Monday, January 4, 2010

Gulai Ikan Kelantan

Bahan A


4 ulas bawang merah (labu besar)
Lima hingga 7 cili kering (kalau nakmerah tambah, kalau tak nak kurangkan)
Lengkuas 2 cm
Kunyit hidup 2 cm (guna kunyit mesin pn boleh)

Bahan B
4 ekor ikan kembung sederhana besar (ikan tongkol pn boleh)
Kalau ikan keli atau ketam (masukkan daun kesum untuk tambah sedap dan wangi)

1 biji kelapa (santan)
3 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa

Kisar semua sekali bahan A. Masukkan semua sekali dalam periuk, masukkan bersama santan dan asam gelugur. Kepekatan bergantun kemahuan tukang masak. Kalau mahu kuah kuning kurangkan cili kering lebihkan kunyit. Kalau mahu kuah merah, lebihkan cili kering dan kurangkan kunyit.

Masak ataa api perlahan atau sederhana, kacau perlahan supaya kuah tidak pecah minyak. Bial mengelegak, masukkan ikan. Masukkan gulan secukup rasa. Dah siap. Selamat mencuba.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin