Tuesday, May 25, 2010

Dapatkan buku saya secara online melalui MPH, Karangkraf Mall & Alaf21 web

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah saya baru saya balik dari Lembah Nur Lembah Pangsun, kebetulan pula seminar tersebut adalah berdekatan dengan rumah. Penyertaan adalah percuma anjuran Usahanita Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Ok, nanti saya ceritakan selanjutnya tentang pengisian seminar tersebut yang berlangsung 3 hari dua malam.


Saya ingin berkongsi perkembangan terkini buku Jana RM Dari Rumah yang sudah pun mula beredar di kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara. Jika kalian tidak mahu ke kedai buku boleh mendapatkan secara onlin melalui MPH, Karangkraf Mall dan Alaf 21.


Sila klik di sini, untuk mendapatkan buku Jana RM Dari Rumah dari laman web MPH.

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675711015

Suasana kampung melambai pulang

Teks: Masayu Ahmad

Saya sukakan suasana kampung yang mendamaikan. Aroma pasir pantai, hembusan angin yang menyegarkan, suasana tenang segalanya indah jika berbicara tentang kampung halaman. Bangun pagi sudah kedengaran suara kokokan ayam dan burung yang berkicau, segar udara pagi sememangnya lain benar dengan hirup pikuk dan sesak di kota.

Sesiapa pun yang berasal daripada kampung sudah tentu, pastinya ada nostalgia yang melekat. Membesar di kampung dengan makanan yang cukup sedap dan murah. Tidak ada permainan yang mahal, tiada ada baju jenama. Baju kebanyakan dibeli di pasar malam, kedai pagi atau sesekali ke bandar.

Makanan pula bersumberkan makanan tradisional terutama kuih-muih. Tidak ada makanan segera yang memenuhi perut. Jarang sekali suri rumah beradu kehebatan peralatan dan pinggan mangkuk rumah tangga. Memang ada tetapi tersangat jarang. Jika ada masih berada dalam kelompok keserdahanan. Kaum wanita sering berpadu tenaga terutama jika ada majlis keraian dan kenduri kahwin.

Perubahan masa, ramai yang memiliki anak-anak yang berjaya ke menara gading atau sudah berjaya dengan karier mahu pun bisnes. Perubahan ini juga menyebabkan suasana kampung berubah dengan pengisian yang lebih moden namun nilai-nilainya tetap masih ada.

Sesekali apabila menjengah pulang, anak-anak kecil yang kita lihat masih bayi, sudah remaja malah sudah berkeluarga. Betapa begitu banyak berubah disebabkan kapsul masa yang terus bergerak.

Saya sebenarnya sangat teruja, kerana kini sudah boleh menjejaki rakan-rakan sekolah zaman sekolah rendah. Zaman yang penuh keriangan dan warna warni. Sangat seronok jika boleh kembali sebentar dan megulit kembali memori zaman kanak-kanak.

Kini, kebanyakan sudah dewasa, berkeluarga dan beranak pinak. Sangat seronok melihat perkembangan rakan-rakan lama. Apa pun harapannya masa tidak mengubah nilai-nilai murni yang dipegang sejak dari kecil.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Musim bekwoh akan bermula



Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Akan bermula tidak lama lagi musim cuti sekolah, saya yang tidak ada anak sekolah juga kemungkinan besar akan pulang juga ke kampung. Apa yang terbayang di fikiran sekarang betapa enaknya gulai kawah dan nasi putih panas-panas. Dihidangkan pula dengan belda merah (agar-agar), tembikai merah, solok lada, acar mentah dan sambal belacan. Meleleh air liur dibuatnya.

Petang tadi keinginan sudah dipenuhi apabila si dia membawa pulang tembikai dan tepung pelita. Sejuka leher apabila menikmati tembikai, nikmatnya tidak terkata. Alhamdulilah setakat ini mengidam saya tidaklah merapu-rapu, masih boleh dicari. Tetapi sudah tentu masakan Kelantan adalah pilihan utama. Walaupun melayan selera yang kemaruk, saya masih mengambil pendekata tidak menurut kehendak nafsu, ambil sekadar melepaskan keinginan sahaja. Jika tidak ada tidaklah terlalu mendesak sangat. Tetapi alhamdulillah ada sahaja rezeki yang bertandang.

Sedapnya tembikai merah, lagilah tepung pelita



Pic: Google

Monday, May 24, 2010

Sesegar embun pagi

Teks: Masayu Ahmad


Sesegar embun pagi, terjahan sinar matahari memberi semangat baru untuk diri saya agar lebih bersemangat untuk hari ini. Alahmdulillah idea kembali mencurah-curah dan kelancaran ini membantu saya untuk menyiapkan manuskrip seterusnya.

Kejayaan adalah apabila setiap perjalanan yang kita lalui datang bersama hikmah, ketenangan dan juga cara menikmati hari dan detik masa dengan seadanya. Tinggalkan perasaan sedih, kecewa murung, marah benci dan sakit hati. Jangan berlama-lamaan melayan sikap negatif, sebaliknya melangkah dan teruskan perjalanan. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. Insya-Allah.

Bak kata seorang ilmuan (saya lupa nama beliau), kata-kata ini melekat dalam minda saya hingga kini.


Sekarang ini tidak ada masa untuk berehat-rehat, tidur atau lepak-lepak. Tetapi masanya untuk berjuang, apa yang dilakukan hari ini adalah pelaburan selepas berubah peralihan fasa ke alam kubur. Di sana adalah tempat rehat dan destinasi yang lebih kekal. Pilihlah perjuangan sama ada mahu rehat dengan tenang atau sebaliknya. Kita yang memilih sama ada mahu berjuang untuk mendapatkan destinasi bahagia atau sengsara.

Salam kasih sayang

http://www.masayuhamd.com/

Sunday, May 23, 2010

Konsortium Pembangunan Usahawan Malaysia dengan sokongan SMELink

Konsortium Pembangunan Usahawan Malaysia dengan sokongan SMELink


Dengan Kerjasama Oleh :

- Pusat Khidmat PKS Melaka

- PM Media & Event Sdn. Bhd

- Perbadanan Melaka Holding Sdn. Bhd

Dirasmikan oleh :
YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam

Lokasi :

- Kota Fesyen,

- Kompleks MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Tarikh :

4hb Jun hingga 13hb Jun 2010

Sasaran Pengunjung :

1,000,000 pelawat sepanjang 10 hari

Liputan Media Rasmi :

- Majalah Sukses

- Harian Metro/Sinar Harian

- Sinar FM

Penginapan Rasmi :

MITC ANCASA HOTEL MELAKA

Aktiviti :

- Jualan/Demonstrasi produk-produk IKS

- Pameran oleh agensi-agensi kerajaan

- Seminar perancangan perniagaan

- Persembahan kesenian dan kebudayaan

- Persembahan artis jemputan


Lot Biasa RM2000/lot

Harga Pakej Selama 10 hari bagi setiap tapak perniagaan (Setiap lot berukuran 10' X 10') :

Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 017-659 1998

Jaga diri, hiasi peribadi

Teks: Masayu Ahmad

Apabil menghadiri seminar, program atau apa-apa sahaja aktiviti yang melibatkan ramai orang, saya lebih suka berada di belakang tabir sebenarnya. Kenapa begini? Kerana dari satu sudut saya suka sekali menganalisis dan memerhati.

Kerja akan lebih mudah apabila tidak dikenali dan saya boleh dikatakan sangat jarang bersuara. Suasana, persekitara, gelagat adalah menjadi santapan saya, terus ke minda, mencerna dan menapis.

Dalam seminar sebagaimana yang saya hadiri, kebanyakannya adalah usahawan wanita daripada luar bandar. Kebanyakannya ada yang tahu menjada batas dan perwatakan sebagai usahawan dan wanita yang mempunyai harga diri.

Juga sangat memalukan, dan saya sangat cukup tersentuh melihat gelagat wanita yang sudah berusia. Apabila berada di kelompok ramai sudah tidak tahu menjaga batas-batas sebagai wanita. Perlakuan ini cukup terselah, dan saya malu sebagai wanita apabila ada yang berperwatakan sedemikian.

Alangkah molek sekiranya, bagi yang sudah berusia menunjukkan contoh hemah yang baik buat golongan muda. Banyak ulasan yang ngin saya berikan, program sebegini sangat bagus untuk disertai, apa yang tidak bagus kita perlu tahu batas dan tetap menjaga etika sebagai wanita muslim.

Salam kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com/

Bagaimana cara membina keunikan dan identiti sendiri

Teks: Masayu Ahmad


Dalam apa sahaja bidang, masakan, jahitan, tekstil, atau apa sahaj bidang sangat luas untuk diterokai. Begitu juga dalam dunia blog, penulisa, cara kita membina identiti untuk dikenali. Sesetengah orang mempunyai keunikan dan daya tarikan sendiri, untuk dikenali dan juga untuk memperkenalkan diri.

Bagaimana membina imej dan identiti sendiri.

Pilih identiti sendiri

1. Jika kita lihat dalam bisnes 'jenama' atau brand, adalah salah satu cara memperkenalkan produk, keunikan dan kelainan bisnes yang diusahakan. Melalui identiti atau lebih dikenali sebagai jenama kita boleh mengenalpasti dan tahu oh, ini adalah pemilik bisnes ini. Begitu juga apabila kita terbayang perkataan 'Ariani' sudah terbayang jenis tudung yang dijual. Walaupun sudah banyak pilihan tudung sebegitu rupa di pasaran, tetapi pelanggan tetap mengenalpasti jenama Ariani.

Mencari idea dan membina identiti sendiri

Pelanggan, pembaca atau sesiapa kini tahu dan sudah bijak menilai yang mana yang asli dan yang mana yang tiruan. Pun begitu adalah lebih baik kita membina jenama dan keunikan diri sendiri, bisnes atau apa sahaja, jika mahu berjuang dalam bidang komersial.

Contohnya dalam bidang penulisan juga sudah biasa dalam isu ciplak, peniruan.

Bolehkah kita meniru, memang boleh, tetapi pandangan pembaca, pembeli yang memiliki daya menyelidik dan memberikan kelemahan pada pemilik ke dua yang cuba meniru.

Jika sekalipun mahu meniru cara mentor yang sudah ada, cara terbaik membuat penyelidikan awal terlebih dahulu dan mengkaji kelemahan dan kehebatan pesaing. Daripada penyelidikan tersebut kalian, boleh membina imej baru yang lebih segar.

Katakanlah suri adalah pengusaha roti. Apa yang boleh dibezakan ialah label yang diletakkan pada pembukusan. Jangan sesekali meniru bulat-bulat idea orang lain, kerana mengambarkan usaha anda yang mengambil jalan mudah dan tidak menonjolkan imej atau kelainan untuk diri sendiri atau sebagai pengusaha bisnes.

Idea sememangnya boleh ditiru, tetapi mempersembahkan dengan keunikan sendiri adalah lebih baik untuk mengambarkan kalian tidak mengambil jalan mudah dan pintas untuk meniru idea orang lain.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Wednesday, May 19, 2010

Tempahan ke 3,Mei Jana RM Dari Rumah dibuka sekarang




Cara beli, sila Klik Di Sini: Cara Tempahan Buku Jana RM Dari Rumah

Senarai pembeli buku:

1. Saad Ishak- COD
2. Siti Zaiton Shafie- COD
3. Nor Azlina Abdullah- COD
4. Latina KR- COD
5. Noni Salim- COD

Tuesday, May 18, 2010

Jom bersama saya kembali cergas, cergas, cergas

Teks: Masayu Ahmad

Mari kita semak semula jadual prestasi sebelum berakhir Jun 2010.

1. Senaraikan matlamat.

2. Semak kembali apa yang sudah, sedang dan akan disiapkan.

3. Letak tarikh akhir dalam setiap matlamat. Matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

4. Siapkan senarai tugasan, seminar, aktiviti, apa sahaja yang berkaitan pekerjaan dan bisnes.

5. Agihkan dalam kalender bulanan, mingguan dan harian.

6. Tandakans selesai bagi kerja yang selesai, ulas kenapa belum selesai. Segerakan selesai jika kerja tersebut membabitkan produktiviti dan prestasi.

7. Mari mulakan sekarang bersama saya. Siapa mahu kongsikan senarai kerja begini, silakan ya. ;D

Wajib beri cuti sehari dalam seminggu kepada Pembantu Rumah

Najib Tun Razak bersama rakan sejawatannya Susilo Bambang Yudhoyono menyaksikan Hishamuddin Tun Hussein dan Muhaimin Iskandar menandatangani Dokumen Surat Niat Mengenai Pindaan Kepada MoU Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia sempena Lawatan Rundingan Ke-7 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

PUTRAJAYA 18 Mei - Majikan di negara ini diwajibkan memberi cuti rehat sehari seminggu kepada pembantu rumah warga Indonesia selain membenarkan mereka memegang pasport masing-masing.

Perkara itu dicapai melalui Dokumen Surat Niat (Letter of Intent) yang ditandatangani hasil rundingan tahunan dua hala antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, penetapan gaji minimum yang sebelum ini diminta republik itu sekitar RM800 sebulan untuk pembantu rumah warganya masih belum diputuskan.

Serentak itu, Najib berkata, Kuala Lumpur menjangkakan penggantungan sementara penghantaran pembantu rumah Indonesia ke negara ini akan ditarik balik berikutan hasil pertemuan empat mata beliau dengan Susilo yang memberangsangkan dalam beberapa isu.

''Kalau kedua-dua pihak (majikan dan pembantu rumah) tidak mengambil cuti maka pekerja berkenaan boleh dibayar pampasan kepada cuti berkenaan dan dibayar bersesuaian dengan gaji mereka.

''Bagi pasport pula, ia juga boleh dipegang majikan atas persetujuan bersama manakala soal gaji minimum akan terus dibincangkan antara kedua-dua negara.

''Dengan ini saya jangkakan ia (pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah Indonesia ke negara ini) akan ditarik balik tidak lama lagi hasil penyelesaian beberapa isu (hari ini)," kata beliau.

Memorandum Persefahaman (MoU) dijangka menyusul dalam tempoh dua bulan lagi bagi membolehkan penghantaran pembantu rumah yang dihentikan sejak Jun tahun lepas disambung semula.

Pada masa ini terdapat 320,000 rakyatnya yang bekerja dalam sektor itu di sini.

Dokumen Surat Niat Mengenai Pindaan Kepada Perjanjian Persefahaman (MoU) Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Warga Indonesia ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar.

Najib dan Susilo menyaksikan majlis tersebut.

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan hari ini, kedua-dua negara bersetuju Suruhanjaya Bersama (JC) yang ditubuhkan merupakan mekanisme untuk menyelia, memantau dan mengambil tindakan menyelesaikan sebarang isu berbangkit.

Pada masa sama, kata beliau, JC akan mencari bidang baru yang boleh dibincangkan bagi meningkatkan hubungan dua hala.

''JC hendaklah melaporkan kemajuan Kumpulan Kerja. Beberapa Kumpulan Kerja akan ditubuhkan pada setiap tiga bulan untuk melapor kepada kedua-dua pemimpin.

Sehubungan ini, Menteri Luar akan melawat Indonesia pada bulan depan untuk mengenal pasti bidang-bidang dan bentuk Kumpulan Kerja yang ditubuhkan bagi memajukan lagi hubungan dua hala Malaysia-Indonesia," kata beliau.

Menurut Perdana Menteri, Susilo turut memaklumkan kepadanya bahawa perjanjian pengelakan cukai berganda telah diwartakan oleh Indonesia sekali gus akan menggalakkan peningkatan pelaburan kedua-dua negara.

''Dalam soal visa pelajar Malaysia pula, pihak Indonesia bersetuju untuk mengeluarkan visa selama dua tahun sekali gus dan perkara ini sudah lama dibincangkan, maka dengan ini boleh dianggap sudahpun selesai.

''Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju atas permohonan Indonesia supaya penambahan guru-guru (warga Indonesia) yang mengajar di sekolah-sekolah yang dibina di Sabah. Ini supaya anak-anak pekerja Indonesia itu boleh diajar oleh guru-guru dari negaranya dalam kurikulum mereka," katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, Kuala Lumpur-Jakarta juga mengambil maklum bahawa dari segi persempadanan maritim, kedua-dua pihak telah berbincang sebanyak 14 kali.

''Kita minta supaya diteruskan dengan pengarahan baru supaya ada kemajuan yang dapat dicapai oleh pegawai-pegawai dan pihak teknikal yang mengadakan perbincangan dalam soal persempadanan maritim.

''Kedua-dua pihak juga bersetuju supaya pertukaran pelatih atau pegawai yang mendapat latihan atau pengajian di Universiti Pertahanan di Malaysia dan Indonesia dapat kita uruskan," katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau juga telah mencadangkan kepada Susilo supaya kepakaran ePerolehan yang dibangunkan Malaysia dengan kejayaan penjimatan kos antara 10 hingga 30 peratus pada pihak kerajaan dipertimbangkan untuk digunapakai oleh kerajaan Indonesia.

''Beliau (Susilo) bersetuju supaya kita perkenalkan sistem ini dan dipertimbangkan oleh mereka jika ia sesuai digunapakai di Indonesia," katanya.

ePerolehan adalah sistem pemerolehan kerajaan Persekutuan yang dibangunkan oleh Commerce Dot Com pada 1999 di bawah kelolaan Unit e-Perolehan, Kementerian Kewangan dan kekal sebagai aplikasi perdana kerajaan elektronik yang berjaya.

Kerajaan memilih pelaksanaan sistem itu untuk menjadi salah satu komponen utama dalam memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang kedua iaitu memerangi rasuah.

Najib seterusnya ketika ditanya kesukaran mencapai persepakatan dalam penetapan gaji minimum pembantu rumah Indonesia berkata:

''Kita mempunyai sistem berbeza di Indonesia dan ia adalah perkara yang sukar yang memerlukan lebih banyak perbincangan," katanya.

Majikan Malaysia kini terpaksa membayar sehingga RM8,000 kepada agensi pekerja asing sebagai kos mendapatkan seorang pembantu rumah Indonesia dan sebahagian daripada kos itu akan dipotong daripada gaji bulanan pekerja berkenaan.

Akta Kerja 1955 tidak menetapkan gaji minimum untuk mana-mana sektor pekerjaan.

Sementara itu, Perdana Menteri ketika ditanya sama ada Ambalat turut disentuh dalam membincangkan mengenai isu persempadanan maritim berkata:

''Ia tidak secara khusus mengenai wilayah itu tetapi keseluruhan persempadanan maritim."

Apa seronok dan tidak seronok kerja sendiri

Teks: Masayu Ahmad


Dalam buku Jana RM Dari Rumah, saya berkali-kali menyarankan agar melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum bermula, melakukan secara sambilan sebelum sepenuh masa. Kerana apa, kerana apabila anda tidak bersedia, anda akan kecewa. Banyak cabaran yang memerlukan persediaan mental dan fizikal. Tetapi jika kalian berani terjun berani mati, anda adalah boleh dikategorikan mereka yang berani gagal.

Tidak kisah jika gagal dahulu sebelum menikmati kejayaan. Apa yang penting perlu konsisten dengan prinsip mahu meneruskan walau apa sahaja terjadi. Tetapi tidak semua orang yang boleh dan berupaya berani gagal.

Sokongan padu

Saya ada menerima email daripada salah seorang waniat bekerjaya. Saya sangat tertarik apa yang sedang dilakukannya, cuma apabila dia menerima pandangan saya, sudah pasti saya menyarankan bermula secara sambilan dan apabila sudah kukuh baru sepenuh masa.

Tetapi dalam situasi beliau, sekiranya beliau yakin dan boleh melakukannya apabila berhenti kerja, boleh abaikan saranan saya. Nanti saya serta pautan blog beliau. Dalam kesibukan saya masih teringat-ingat email beliau. Nanti saya semak kembali email yang dihantar.

Apabila suri menerima sokongan padu daripada suami tidak kira kewangan, semangat atau apa sahaja boleh sahaja teruskan usaha. Tambahan pula jika bersatu hati dalam keputusan.

Sekiranya suami masih kurang memberi kepercayaan, dengan kata lain masih memerlukan sokongan kewangan daripada isteri, persediaan teliti adalah perlu.

Apa yang seronok berada di rumah

Sudah tentu boleh mengatur jadual lebih fleksibel. Ketika anak sakit, diri sendiri kurang sihat boleh sahaja mengambil cuti atau berehat tanpa halangan. Namun anda masih perlu bersedia untuk menyiapkan kerja sekiranya sudah ada komitmen dengan majikan atau mereka yang memberi kerja.

Jika bekerja lebih, lebihlah ganjarannya. Jika kurang usaha, maka sedikitlah hasilnya. Semuanya ditentukan oleh kalian sendiri dan sudah tentu majikan sebenar kita.

Penghargaan buat en.suami

Dalam kesihatan yang tidak menentu saya ingin mengucapkan terima kasih buat en.suami yang menguruskan rumah tangga dengan cemerlangnya. Semalam ayam goreng kicap sungguh sedap sekali. Pagi ini saya gagahkan diri menggoreng perapan ayam berempah yang sudah dibuat semalam oleh en.suami. Disebabkan sekarang en.suami suka membaca blog ini, jadi ini sahajalah cara untuk mengucapkan terima kasih. Harapnyanya keadaan saya ini adalah dalam tempoh fasa pertama saya. Saya mahu cergas, cergas, cergas. ;D. Agar  anak-anak kembali dapat menikmati hasil air tangan pagi dan petang.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Monday, May 17, 2010

Alim tak andai (Arif tak pandai)

Teks: Masayu Ahmad

Menjelang 2010, Arif akan berusia 4 tahun. Tetapi badannya seperti kanak-kanak berusia lima tahun. Dalam beberapa minggu ini saya melatif Arif untuk bebas daripada menggunakan lampin pakai buang. Dia sudah boleh sebenarnya, cuma banyak alasan yang menjadikan Arif mahu manja-manja lagi.

Alim tak andai, ibu buat iri lah. (Arif tak pandai, ibu buatlah sendiri)

Alim nak akai ampers.

Kadang-kadang, dia memang boleh tidak memakai lampin dan dengan jayanya ke tandas, membuka lampu dan membersihkan diri. Saya masih memantau. Ketika dia masuk ke tandas, saya buat tidak tahu sahaja. Selesai segalanya, baru saya buat pemeriksaan kali ke dua.

Jika saya masuk ke tandas bersama Arif. Manja akan menjadi-jadi, sudah tikda mahu berdikari.

Alim tak andai, ibu buatlah.

Inilah ayat-ayat yang diulang-ulang. Saya biarkan sahaja Arif tanpa seluar. Hanya berbaju sahaja. Biarkan begitu, hanya untuk seketika sahaja hingga Arif tidak lagi terikat. Arif sudah boleh sebenarnya, hanya dia sahaja membiarkan dirinya mahu terikat dengan lampin.

Bertahan ya Arif, sedikit sahaja lagi.

Kembali buka kitab

Teks: Masayu Ahmad


Salam pagi Selasa, semoga suri sekelian kembali cergas menghadapi rutin pagi yang sibuk. Saya berada dalam tempoh kritikal menyiapkan tugasan. Semangat turun naik sebenarnya, tetapi saya seupaya mahu bertahan dalam keadaan sukar.

Saya ada tempoh lebih kurang enam bulan, menyiapkan kerja sebelum bercuti bulan Disember dan Januari. Harapnya saya berjaya melepasi tempoh enam bulan ini dengan jayanya. Untuk itu beberapa perubahan baru sedang dan akan berlaku.

Ruang kerja akan kembali berpindah ke tingkat atas. Saya memerlukan pengudaraan baru, suasana baru agar momentum kerja terus bersemangat. Juga menggunakan sebaik mungkin tenaga pada waktu pagi, memandangkan menjelang tengahari dan petang badan mulai menerima perubahan hormon.

Perubahan fizikal dan emosi

Saya memastikan minda tidak dipengaruhi oleh emosi, jika emosi berkata malas, kesuluruhan tubuh badan juga akan mengikut rentak malas, malas, malas. Apabila minda menyuarakan cergas, maka keseluruhan fizikal bergerak cergas, cergas, cergas.

Apapun saya mahu cergas sentiasa, hanya apabila tugas selesai saya melayan juga perubahan hormon badan. Bermalas-malasan. Saya tidak mahu malas menguasai fizikal dan mental. Mahu atau tidak akan cuba selesaikan apa yang ada di depan mata. Doakan saya. ;D

Teringin lagi

Sunday, May 16, 2010

Perjuangan hari ini

Teks: Masayu Ahmad

Emosi, kerajinan, semangat berada dalam turun naik. Tetapi suasana pagi sangat membantu untuk menyiapkan kerja. Sebolehnya saya menggunakan kesempatan pada pagi hari untuk menyiapkan kerja dengan kadar segera dan dengan daya ketahanan tinggi.

Semoga hari ini lebih banyak tugasan dalam diselesaikan sempurna. Tidak mahu lagi berada dalam mood bertangguh, mood turun naik dan mahu fokus, fokus, fokus. Doakan saya kekal semangat sehingga selesai.

Saturday, May 15, 2010

Pos Ekpress, ketepatan mengikut zon

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, saya menerima mesej daripada beberapa penerima buku Jana Rm Dari Rumah, antaranya pembeli dari Johor Bharu. Mengejutkan juga kerana semalam baru pos, hari ini sudah sampai. Setelah beberapa kali mengunakan khidmat pos ekspress ini, penghantaran adalah mengikut beberapa zon.

Zon A- Dua hari

Zon B- Tiga hari

Zon C- Melebihi tiga hari, contohnya penghantaran hari Jumaat atau Sabtu. Atau kawasan yang tidak mempunyai penghantaran yang belum cukup baik. Juga bagi kes penghantaran semula disebabkan alamat tidak lengkap.


Setakat ini, dua hari dan tiga hari. Bagi mereka yang menerima melebihi tiga hari mengalami perkara yang dinyatakan di atas. Pun begitu saya masih meningkatkan mutu penghantaran, sekiranya buku tidak elok atau rosak boleh dikembalikan semula untuk mendapatkan yang baru. Setakat ini alhamdulillah belum ada.

Pun begitu saya sangat menghargai pembaca yang sabar menanti kedatangan buku ini terus daripada saya sendiri. Terima kasih atas kesudian dan kepercayaan kalian. Saya juga dalam proses menilai dan mencari perkhidmatan terbaik untuk kepuasan pembeli. Insya-Allah

Friday, May 14, 2010

Tempahan ke dua- Jana RM Dari Rumah

Teks: Masayu Ahmad

Oleh kerana stok pertama sudah habis, saya akan mengambil stok ke dua minggu hadapan. Saya akan segera maklumkan di sini. Disebabkan ada yang sudah bank in. Saya kemas kini senarai pemilik buku untuk tempahan ke dua.

Insya-Allah, saya menambah stok yang lebih banyak, kerana masih ramai lagi yang belum mendapatkannnya.

Senarai pemilik buku tempahan ke dua (Mei 2010)

1. Nor Azura Abdullah- sudah hantar
2. Normila Muhamad (mama nurin)- sudah hantar
3. Rafidah Ahmad- sudah hantar
4. Nur Azhani Abdul Ghani- sudah hantar
5.Norsyahidah Yep- sudah hantar

Cabaran dan peluang


Teks :Masayu Ahmad

Apa khabar suri sekalian sudah mimu petang, saya baru sambil menulis sambil menggoreng lekor untuk kanak-kanak riang. Deria bau yang sungguh sensitif sekarang ini, tetapi tetap juga mahu siapkan menu untuk anak-anak.

Sekejap ya, nanti saya sambung berkaitan tajuk entri di atas.

Thursday, May 13, 2010

ROMBONGAN PEMBORONG KE GUANGZHOU, CHINA

ROMBONGAN PEMBORONG KE GUANGZHOU, CHINA


RM 2600.00 seorang

Pakej termasuk

Pengurusan Visa

1. Tiket kapal terbang KL-Guangzhou-KL

2. Penginapan di hotel 3 bintang

3. Pengangkutan domestik

4. Makan Malam di Restauran Muslim.


JADUAL LAWATAN

Hari Pertama - Bertolak ke Guangzhou. Melawat Plaza aksesori, hiasan dalaman rumah dan hadiah.

Hari Kedua - Melawat plaza beg tangan dan plaza pakaian moden, jam tangan dan kasut.

Hari Ketiga - Melawat plaza fabrik, langsir dan kain sutera. Hari bebas (Bas bertolak ke plaza pakaian kanak-kanak dan lampu hiasan)



Hari Keempat - Hari bebas, pengurusan penghantaran barang. Bertolak pulang.


Bonus Pakej

Melawat Masjid Huaisheng

Melawat Makam Saad Abi Waqas (bapa saudara Nabi Muhammad)

Melawat Beijing Lu (night shopping street)

Melawat Shang Xia Jiu Lu (night shopping street)



Tempat terhad, Berminat sila hubungi:-

017-659 1998 / 013 - 667 1000

smecentre2010@gmail.com

Wednesday, May 12, 2010

Sedapnya pisang goreng



Teks: Masayu Ahmad

Petang begini sangat sedap kalau mengunyah teh o panas bersama pisang goreng ranggup. Kempunan sahajalah, nampaknya.

Tuesday, May 11, 2010

Tempahan ditutup buat sementara waktu-

Teks: Masayu Ahmad

Alhamulillah sambutan untuk buku Jana RM Dari Rumah sangat menggalakkan. Banyak panggilan telefon diterima adalah daripada kaum ADAM. Saya sangat terharu dengan penerimaan buku ini. Ada yang datang dari jauh semata-mata kerana mahu membeli buku ini di toko buku Karangkraf.

Buat sementara waktu, saya perlu menutup dahulu tempahan. Ini sementara sahaja, sementara saya mendapat stok yang lebih banyak. Saya sendiri masih menunggu giliran untuk mendapatkan jumlah lebih banyak.

Terima kasih juga kepada pembeli yang sudah bayar dan sabar menanti. Saya sudah menghantar mesej dan membuat panggilan memberitahu perkembangan terkini buku yang sudah ditempah. Alhamdulillah semuanya menerima dengan hati terbuka dan sungguh terharu dengan kesabaran kalian.

Esok saya akan berpagi-pagi ke Shah Alam mengambil sejumlah buku untuk pembaca yang sudah menempah awal. Pada hari tersebut juga saya akan menandatangan dan terus mengepos.

Tempahan online akan dimaklumkan segera

Untuk memastikan buku yang ditempah berada di tangan anda dengan lebih cepat, adalah lebih sesuai sekiranya saya sudah mempunyai stok yang banyak. Jadi buat sementara waktu harapnya kalian bersabar, sehingga jualan secara online yang lebih efisien akan dimaklumkan kelak. Jadi jangan buat tempahan atau membuat apa-apa bayaran. Tunggu sehingga saya maklumkan secara rasmi.

Terima kasih atas sokongan daripada pembaca sekalian. Semoga buku ini menjadi panduan dan membuka peluang bagi mereka yang akan bermula bekerja dari rumah kelak.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Apabila ada peluang di depan mata, kejar dan rebut sehingga berjaya

Teks: Masayu Ahmad


Jika dilihat kembali liku-liku dan pengalaman dalam bidang dan karier sebagai penulis, banyak membuatkan saya sangat sayang segala pengalaman yang saya kecapi. Apa kan tidak saya sebenarnya sudah di kelilingi ramai yang sudah berjaya. Ya, nama besar seperti Dr. Tuah Iskandar, Syarifah Abu Salem adalah antara nama penulis yang sudah berjaya.

Ketika saya masih bekerja di Karangkraf, pada masa tersebut pejabat masih di Lorong Rahim Kajai, saya menimba pengalaman sebagai wartawan muda. Saya masih ingat ketika setiap kali disuruh Kak Nuri mengutip artikel dengan Dr. Tuah, ya beliau juga pada masa tersebut masih bekerja di Karangkraf. Suka bergurau dan juga mudah diajak bersembang. Ketika saya mengalami konflik kehidupan saya suka merujuk beliau, dan banyak mendapat khidmat nasihat secara percuma sahaja. Apabila terserempak selalunya, beliau akan bertanya, sudah selesai atau belum. Ada juga hampir 100 peratus saya mengikut pandangannya, dan memang jadi.

Ketika saya menjaga ruangan cerpen dan karya kreatif di Mingguan Wanita, selalu berborak dengan Kak Wan (kini editor Maskulin), kami bersebelahan meja. Antara intipati kami ialah, nama sahaja penulis, menulis novel pun tidak pernah ada dalam matlamat.

Begitulah, setiap kali saya menerima cerpen dan membuat tapisan, saya ada beberapa senarai penulis, apabila membaca karya mereka saya sudah mengangak berkualiti atau sebaliknya. Selalunya ada yang saya terbangkan dalam bakul sampah sahaja. Sungguh kejam.

Editor buku Alaf, sering menyuruh kami menulis novel. Tetapi kebanyakan penulis (wartawan majalah) memang ada impian, tetapi menjadikan kenyataan hanya mereka yang bersungguh-sungguh sahaja. Tetapi memang kebanyakan sudah tahu antara yang menerima royalty berpuluh ribu setiap tahun adalah Kak Pah ( Syarifah Abu Salem) dan beberapa orang lagi. Mereka sememangnya prolific atau kata lain konsisten dalam menulis novel.

Juga ketika saya hadir ke perasmian Ramlee Awang Murshid, ketika itu perasmian lima novel serentak. Saya masih menyimpan kelima-lima novel tersebut. Beliau juga antara penulis tersohor dalam genre penyiasatan, dan royaltinya sangat lumayan mencecah 500 ribu sepanjang karier beliau dalam penulisan. Situasi ini semua berlaku di depan mata saya dan sebenarnya bermula satu semangat mahu menulis juga. Mungkin pada mulanya adalah kerana RM, tetapi menulis juga memerlukan anda sanggup berjuang dan menjiwai perjalanan sebagai penulis.

Manuskrip pertama saya, masih lagi saya simpan. Ia sudah berusia lapan tahun. Ya bukan masa yang singkat lapan tahun. Ketika menyiapkan dan menghantar manuskrip tersebut mata saya bersinar terang. Mahu lihat novel sendiri di rak-rak buku sebaris karya popular lain. Saya menyimpan angan-angan, satu tahun satu novel, lima tahun lima novel.

Walaupun saya sudah berada di bidang ini, ia bukan satu loncatan. Selepas manuskrip pertama ditolak, saya simpan sebentar dan membuat pekasam. Saya kembali baca, saya tergelak seorang diri. Betapa banyak kurangnya novel tersebut. Saya masih memeramnya sehingga satu masa nanti saya mahu mengemas kini semula novel tersebut. Ia adalah hasil pertama dan langkah pertama.

Sekitar 2006 saya kembali mencari ruang dan mahu bermula semula, jadi atau tidak saya mahu menulis buku atau novel. Saya perlu pastikan ia benar-benar menjadi kenyataan. 2007 saya mula menghadiri bengkel dan mana-mana kursus dalam penulisan buku. Ternyata ilmu saya tentang buku memang masih cetek. Antara buku yang saya suka baca berulang kali ialah Wang Besar Dengan Menulis, karya……(lupa, nanti saya ingat semula)

Saya hadir seminar penulisan yang tepat dan saya membeli buku tersebut selepas selesai sesi seminar dengan penulis tersebut. Setiap kali ke pasaraya tempat utama saya tuju hanyalah kedai buku, MPH, Popular Book Store. Setiap kali singgah, setiap kali itulah angan-angan panjang saya bermula. Hampir setiap hari saya berada dalam aura mahu pastikan buku saya akan berada di pasaran juga.


Bersambung….

Monday, May 10, 2010

Ulasan pembaca Jana RM Dari Rumah


Ingin bekerja di rumah tapi tidak tahu bagaimana hendak mulakan dan bagaimana caranya?


Buku Jana RM Dari Rumah ini boleh membantu, gaya penulisan yang menarik dan langkah demi langkah yang diterangkan secara detail mampu menjadikan impian suatu kenyataan jika diikuti. Buku tulisan Masayu Ahmad ini menggunakan gaya penulisan yang santai dan praktikal berdasarkan contoh Suri yang telah mulakan karier di rumah. Setiap bab dipecahkan kepada sub-bab yang mudah dan ringkas.

Bagaimana menetapkan matlamat untuk bekerja di rumah, konsep, pilihan kerjaya dari rumah, bisness apa yang praktikal dijalankan di rumah, dan persediaan untuk memulakan. Pengurusan masa sangat perlu dititikberatkan jika mahu berjaya dalam karier dan dalam masa yang sama keluarga diutamakan.


Tidak boleh lupa cabaran yang bakal dihadapi bila bekerja di rumah, bagaimana untuk memotivasikan diri, buat perancangan dan pelan pemasaran, tidak dilupakan aspek pengurusan kewangan. Salah satu keberkesanan penulisan buku ini adalah disebabkan oleh penulisnya juga merupakan wanita yang bekerja di rumah.
Sangat berbaloi untuk anda dapatkan buku ini yang hanya RM15, boleh dapatkan terus dari penulis buku dan dapatkan autografnya. Selamat bekerja semua :)

Saya suka sibuk, tetapi kebanyakan masa masih di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah kesihatan bertambah baik, walaupun perlahan-lahan memasukkan aura semangat agar lebih kuat lagi. Saya sudah berada di zon sibuk, tetapi masih lagi fleksibel kerana apa, kerana perkara berikut:

Tidak suka kesesakan jalan raya

Saya sangat bercinta apabila mahu ke mana-mana. Tetapi sekarang hanya memilih untuk keluar sekiranya benar-benar perlu sahaja. Contoh apabila berkaitan dengan urusan perbincangan dengan editor, seminar atau urusan hal kerja sahaja. Saya akan meletakkan had masa, saya memang kategori tidak boleh berlama-lamaan di luar mahu sahaja segera pulang ke rumah.

Suka privasi
Memandangkan bidang pilihan adalah menulis, jadi kerja saya sudah tentu berkaitan dengan penyelidikan, perlu banyak membaca dan menemuramah sesiapa sahaja yang berkaitan. Betapa beruntung di zaman internet ini, banyak membantu kadangkala temu ramah hanya berlangsung di rumah sahaja. Hanya melalui kemudahan internet.

Saya sudah berjaya mengurangkan sifat boros
Selama setahun saya mendisplinkan diri fokus kepada kerja sahaja, apabila sudah kembali stabil barulah memberi penghargaan kepada diri sendiri. Selepas memasuki fasa bekerja sendiri, secara tidak langsung saya perlu memastikan pengurusan kewangan adalah lebih baik.

Ya, saya sangat boros dan seperti kebanyakan wanita bekerjaya yang lain, saya tidak keruan jika tidak berborong sakan di pasaraya. Dalam tempoh setahun saya melatih diri agar lebih berhemah soal kewangan. Alhamdulilah, sekarang saya sudah tidak cepat tergoda dengan bahana beli belah. Bekerja sendiri kadangkala membuatkan kita lebih berhati-hati dalam soal perbelanjaan. Bukan kedekut tetapi berhemah.

Suka tempat santai dan menenangkan
Antara keadaan yang menyebabkan saya boleh pusing kepala, suasana yang hiruk pikuk, orang ramai bersesak. Tetapi sekiranya, saya perlu juga ke tempat kejadian, saya akan pastikan tidak berlama-lamaan, cari apa yang dikehendaki dan selesaikan dengan segera.

Tidak semua sesuai jadi suri rumah

Apabila suri bertekad mahu berada di rumah, persediaan mental dan fizikal perlu ada. Tidak semua orang boleh bertahan dan mampu mengurus sendiri rumah tangga. Tetapi jika kalian tahu akan tanggungjawab dan peranan sebenar suri rumah, tiada apa yang boleh menjadi halangan. Fokuslah untuk memegang peranan yang mulia ini.

Sumber pendapatan

Selalunya percaya dan yakin atas rezeki Allah. Tetapo rezeki tidak akan bergolek tanpa usaha. Kesukaran dan susah payah adalah nikmat sebenar selepas anda sedar dan yakin rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Sukar saya mahu gambarkan, rezeki bukan nilai ukuran RM10 ribu sebulan, tetapi kadangkala datang dalam bentuk lain yang tidak dijangka.

Masa lapang bersama anak-anak.

Cuba kalian yakinkan saya berapa jam sehari dan seminggu masa berkualiti bersama anak-anak. Sedangkan anak-anak kita masih kecil, jumpa hanya beberapa jam sahaja dalam sehari. Pulang bersama kepenatan, kalian tidak boleh berbohong kepada saya, kerana saya juga adalah wanita bekerjaya. Pun begitu masih ada wanita super yang masih menguruskan anak-anak dengan baik sekali walau masih bekerja di luar rumah.

Tetapi saya sangat akur, saya tidak mampu untuk meluangkan banyak masa apabila saya bekerja di luar rumah. Hanya sedikit sahaja masa bersama anak-anak, apabila mereka sudah dewasa kita akan merindui masa untuk bersama mereka.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Tenaga baru bermula

Teks: Masayu Ahmad

Sudah lama saya gantung kuali dan gantung key board, walau pun menjengah melihat deretan tugas untuk disiapkan, saya seolah tiada nafsu untuk melunaskan.

Selepas sesi perbincangan dengan dengan beberapa orang penting, yang berurusan melalui face book dan juga telefon pada hari ini, alhamdulillah tenaga luar biasa saya kembli menyerlah.

Semasa bulan Januari dan Februari kebanyakan tidur saya adalah jam tiga dan empat pagi. Kemudiannya bulan April mengalami turun naik hormon. Insya-Allah malam ini rasa sudah boleh berjaga semula, untuk menyelesaikan beberapa tuntutan tugas berstatus segera.

Sekiranya saya berjaya selesaikan beberapa senarai ini, alhamdulillah saya mampu berpantang dalam keadaan lega-seleganya, tanpa perlu memikirkan tugas. Selepas bulan Mac 2011, barulah boleh bernafas semula. Jadual saya agak padat sepanjang tahun sehingga Disember 2011.

Setiap kali hamil, saya berada dalam situasi pengalaman yang berbeza. Masih ingat lagi semasa hamilkan Aiman, saya berjaga sehingga ke pagi menyiapkan suntingan dan lay out untuk buku khas untuk organisasi. Buku tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Bayangkan saya hanya ada beberapa minggu sahaja untuk menyiapkannya. Malam terakhir menyiapkan pdf sebelum hantar ke kilang cetak, saya mengalami tenaga luar biasa.

Buat kerja tanpa rasa letih dan lelah. Walhal sepanjang hari tanpa rehat dan sepanjang malam berjaga menyiapkan suntingan. Pagi jam lapan en.suami mengambil saya dan membawa ke kedai untuk sarapan. Dalam perut memboyot tujuh bulan, alhamdulillah saya masih diberi tenaga. Ianya selalu menjadi suntikan kepada saya, alah bisa tegal biasa. Bekerja dengan majikan saya boleh berjaya bertahan, apatah untuk diri sendiri, saya perlu kuat semangat lebih daripada itu.

Sunday, May 9, 2010

GERAI SEMPENA KARNIVAL BELIA NEGARA ' HARI BELIA NEGARA 2010'

GERAI SEMPENA KARNIVAL BELIA NEGARA ' HARI BELIA NEGARA 2010'


Kami ingin mempelawa para usahawan yang berminat menyewa gerai jualan dan pameran pada karnival tersebut.

Keluasan lot : 15 x 10
Kadar sewa RM1800.00
Tarikh : pada 14-16 Mei 2010.
Jam : 9.00 am- 10.00 pm
Pelbagai acara menarik diadakan.

Pelan tapak, sila rujuk di www.smelink.webs.com

Berminat, sila hubungi 017-659 1998 / 013-667 1000.

Perjuangan diteruskan

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang, bermula lagi minggu ke dua Mei 2010. Harapnya kita sudah ada senarai yang mahu diselesaikan. tidak kiralah suri rumah, suri bekerja dari rumah, atau suri bekerja di luar rumah. Kita masih digalas tanggungjawab ibu, isteri, anak dan ahli masyarakat.

Setiap hari adalah lebih baik

Semalam dan minggu ini saya masih kurang produktif, menyiapkan tugasan yang sangat menuntut. Masih mengambil dan mencari aura semangat. Hari ini bangun pagi rasanya lebih segar. Untuk itu, rasanya bilik kerja perluu diubah kembali untuk mencari suasana dan semangat baru.

Semangat perlu konsisten

Saya suka berada dalam mood atau semangat dalaman berkobar-kobar menyiapkan kerja. Insya-allah hari ini adalah hari permulaan menyiapkan beberapa kerja yang bertangguh. Tidak keman-mana kerana tugasan yang ada memerlukan saya fokus tanpa gangguan. Hanya gangguan anak-anak sahaja.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Friday, May 7, 2010

Siapa ibu terbaik buat anak-anak

Teks: Masayu Ahmad

Selalunya apabila hari ibu saya membelikan sesuati yang istimewa buat arwah, kini hadiah yang paling tidak putus sentiasa mendoakan agar mendapat rahmat dan rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Sedekah Al-Fatihah buat arwah ibu. Al- Fatihah.

Arwah boleh dikategorikan seorang pendiam dan penyabar. Masakan sudah tentu sekali terpahat dalam kenangan. Acapkali saya terfikir bolehkah saya menjadi ibu penyabar, sebagaimana arwah.

Memori terpahat, masa kecil-kecil dahulu saya sering mengikut arwah ke surau atau panggilan Kelantan balai sah. Teringat akan sentuhan kasih sayang, apabila emak membetulkan telekung saya. Agar kemas dan tidak terkeluar rambut. Biasanya sebelum beberapa minit azan berkumandang kami beriringan ke surau. Saya masih terbayang suasana senja, beriringan berjalan menuju ke masjid. Jelas tergambar di layar fikiran.

Juga setiap kali mendapat keputusan peperiksaan, emak orang pertama saya terpa, mengucup dan apa yang pasti air matanya akan jatuh kerana gembira. Juga ketika menelefon memberitahu berita mendapat menyambung pelajaran di universiti, suara sebak sudah kedengaran di corong telefon.

Apabila setiap kali saya bersalin, tidak putus nasihat begitu dan begini. Saya sangat rindukan arwah, hanya doa sahaja agar sampai ke sana, mudah-mudahan.

Setiap kali ada majlis di sekolah sememangnya saya selalu mendapat tugasan mengoreng bihun. Selalunya habis dan tidak cukup. Dan itulah resipi air tangan yang sentiasa dirindui.

Ketika menginjak dewasa, apabila malas membuat kerja rumah, anak perempuan seperti saya selalu kena bebel. Pandai atau tidak perlu pandai urus dan buat kerja rumah.

Apapun saya teringat kuih muih kegemaran seperti bingka ubi, ketupat sotong, pengat ubi, nasi kerabu dan pelbagai kuih muih menjelang puasa. Semuanya dibuat sendiri tanpa perlu dibeli.

Kasih sayang, resipi air tangan, ilmu rumahtangga, adalah selalu diberikan secara langsung dan tidak. Tetapi itu semua tetap tersimpan kemas dalam ingatan saya. Sambutan hari ibu atau tidak, saya tetap terus berdoa akan rahmat kasih sayang Allah sentiasa mengiringi ke dua ibu bapa.

Selamat hari ibu, semoga kita menjadi ibu terbaik buat anak-anak.

Thursday, May 6, 2010

Mari selongkar: What every mom needs

Teks: Masayu Ahmad

Hanya wanita sahaja tahu apa yang wanita perlu. Keluargam, karier, anak-anak, masa seimbang, kewangan stabil dan juga kehidupan santai sebagaimana setiap orang inginkan. Buku ini sangat menarik hati, pandang sahaja sudah jatuh cinta.

Tuisyen di rumah- http://warkahdarimama.blogspot.com

Teks: Masayu Ahmad
Foto: http://warkahdarimama.blogspot.com/


Sudah beberapa kali saya menjengah ke blog Syida, ada sesuatu yang menarik hati saya, saya belum berkesempatan membaca keseluruhan entri beliau. Tetapi telahan awal saya, bahawa beliau mengusahakan tuisyen di rumah.

Bagi suri yang berpendidikan dan berminat untuk mengajar, sangat sesuai untuk berkunjung dan berkenalan dengan Syida. Saya kongsikan dulu beberapa gambar dari blog beliau.





Ely Hasrul akan bertukar status sebagai wanita bekerja dari rumah, tahniah dari saya, anda bila lagi?



Saya kongsi sedikit entri berkenaan perletakan jawatan Ely dan akan sepenuh masa akan mengusahakan bisnes dari rumah.

Sumber dari sini ya:  http://mrspapi.blogspot.com/2010/05/wahm-coming-soon.html

Alhamdulillah


Today i send my resignation letter, lebeh kurang gini

'due to circumstances, i hepily reluctantly resign bla bla bla i cannot commit to work during working hours and decided to work from home bla bla bla.. tengkiu bla bla bla' hah suka nye aku!

When i handed the letter, my boss took it well and he even ask me for 'A PART TIME JOB!'

Hah! how lucky i am and we end up agree on working 3hrs/day ie 10am - 1pm weekdays or whenever i'm available and he will pay me by pro rate basis.


'is it ok for you?' he asked

'i didnt find another job tho' i replied

'after we have replacement you can still continue work with us if u want to'

Maybe i was lucky today, i grin he even grin bigger. Maybe he's in a good mood or is he happy i'm resigning?? Hah hahahaha bleh tak he came back to opis tadik after meeting outside and bought us vitagen? Hahahahhaha

Anyway, i definitely have another plan. I better do

I'll continue doing Pack Me Love on full time basis. Need to do marketing on that as i need to add at least another 2 station. I've also started Take Me Home with my kakak(which is i am the full time kuli/boss/decision maker and she's the banker haha) couple of weeks ago and now doing some stock up. I am so happy!!! Beside 1 booth at MAHA and another coming at Melawati & Keramat, deep down i felt a lil bit guilty.

Kedai online Ely

http://bawakupulang.blogspot.com/





Ulasan

Cipta pendapatan tanpa had

Saya ada menyatakan bagaimana mencari kerja dan memulakan bisnes. Peluang menjana pendapatan tanpa batas dengan fokus kepada 1 hingga 3 kerja. Tetapi suri perlu memberi fokus kepada kerja pertama dahulu sebelum mula mengambil atau menambah beberapa kerja atau bisnes yang lain. Ini ada saya nyatakan dengan jelas dalam buku Jana RM Dari Rumah.

Wednesday, May 5, 2010

Urus masa buat wanita super

Teks: Masayu Ahmad

Salam hari Khamis, harapnya suri sekalian berada dalam limpahan kasih sayang Allah. Saya sudah boleh mula memasak. Tetapi masak yang mudah-mudah sahaja. Nasi, telur goreng, sayur goreng. Nasib kanak-kanak riang tidak banyak kerenah.

Menjelang menempuhi hari-hari yang semakin sibuk dan padat. Tetapi kesibukan saya masih dapat diurus dan fleksibel. Kemungkinan saya akan menggunakan khidmat pembantu siang hari, atau transit sementara anak-anak di pusat asuhan. Buat sementara sahaja, sebelum semuanya kembali sedia kala. Namun sekadar merancang sahaja, kata putus masih dalam pertimbangan fikiran saya. Kesibukan saya kini sangat berkait rapat dengan pengurusan masa. Masa bersama anak-anak adalah sesuatu yang bernilai dan berharga. Ia tiada galang ganti. Ingin saya kongsi petikan berkaitan pengurusan masa.

Pengurusan masa buat wanita

Saya ingin memetik bab pertama dalam salah satu buku yang sedang saya tulis:

                                        “Kualiti masa, lebih tenaga, lebih wang”


Betapa ramai yang menginginkan lebih banyak masa untuk diri sendiri, suami dan anak. Untuk sendiri sudah tentunya dapat memberi ruang masa melakukan hobi yang digemari.

Masa berkualiti untuk anak-anak, hanya berapa jam sahaja diperuntukkan setiap hari. Masa sibuk pada waktu pagi, anda berkejaran menyiapkan bekalan anak-anak, bersiap ke tempat kerja, menyediakan sarapan sekiranya sempat.

Kualiti masa sememangnya sukar dicari, hujung minggu diperuntukan terbaik untuk aktiviti keluarga. Tuntutan material dan ekonomi keluarga menyebabkan ramai wanita memilih untuk bekerja. Masih ada ruang dalam hal ini untuk mengembalikan semula kualiti masa bersama keluarga.

Alyson Schafer, penulis buku, Breaking the Good Mom Myth: Every Modern Mom’s Guide to Getting Past, menyatakan seorang ibu yang baik mampu menghidupkan suasana keluarga yang gembira, menarik dan seronok.


Mengembirakan keluarga tidak semata-mata mengeluarkan belanja yang besar dengan bercuti di luar negara atau membelikan permainan yang mahal. Sebagai ibu, anda perlu kreatif untuk mencipa suasana yang segar, aktiviti seronok dan melibatkan semua ahli keluarga.

Bersambung...;D

Sesi bergambar akan bermula

Teks: Masayu Ahmad

Semalam semasa ke pejabat untuk mengambil stok buku, saya berjumpa Puan Sri Diah, sebab dia bekas bos saya, biasa hanya dengan memanggil Kak Sri sahaja.

Arahan terbaru, memerlukan saya 'posing maut' juga di depan kamera. Sebenarnya pada awal saya sudah maklumkan mahu diam-diam sahaja belakang tabir. Memandangkan saya suka berada di rumah, bergaya pun jauh sekali sebab saya ini biasa-biasa sahaja. Apabila sudah dimaklumkan demikian maksudnya saya perlu akur, memandangkan promosi akan dibuat di majalah-majalah Karangkraf dan juga dalam banyak bentuk promosi dan pemasaran yang lain.

Oleh kerana juga ini akan membantu jualan buku secara berterusan, saya akur perlu bergambar. Sebelum perut memboyot dan buncit ke depan, nampaknya saya perlu mencari waktu terdekat untuk sesi pergambaran dengan Natrah atau dengan Abang Mie (Jasmin Baba).

Jika dulu saya banyak berada belakang tabir, nampaknya mahu atau tidak perlu juga ke depan. Dua juru gambar ini sudah biasa dan sebenarnya sudah lama tidak ketemu. Dulu masa-masa muda remaja saya selalu ke hulu hilir bersama Abang Mie apabila ada tugasan luar. Temasuklah out station, Abang Mie boleh diibarat macam abang atau bapa sendiri. Mudah bekerja dengan dia.Nantikanlah sahaja, saya juga tengah berfikir-fikir juga lagi.

Sesi untuk satu buku saya juga dalam proses, akan dilakukan di Serenity Spa Shah Alam, usahasama dengan Leesa Formula. Ini ada kaitan dengan perkembangan dua buku dengan PTS Millenia, buku rawatan berpantang dan juga koleksi resipi berpantang.

Mabuk-mabuk begini, harus saya kuatkan semangat menyiapkan buku ini. Patutnya buku rawatan berpantang jangkaan terbit pada Hari Ibu, tetapi masih ada lagi yang belum sempurna, jadi tunggu sahajalah nanti ya. Dalam buku rawatan berpantang, ada pakar yang memberi pandangan tentang pemakanan untuk ibu hamil. Kebetulan pula dalam situasi saya sekarang, maklumat itu adalah untuk diri sendiri juga.

Terdapat lebih kurang 40 resipi untuk berpantang yang mana menggunakan kaedah kukus, bakar, rebus dan sup. Juga 10 sarapan yang sesuai yang boleh dijadikan setiap minggu selama 44 hari. Apa yang menarik sebenarnya ada ulaman yang boleh diambil semasa pantang seperti pegaga, lobak merah, epal dan beberapa lagi. Cumanya untuk dua minggu pertama perlu berhati-hati dengan pemilihan menu kerana setiap orang adalah tidak sama penerimaan. Antara lauk pauk menarik ialah ayam organik, ikan merah, ikan tenggiri, ikan haruan dan juga daging.

Maklumat yang cukup bagus untuk dikongsi ialah amalan minum susu kambing dan mengambil buah kurma semasa berpantang. Ini diamalkan oleh Siti Hawa, isteri Nabi Adam alaihissalam. Banyak lagi info yang ingin saya kongsikan, nantikan sahaja buku ini siap kelak ya. Saya sendiri sanga teruja kerana hanya wanita sahaja yang tahu apa yang diinginkan wanita.

Juga sedang bertungkus lumus melangsaikan tugasan untuk beberapa buku, jika dikira tak cukup masa saya 24 jam. Tetapi doakan agar saya kekal bermotivasi untuk memberikan yang terbaik dalam setiap buku yang akan diterbitkan kelak.

Juga saya sedang menanti giliran beberapa buah buku yang sudah lama siap dan juga ebook yang akan disiarkan juga di http://www.klikjer.com/. Semoga semuanya berjalan lancar sebagaimana perancangan.

Beli buku Jana RM Dari Rumah di Karangkraf Mall secara online



Anda ingin berjaya memegang status bekerja dari rumah? Tanpa mengira sama ada anda lelaki atau wanita. Jika anda memang mempunyai pekerjaan tetap, pelajar atau suri rumah sepenuh masa, buku ini membantu anda mengenal pasti apakah perkara yang boleh lakukan di rumah bagi menghasilkan kewangan. Asas-asas persediaan dan penyelidikan sebelum bekerja dari rumah, testimoni yang sudah sukses bekerja dari rumah serta rangkaian yang perlu anda dampingi sebagai penyokong usaha bekerja dari rumah. Miliki buku panduan terhebat untuk sukses menyandang kerjaya dari rumah. Untung mental dan spiritual!

Tuesday, May 4, 2010

Tempahan Buku Jana RM Dari Rumah dibuka

Disebabkan ramai yang sudah mahu menempah, jadi saya dengan suka cita membuka tempahan buku ini bagi sesiapa yang berminat.



LANGKAH 1



RM15 (Harga Buku) + RM5 (Pos Ekspres)

Bank in- ke akaun berikut

Maybank- 164276514288 (Masayu Ahmad)- RM 20

LANGKAH 2
Sila sms (019-3776342) atau
email : masayu2010@gmail.com


Nama

Pengesahan Bayaran/ Transaksi

Tarikh & Masa

Lokasi/ Alamat Penghantaran

No Tel & Email

Nota:
1. Saya akan mengambil buku-buku jangkaan pada hari Isnin- 3 Mei 2010, jadi Insya-Allah buku-buku akan dipos pada minggu itu juga. Saya akan menandatangan buku-buku yang dibeli terus dari saya. Terima kasih atas segala sokongan. ;D

2. Insya-Allah pembelian melalui laman web rasmi akan memudahkan semua kelak. (sedang dalam proses kemas kini).

Senarai pemilik buku (sudah bank in)

1. Ely Hasrul- sudah hantar
2. Azean Azlina -Cik Yan- sudah hantar
3. Durra Mohamed Jamri-sudah hantar
4. Norziana Mat Sudin- sudah hantar
5. Wan Rohani Wan Ismail-sudah hantar
6. Izzati Latif-sudah hantar
7. Nooryati Mohamed-sudah hantar
8. Noorkhairul Aliza Mohd Hanapiah- sudah hantar

Iklan terbaru di Sinar Harian

Status Buku Tempahan pertama ;D


Teks: Masayu Ahmad

Saya baru mendapat maklumat daripada editor, tengahari ini saya akan ke Shah Alam mengambil buku-buku yang baru keluar dari kilang. Untuk 10 tempahan pertama saya akan cuba poskan hari ini atau selepas subuh pagi esok.


Sedaya upaya saya akan cuba hari ini.


Terima kasih atas tempahan buku pertama daripada 10 orang pembaca istimewa ini.

Saya mahu berangkat dulu.

Salam penuh kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com/

Penghantaran pertama 8 orang pembeli Jana RM Dari Rumah

Teks: Masayu Ahmad


Saya baru selesai menandatangani 8 buku yang ditempah secara online. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan. Harapan saya agar buku-buku ini sampai sesegera yang mungkin. Esok, saya akan berpagi-pagi di pejabat pos, hanya lima minit sahaja dari rumah.

Sabar menantinya; ;D

Monday, May 3, 2010

Testimoni sebenar dalam buku Jana RM Dari Rumah

Teks: Masayu Ahmad

Buku yang saya tulis bukan sekadar tulis suka-suka, ia adalah himpunan kajian, penyelidikan daripada buku-buku rujukan bekerja dari rumah, usahawan sepenuh masa dari rumah juga jurulatih berpengalaman yang sudahpun melatih beribu-ribu surirumah menjadi usahawan sepenuh masa.

Buku ini adalah panduan asas dan langkah demi langkah persediaan yang perlu anda ada sebelum memulakan pejabat di rumah. Juga rangkuman pencarian dan pengalaman saya sendiri, yang membuat persediaan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum saya bertekad untuk berhenti kerja dan terus memulakan sepenuh masa dari rumah. Antara perkongsian wanita hebat yang dimasukkan pengalaman mereka dalam buku Jana RM Dari Rumah ialah berikut.

1. Suzana Mustafa - http://www.wanitamelayu.com/  (Jurulatih dan usahawan sepenuh masa)

2. Durra Mohamed Jamri - http://www.artchetak.com/ (Bisnes dari rumah- produk kreatif)

3. Wan Rohani Wan Ismail- http://www.comellote.com/ (Bisnes dari rumah- produk butik pakaian kanak-kanak)

4. Zubaidah Arba'i- http://www.kedainiaga.net/ (Bisnes dari rumah-produk butik muslimah, produk kesihatan & kecantikan)

Perkongsian 4 wanita sepenuh masa bekerja dari rumah

Empat wanita ini adalah surirumah dan mereka sepenuh masa bekerja dari rumah. Kesemuanya berlainan bidang, ada yang asalnya suri rumah, juga ada yang asalnya wanita bekerjaya dan kemudiannya berhijrah bertukar status sebagai wanita bekerja dari rumah.

Setiap bidang sudah ada ruang dan peluang, tinggal lagi bagaimana kita mahu mencari peluang dan mencipta peluang menambah pendapatan. Bukan sekadar fakta, ia adalah perkongsian pengalaman bagaimana cabaran yang mereka hadapi boleh dijadikan panduan asas kepada ramai wanita atau lelaki di luar sana sebelum bersedia sepenuh masa bekerja dari rumah.

Analisis 4w + 1H

Apa itu analisis 4 W+ 1H, saya bongkarkan bagaimana anda boleh mencari peluang pekerjaan berdasarkan kelayakan pendidikan, pengalaman, minat, kepakaran. Semoga analisis ini membantu anda untuk mencari idea sama ada bekerja atau mengusahakan bisnes.

Setiap orang boleh melakukan banyak kerja satu masa. Saya berikan contoh saya sendiri, fokus saya adalah bidang penulisan, antara yang saya lakukan ialah, menulis buku dan ebook secara sepenuh masa. Pada masa yang sama penerokaan baru adalah jualan buku online yang akan dimulakan pada pertengahan Mei 2010.

Pendapatan aktif dan pendapatan pasif

Pendapatan aktif adalah aliran kewangan yang boleh sahaja mengalir setiap hari atau bulanan.Contohnya saya juga ahli HPA, jualan adalah di kalangan teman-teman dan juga ahli keluarga terdekat. Juga setiap bulan mendapat bonus yang boleh digunakan kembali untuk membeli barangan keperluan dapur. Saya memilih HPA kerana berasaskan produk organik dan kesihatan.

Saya juga menyediakan perkhidmatan suntingan untuk perseorangan dan syarikat penerbitan. Ini juga dikenali pendapatan aktif. Pendapatan pasif adalah melalui aktiviti affiliate dan juga hasil penulisan.

Jadual 4 Tempoh

Sebelumm ini saya ada menyiarkan artikel berkenaan teori 4 tempoh. Di dalam buku Jana RM Dari Rumah ada jadual yang boleh dijadikan garis panduan bagaimana anda boleh mengurus dan menggunakan masa maksima 24 Jam.

Ia berdasarkan agihan lima kategori kerja iaitu

1. Urusan Rumah Tangga

2. Urusan Karier Atau Bisnes

3. Urusan Anak-Anak, Suami

4. Urusan Keluarga, Kejiranan & Kemasyarakatan

5. Urusan Hal Lain-Lain

Langkah demi langkah menubuh bisnes skala kecil

Juga saya senaraikan apa yang perlu kalian lakukan, bermula persediaan kewangan, mental, fizikal, peralatan, mendaftar bisnes, memulakan operasi, menguruskan bisnes, khidmat pelanggan dan aktiviti pemasaran.

Semoga buku ini membantu ramai wanita lebih yakin dan terus konsisten membuat persediaan awal sebelum sepenuh masa menjadi 'majikan kepada diri sendiri'.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Kebebasan dalam erti kata sebenar

Kebebasan membuat keputusan

Ramai yang mahu bekerja sendiri, tetapi tidak sanggup berdepan dengan risiko kehidupan dengan lebih mencabar. Siapa yang perlu kita jadikan rujukan? Sudah tentu usahawan yang sudah berjaya. Mereka berjaya menentukan hala tuju kehidupan sendiri, tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Hubungan dengan orang lain masih diteruskan dalam suasana yang professional. Masih ada risiko, tetapi keputusan akhir masih berada di tangan sendiri.
Bebas memilih cara hidup

Apa cara hidup yang kalian mahukan. Sama ada sentiasa berperang siang dan malam perlu berdepan dengan suasanan tekanan di tempat kerja (jika ada) atau memilih bekerja sendiri.

Sudah tentu ramai yang mahukan kehidupan bebas tanpa kongkongan, boleh bercuti bila-bila masa, bekerja atau tidak, mahu melancong, berada di kampung, atau apa sahaja pilihan untuk kepuasan diri sendiri.


Bebas menentukan jenis pendapatan

Bekerja sendiri bermaksud menjadi majikan kepada diri sendiri. Bebas menentukan jenis pekerjaan atau sumber pendapatan.

Sunday, May 2, 2010

Pengurusan masa 24 jam 7 hari seminggu

Teks: Masayu Ahmad

Bagi memenuhi keperluan pengurusan masa yang cekap dan semaksima yang mungkin untuk tempoh 24 jam dan 7 hari seminggu, saya sedang menekuni, menelaah buku-buku pengurusan masa. Juga adalah kesinambungan pengurusan masa untuk suri rumah, wanita kerjaya, wanita bisnes, wanita bekerja di rumah dan wanita bekerja di luar ruamh.

Satu peraduan akan berlangsung kelak, yang mana segala cabaran, diari harian kalian akan dimasukkan di dalam buku yang sedang saya usahakan kini. Jika mahu nama kalian tercatat seperti Wan Rohani Ismail, Durra Mohamed Jamri, Zubaidah Arba'i dan Suzana Mustafa. Jangan lepaskan peluang mengikuti peraduan yang akan umumkan tidak lama lagi.

Hadiah sudah tentu berupa buku tajaan http://www.masayuahmad.com/, gelari ilmu dan set kerongsang menawan tajaan http://www.kedaihuffaz.blogspot.com/. Nantikan pengumuman yang akan saya siarkan kelak. Jadikan nama kalian tertera dalam buku tulisan saya. ;D

Hari penuh produktif

Teks: Masayu Ahmad


Bangun pagi ini, saya dapat merasakan satu tenaga baru hadir dalam diri. Mudahan ianya berkekalan dan semangat mahu menyelesaikan tugasan sungguh berkobar-kobar. Jom suri sekalian bersama saya untuk kekal produktif sepanjang hari dan usahakan menyelesaikan tugas hingga selesai.

Sebelum itu,

1. Senaraikan semula semula matlamat awal tahun.
2. Tandakan yang sudah selesai
3. Buat jadual baru untuk Mei 2010
4. Buat senarai kerja harian yang ingin dicapai.
5. Tandakan selepas selesai.
6. Senaraikan perkara-perkara yang boleh menganggu usaha suri, dan pastikan tidak menjadi halangan buat sekalian kalinya.
7. Bagi ganjatan kepada diri sendiri, apabila sampai atau selesai kerja yang dilakukan.


Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Teringat akan arwah

Teks: Masayu Ahmad

Petang-petang begini, saya terasa sayu pula teringatkan akan arwah emak, Al-Fatihah. Ya, kali ini perjalanan dan sesi yang akan ditempuh sehingga sampai masa kelak, sangatlah menuntut saya bersedia mental dan fizikal. Ada entri sebelum ini yang mendapat ucapan dan doa kalian, terima kasih saya ucapkan.

Saya terpaksa 'delete' entri berkenaan, disebabkan teguran orang tersayang. Nampak sangat keterujaan dan bersungguh-sungguh pula. Pun begitu saya meniti hari semakin hari saya teringatka arwah emak Al-Fatihah.

Banyak kenangan sebenarnya selama saya bersama arwah terutama apabila pertama kali hamil anak pertama. Saya tidak bernasib baik kerana bersalin normal, mungkin juga kerana kurang persediaan dan menerima sahaja saranan doktor perlu dibedah. Jika ditunggu sedikit masa sahaja, saya rasa saya boleh bersalin normal.

Semasa anak pertama, menjaga kaedah rawatan berpantang cara bedah amat perit. Apa kan tidak mahu bangun, duduk, ketawa, bergerak memang sukar. Saya bersungguh menjaga sehingga 100 hari. Pada dua minggu pertama mencuba juga untuk bertungku, disebabkan rasa tidak selesa saya berhenti berurut. Hanya selepas 100 hari saya ke salun, berurut dan bersauna. Rasa sangat selesa.

Paling seronok ketika berpantang anak ke dua, disebabkan normal, jadi saya pantang habis-habisan secara tradisional. Emak dan ayah sangat menitik beratkan pantang. Jalan tidak boleh laju, dan melangkah luas, perlu rehat betul-betul dan tidak boleh langsung bergerak bebas.

Setiap hari mandi air rebusan, hampir 40 hari juga mandi. Arwah memberitahu, dia dahulu seminggu sahaja, saya ni hampir setiap hari. Apa paling saya suka ikan haruan bergaram kunyit yang dibakar. Tambahan pula masa berpantangkan Arif, masih musim hujan, jadi kalau di kampung ada sahaja orang yang mendapat ikan haruan, terus hantar ke rumah. Sangat seronok.

Juga jiran tetangga yang tidak putus-putus datang menjengah dan menziarah. Walaupun kadang-kadang saya sangat boring, apabila en.suami pulang. Akan bawa saya ke pantai, hanya duduk-duduk sahaja sambil ambil angin segar. Emak walaupun melarang, membenarkan juga sebab saya sudah keboringan yang amat sangat.

Bertungku, saya bertungku selama 10 hari. Sangat seronok kerana batu panas diasak ke badan, rasa panas dan rasa segar selepas bertungku. Habis semua lemak hancur, dan badan rasa ringan. Begitu juga dengan berurut, saya suka seorang tukang urut yang masih muda, dikenali sebagai Kak Lah. Sehinggakan tertidur-tidur saya dbuatkan. Sentuhannya lembut dan mengena pada urat, tidak sakit tetapi badan terasa ringan. Setiap kali pulang, saya dan kakak yang sulung sangat suka pergi berurut dengan Kak Lah. Apa kan tidak kaedah dan kos rawatan urutan kampung sangat murah dan berkesan.

Menu utama, ikan selar bakar, ikan kembung bakar itu sahaja. Pada penghujung pantang, barulah sudah boleh mempelbagaikan menu. Ada sesekali, saya nakal juga mencuri lauk kerana tidak tahan. Emak tidak ada pandai-pandai saya mencuba gulai ayam kerana terlalu kempunan.

Emak pulang dan tahu akan kenakalan saya itu, kerana ada gulai yang luak. Itulah kan orang tua, segala gerak geri kita sudah dapat dibaca. Kerana apa? Kerana sudah banyak pengalaman, diibaratkan sudah makan garam terlebih dahulu.

Kali ini saya berkira-kira perancangan A, B, C, memandangkan saya akan bersalin dan berpantang sendiri. Nasib baik serai wangi yang ditanam di laman rumah sudah hidup subur. Rumpunnya sudah membesar, tidak perlu tunggu pantang, kadangkala saya mandi juga air serai wangi dicampur pandan. Kalau badan mula rasa letih saya akan rebus dan mandi suam-suam. Sungguh segar.

Saturday, May 1, 2010

Kerjakan hingga selesai

Teks: Masayu Ahmad

Saya sedang membaca buku Hendak Gagal Atau Berjaya tulisan Razzi Armansur, saya ingin memetik kata-kata peransang agar setiap kerja yang kita laksanakan selesai sehingga sudah.

Muka surat 145, 146. Buku terbitan PTS Proffesional.

Kebanyakan orang tahu tetapi tidak mahu. Kebanyakan orang tahu bagi memperoleh sesuatu perlu berusaha, tetapi tidak semua orang mahu atau sanggup mengusahakannya. Mengapa?

1. Pemalas
2. Hendak ambil jalan senang, jalan mudah.
3. Tidak yakin, tidak percaya pada kebolehan diri.
4. Mengharapkan orang lain.
5. Tabiat- sudah menjadi kebiasaan, tidak mahu  menyiapkan apa yang dimukalan, ataupun suka melakukan kerja sekerat jalan ataupun selalu menangguhkan satu-satu kerja, ataupun suka merancang sahaja.
6. Objektif terlalu besar, tidak sanggup melaksanakannya.

Dunia kejayaan dipenuhi dengan manusia-manusia yang sanggup. Dunia kegagalan dipenuhi dengan manusia-manusia yang suka menghimpun alasan demi alasan.
Ulasan

Ramai yang sanggup dan suka merancang, ramai yang mudah berkeluh kesah dan mudah berputus asa. Mudah mengambil kesempatan memilih jalan yang senang sahaja. Tetapi ramai yang juga yang berjaya mengharungi apa sahaja rintangan agar cita-cita mahukan impikan kejayaan menjadi kenyataan.

Suri rumah

Suri rumah sudah tentu mahukan kehidupan ideal seimbang karier, rumah tangga, anak-anak terurus. Jadi sama-sama kita berazam agar kekal konsisten dengan matlamat bersama suami membangunkan keluarga yang seimbang dunia dan akhirat.

Wanita sukses

Wanita sukses adalah wanita yang tahu apa pilihan terbaik buat diri sendiri. Bebas membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan apa sahaja yang boleh memberi impak kepada kehidupan peribadi dan keluarga. Terus yakin dengan pengangan diri dan terus menapak dan tahu mengambil peluang dan menggunakan apa sahaja usaha agar pilihan yang telah dibuat adalah terbaik untuk kehidupand dan keluarga.

Permulaan minggu pertama Mei 2010

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah minggu pertama Mei 2010 sudah pun menjengah. Kesihatan saya semakin baik, tiada lagi penat dan letih berpanjangan. Semoga ini menjadi pembuka tirai Mei yang lebih bertenaga. Sangat perlu untuk saya kekal bertenaga agar semua urusan kerja mampu dilaksana dan diselesaikan.

Saya cuma kurang berselera, banyak minum air suam dan hampir setiap hari bersarapan nasi kerabu dan daging goreng kunyit. Tengahari dan malam langsung tiada selera. Semalam saya berkesempatan menghadiri satu majlis perkahwinan, nasib baik selera saya boleh menjamah hidangan.


Hari ini saya mahu mencari stok kurma dan susu kambing, sebagai alas untuk makan malam. Sangat perlu untuk bulan-bulan pertama, perkembangan otak dan juga keperluan kalsium.

Tiga kandungan sebelum ini alhamdulillah saya tidak mengalami banyak masalah, kalsium masih mencukupi hanya sekali sahaja pada peringkat akhir kehamilan Aiman saya mengalami kekejangan otot, istilah biasa ialah 'kejut mengkarung'.

Badan saya sekarng terasa ringan, mungkin juga sebab sebulan tiada selera makan dan sudah lama tidak menjamah makan malam. Hanya semalam saya memecah rekod, makan kiew tiau ladna, itu pun hanya separuh sahaja.

Untuk memastikan tenaga kekal konsisten, saya kini tidur lebih awal dan bangun awal, agar tidak menganggu perjadualan semula 'aktiviti penulisan'.

Saya membiarkan diri dalam keadaan tenang dan relaks. Menjauhi perasaan kelam kabut atau apa sahaja. Sangat membantu kelancaran idea untuk menyediakan diri menyiapkan tugasan. Alhamdulillah.

Beli secara borong, peluang sebagai pengedar T-Shirt Muslimah



Bengkel mengusahakan kedai online bersama Utusan

Teks: Masayu Ahmad

Saya mencari beberapa bengkel asas yang perlu dihadiri bakal usahawan dan usahawan terutama yang berminat membuka kedai online. Ok saya nyatakan pautan ke sini http://lot.my/static/bengkel/

Jika suri yang berminat membuka kedai online, ini adalah bengkel wajib untuk kalian hadir. Selamat berbengkel ya.


Isi Kandungan


Bahagian 1 (2 jam):

Pengenalan E-dagang

Lot.my

Membuka kedai online

Menyenaraikan produk

Mencantikkan kedai

Menerima bayaran

Bahagian 2 (2 jam):

Menguruskan penghantaran

Mempromosikan kedai

Menggunakan lot.my di laman/blog sedia ada

Menganalisa kedai

Proses pembelian

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin