Wednesday, January 27, 2010

http://www.kedairakyat.com

http://www.kedairakyat.com/




Kedai Rakyat adalah satu program bermuafakatan untuk memperolehi barangan runcit secara berencana. Inisiatif terbaharu oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah selepas kejayaan MangkukTingkat.com dan BondaMama.com . Melalui program ini Yayasan Pembangunan Nur Hikmah melaksanakan penjenamaan semula (rebranding) kedai-kedai runcit dengan memberikan wajah dan inspirasi baru.


Tanpa mengubah atau menganggu sistem pengurusan atau akaun sesebuah kedai runcit Yayasan Pembangunan Nur Hikmah meletakkan mereka dibawah satu jaringan yang dinamakan Kedai Rakyat. Kedai-kedai runcit ini kemudiannya diberikan wajah dan nama baru bagi mengujudkan satu imej yang menjadikan mereka berada dibawah satu rangkaian kedai runcit yang terbesar di Malaysia.

Rangkaian Kedai Rakyat kemudiannya akan menawarkan barangan keperluan tetap pelanggan untuk dibeli dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran berserta imbuhan-imbuhan lain seperti mata ganjaran dan diskaun khas. Pelanggan perlu mendaftar sebagai Ahli Kedai Rakyat dan pendaftaran adalah PERCUMA.

Pelanggan kemudiannya boleh membeli barangan keperluan mereka secara online. Bayaran dibuat kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah yang bertindak sebagai Urusetia.

Peruncit kemudiannya akan dihubungi oleh Urusetia untuk menerima pesanan barangan pelanggan beserta bayaran. Peruncit akan segera membuat penghantaran barangan yang dipesan terus kepada pelanggan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin