Sunday, January 10, 2010

Gerak gempur Baca@LRT

Baca@LRT satu gerakan rakyat membaca di LRT. Menjadikan aktiviti membaca sesuatu yang 'cool'

Aktiviti pertama dalam sejarah Malaysia akan bermula pada 16 Januari, Sabtu jam 9.35 pagi

Peminat buku, pembaca tegar dan penyokong kempen membaca dalam LRT.

Setiap bulan, pihak penganjur akan merangka satu aktiviti ala improv everywhere (improveverywhere.com) khusus untuk meningkatkan kesedaran membaca dikalangan penumpang LRT.







Laporan :Zamri Mohamad
Sumber: Laman sosial (FB) Kumpulan Baca@LRT


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Tuan dan cik puan yang dimuliakan, saya doakan tuan dan cik puan beroleh rahmat, dikurniakan rezeki, diberikan kesihatan, disentuh rasa kegembiraan dan dipermudahkan urusan.

Tuan dan cik puan yang dihormati,

Ramai yang terkejut dengan keberanian dan kesungguhan tuan dan puan yang dimuliakan.

Itulah respon utama yang disampaikan selepas peristiwa 16 Januari lalu. Respon ini saya terima secara lisan dan emel.

Akhbar Era Pakatan dalam tempoh empat hari berita itu disiarkan masih kekal menunjukkan berita ini sebagai hit bacaan tertinggi.

Radio Bernama menyiarkan berita Baca@LRT sebanyak empat kali bermula jam 12 sehingga jam 6.15 petang.

Penggerak gerakan membaca sebelum ini juga hairan bagaimana Baca@LRT dapat melakukan sesuatu yang sukar mereka lakukan dalam tempoh tiga tahun lalu.

Carian informasi Baca@LRT meningkat kesan daripada sebaran maklumat daripada tuan dan cik puan.

Dari seratus menjadi seribu hasil carian. Pada jam 10.28 malam, hasil carian Baca@LRT adalah seperti berikut;

Results 1 - 10 of about 3,030 for "Baca@LRT" with Safesearch on. (0.38 seconds)

Tim Baca@LRT yakin semangat, kegilaan dan kesungguhan kita bersama-sama telah menggerakkan aktiviti pada Sabtu lalu membawa kepada perkembangan ini.

Baca lagi laporan di sini

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin