad


Foto:http://cosmotica.com

Boros

Berbelanja melebihi pendapatan atau jika tidak cukup wang anda lebih gemar berhutang. Kad gores kepunyaan bukan sahaja digunakan untuk membeli barang-barang keperluan tetapi ianya juga sebagai kad kemudahan berbelanja untuk bercuti, membayar bil setiap bulan dan membeli barang yang kurang perlu.

Anda tidak kisah ke mana wang yang dibelanjakan dan ambil mudah tentang perbelanjaan berhemah. Mereka yang boros biasanya mempunyai hutang keliling pinggan yang tidak akan surut tetapi akan menambah-nambah.

Menunjuk-nunjuk

Kadangkala perbelanjaan lebih kepada sikap mahu menunjuk-nunjuk. Walaupun berada pada paras bukan kemampuan namun anda tidak boleh menunjukkan tidak mampu. Melayan ego dan perasaan bahawa anda berkemampuan kadangkala memberi padah kepada diri dan keluarga. Ini kerana anda dan pasangan tidak mempunyai perancangan yang jelas dalam belanjawan bulanan, tahunan, wang persaraan dan pendidikan anak-anak.

Bersederhana

Berbelanja mengikut kemampuan atau bersederhana adalah salah satu perkara penting dalam perbelanjaan berhemah. Anda tahu sumber kewangan, jumlah pendapatan dan juga agihan untuk perbelanjaan keperluan dan kemewahan.

Anda tidak mudah terpedaya dengan iklan atau promosi membeli belah. Jika mahu membeli barang diluar kemampuan selalunya anda akan menyimpan dan berdikit-dikit terlebih dahulu. Hanya beli apabila sudah ada wang yang cukup dan memejamkan mata jika wang masih tidak cukup.

Jimat cermat

Berjimat cermat bukan maksudnya kedekut tetapi membuat perbelanjaan mengikut keutamaan. Anda sekadar cukup membeli sepasang atau dua pasang sahaja baju Hari Raya, selebihnya masih banyak baju baru dan elok yang boleh dipakai.

Mungkin juga banyak baju kerja anda yang masih baru di dalam himpunan koleksi pakaian kerja anda yang jarang digunakan. Hampir setiap bulan anda berjoli sakan menghabiskan beratus wang membeli pakaian baru. Bahkan masih ada dalam almari tidak pernah pakai sekalipun.

Apakata beberapa helai yang masih baru dipakai semasa Hari Raya. Hanya orang di pejabat sahaja yang tahu. Orang di kampung tidak tahu pun baju itu adalah baju kerja anda. Apa yang pasti anda tetap nampak anggun dan jelita.

Sunday, August 30, 2009

Ayam organik Dr.Zainol & Ayam organik HPA




Teks: Masayu Ahmad

Kedua-duanya adalah sama kerana ianya adalah ayam organik pilihan alternatif untuk kegunaan umat Islam. Tidaklah kita terlalu bergantung kepada ayam daging yang kini semakin banyak pula keraguan yang berlaku.

Semalam ketika menyinggah beberapa pilihan kedai barangan produk bumiputera atau mall halal, kami menjumpai satu lagi kedai halal az-zain milik Dr. Zainol di Bukit Indah. Di situ terdapat banyak produk yang boleh dijadikan pilihan untuk kegunaan harian.

Mungkin juga selepas ini saya akan cuba sertakan alamat dan gambar sekali bagi memudahkan rakan-rakan sekalian mendapatkan barang-barang di sana.

Isu ayam bukanlah isu yang baru, malah satu ketika dahulu pernah berlaku pemeriksaan mengejut oleh Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Jakim ke atas pasaraya terkemuka. Mereka menjumpai longgakan ayam berada bersama dengan daging babi dalam satu peti sejuk beku. Malah penyembelihan juga dilakukan oleh warga bukan Islam.

Daya tarikan utama membeli ayam di situ kerana harga ayam yang murah. Namun bagi kita sebagai umat Islam pilihan murah atau kebersihan dan keselamatan yang perlu diutamakan.

Makanan tersebut akan menjadi darah daging kita sekeluarga. Pembentukan sifat diri dan sikap juga akan terpengaruh disebabkan sumber yang boleh disyak. Mungkin juga sebabnya kita mudah diperdayakan dengan iklan dan juga kaedah promosi yang mudah mengaburi mata.

Ada satu lagi buku Sumber Halal & Haram keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang menjadi rujukan saya, buku tersebut banyak sekali menyiarkan fakta berkenaan produk makanan harian yang halal tetapi disalahgunakan oleh pihak tertentu. Banyak penemuan oleh pihak berkuasa seperti Jakim dan PPIM yang disertakan contoh dan bukti.
Saya akan kupas dan tulis artikel yang berkaitan, akan disiarkan di www.masayuahmad.com dan www.masayuahmad.blogspot.

Saturday, August 29, 2009

Sudah menghampiri pertengahan Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad



Foto:http://www.freewebs.com

Pagi petang siang malam. Bersahur, berpuasa, berbuka. Begitulah seterusnya, tup tap tup tap kita sudah menghampiri satu pertiga Ramadhan. Cukup cepat masa berlalu. Jika masa kecil-kecil dahulu, mahu menunggu satu jam, ya Allah lambatnya jarum jam bergerak.

Tidur dan sambung tidur. Buka mata lihat jam lagi. Jika sudah petang sudah ada bau haruman di dapur yang menusuk kalbu. Menguji kesabaran. Puasa anak-anak kecil hanyalah puasa semata-mata. Puasa menahan lapar dan dahaga.

Menjengah dewasa, bukanlah lapar sebagai cabaran. Tetapi menahan segala nafsu zahir dan batin. Meningkatkan lagi kualiti ibadah. Jika dahulu suka berlengah-lengah menunaikan solat. Solat awal waktu lebih didisplinkan.

Jika dahulu mengaji hanya hari Jumaat atau sehelai sahaja sehari, membanyakkan waktu mengaji al-quran dengan masa yang tetap setiap hari adalah usaha yang perlu dipertingkatkan.

Jika bangun awal kerana mahu sembahyang subuh sahaja, usahakan untuk bangun ebih awal untuk qiamullail. Banyak cara dan pilihan untuk meningkatkan kualiti ibadah bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi diteruskan untuk bulan-bulan yang lain.

Nafsu lain yang selalunya kita sebagai wanita sukar untuk dibendung, ingatan juga untuk diri sendiri ialah berbelanja dan membazir kepada perkara yang tidak sepatutnya. Kadangkala kita berusaha untuk menjadi lebih baik, tetapi tidak perasan perkara yang sama dilakukan hampir setiap tahun menjelang Ramadhan dan Hari Raya.

Pengaruh tv kadangkala meransang nafsu untuk berbelanja. Pakaian berpasang-pasang, kuih-muih kadangkala melebihi daripada apa yang sepatutnya. Mungkin sukar untuk mengawal nafsu berbelanja tetapi membuat senarai terlebih dahulu banyak membantu untuk kita lebih berhemah.

Program jejak rasul menziarah Makam Nabi Harun Alaihisalam

Sepanjang Ramadhan ini selain banyak iklan dan program untuk menyambut lebaran ada juga program-program yang berunsur tazkirah dan program membantu kita meningkatkan ilmu.

Sambil memasak biasanya, sempat juga melihat siri jejak rasul kisah para anbiya. Kisah jejak rasul kali ini para krew penerbitan menziarah dan menjejak makam para nabi dan Rasul.

Saya sempat melihat satu siri, iaitu mereka menziarah ke Makam Nabi Harun. Perjalanannya agak jauh, dan perlu melakukan pendakian kerana Makam tersebut berada di atas sebuah bukit.

Bukit tersebut sangatlah tinggi (saya terlupa mencatat ketinggian), untuk ke puncak perlu melakukan pendakian. Apa yang menjadi persoalan bagaimana makam tersebut berada di puncak. Allahhu alam, memandangkan sesiapa pun tidak tahu bagaimana ia berada di puncak.

Makam tersebut dijaga oleh seorang penjaga, seorang badwi Arab, yang mana kerjanya menjaga makam tersebut.

Hati saya semasa perasaan haru dan sedih, setiap langkah krew penerbitan adalah hanya satu usaha yang kecil sebagai gambaran bagaimana Nabi Harun semasa hidupnya memperjuangkan agama Allah. Dalam keadaan suasana padang pasir yang kering kontan dan berbukit-bukit.

Lahir perasaan sebak dan mengalir air mata selepas mereka berjaya menjejaki ke puncak. Pengalaman yang tidak akan berulang-ulang banyak kali, mungkin hanya sekali dalam hidup. Subhanallah.

Saya kongsikan artikel nabi Harun dari

http://risalahrasul.wordpress.com/

Nabi Harun AS (هارون)

Nabi Harun AS telah diminta oleh Nabi Musa AS pada Allah SWT dalam membantu mengembangkan agama Allah.

Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Baginda ialah adik-beradik seibu Nabi Musa, diutuskan untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke jalan yang benar.

Firman Allah bermaksud: “Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya sebahagian rahmat Kami, iaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.”

Harun dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Musa dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat, seperti diceritakan al-Quran

: “Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan) ku, sesungguhnya aku khawaatir mereka akan berdusta.”

Sepanjang peninggalan Nabi Musa untuk bermunajat di Thur Sina, Harun juga diberikan amanah untuk mengawasi dan memimpin penduduk Bani Israel daripada melakukan kemungkaran, apa lagi menyekutukan Allah dengan benda lain. Musa berkata kepada Harun:

“Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku dan perbaikilah, jangan kamu mengikuti jalan orang yang melakukan kerusakan.”
Bagaimanapun, sepanjang kepergian Musa ke Thur Sina, berlaku ujian terhadap Bani Israel. Sebilangan mereka menyekutukan Allah dengan menyembah anak lembu yang diperbuat dari emas oleh Samiri.

Mereka menyembah patung lembu itu yang terpedaya dengan tipuan Samiri yang menjadikannya sehingga bisa berbicara. Harun sudah mengingatkan mereka kelakuan itu adalah dosa besar, namun segala nasihat dan amaran berkenaan tidak dipedulikan.

Selepas bermunajat selama 40 hari, Musa kembali kepada kaumnya dan sungguh terkejut dengan perbuatan menyembah patung sapi itu. Musa bukan saja marah kepada kaumnya, malah Harun sendiri turut ditarik kepala dan janggutnya.

Musa bertanya kepada Harun: “Wahai Harun, apa yang menghalangi engkau daripada mencegah mereka ketika engkau melihat mereka sesat? Apakah engkau tidak mengikut aku atau engkau mendurhakai perintahku?”.

Harun berkata: “Wahai anak ibuku, janganlah engkau renggut janggutku dan janganlah engkau tarik kepalaku, sesungguhnya aku takut engkau akan berkata, “engkau adakan perpecahan dalam Bani Israel dan engkau tidak pelihara perkataanku.”
Kemudian Musa mendapatkan Samiri, lalu berkata:

“Pergilah kamu dari sini bersama pengikutmu. Patung sapi itu yang menjadi tuhanmu akan aku bakar, kemudian aku akan hanyutkan ke dalam laut. Kamu dan pengikutmu pasti mendapat siksa.”

Nabi Harun hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan sebelum kematian Musa, di daerah al Tiih, iaitu sebelum Bani Israil memasuki Palestin.

Mengenai Bani Israel, mereka memang pembangkang, banyak bicara dan sukar dipimpin, namun dengan kesabaran Musa dan Harun, mereka dapat dipimpin supaya mengikuti syariat Allah, seperti terkandung dalam Taurat ketika itu.

Selepas Harun dan Musa meninggal dunia, Bani Israel dipimpin oleh Yusya’ bin Nun. Namun, selepas Yusya’ mati, lama-kelamaan sebagian besar mereka meninggalkan syariat yang terkandung dalam Taurat.

Malah, ada kalangan mereka yang mengubah hukum di dalam kitab Taurat, sehingga menimbulkan perselisihan dan perbezaan pendapat, akhirnya menyebabkan perpecahan Bani Israel.

Untuk lebih jelasnya tentang kisah Nabi Harun, silahkan membaca kisah Nabi Musa AS.

Thursday, August 27, 2009

Bahaya Makan Ikan Keli

Sekadar perkongsian, baca faham dan fikir-fikirkanlah.

http://soleh.net/2007/10/04/bahaya-makan-ikan-keli/

4 October 2007 oleh ImamKhalid
Sekadar menyampaikan pesanan, sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Begini kisahnya:

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.


Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, sembilang dan sebagainya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insya-Allah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia juga memang tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima, dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk disapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Ogos saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui kedudukan perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat di rumah isteri arwah guru saya pada 24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang tempoh menunggu mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan untuk berbincang tentang projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat ke atas keli ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.

Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yang dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi..

Saya tak jadi ternak keli…. kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam makan lagi, tak tahu apa nak makan… beli ikan pula ada unsur pengawet mayat..

Tapi ada hujah dari sahabat yang mengatakan umat islam makan babi haram, tapi ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum… kira halal lah. Tapi bila ada DNA babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2…

Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC haram… isk tak reti lah…

Oleh itu, elakkanlah makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam.

Begitulah ceritanya. Panjang jer bebelannya.. Kalau rasa betul, lepas ni takyahlah makan keli ngan ayam. Kalau rasa mengarut, makan jer lah dua-dua. Tapi kalau tak pasti, lebih baik tinggal. Abis tu nak makan apa??? Tepuk dada tanya iman…

Wallhu a’lam.

Wednesday, August 26, 2009

Aliran pendapatan berganda atau MSOI (Multiple streams of income)

Teks: Masayu Ahmad

Aliran pendapatan berganda memberi maksud sumber pendapatan yang dipelbagaikan. Anda tidak hanya bergantung kepada satu sumber sahaja. Satu artikel yang saya terima pagi ini memberikan contoh Chef Wan sebagai seorang chef selebriti yang menjana MSOI.

Pendapatan berganda diperolehi beliau melalui royalti buku resipi, bisnes, pengacaraan dan juga duta ke luar negara.

Bidang jahitan dan kepelbagaian jana wang

Contoh lain seperti seorang tukang jahit. Boleh menjana pendapatan berganda dengan menjual pakaian dengan harga borong. Iaitu mengambil tempahan uniform atau baju kurung untuk dijual di musim perayaan. Boleh mengupah lebih ramai tukang jahit dengan dan menjual semula kepada peniaga pasar malam, kiosk dan butik.

Selain itu boleh juga memiliki butik sendiri dengan jenama sendiri. Memindahkan pakaian dari butik dengan menggunakan kaedah pemasaran bergerak iaitu menjual di kiosk-kiosk promosi sempena Hari Raya, tawaran promosi penghabisan stok atau jualan hujung tahun.

Jualan online dan tempahan

Seorang tukang jahit juga boleh menjual secara online beraneka jenis kain dan boleh juga menawarkan tempahan jahitan kepada pelanggan. Pelanggan yang berpuas hati akan membeli kain dan terus membuat tempahan jahitan. Sekiranya berpuas hati, mereka akan bertukar status sebagai pelanggan tetap yang sentiasa berulang kali membeli dan menempah pakaian.

Bengkel jahitan

Boleh juga mengadakan bengkel jahitan kepada suri rumah, remaja dan mereka yang mahu serius dalam bidang jahitan sebagai sumber pendapatan. Daripada menjahit ianya boleh dipelbagaikan cara untuk menjana lebih banyak sumber pendapatan. Ada perlu kreatif dan berusaha untuk belajar lebih daripada kepakaran yang sedia ada. Namun perlu memperkukuhkan asas dalam bidang jahitan terlebih dahulu sebelum mengorak kepada pelbagai sumber lain dalam bidang yang sama.

Pilih bidang kepakaran & kembangkan

Anda perlu memilih bidang kepakaran dan kemudian kembangkan lagi bidang yang ada untuk menjana pelbagai pendapatan. Begitu juga dengan bidang membuat biskut, roti dan kek. Bidang penulisan berkaitan dengan penyuntingan, terjemahan, menulis artikel, pelbagai genre, menulis buku dan e-book.

Bidang kecantikan dan kesihatan, menjual produk dan menawarkan perkhidmatan seperti urut tradisional, sauna, mandi wap, bekam dan refleksolgi.

Penjualan produk bayi dan kanak-kanak iaitu barangan dan peralatan ibu menyusu, lampin pakai buang, pakaian, aksesori dan mainan.

Bekerja makan gaji masih boleh pelbagaikan pendapatan.

Hendak seribu daya tak hendak macam-macam alasan boleh dibuat. Anda masih belum teringin dan masih belum sedia berhenti kerja kerana masih banyak kekangan. Namun masih ada cara untuk anda pelbagai pendapatan walau masih makan gaji. Tiga sumber pendapatan yang masih boleh dijana walau masih berstatus berkerja makan gaji.


Duit gaji

Ini adalah pendapatan tetap yang anda terima setiap bulan. Anda sudah lama bekerja dan masih sayangkan kerja anda sekarang. Jadi teruskan bekerja sekiranya anda tidak ada perancangan untuk bekerja sendiri.

Bisnes online

Bisnes online kini adalah kemudahan dunia kini yang perlu digunakan setiap orang. Menjual produk secara online memudahkan bagi mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan. Anda perlu ada produk atau perkhidmata dan perlu belajar membuat teknik promosi dan kaedah praktikal untuk melariskan jualan produk melalui internet.

Kerja sambilan

Kerja sambilan boleh dilakukan mengikut jadual waktu yang lebih fleksibel atau tidak menggangu kerja utama. Agen insuran, takaful, penterjemah, penyunting boleh dilakukan secara sambilan. Begitu juga jika ingin menjadi tenaga pengajar, seperti mengajar di pusat tuisyen, institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Hakim mahu ke sekolah, ibu!

Teks: Masayu Ahmad

Sudah beberapa hari sekolah bercuti. Rutin biasa saya perlu bekejar waktu menghantar Hakim ke sekolah. Tidak sesukar mana mahu mengejutkan Hakim.

“Hakim bangun, mandi. Budah bijak kena pergi sekolah.”

Hakim akan mula menggerak-gerakkan badan, tetapi mata masih tertutup rapat.

“Hakim, bangun sudah lambat,” suara ibu sudah semakin lantang.

“Hakim, bangun mandi!” suara ibu sudah mula keras.

Ada pelbagai reaksi. Ibu akan mengeletek kaki, lalu Hakim bangun dan terus ke bilik air. Atau pun ibu perlu mendukung Hakim. Paling tidak Hakim akan memberi alasan mahu tidur lagi.

“Mengantuklah ibu, Hakim nak tidur,” lalu memejamkan semula mata.

Sejak bercuti Hakim rasa lain sebab tiada kedengaran suara merdu ibu melaung-laung agar dia segera bangun.

Pagi ini Hakim bangun tanpa dikejutkan.

“Ibu, Hakim mahu school,” bersemangat mahu ke sekolah padahal masih bercuti.

“Ok, pergi mandi,” arah ibu supaya Hakim mandi pagi tidak perlu sambung tidur. Hari ini Hakim perlu menyiapkan kerja sekolah.

“Hakim nak pergi school. Mana baju,”

“Sekolah cuti lagi.”

Kepala tunduk, air mata mula mengalir. Hakim menangis lagi niat mahu ke sekolah terpaksa diterima, kerana sekolah masih bercuti.

Ramadhan bulan yang penuh ganjaran

Bagi meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya.

Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .


MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Sekian dan Ramadhan Kareem..
Zaharuddin Abd Rahman > http://www.zaharuddin.net/
____

Moga artikel diringkaskan di atas bermanfaat untuk kita meraih kejayaan di bulan ramadhan insyaAllah..

Tuesday, August 25, 2009

Hakim dah besar tak payah pakai pampers

Teks: Masayu Ahmad

Mungkin Hakim diketegorikan lambat juga daripada bebas pakai lampin. Tetapi saya akui tidak terlalu mendisplinkannya. Saya cuba sesuaikan Hakim dengan ingatan setiap kali pakai pampers.

“Hakim dah besar tak payah pakai pampers,” itulah ayat setiap kali memakaikan Hakim pampers.

Siang tadi selepas mandi. Hakim memegang saya lalu berkata.

“Ibu, Hakim dah besar tak payah pakai pampers.”

Akhirnya. Itulah jawapan dan ayat yang saya tunggu selama ini. Dalam beberapa hari ini Hakim lebih suka berbogel. Mudah baginya keluar masuk tandas kalau mahu kencing atau buang air besar.

Saya tidak terlalu mahu memberi kekerasan, memandangkan ada satu kejadian, saya memarahinya. Dalam keadaan tidak berlapik, Hakim terkencing. Jadinya saya memantau perkembangan tidak memakai pampers mengikut kehendaknya.

Cara membasuhnya juga sudah betul, jadi saya sudah cukup puas hati.

Saya akan meneruskan untuk Arif pula, setiap kali pakai pampers akan beri ingatan.

“Kalau mahu kencing kat mana?” Soalan ingatan.

“Toilet!” jawapan yang sudah serasi.

Ayam masak merah dan tomyam campur ,sagu gula melaka

Teks: Masayu Ahmad

Menu untuk berbuka hari ke empat. Memandangkan belum sempat lagi menulis resipi, saya pinjam dulu gambar cik google. Manalah tahu bagi suri-suri yang masih buntu mahu memasak menu apa untuk hari ini. Resipi hari ini boleh pilih salah satu untuk menu utama, ayam masak merah atau tomyam campur. Saya masukkan dahulu gambar, resipinya saya masukkan kemudian.

Untuk pemanis mulut semalam saya buatkan juga sagu gula melaka. Sangat mudah sebenarnya. Sebelum ini saya pernah mencuba merebus sagu, tetapi hangus. Percubaan semalam berjaya.

Sebaik masakan adalah daripada hasil air tangan sendiri. Masak pula jangan berlebih-lebih agar tidak membazir. Selamat berbuka dan semoga puasa hari ini adalah sebaik-baik puasa yang diterima dan dilakukan penuh keikhlasan.

Ayam Masak Merah


Foto kredit: kasehnazlieza.blogspot.com

Tomyam Campur


Foto kredit: http://lennyhelenas.files.wordpress.com

Sagu gula melaka



Sagu
Gula melaka
Pati santan
Daun pandan
Garam

Cara membuat

1. Rebus air hingga mendidih, lepas tu baru masukkan sagu. Guna api perlahan kacau hingga sagu kembang. Kacau selalu supaya tidak melekat.

2. Panaskan gula melaka dan juga pati santan berasingan.

3. Untuk pati santan masukkan secubit garam dan daun pandan untuk memberi keenakan pada sagu gula melaka.

Simpan sagu yang sudah sejuk di dalam peti ais. Sediakan ketika mahu berbuka. Selamat mencuba

Sunday, August 23, 2009

Resipi sup sayur & ikan percik Kelantan

Sungguh pantas masa berlalu, hari ini sudah hari ke tiga Ramadhan. Saya akan kongsikan dua resipi untuk hari ini. Masih tumpang gambar cik google lah kaedahnya.
Dua resipi ini mudah dan senang sahaja, tidak menggunakan masa yang lama. Orang bujang juga boleh mencuba.

Ikan Percik Kelantan


Foto:badingkadink.blogspot.com

Bahan-bahan

Dua ekor ikan kembung (Dibakar)

Untuk kuah atau sos

1.8 Biji bawang merah
2.4 biji bawang putih
3.2 cm Halia
4.1 cm Kunyit (boleh juga guna kunyit kisar)
5.3 asam keping
6.2 batang serai
7.1 cawan santan pekat
8.½ cawan air


Cara membuat

1.Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dikisar
2.Masukkan santan atas api yang sederhana.
3.Masukkan semua bahan kisar, asam keping, serai yang diketuk dan air.
4.Kacau perlahan hingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5.Sudah sedia untuk dituang atas ikan
6.Jika mahu kuah percik warna putih. Tidak perlu letak kunyit.

Sup sayur

Foto: http://preparednesspro.files.wordpress.com


1.4 biji bawang merah
2.2 biji bawang putih
3. 1 inci halia
4.4 potong isi ayam dipoting kecil(mengikut citarasa)
5.1 peket sup bunjut perencah mak siti
6.Sayuran (tomato, bugan kobis, kubis) terpulanglah pada citarasa
7.Air
8.Garam dan gula

Cara membuat

1.Potong bawang merah, bawang putih nipis-nipis
2.Panaskan minyak.
3.Masukkan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
4.Masukkan sup bunjut mak siti
5.Masukkan air dan ayam hingga mendidih
6.Masukkan semua sayur
7.Siap untuk dihidang, tabur bawang goreng, cili padi tumbuk dan perahan asam limau.

Resipi Asam Pedas Terubuk kasih sayang Mek Ayu

Teks: Masayu Ahmad


Foto: Cik google, kredit pic:http://www.diyanazman.com

Apa khabar suri sekalian. Sekarang kita berlintas langsung dari dapur istimewa saya. Untuk menu berbuka hari ini saya tidak menggunakan santan. Resipi ikan terubuk ini saya sesuaikan dengan beberapa kali percubaan. Banyak jenis asam pedas, Melaka, Utara dan Kelantan. Resipi ini beberapa kali sudah dibuat untuk hidangan keluarga dan ianya sudah diubahsuai dan inilah hasilnya.

Sambil memasak biarkan hati tenang-setenangnya sambil membaca zikrullah. Ucapkan bismillah setiap kali mula memasak. Ianya satu sentuhan berseni dan nilai kasih sayang akan jauh meresap dalam jasad ahli keluarga. Masak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Tip yang paling bergun buat isteri bijaksana.

Bahan-bahan

1 ekor sederhana ikan terubuk (boleh juga ikan kembung atau pilihan ikan mengikut kesukaan)
8 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup (boleh juga guna kunyit kisar)
1/2 inci belacan
4 asam keping
2 batang serai
Daun kesum
6 biji bendi
1 biji tomato
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat

1.Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dkisar halus.
2.Panaskan minyak dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan asam keping dan serai yang diketuk
3.Kacau dan gunakan api perlahan.
4.Masukkan air, biarkan mendidih.
5.Masukkan ikan, biarkan seketika. Masukkan garam dan gula.
6.Masukkan daun kesum, bendi dan terakhir tomato

Sedia untuk menu berbuka puasa. Air boleh letak jangan meneggelamkan terus ikan. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Lebih kurang 4 hingga 5 cawan air. Sesuaikan dengan masakan anda.

Saturday, August 22, 2009

Catatan 1 Ramadhan, hari pertama puasa

Teks: Masayu Ahmad



Alhamdulillah, semalam satu lagi sisi penting yang tercatat dalam kelangsungan karier saya. Hati saya diibaratkan bunga yang sentiasa mekar di taman. Saat pagi ianya menyebarkan haruman, menjelang petang mula kelayuan. Renjisan air segar membuatkan ianya kembali berkembang dan bugar.

Perjalanan saya masih jauh, namun tekad dalam hati sudah bulat dan penuh semangat. Walaupun ada ranting-ranting kecil yang rapuh dan masih berpaut. Segera saya patahkan agar tumbuh kembali pucuk yang baru.

Apabila motivasi mula tercela, cepat-cepat saya muhasabah agar tidak jauh terpelanting. Perlu saya kembali pada laluan yang betul dan bergantung pada apa sahaja perkara yang menyokong.

Apabila saya mula rasa bosan, segera saya lakukan kelainan. Lari daripada kebiasaan dan rutin yang menjemukan. Itulah saya. Saya akan tetap kuat semangat dan pilihan inilah yang tidak pernah mengecewakan hati.

Apabila kepenatan seharian menguruskan rumahtangga. Dalam hati tetap berkata, inilah yang dipilih. Saya gembira dengan pilihan ini dan terus tekad dengan keputusan ini.

Hari ini hari kedua Ramadhan, perjalanan sebagai khalifah diteruskan. Suasana indah pagi disambut riang kicau burung di luar jendela.

Apa menu ayah di kampung agaknya. Sekejap lagi mahu bertanya khabar. Semalam mahu buat panggilan, melayan keletah anak-anak membuatkan saya terlupa.

Semalam saya meninggalkan mereka bersama En. Suami sehingga tengahari. Sebelum meninggalkan rumah sempat juga membawa si kecik Aiman pusing-pusing dahulu keliling taman.

Begitulah kebiasaan saya apabila Sabtu dan Ahad sekiranya ada mesyuarat, seminar, kursus atau urusan kerja. Anak-anak ditinggalkan sebentar bersama ayah mereka.

Apabila pulang ke rumah, seperti biasa, kedengaran tiga kanak-kanak riang sudah mengerjakan ayah mereka. Ketiga-tiganya berlari-lari riang dalam keadaan separuh bogel hanya memakai pampers sahaja. Rumahnya yang ditinggalkan suci bersih, kini sudah ternoda. Segala periuk, mangkuk, cawan dan sudu sudah dipunggah keluar oleh mereka dengan jayanya.

Agaknya mahu buat persiapan berbuka puasa. Saya naik ke tingkat atas, si ayah sudah lena. Mungkin keletihan melayan kanak-kanak riang ini.

Ketiga-tiganya menerpa saya.

Hakim: Ibu pergi mana? Kenapa tinggal kami?

Arif: Abu, abu (ibu) dalam nada manja melentok-lentok kepala.

Aiman cepat-cepat lari menerpa saya dan mahu didokong.

Alahai.

Ibu: Buat apa ni sampai rumah jadi tongkang pecah. Ibu kan pesan jangan sepah-sepah.

Hakim: Yelah, yelah mama. Kononnya tahu salah dia dan adik-adik.
(sesuka hati panggil saya, sekejap ibu, sekejap mama, sekejap emak)

Saya naik ke atas berehat sekejap mengambil tenaga. Selepas solat Zuhur si dia mengajak untuk membeli barang basah.

Tiada apa yang menarik untuk dimasak. Hanya ada ikan kerisi sahaja dengan ulaman. Jadinya kami berlima bergerak untuk ke kedai mendapatkan barang keperluan. Kami tidak menyinggah mana-mana pasar ramadhan, kerana tekad untuk puasa kali ini hanya memasak di rumah sahaja.

Hasilnya masakan hari pertama menu ringkas sahaja. Balik ke rumah sudah 5.30 petang. Saya mula bersilat di dapur jam 6 petang. Hasilnya ayam masak kurma, sayur campur goreng, ulam raja, budu dan ikan kerisi goreng. Pemanis hanyalah buah kurma semata. Tidak ketinggalan kopi radix dan air suam. Itu sahaja.


Resipi ayam kurma

Ayam separuh sederhana besar
Perencah peket Adabi
Tiga labu besar bawang merah
Enam ulas barang putih
2 inci halia
¾ santan
½ cawan air asam jawa
2 biji kentang
1 biji tomato

Cara membuatnya

1.Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar.
2.Minyak dipanaskan, goreng bahan kisan hingga wangi. Pastikan api sederhana. Kacau jangan hangus, masak hingga nampak warna agak gelap, bukan hitam ya puan-puan.
3.Masukkan perencah peket kurma Adabi yang sudah dibancuh dengan air.
4.Masak sekejap, masukkan ayam. Biarkan bahan sebati dengan ayam. Kemudiannya tutup dan hingga ayam empuk. Lebih kurang 10 hingga 15 minit. Masa pertengahan letak kentang yang dipotong mengikut citarasa. Serta garam dan gula secukup rasa
5.Masukkan air asam jawa dan santan. Biarkan seketika dan masukkan tomato.
6.Siap dihidangkan bersama nasi panas.

Nota: Ada beberapa teman blogger yang baru menyinggah di sini, belum sempat saya ziarah dan masukkan senarai dalam blog list. Insya-Allah kunjungan ziarah akan saya lakukan bila ada kelapangan nanti.

Friday, August 21, 2009

Salam Ya Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad

Sudah tiba bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Pada kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut puasa dan mudah-mudahan kita mendapat berkatnya. (Macam ketua kampung berucap pulak, hehe)

Mohon maaf di atas segala keterlanjuran dalam kita berinteraksi di dunia maya. Semoga ikatan silaturrahim ini makin mekar dan kekal utuh hendaknya.
Dalam keadaan menularnya virus H1N1 ini maka lebihkan masa untuk beristerhat di rumah. Elak ke tempat terbuka dan tempat-tempat awam.

Untuk para isteri sudah boleh mula merancang menu yang tidak berlebih-lebih tetapi masih mampu untuk menyelerakan ahli keluarga. Usahakan untuk memasak, tidak perlu lagi ke pasar ramadhan.

Rasanya sangat rindu untuk suasana bersahur, bertarawikh, bertukar juadah, berbuka puasa. Seronoknya menyambut ramadhan jangan pula terlebih berbelanja mahu berhari raya.

Buat teman-teman alam maya, senarai follower, senarai blog list dan juga teman-teman yang sudah meninggalkan jejak belum sempat saya menziarah, saya ucap selamat berpuasa.

Puisi ini khas buat pengunjung blog ini,

Nukilan: Masayu Ahmad

Salam Ya Ramadhan

Indahnya hari berpuasa

Malamnya berjaga

Ya Ramadhan

Cahayahi diriku

Berkati Amalku

Kekalkan aku dalam iman

Bangkitkan malamku dengan taubat

Salam Ya Ramadhan

Berlabuhlah engkau dengan penuh keberkatan

Moga menyatukan diri dengan yang keindahan iman

Thursday, August 20, 2009

Selesema babi pandemik paling buruk dunia

Utusan Malaysia

Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI
shahara.ghazali@utusan.com.my



Pada 11 Jun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan pandemik H1N1 telah berada di tahap enam, menjadi pandemik global pertama sejak selesema Hong Kong pada 1968.

--------------------------------------------------------------------------------



Percaya atau tidak, walaupun dengan hanya 27 juta penduduk, Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan jumlah kes selesema babi paling tinggi di dunia.

Malah sehingga Selasa lepas, kita menduduki tempat kelapan jumlah kematian tertinggi dunia ekoran wabak maut itu dengan 67 kematian dari 4,225 kes disahkan positif.

Pandemik selesema babi ialah satu wabak terkini yang melanda penduduk dunia secara besar-besaran. Wabak ini adalah ekoran jangkitan strain baru daripada virus selesema Influenza A, subjenis H1N1.

Sebagai perbandingan, sehingga Selasa lepas, seluruh dunia mencatatkan 242,872 kes yang disahkan positif manakala angka kematian telah mencecah seramai 2,267 orang.

Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes positif dan kematian paling tinggi iaitu 46,948 kes dengan 477 kematian.

Ia diikuti Argentina, Brazil, Mexico, Australia, Chile, Thailand, Malaysia, Kanada dan Britain.

Bagaimanapun Jerman, Jepun dan China masing-masing mencatatkan kes positif seramai 11,103 orang, 5,022 orang dan 2,350 orang tetapi masih belum ada kematian yang dicatatkan.

Selesema Spanish 1918

Sepanjang abad ke-20, strain virus influenza A adalah punca tiga pandemik selesema terbesar dunia, iaitu selesema Spanish pada tahun 1918, selesema Asia pada 1956 hingga 1958 dan selesema Hong Kong pada 1968 hingga 1969.

Seluruh dunia, dianggarkan sehingga satu bilion orang dijangkiti selesema Spanish yang telah menyebabkan anggaran jumlah kematian sehingga 100 juta orang.

Pandemik influenza A terkini pertama kali dikenalpasti pada April 2009 bermula di Mexico, dipercayai ia telah menular beberapa bulan sebelum itu sebelum ia dikenalpasti sebagai satu wabak.

Justeru, kerajaan Mexico mengambil langkah menutup hampir semua pejabat dan kemudahan awam serta swasta di seluruh bandar Mexico sebagai langkah membendung wabak tersebut.

Ia merebak dengan mudah di hemisfera selatan ekoran ia berada di musim selesema musim sejuk dan negara-negara membangun yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan terhad.



virus ini telah menyerang ratusan ribu mangsa di seluruh dunia dalam masa beberapa bulan sahaja.

--------------------------------------------------------------------------------



Penularannya secara mendadak menyebabkan selesema babi diistiharkan sebagai pandemik dunia pada 11 Jun lepas.

Biasanya, ia merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan permukaan yang tercemar. Simptomnya serupa dengan selesema biasa termasuk demam, bersin, sakit tekak, sakit kepala dan sakit-sakit sendi yang biasanya kekal selama seminggu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mendapati kebanyakan kematian melibatkan mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah atau masalah kesihatan seperti asma, obesiti atau penyakit jantung.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal perubatan New England Journal of Medicine mendapati 94 peratus daripada pesakit yang disahkan positif menghidap selesema babi mendapat demam panas, manakala 92 peratus pesakit mendapat batuk.

Mereka yang berisiko tinggi mendapat komplikasi serius termasuk warga tua yang berusia melebihi 65 tahun, kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun, wanita mengandung.

Data CDC menunjukkan lebih 70 peratus daripada kes yang dimasukkan ke hospital ialah mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Di awal penyebarannya, kebanyakan kes di luar Amerika Utara berpunca dari lawatan ke AS dan Mexico, bagaimanapun penyebaran di dalam negara telah dilaporkan di sekurang-kurangnya 89 negara seawal bulan Jun.

Media seluruh dunia menggelarkan influenza ini sebagai selesema babi kerana virus terbaru itu adalah sejenis influenza yang berasal dari strain virus yang terdapat di kalangan haiwan tersebut. Walaupun, pegawai rasmi kesihatan antarabangsa telah mengesahkan bahawa daging babi selamat dimakan, beberapa dozen negara masih mengharamkan import daging babi dari AS.

Terlepas pandang

Terdapat juga pakar yang mendakwa pegawai rasmi kesihatan seluruh dunia telah terlepas pandang akan risiko kumpulan babi sebagai penyebab strain influenza baru, sedangkan tumpuan yang lebih banyak telah diberikan kepada ancaman selesema burung.

Penyelidik berpendapat perdagangan babi hidup di antara Eurasia dan Amerika Utara telah membantu mencampuradukkan strain-strain berlainan virus influenza babi sehingga menyebabkan pembentukan strain virus H1N1 yang terbaru.

Tambahan pula, virus influenza H1N1 kali ini disifatkan oleh pakar virologi dari Universiti Hong Kong, Guan Yi, sebagai sangat tidak stabil yang bermakna ia boleh bercampur dan memindahkan bahan genetik apabila terdedah dengan virus lain memudahkannya untuk bermutasi.

Malah pandemik terbaru ini juga menyebabkan para penyelidik mengesyaki punca utama wabak 2009 ialah kekurangan pemantauan daripada industri babi memandangkan penternakan haiwan itu terlalu diindustrikan.

Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa jumlah jangkitan baru di hemisfera selatan kelihatannya telah memuncak dan kemudiannya mula berkurang di negara seperti Argentina, Chile, Australia dan New Zealand.

Bagaimanapun, badan itu mendapati penularan virus itu semakin aktif dengan jangkitan baru yang semakin meningkat di negara-negara Asia termasuk Thailand, India, Vietnam dan Malaysia.

Memandangkan virus tersebut boleh merebak dengan mudah, sama ada melalui udara atau sentuhan, mereka yang dijangkiti sewajarnya dikuarantin di rumah dengan tidak ke sekolah, ke tempat kerja atau tempat-tempat awam.

CDC mencadangkan orang ramai yang mengalami tanda-tanda selesema untuk tinggal di rumah selama tujuh hari dan jangan keluar atau kembali ke pejabat atau sekolah sehinggalah 24 jam selepas sihat sepenuhnya.

Dalam usaha mengawal penularan selesema babi, beberapa negara terutama Asia telah mengenakan arahan kuarantin terhadap penumpang kapal terbang yang mempunyai simptom selesema, malah ada negara yang mewajibkan pemeriksaan kepada penumpang.

Langkah penutupan sekolah bagaimanapun dianggap strategi yang tidak efektif. Bak kata Penguasa Kesihatan Awam Houston, David Persse, penularan virus tersebut terlalu mudah dan pantas di kalangan pelajar sekolah hinggakan apabila sekolah ditutup sebenarnya sudah terlewat.

Kebanyakan negara kini menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke luar negara, serta memantau mereka yang baru pulang dari kawasan yang dijangkiti.

Sebagai langkah pencegahan, banyak syarikat penerbangan telah membaiki prosedur kebersihan terhadap penerbangan antarabangsanya bagi mengurangkan risiko termasuk memasang penapis udara, pemeriksaan suhu terhadap semua penumpang dan menyediakan tuala dengan antiseptik.

Ada juga negara yang menguatkuasakan perintah kuarantin yang sangat ketat terhadap pelancong termasuk kerajaan China yang mengarahkan 21 pelajar dan tiga guru dari AS berkurung di dalam bilik hotel mereka ekoran salah seorang penumpang kapal terbang disyaki mengidap selesema babi.

Di Hong Kong pula, sebuah hotel mengkuarantinkan kesemua 240 tetamu selepas salah seorang tetamu disahkan mengidap virus tersebut, sementara kerajaan Australia mengarahkan sebuah kapal pesiar dengan 2,000 penumpang supaya tidak mendarat selama seminggu.

WHO menjangkakan vaksin penuh untuk virus itu tidak akan ditemui sebelum akhir 2009, jika ada pun mungkin terhad dan akan diberikan terlebih dahulu kepada kakitangan kesihatan, wanita mengandung dan lain-lain kumpulan berisiko tinggi.

Mereka juga bimbang virus influenza A itu boleh bermutasi lagi dan menjadikannya sebarang vaksin baru juga mungkin tidak berkesan.

Tuesday, August 18, 2009

pilihan sumber makanan untuk mencegah selsema babi

Teks: Masayu Ahmad

Pencegahan selsema babi siri 2

Beberapa pilihan sumber makanan untuk mencegah selsema babi

Produk organik

Pentingnya produk organik ialah tidak menggunakan bahan kimia untuk proses pembesaran dan tumbesran. Terutama untuk makanan berdaging seperti ayam dan daging.

Pilihan yang ada ialah menggunakan produk ayam organik. Setakat ini saya hanya menggunakan ayam organik untuk sajian ahli keluarga. Ianya bebas penggunaan bahan untuk mempercepatkan dan menggemukkan daging ayam. Juga mempunyai tempoh yang lebih lama daripada ayam daging yang disegerakan tumbesarannya untuk keperluan pasaran.

Sumber laut

Pilihan lain tidak menggunakan barangan atau produk olahan, contohnya seperti nugget, sosej atau produk yang diolah daripada sumber dalaman haiwan.

Contoh bebola ikan (fish ball) yang berwarna putih, berdasarkan kajian yang sudah dijalankan dan dibentangkan dalam satu seminar. Bebola ikan yang benar-benar asli adalah berwarna keperangan dan coklat. Jika bewarna putih bersih, ada unsur-unsur was-was, apa yang meyebabkan isinya menjadi putih. Jika kita tengok hasil keropok lekor yang bersumberkan ikan, ianya bewarna perang atau coklat.

Pilihan lain untuk lauk-pauk adalah mengambil sumber daging daripada hasil laut, seperti ikan, sotong, udang dan lain-lain.

Kedai Halal (Halal Shop)

Cuba cari di kawasan perumahan anda untuk mendapatkan produk-produk makanan harian seperti mee, bihun dan koew tiew. Amalkan melihat pada label sesuatu produk yang tertuls, pengilang, pengeluar. Nama pengilang dan pengeluar kadangkala boleh meragukan dan persekitaran industri produk tersebut boleh menimbulkan keraguan.

Ulaman dan sayuran

Jika ada sedikit ruang di kawasan rumah, usahakan menanam sendiri ulaman untuk kegunaan keluarga

Pencegahan Selsema Babi

Teks: Masayu Ahmad

Saya akan menerangkan beberapa perkaitan dengan sumber makanan, kaedah pencegahan atau jenis rawatan yang boleh digunakan untuk menangani selsema babi.

Ini telah saya amalkan untuk ahli keluarga sendiri dan alhamdulillah setakat ini kami sekeluarga (dengan izin Allah) masih diberi kesihatan yang baik. Belum lagi mengalami demam, batuk mahupun selsema. Semoga kami masih lagi diberi kesihatan dan kesejahteraan dengan perlindungan Allah s.w.t

Tambahan pula Hakim yang sulung adalah penghidap asma, maka pencegahan untuk Hakim perlu saya beri perhatian dengan lebih teliti.


Sumber makanan: yang halal lagi bersih

Kaedah rawatan: Herba melalui rawatan perubatan JAWI

Pencegahan: Pilihan produk yang boleh digunakan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk meningkatkan sistem imuniti


Akan saya tulis artikel khusus bagaimana memilih sumber makanan, kaedah rawatan dan pencegahan.

Berikut adalah contoh artikel yang saya ambil daripada http://herbalis16.blogspot.com untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.

Langkah-langkah yang disarankan tersebut berdasarkan kajian, pemerhatian, kompilasi artikel serta rujukan seminar dan bengkel yang saya hadir dan juga merujuk hasil perbincangan sumber pakar (perubatan JAWI)

Ianya adalah salah satu kaedah rawatan alternatif

Pencegahan Selsema Babi Siri 1

Kredit Artikel: http://herbalis16.blogspot.com

Sumber Perubatan JAWI

Konsep Perubatan JAWI merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumber utama iaitu Ilahiyah dan alamiah.

Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W :-

“Gunakanlah dua penyembuhan: madu dan Al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakiem)

Ahli herba melihat bahawa madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber Ilahiyah

Ilahiyah bermaksud bahawa segala penyakit yang berlaku datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia jualah yang menurunkan ubatnya.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T.

Doa adalah intipati Perubatan JAWI, Tawakal merupakan Pelengkap, sementara Keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi Asas Tindakan.

Doa, ilmu, tawakal

Oleh yang demikian, sumber Ilahiyah memberi keyakinan bahawa hakikat penyembuhan itu datang daripada Allah S.W.T yang bersifat As-Syafi (Maha Penyembuh). Pesakit juga perlu didekatkan dengan Allah S.W.T melalui nasihat dan tuntutan beribadah serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (tercela).

Alamiah ialah menggunakan semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Kajian yang lebih luas kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, kulit, buah, bunga dan bahagian tumbuhan yang lain.

Sumber alamiah menggunakan herba-herba yang terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad-abad tahun yang lalu dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, konsep Perubatan JAWI ini sesuai dengan prinsip-prinsip perubatan dalam Islam iaitu :-

Prinsip Keyakinan, iaitu yakin bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, dalam merawat pesakit, hendaklah dilakukan secara ihsan dan sesuai dengan syariat Islam (Al-Quran dan As-Sunnah).

Menggunakan ubat yang halal, thoyyib (baik) dan tidak sekali-kali menggunakan ubat-ubatan yang haram atau tercampur dengan bahan yang haram.

Prinsip perubatan yang tidak membawa mudharat. Perubatan itu tidak sekali-kali merosakkan tubuh, kecuali jika keadaannya sangat darurat dan tidak ada perubatan lain pada ketika itu.

Prinsip perubatan; tidak berbau tahyul, khurafat dan bid’ah.

Prinsip mencari yang lebih baik, berdasarkan kaedah Islam dan ilmu-ilmu perubatan.
Mengambil sebab melalui ikhtiar serta tawakal, juga selalu berikhtiar mencari yang terbaik.

”SEKIRANYA ANDA MENDAPATI HERBA-HERBA KAMI BAIK & BERKESAN, HEBOHKANLAH UNTUK ORANG LAIN AGAR MEREKA SAMA -SAMA MENDAPAT KELEBIHANNYA & SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TIDAK BERLAKU KESEMBUHAN, MAKA BERITAKAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENCADANGKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK ANDA”

-TN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD, PENGARAH URUSAN I HPA INDUSTRIES SDN BHD

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

Bekam (Al-Hijamah)
Akupunktur
Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
Urut Refleksologi
Urutan Limfatik
Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI
Diagnos Saraf Tapak Tangan
Diagnos Anak Mata (Iridology)
Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

Pencegahan Selsema Babi

Teks: Masayu Ahmad

Saya akan menerangkan beberapa perkaitan dengan sumber makanan, kaedah pencegahan atau jenis rawatan yang boleh digunakan untuk menangani selsema babi.

Ini telah saya amalkan untuk ahli keluarga sendiri dan alhamdulillah setakat ini kami sekeluarga (dengan izin Allah) masih diberi kesihatan yang baik. Belum lagi mengalami demam, batuk mahupun selsema. Semoga kami masih lagi diberi kesihatan dan kesejahteraan dengan perlindungan Allah s.w.t

Tambahan pula Hakim yang sulung adalah penghidap asma, maka pencegahan untuk Hakim perlu saya beri perhatian dengan lebih teliti.


Sumber makanan: yang halal lagi bersih

Kaedah rawatan: Herba melalui rawatan perubatan JAWI

Pencegahan: Pilihan produk yang boleh digunakan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk meningkatkan sistem imuniti


Akan saya tulis artikel khusus bagaimana memilih sumber makanan, kaedah rawatan dan pencegahan.

Berikut adalah contoh artikel yang saya ambil daripada http://herbalis16.blogspot.com untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.

Langkah-langkah yang disarankan tersebut berdasarkan kajian, pemerhatian, kompilasi artikel serta rujukan seminar dan bengkel yang saya hadir dan juga merujuk hasil perbincangan sumber pakar (perubatan JAWI)

Ianya adalah salah satu kaedah rawatan alternatif

Pencegahan Selsema Babi Siri 1

Kredit Artikel: http://herbalis16.blogspot.com

Sumber Perubatan JAWI

Konsep Perubatan JAWI merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumber utama iaitu Ilahiyah dan alamiah.

Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W :-

“Gunakanlah dua penyembuhan: madu dan Al-Quran” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakiem)

Ahli herba melihat bahawa madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber Ilahiyah

Ilahiyah bermaksud bahawa segala penyakit yang berlaku datangnya daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T jugalah yang sebenarnya yang menyembuhkan penyakit tersebut.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

“Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia jualah yang menurunkan ubatnya.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T.

Doa adalah intipati Perubatan JAWI, Tawakal merupakan Pelengkap, sementara Keberkesanan (kemujaraban) dan ilmu menjadi Asas Tindakan.

Doa, ilmu, tawakal

Oleh yang demikian, sumber Ilahiyah memberi keyakinan bahawa hakikat penyembuhan itu datang daripada Allah S.W.T yang bersifat As-Syafi (Maha Penyembuh). Pesakit juga perlu didekatkan dengan Allah S.W.T melalui nasihat dan tuntutan beribadah serta menjauhi sifat-sifat mazmumah (tercela).

Alamiah ialah menggunakan semua sumber alam yang ada di atas muka bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Kajian yang lebih luas kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, kulit, buah, bunga dan bahagian tumbuhan yang lain.

Sumber alamiah menggunakan herba-herba yang terpilih mengikut disiplin herba yang teratur. Sejarah mencatatkan bahawa herba telah digunakan sebagai sumber perubatan sejak berabad-abad tahun yang lalu dan dianggarkan lebih dari 20,000 spesies herba telah digunakan di seluruh dunia.

Oleh yang demikian, konsep Perubatan JAWI ini sesuai dengan prinsip-prinsip perubatan dalam Islam iaitu :-

Prinsip Keyakinan, iaitu yakin bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, dalam merawat pesakit, hendaklah dilakukan secara ihsan dan sesuai dengan syariat Islam (Al-Quran dan As-Sunnah).

Menggunakan ubat yang halal, thoyyib (baik) dan tidak sekali-kali menggunakan ubat-ubatan yang haram atau tercampur dengan bahan yang haram.

Prinsip perubatan yang tidak membawa mudharat. Perubatan itu tidak sekali-kali merosakkan tubuh, kecuali jika keadaannya sangat darurat dan tidak ada perubatan lain pada ketika itu.

Prinsip perubatan; tidak berbau tahyul, khurafat dan bid’ah.

Prinsip mencari yang lebih baik, berdasarkan kaedah Islam dan ilmu-ilmu perubatan.
Mengambil sebab melalui ikhtiar serta tawakal, juga selalu berikhtiar mencari yang terbaik.

”SEKIRANYA ANDA MENDAPATI HERBA-HERBA KAMI BAIK & BERKESAN, HEBOHKANLAH UNTUK ORANG LAIN AGAR MEREKA SAMA -SAMA MENDAPAT KELEBIHANNYA & SEKIRANYA ANDA MENDAPATI TIDAK BERLAKU KESEMBUHAN, MAKA BERITAKAN KEPADA KAMI AGAR KAMI DAPAT MENCADANGKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK ANDA”

-TN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD, PENGARAH URUSAN I HPA INDUSTRIES SDN BHD

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

Bekam (Al-Hijamah)
Akupunktur
Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)
Urut Refleksologi
Urutan Limfatik
Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI
Diagnos Saraf Tapak Tangan
Diagnos Anak Mata (Iridology)
Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

Monday, August 17, 2009

Terus berlari tanpa henti

Teks: Masayu Ahmad


Foto: http://www.headachecare.com

Impian dan matlamat setiap orang tidak sama, saya membayangkan kehidupan dalam suasana kampung yang tenang dengan rumah idaman yang sederhana. Meraikan suami dan anak-anak setiap hari dengan kasih sayang.

Apa pun matlamat anda, ianya perlu digerakkan dan usahanya dari sekarang. Katakanlah kini berusia 30 tahun, apakah matlamat ketika usia 40, 50, 60 dan seterusnya.

Seboleh-bolehnya biarlah seimbang untuk kehidupan di sini dan di sana. Terpulang kepada pilihan sendiri untuk menentukannya. Cintai kehidupan, baja dengan kasih sayang dan tuai dengan ketenangan yang berpanjangan. Usaha dan kerja keras adalah tangga-tangga yang perlu anda jejaki sebelum berada di puncak kejayaan.

Matlamat

Bebas hutang, rumah idaman, percutian, bekerja dari rumah, menjana pendapatan lumayan, bekerja sendiri adalah contoh matlamat yang boleh disasarkan.

Setiap orang mempunyai matlamat dan impian yang berbeza. Pendekatan dan tujuan adalah berdasarkan sasaran yang mahu dicapai dalam tempoh tertentu.

Bukan namanya kehidupan jika tiada matlamat. Senaraikan seberapa banyak mengikut kemahuan. Tulis mengikut keutamaan. Ianya perlu realistik dan mula letakkan sasaran dan strategi mengikut kemampuan.

Fokus

Mula fokus apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat utama. Buang senarai matlamat yang kurang penting. Sasarkan apa yang perlu dilakukan untuk mempercepatkan usaha mencapai matlamat utama.

Senaraikan juga halangan dan strategi yang boleh membantu. Tukar halangan kepada cabaran dan peluang. Contohnya jika anda merasakan anda masih belum mahir membuat kuih raya, ianya mungkin gagal untuk beberapa kali percubaan.

Tetapi cubaan seterusnya akan menjadikan anda seorang yang tepu pada sikap putus asa dan terus mencuba sehingga menjadi seorang yang pakar dalam membuat kuih.

Kejayaan tidak akan berlaku dalam sekelip mata, kehebatan tidak akan terjadi dengan hanya beberapa kali cubaan sahaja. Mungkin berjaya dalam cubaan 100 atau 200. Lakukan dan terus lakukan dengan penuh minat dan semangat.

Jika di musim menjelang hari raya anda pastinya melihat jenama biskut Noraini. Ianya seakan sudah menjadi satu trend dan jenama biskut pilihan. Jika ke pasaraya atau tempat membeli belah, saya melihatkan ianya adalah satu usaha individu yan fokus untuk menjadikannya satu produk yang dikenali.Hanya fokus kepada biskut sahaja.

Anda cari potensi mengikut apa bidang yang anda ingin usahakan. Cari pakar dalam bidang tersebut sebegai rujukan dan sumber inspirasi.

Fokus dalam bidang yang dipilih juga perlu diambil perhatian. Hari ini anda bermatlamat mahu menjadi pemilik butik, esok mahu buka kedai runcit dua minggu kemudian mahu buka kedai andaman pengantin. Boleh lakukan banyak bidang, tiada siapa yang menghalang. Tetapi fokus kepada bidang yang berpotensi dengan kepakaran dan minat anda boleh dijadikan keutamaan.

Usaha

Mahu makan sekalipun perlu berusaha. Anda perlu ke pasar, ke dapur untuk memasak dan menggerakkan idea untuk menghasilkan menu yang berselera untuk dimakan.

Anda suka memasak, tetapi acapkali melihat sink yang penuh pinggan mangkuk yang kotor dan dapur yang tidak terurus membuatkan anda malas mahu memasak. Halangan ini membuatkan anda mahu memasak yang mudah dan segera sahaja. Tiadalah air tangan untuk memasak menu hebat untuk suami dan anak-anak. Hanyalah nasi goreng atau telur goreng sahaja. Mudah dan senang.

Begitu juga dalam usaha anda mencapai matlamat. Anda mahu menjadi tukang jahit hebat, tetapi kekemasan jahitan membuatkan anda terbantut usaha dan mati akal untuk meneruskannya. Tukang jahit yang cermat menjadikan pelanggan amat berpuas hati apabila menempah pakaian.

Apapun perlu usaha, seringkali anda dengar dengan ayat, kejayaan tidak akan datang bergolek. Ianya tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Latihan demi latihan, halangan adalah cabaran. Matlamat bukan sekadar tukang jahit biasa, tetapi tukang jahit profesional yang begitu dikenali dengan hasil kerja yang berkualiti.

Motivasi

Semangat akan sentiasa turun naik. Ketika anda hampir rebah keranan kegagalan, perlu mencari ransangan, suntikan dan sokongan untuk bermula semula. Jangan menoleh ke belakang teruskan berjalan. Jika anda sudah kuat teruskan berlari, jika keletihan rehat sebentar dan sambung semula perjalanan. Jangan melakukan separuh jalan.

Ibarat menyiapkan sebuah rumah. Ianya tidak akan siap jika si tukang pembuat seringkali berlengah-lengah dan lambat. Akan siap juga tetapi akan tersasar daripada tempoh yang sepatutnya. Siap juga tetapi kurang sempurna kerana tidak dilakukan sepenuh hati dan dalam keadaan terpaksa.

Mendampingi mereka yang sukakan kejayaan, sentiasa bermotivasi, hadir ke bengkel atau kursus yang boleh menggerakan motivasi serta minta sokongan ahli keluarga dan orang terdekat.

Doa

Mohonlah pada-Nya dengan cara yang betul. Mohon apa sahaja yang anda kehendaki, tetapi perlu terlebih dahulu memohon keampunan dan bersyukur dengan apa yang ada.
Bertawakal dengan setiap apa yang telah diusahakan. Jika anda benar-benar ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, habuan akan menanti. Kejayaan akan tetap hadir jika ianya benar-benar berada dalam laluan dan landasan yang betul

Saturday, August 15, 2009

5 juta rakyat Malaysia akan dijangkiti H1N1

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

“Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

- BERNAMA
ARKIB : 15/08/2009
15/08/2009 7:37pm

Ramadhan kembali lagi



Teks: Masayu Ahmad

Pejam celik pejam celik Ramadhan kembali, ianya mengembalikan nostalgia bersama arwah. Tahun lepas saya berkesempatan membuat sedikit majlis makan-makan semasa bulan syawal. Pada masa itulah kali terakhir arwah berkunjung sebelum balik seminggu kemudian meninggalkan kami. Kunjungan itu adalah terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Betapa sekejap sahaja masa berlalu. Al-Fatihah. Ramadhan kali ini pasti akan terasa. Saya akan sentiasa ingatkan arwah dan hujung doa setiap kali memohon keampunan Nya untuk arwah dan agar rohnya dicucuri rahmat.

Setiap kenangan melekat kukuh dalam memori. Saya rindukan akan zaman kanak-kanak dan remaja, seringkali mengikut arwah ke masjid untuk solat tarawih. Rindunya suasana tersebut. Kadangkala perbincangan juga menghala soal rumahtangga dan hal-hal lain.

Teringat saya ketika melalui satu sesi ujian menulis dan membaca tulisan jawi. Saya mendapat markah penuh. Ketika ustaz bertanya siapa yang mengajar. Saya dengan penuh bangga menyatakan,

“Saya belajar dari emak.”

Betapa ianya melekat dalam hati apabila saya suka membelek tulisan jawi dan mendapat tunjuk ajar arwah.

Ingatan juga melekat apabila lama tidak bertemu, kami akan berborak panjang ketika tidur dan sama-sama melagukan zikir munajat.

Sampai ke hari ini setiap kali menyanyikannya bersama kanal-kanak riang ini, kadang-kadang saya merasakan saya melagukan bersamanya. Kadang-kadang rasa panas di hujung anak mata. Air mata saya mengalir tanpa saya sedar.

Jika pulang ke rumah di kampung akan kedengaran suara arwah mengajar anak-anak kecil mengaji al-quran. Suara-suara kecil yang mengalun ayat-ayat suci.

Kini ianya kosong, sunyi tiada lagi lontaran suara melagukan ayat-ayat dan surah-surah. Sepi dan sunyi. Itulah barangkali saya melihatkan kelainan ayah yang nampak berbeza. Lebih diam daripada biasa. Saya dapat merasakan kesunyiannya dan mestinya merindui arwah melebihi saya.

Saat memandikannya, mengafankan arwah, saya cuba menahan agar air mata tidak gugur. Mengiringi jenazah dan menunggu hingga timbusan tanah terakhir.

Masakannya, nasihatnya, leterannya adalah masih ranum di ingatan saya. Saya akan sentiasa bermohon kepada-Nya, agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Semoga saya dipanjangkan usia untuk terus berbakti kepada kedua orang tua.

Syahdunya. Oh…air mata saya mengalir lagi.

Friday, August 14, 2009

Puding karemel untuk hidangan hujung minggu

Teks: Masayu Ahmad


Foto:kitchensrecipes.blogspot.com

Saya membuat carian cik google untuk resepi puding gula hangus. Nampak mudah sahaja sahaja bahan-bahannya. Tetapi mahu cuba buat dulu sebelum melihat hasilnya nanti. Semua bahan sudah ada, tengok telur kurang sebiji. Jadinya proses membuat puding terbantut. Tunggu en.suami pulang dari bermain badminton lah nampak gayanya.

Saya mahu mengumpul beberapa resepi mudah sempena kedatangan ramadhan ini. Rasanya mahu pilih resepi yang senang sahaja untuk hidangan sekeluarga. Pengat pisang, sira pisang, agar-agar santan dan puding karamel antara resepi pencuci mulut yang boleh dicuba.


http://farm4.static.flickr.com

Juga masih banyak gula Melaka dan sagu. Jadinya saya mahu buat juga sago gula Melaka. Ada juga lagi dua peket kacang hijau, sesuai juga buat bubur kacang hijau durian. Sudah banyak senarai, jadinya saya akan cuba kongsi resepi di sini. Mudah dan senang buat ibu yang bekerja dan juga suri rumah tangga.

Untuk hidangan berbuka saya mahu senaraikan resepi yang tidak menggunakan santan untuk menu utama. Contohnya, tomyam campur, sup sayur, singgang daging, asam pedas dan masak tempoyak. Sudah cukup untuk senarai lima hari. Mungkin Sabtu dan Ahad boleh sediakan nasi kerabu atau nasi ayam. Semuanya masih resepi menyihatkan untuk pilihan tidak menggunakan santan.

Untuk lauk boleh pilih atau selang seli, ikan bakar atau ikan kukus. Juga kerabu mangga, kerabu kacang panjang dan kerabu timun. Ini adalah kerabu asli Kelantan yang menggunakan santan. Saya akan kongsikan resepinya nanti, resepi asli arwah emak.

Hidangan pencuci mulut kekalkan buah kurma dan buah segar seperti betik, tembikai dan buah-buahan yang lain. Tembikai adalah pilihan paling baik untuk sumber fiber dan jus buah antioksida.

Mengapa saya sibuk benar dengan resepi ini. Mudah untuk kita membuat senarai awal dan membeli sekadar perlu untuk mengelak pembaziran. Antara lain menambat hati seisi keluarga dengan hasil air tangan sendiri. Tidak perlu bersusah payah membeli dan rabun mata apabila ke pasar ramadhan.

Saya akan cuba buat senarai pilihan resepi untuk sebulan, insya-allah. Sebenarnya untuk rujukan buat diri sendiri dan bagi sesiapa yang sudi mencuba, silakan. Betapa mudahnya sekarang dengan kemudahan di depan mata, segala maklumat mampu dicari sementelah lagi resepi untuk hidangan keluarga sendiri.

Thursday, August 13, 2009

Kematian akan menjemput bila-bila masa



Artikel ini sangat-sangat mengesankan di hati saya. Beberapa kematian sudah menyingah telinga kita sejak kebelakangan ini. Agak-agaknya jika kematian akan menjemput kita sudahkah kita bersedia untuk beralih ke alam sana.

Buat diri sendiri masih banyak perhitungan dan dosa-dosa lalu yang perlu dimuhasabah. Rasanya dengan usia yang sudah menjangkau 30 tahun, masih banyak yang perlu saya lakukan. Tetapi bersediakah saya.

Bagaimana dengan amal, sedekah jariah dan tanggungjawab. Saya masih terkedu dengan berita kematian dan kematian. Dalam fikiran, bagaimana keadaan di alam kubur, adakah badan akan dihimpit dengan lahad yang sempit. Adakah luas terbentang dengan cahaya terang benderang.

Saya amat takut, selalu saya terfikirkan jika nyawa dicabut saat ini, betapa saya masih belum bersedia. Jika arwah emak meninggal pada usia 60 tahun, adakah saya masih panjang usia sehingga 30 tahun lagi. Saya sangat takut.

Mendengar bait-bait lagu Pergi Tak Kembali nyanyian arwa Ustaz Asri Rabbani, membuatkan hati bertambah-tambah gentar.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku

Ya Allah redhakanlah kehidupanku

Diri ini hamba yang mungkir pada janji-janji

Jadikan taubat kami yang sejati padamu ilahi

Tuhan kuzalimi diri ini

Andai kau tak ampuni dan rahmati

Alangkah ruginya diri

Tuhan

Jangan kau pangkal hati ini

Setelah diberi hidayah

Sesungguhnya, kau Maha Pengasih


Kredit artikel: http://ahliajannah.blogspot.com

" Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang Masyar dalam keadaan berbogel..

"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."

Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"

Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..

Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata Nabi.., dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban lapar dan dahaga..

Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..

Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk aku..)

Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.

Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…

Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil menangis berkata..

"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..

“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”

Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.

“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”

Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.

“Di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mentaati Allah?”

Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk syurga tanpa hisab.

Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk syurga maka keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:

Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..

Lalu makhluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..

Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…

Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.

Mahkamah 1

Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepala pun mendidih..

Mahkamah 2

Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)

Mahkamah 3

Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…

Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..

Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..

Aiman si pipi tembam

Teks & foto: Masayu Ahmad



Si kecik ini sudah banyak patah perkataan bermain di bibir comelnya. Kala dia merajuk akan berbunyilah suara memanggil-manggil ayahnya.

Ayah…ayah,sambil menangis.

Jika ibu sibuk di depan komputer tidak melayan, Aiman akan buat perangai mengada-ngada mahu tarik perhatian.

Jika ibu sibuk juga menaip, Aiman sekoyong-koyong akan menekat punat off pada plug. Habis semua terpadam. Dengan mulut yang masam akan merenung ibu supaya segera mendokongnya.

Jika hatinya gembira kekenyangan dan sudah berbau wangi, Aiman gemar berlari-lari dengan abang Arif. Main basikal di laman depan atau asyik menonton tv.

Kalau ibu cakap, sayang Aiman. Aiman segera cium pipi ibu dengan mulutnya berkata tayam, tayam berulang kali. Kadang-kadang sambil bibirnya mengetap kegeraman.

Pagi-pagi kalau ibu kalut menguruskan Hakim, Aiman akan terkedek-kedek juga mengikut langkah di belakang. Aiman juga sibuk mahu mengikut abang Hakim ke sekolah. Tidak boleh ditinggalkan, jika tidak meraunglah menangis mengeluarkan air mata.

Aiman mahu ikut jugak. Biasanya dia akan bersandar berdiri di belakang, kalau mood ok dia akan duduk di hadapan. Sambil memandu, ibu akan menyanyi-nyanyi dengan Aiman lagu ABC atau alif, ba, ta.

Apabila malam, Aiman suka baring atas lengan ibu, sambil menghulurkan kaki.

“Akit, akit,” (sakit)

Atau

“ata,” (gatal)

Ibu gosok kaki Aiman sehinggalah lena. Walaupun nampak lena, sebenarnya belum nyenyak lagi.

Tak pun, Aiman sudah pandai ikut zikir.

Awah, awah, awah ya, awah (Allah, Allah, Allah Ya Allah)

Mulutnya yang comel dan pipi yang kembang itu, akan terikut dengan gelek kepala kiri dan kanan. Kadang-kadang sambil senyum mungil. Inilah pengubat kepenatan yang paling mujarab.

Aiman sudah lena, tetapi belum betul-betul lena.

Ibu bangun pelan-pelan, matanya akan terbuka semula. Dia akan kembali bersuara agar ibu tidur di sebelah.

Konvokesyen adik di UPM






Arif dan Aiman ikut sama rombongan ke UPM. Hakim pergi sekolah dan alasan keadaan sekarang tidak mengizinkan menguatkan lagi alasan untuk Hakim tidak boleh ikut.

Macam biasa jika ada sesi konvo dalam keluarga, maka kami akan berkelah selepas majlis selesai. Senang dan santai. Jam 5 pagi saya sudah bangun untuk menyediakan sarapan nasi berlauk, gulai kari ayam organik dan ayam goreng. Mereka yang perlu masuk dewan perlu bertolak awal.

Jadinya saya bertolak jam 10 pagi, menghantar Hakim ke sekolah, menyediakan sarapan dan bekalan untuk berkelah makan tengahari. Lauk bekal biasa sahaja, gulai, goreng keropok lekor terengganu, ikan goreng jaket.

Dibantu oleh adik kesayangan, Tuan Puteri Arora (adik saya yang ini sangatlah rajin kalau bab membantu memasak di dapur). Sesiapa yang belum ada menantu bolehlah dijadikan calon.

Sewaktu menunggu para graduan keluar dari dewan saya meninjau sekejap ke tapak gerai, rupanya hari tersebut adalah hari terakhir. Saya sempat membungkus sup daging panas dan sayur air petola. Buat tambahan lauk. Beli juga dua botol mineral kecil. Air lain tidak menarik pada pandangan mata saya.

Rupanya sudah hampir lapan tahun berlalu selepas konvokesyen saya, masa berlalu begitu pantas. Menjejak kaki kembali ke suasana konvo, membuatkan hati saya terusik. Tergambar semula perasaan gembira ketika hari graduasi dulu.

Melihat bunga-bunga segar digubah cantik. Dulu siapa yang mendapat bunga yang paling banyak dikira bertuah dan popular. Saya tidaklah popular mana, tetapi terharu juga bila ramai junior yang datang merai, memberi walau sekuntum bunga. Sangatlah seronok, habis penuh dalam tangan. Betapa gembira dan bangganya. Saya mahu menyelongkar semula gambar konvo. Tunggu hari lapang.

Banyak juga gambar si kecik Aiman.Sudah lama si kecik Aiman tidak posing-posing, semalam usianya sudah 1 tahun 8 bulan. Nasib baik Aiman dan Arif dalam mood yang memberi kerjasama yang memberangsangkan.


Aiman dan Tok Ayah

Bukan tidak suka bergambar,jika sudah banyak keutamaan di depan mata, kamera dalam beg pun sudah tidak menarik untuk dicapai. Kebetulan ada acara, barulah akis budak-budak ini dirakam. Sudah banyak juga mereka terlepas dalam lapan bulan ini. Walaupun saya ada di rumah, tetapi keadaan tetap sibuk, tetapi kesibukan yang masih boleh diurus. Masih lemau benar tangan saya untuk mengetik kamera mengambil gambar anak-anak. Tetapi dalam hati tetap ada perasaan mahu merakamkan aksi mereka.

Sewaktu pulang saya kekenyangan makan langsat (sesat di lebuhraya. Sudah beberapa kali saya mabuk betul kalau melalui lebuhraya dari selatan menuju ke Kuala Lumpur. Sukar benar mahu cari susur keluar menghala ke Hulu Langat. Selalu terbabas ke Pusat Bandaraya atau ke mana hala. Inilah penangan kalau jadi pemandu. Kalau tak seronok saja duduk sebelah orang lain yang pandu kereta. En.Suami semalam bekerja jadinya sayalah yang perlu menguruskan rombongan bersama adik lelaki seorang lagi.



Orang yang dirai bersama Puteri Arora (kehkehkeh)

Adik yang diraikan semasa konvokesyen adalah adik perempuan yang paling bongsu yang tinggal di Terengganu bersama bapa saudara belah ayah. Ada cerita di sebaliknya mengapa adik yang ini tidak membesar bersama kami tujuh beradik yang lain. Akan tetapi hubungan masih rapat kerana kami sejak dari kecil sering menziarah antara satu sama lain, jadinya hubungan saudara kandung tidak akan putus sampai bila-bila.

Ketika berada di sekitar kampus UPM, saya dapat merasakan luas kawasan kampus. Tentu sukar bagi pelajar yang tidak mempunyai kemudahan kenderaan. Itu telahan fikiran saya. Ianya sangat berbeza dengan persekitaran USM yang lebih kecil dan berada di atas bukit. Rindunya saya akan kampus USM, bilalah dapat menjengah ke sana.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin