Foto kredit:http://planetgreen.discovery.com/
Apabila anda menyatakan anda kini bekerja di rumah, banyak persepsi yang mungkin menggangu anda. Ramai yang berpendapat.
“Kalau duduk di rumah, maksudnya tidaklah sesibuk mana.”
Atau
“Seronoknya dapat jadi surirumah, bolehlah lepak-lepak tengok tv, banyak masa boleh rehat.”
Ini antara kenyataan yang perlu diberi pertimbangan bagi wanita yang berstatus surirumah atau bekerja di rumah. Kenyataannya kesibukannya adalah sama sahaja, 24 sehari 7 hari seminggu tugas dirumah tidak pernah habis.
Namun sesibuk manapun, sepenat mana pun jika kita gembira dan berpuas hati menguruskan sendiri rumahtangga. Ianya memang berbaloi.
Masih ada banyak gangguan yang perlu anda urus dengan bijak jika ingin kekal produktif bekerja dan menguruskan rumahtangga. Mari kita semak gangguan yang selalu mencuri tumpuan masa 24 jam anda. Berhati-hati menangani gangguan ini, kerana ianya pencuri masa yang cukup berkesan sehingga anda sanggup menanguh urusan yang lebih penting kerana terpedaya dan tidak bijak untuk mengelak.
Disebabkan anda sungguh teruja dengan satu-satu blog atau laman web, anda mendaftar untuk disenaraikan dalam ‘mailing list’. Bagi anda mahu memastikan menerima entri terbaru apabila tuan empunya blog menyiarkan entri terkini.
Kadangkala disebabkan keterujaan anda tidak faham apa tujuan sebenar anda mahu menyertai ‘mailing list’ tersebut. Walhal anda tetap juga menerjah blog atau laman web tersebut.
Setiap hari anda melayan dahulu senarai email yang diterima di dalam ‘inbox’. Tanpa anda sedar ianya mengambil masa dan membuatkan anda kusyuk dan membuang masa. Tentukan had masa atau tetapkan masa terbaik untuk mengurus email. Jika email berkaitan urusan kerja yang perlu disegerakan anda perlu mengambil perhatian, sebaliknya jika tidak, biarkan dahulu sehingga ada masa lapang.
Panggilan Telefon
Panggilan bertujuan untuk urusan kerja, bisnes atau peribadi. Sekiranya pada masa anda sibuk, ada panggilan seorang teman yang hanya ingin berbual-bual kosong, anda boleh menidakkan dengan cara bersopan santun. Mungkin memberikan alasan yang munasabah agar pihak pemanggil tidak terasa hati.
Begitu juga halnya dengan urusan kerja anda boleh menetapkan boleh berurusan pada waktu tertentu, atau boleh juga menghubungi melalui email. Pastikan anda segera memberi respon sekiranya ianya adalah pangilan untuk membuat keputusan projek jutaan ringgit!
Laman Sosial
Habit yang begitu berpengaruh seperti Twitter, facebook atau apa sahaja kemajuan berkaitan, menyebabkan berlaku pengaruh luar biasa kepada status produktiviti anda. Anda perlu bijak menggunakannya dan jangan biarkan sehingga habit sebegini memberi kesan yang besar dan urusan kerja harian.
Pesanan segera (instant message)
Anda meletakkan status ‘online’ ‘ym’ di laman blog atau laman web. Ianya bermanfaat untuk anda berhubung terus dengan sesiapa sahaja yang ingin bersembang dengan anda. Namun pastikan anda tidak dikawal sebaliknya anda yang mengawal. Begitu juga jika status tersebut di laman web bisnes online anda. Anda perlu menguasai keadaan agar pelanggan segera membuat pesanan dan tidak terus menerus hanyut dalam sembang kosong dan menjadi pencuri senyap tanpa disedari.
2 comments:
rasanya sejak jadi surirumah ni, bukannya boleh relaks macam org sllau ckp tu...lg byk tanggungjawab kena buat tp alhamdulillah saya gembira kerana dapat menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga :)
zarin
hanya orang yang duduk di rumha saja yang tahu betapa 'byk' keje suri rumah
tp sbbnya dicampur seronok dgn anak2 jadi penat tu hilang begitu saja
org kata penat yag berbaloi2
saya kalau dah penat rehat aje, nasib baik suami rajin menolong
Post a Comment