1. Status kini
c. Wanita bekerja di rumah
Saya lebih suka menggunakan kerjaya di rumah daripada kerja (kerja2 rumah juga kerja di rumah tetapi kerjaya ini khusus kepada kerja... faham ke apa saya cakap ni? )
Walaupun saya bekerja di rumah sekarang tapi saya ingin membina kerjaya sepertimana ibu2 yang membina kerjaya di pejabat.
4 .Cabaran wanita bekerja di rumah
Pernah saya kongsi di dalam blog ini suatu ketika dahulu tentang cabaran bekerja di rumah. Sewaktu mula berhenti kerja pada 2008 saya masih bekerja seperti biasa keluar pagi dan balik petang, juga hari minggu jika ada keperluan cuma yang berbeza saya tidak terikat dengan majikan. Ada waktu saya pulang petang tapi saya bekerja sehingga tengahari sahaja, waktu petang saya habiskan masa di kedai buku, membuat kerja sendiri dan sebagainya.
Mendapat status bekerjaya sepenuhnya di rumah pada April 2009 sewaktu mengandungkan anak ke-3 Umar yang kini sudah 6.5 bulan. Pada waktu itu saya mula menjaga 2 anak (4thn dan 2 thn) sepenuhnya di rumah dan mula mengorak satu lagi langkah membuat perniagaan pakaian kanak-kanak secara online. Bekerja di rumah dan menjaga 2 anak kecil di rumah bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan saya sedang sarat (bawa perut ke mana sahaja) ketika itu. Alhamdulillah suami banyak membantu terutama kerja rumah juga penghantaran barang kepada pelanggan
Cabaran bertambah hebat apabila saya melahirkan anak ke-3, memang kelam kabut saya dibuatnya dengan nak melayan karenah anak-anak lagi dalam masa yang sama memberi khidmat kepada pelanggan dan menguruskan kedai online saya. Berkorban waktu tidur sudah menjadi perkara biasa bagi saya. Sekarang saya cuma menjaga 2 anak kerana anak yang sulung telah masuk sekolah.
Terasa banyak masa terluang di rumah menyebabkan saya merasa terdorong untuk kembali ke dunia kerjaya seperti dahulu cuma keadaan sangat berbeza sekarang kerana saya sangat tidak sampai hati untuk berikan pada orang lain menjaga anak saya yang masih kecil terutama baby Umar. Cuba ibu-ibu bayangkan perasaan sewaktu mula menghantar baby 2 bulan kepada pengasuh untuk sambung bekerja selepas 2 bulan bercuti.. tidakkah seperti meroyan, bayangkan tahap meroyan saya jika menghantar anak yang lebih 6 bulan dalam jagaan saya sepenuhnya kepada orang lain :-(( (Sesiapa yang pernah mengalami dan ingin berkongsi sangat dialukan)
Saya dan suami telah berbincang dan saya mengambil keputusan untuk terus menjaga dan mengasuh anak kami sendiri dalam masa yang sama saya ingin membina kejayaan dalam kerjaya seperti suatu waktu dahulu. InsyaAllah semoga Allah merahmati usaha kami dan mempermudahkan perjalanan hidup kami. Saya punya impian yang tersendiri dan saya ingin membina kegemilangan dalam hidup yang singkat ini.
Nota: Wan saya sudah pilih beberapa gambar daripada blog Wan, jika tidak izin, maklumkan ya. ;D
Nota 2: Ini entri dua dalam satu, satu untuk peraduan yang ke-dua untuk blog pilihan.
2 comments:
Terima kasih Mas kerana sudi siarkan artikel saya yang ntah apa2 tu.. ;)
Gambar tu tidak menjadi masalah.
Sekadar berkongsi semoga semua mendapat manfaat.
Wan
sama-sama kasih ;D, sama-sama berkongsi dan mengambil manfaat
Post a Comment