Friday, January 8, 2010

Tiga laman web rasmi dalam pembikinan


Tiga laman web rasmi saya masih dalam proses pembikinan dan penambahbaikan.

Laman Web Rasmi www.masayuahmad.com

Laman ini menyenaraikan aktiviti utama saya dalam penulisan khususnya. Juga perancangan, perkara yang terbaru dalam aktiviti dan karier.

Laman Web Rasmi Kesihatan & Kecantikan - www.tipcantiksihat.com

Buat masa sekarang saya mengunakan blogspot, http://www.masayuahmad.blogspot/.

Laman web rasmi kesihatan dan kecantikan akan memberi penerangan, artikel dan perkongsian yang memberi fokus kepada kesihatan dan kecantikan.

Pengalaman dalam penulisan kesihatan dan kecantikan bermula di Dewan Kosmik yang memberi tumpuan kepada penulisan, sains, kesihatan, teknologi, perubatan.

Kemudian di Mingguan Wanita antara ruangan tetap saya ialah
Kelab Diet -penjagaan kesihatan dan pelansingan tanpa memgunakan ubatan, ini menggunakan tiga disiplin iaitu makanan seimbang, senaman dan gaya hidup sihat.

Cantik Mata Cantik Di Hati- memberi fokus kepada apa sahaja perkembangan rawatan kesihatan dan kesihatan. Termasuk teknik, sejarah, perubatan moden, tradisional dan juga rawatan alternatif. Dua Ruangan tersebut masih kekal sehingga sekarang.

Kemudiannya saya bertugas di Rapi hanya sempat dua keluaran sahaja, kerana selepas itu saya berhijrah untuk merasai pengalaman dan ilmu baru dalam suasana berbeza.

Dalam panduan kesihatan dan kecantikan, saya akan menerangkan peluang bisnes dalam bidang ini, tips kesihatan dan kecantikan. Ianya adalah bersumberkan pakar dalam bidang berkaitan, penyelidikan dan kajian daripada capaian maklumat internet, buku rujukan dan juga maklumat-maklumat terkini dalam dunia kesihatan dan kecantikan.

Laman Web Panduan Bekerja Di Rumah- www.janawangdirumah.com

Antara penerokaan terbaru yang mula menjadi minat saya adalah tentang bekerja di rumah atau dari rumah. Saya masih menunggu lampu hijau dari penerbit untuk membuat pengumuman produk pertama saya iaitu panduan bekerja di rumah.

Testimonai dan perkongsian awal, sudah tentunya 12 peserta top ten, yang telah memenangi dan menyertai Peraduan Buku Inspirasi 2009.
12 peserta ini sudah saya masukkan dalam salah satu artikel dalam projek penulisan A.
Belum  masanya lagi untuk diumumkan. Bila sudah tiba masanya kelak, akan saya umumkan ok. Mudah-mudahan ianya menjadi satu kesinambungan dan hubungan yang baik antara pembaca dan mereka yang mengikuti perkembangan penulisan saya di blog ini. Insya-Allah.

Mudah-mudahan juga saya mampu memberikan sumbangan yang kecil dan bermanfaat untuk lebih ramai wanita yang mahu sukses walau bekerja di rumah atau dari rumah.

Nota: Setiap peserta yang menyertai peraduan di blog ini adalah layak untuk menjadi testimoni, nama peserta akan tertera dalam mana-mana projek penulisan saya.

Salam penuh kasih sayang

Lakukan yang terbaik untuk hari ini, agar hasilnya mampu dituai pada hari mendatang

http://www.masayuahmad.blogspot.com/

2 comments:

Wan Anie said...

Saya dapat agak ttg projek penulisan A itu, cuma tidak tahu samada betul atau tidak... agak-agak ajer..

Apapun terima kasih banyak atas sokongan kepada ibu-ibu yang ingin membina kejayaan dari rumah! Saya sudah jadi peminat Mas... :)

Masayu Ahmad said...

Wan

betul atau tidak andaian wan itu, kita tunggu sahaja nanti

aduh wan, siapalah saya untuk diminati..;)

sahabat maya sebenarnya banyk memberi inspirasi untuk saya terus menulis dan berkongsi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin