Showing posts with label Catatan hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label Catatan hujung minggu. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Mencari keseimbangan

Teks: Masayu Ahmad

Orang tua menunjukkan kasih sayang dengan masakan yang enak buat anak-anak dan cucu. Kita, sebagai orang dewasa perlu menunjukkan kembali penghargaan dengan meluangkan masa, bertanya khabar dan juga mengambil semula peranan menjaga mereka sebagaimana kita kecil dahulu.

Ya, Allah yang Tuhan kami, ampunkan dosa kami, dosa ke dua ibu bapa kami.
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil,

Lafaz ayat ini seringkali diulang-ulang Hakim. Mungkin Hakim berusia 6 tahun ini, masih belum memahami sepenuhnya doa ini. Namun ia diulang-ulang selagi. Seolah-olah memberi peringatan kepada saya. Walau sedikit cuma kudrat, dan tidak terbalas rasanya perngorbanan kedua orang tua dan juga mertua.

Selamat berhujung minggu buat pembaca budiman.

http://www.masayuahmad.com/

Friday, June 4, 2010

Selamat hujung minggu dan bercuti

Pic: Google
Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, badan sudah kembali cergas dan sudah boleh mula memasak. Semalam makan nasi berlauk, hari ini masa sayur pucuk labu lada hitam, ikan bakar, budu dan ulaman. Hujung minggu ini tidak sabar untuk pulang, sudah tentu saya sangat kepingin mahu makan akok kedut, belda merah sejuk, kuih talam ubi dan gulai kawah. Sedapnya. Moga selera saya ini tidak lah terlalu bernafsu sekadar mengambil sekadar yang perlu sahaja.

Ingat sudah mula posing minggu depan, jadual editor pula sudah penuh. Mungkin selepas pulang ke kampunglah saya akan memulakan sesi bergambar ala-ala mak buyung. Risau juga badan yang semakin gebu, tidak mengapalah jika itu pilihan untuk promosi buku saya, maka saya teruskan juga.

Banyak perkara perlu diselesaikan, saya juga membawa segala bahan-bahan penyelidikan untuk menyiapkan manuskrip seterusnya. Sebetulnya saya sudah terbabas tarikh akhir. Namun, saya cuba gandakan untuk menyiapkan manuskrip dengan lebih berkualiti. Saya akan memutuskan hubungan dengan dunia maya, untuk saya fokus bersama keluarga, teman dan juga menyiapkan manuskrip.

Jika di kampung tidaklah nampak seperti saya bekerja, tetapi di dalam kepala asyik berfikir-fikir mahu mencari masa yang sesuai untuk menyiapkan kerja. Pun begitu kualiti bersama keluarga adalah keutamaan, memandangkan bukan selalu dapat berkumpul ramai.

Doakan kami selamat pulang dan kembali. Kalian boleh terus ke sini, jangan lupa menyertai peraduan aku mahu buku Jana RM Dari Rumah. Sebenarnya ada dua lagi hadiah untuk pemenang iaitu kerongsang tajaan  http://kedaihuffaz.blogspot.com/ dan juga tudung dari http://www.nazira.biz/.

Anda akan mendapat buku, kerongsang dan tudung. Maksudnya dapat tiga hadiah sekaligus. Mengapa seorang atau dua sahaja yang dapat. Kerana saya mahu sekali dapat hadiah berbaloi-baloi. Boleh pakai tudung sambil disematkan kerongsang yang cantik. Serta mendapat ilmu. Tunggu apa lagi moh lah sertai ramai-ramai.

Syaratnya sangat mudah sebagaimana yang sudah saya tulis, tidak semestinya jadi follower, atau perlu meletakkan pautan. Sekadar meletakan di side bar buku tersebut dan pautan ke sini, serta menyiarkan entri tentang peraduan. Juga bagi yang menyertai ulasan buku, buat ulasan sebagaimana yang anda boleh buat, editor akan menilainya kelak, bukan saya.

Selamat berhujung minggu, bercuti dan menikmati hari berkualiti bersama keluarga.

Sunday, April 25, 2010

Cendol Pulut, pasembor

Pic: Google

Teks: Masayu Ahmad

Hujung minggu begini selain merai aktiviti bersama keluarga, bawa anak-anak keluar mengambil angin luar. Panas sekarang ini, terasa pula mahu basahkan dahaga dengan cendul pulut. Keluar sebentar membeli barang keperluan, kami singgah dan lepak sebentar warung lori bergerak. Dua cendol pulut dan sepinggan rojak atau pasembor.

Memang sedap dimakan di bawah teduhan pokok menghijau. Angin juga sangat berbahasa, sepoi-sepoi menampar muka. Sungguh nyaman, Hakim dan Arif begitu teruja. Sangat syukur semuanya sudah kembali aktif. Aiman juga suka akan cendol.

Petang ini mahu ke taman lagi mengeluarkan peluh yang sudah lama terperap bersama toksin di dalam badan. Pagi tadi saya sudah masakkan nasi berlauk ikan tongkol, jadi makan pagi sudah berat hingga ke petang nampaknya.

Selamat berhujung minggu buat pengunjung setia blog ini. Ada ke yang setia?

http://www.masayuahmad.com/

Saturday, April 24, 2010

Hujung minggu lagi

Teks: Masayu Ahmad

Sungguh pantas masa berlalu, hari ini sudah 24 April 2010. Hari ini, usai pagi sudah bergerak menyelesaikan beberapa urusan di Sepang dan Bangi. Kemudiannya beli beberapa pinggan mangkuk untuk sesi pergambaran yang akan berlangsung awal Mei. Sebelum itu cadangnya mahu ke Ikea, tapi sudah terlanjur ke Bangi, jadi en.suami mencadangkan beli sahaja di sana. Sangat murah dan berbaloi-baloi. Semua jenis yang saya inginkan ada di satu tempat. Tinggalkan lagi beberapa perkara sahaja dalam senarai. Insya-Allah, semoga urusan saya dipermudahkan.

Disebabkan jurugambar saya masih berada di Indonesia, jadi saya perlu melangsaikan dua sesi pada minggu pertama Mei. Satu sesi lagi adalah di Spa. Apa ya yang akan berlaku? Ini ada kaitan dengan peraduan yang sedang berlangsung di blog saya satu lagi. Ada dua 'tugasan' yang berlangsung. Satunya sudah 80 peratus, satu lagi pergambaran untuk tiga kali sesi. Setiap peraduan adalah secara langsung ada kaitan dengan tugasan saya. Jadi rebutlah pelung untuk menyertainya, bukan sekadar peraduan semata, ianya adalah lebih daripada itu.

Tidak mengapa, saya akan tinggalkan kalian dengan persoalan semata-mata kerana satu masa kelak kalian akan faham juga. ;D.

Sunday, April 18, 2010

Bulan April yang mencabar

Teks: Masayu Ahmad

Sejak minggu lepas, satu minggu yang penuh cabaran. Apa kan tidak semua sekali ahli keluarga dilanda demam. Saya adalah ahli terakhir yang tumbang. Minggu sudah juga saya bertarung dengan tugasan. Hanya satu hari saya bagi pelepasan kepada diri, kerana sudah tidak boleh bangun. Empat beranak tumbang dan menjadi pesakit sepenuh masa. Alahai tersenyum sendiri saya dibuatnya.

Dua minggu ini anak-anak sekejap ok, sekejap panas pada sebelah malam. Tetapi Arif dan Hakim sudah menampakkan potensi untuk kebah sepenuhnya. Hanya Aiman sahaja yang agak lama kali ini.

Ia bermula dengan en.suami yang membawa virus, kemudiannya berjangkit kepada Hakim, Arif dan Aiman. Saya adalah terakhir. Hari ini barulah saya rasa ada tenaga. Pun begitu tiada alasan untuk saya menyiapkan tugasan. Esok saya akan ke Shah Alam untuk menyiapkan sentuhan akhir suntingan. Manuskrip penuh sudah ada di tangan, hanya dua hari saya untuk saya pulun membuar pruf akhir.

Selasa akan ke Batu Caves menemui editor untuk projek seterusnya. Patutnya sudah mula pergambaran, tetapi ada sedikit lagi perubahan. Suka atau tidak saya perlu meninggalkan sekejap anak-anak. Dalam hati semoga esok, anak-anak sudah ceria dan kembali sihat seperti biasa. Saya, tidak boleh bertangguh-tangguh, perlu mengikut segala perancangan yang telah dijadualkan. Insya-Allah

Monday, April 12, 2010

Ibu pergi mana? Jangan tinggalkan Arif.

Kejadian berlaku sekitar lima minit berlaku pada Ahad yang lepas. Semalam semasa tidur Arif mengadu kepada saya kisah pahit baginya.


Alim nangis. Alim pegi ane pegi ini, ibu adok. Ibu gi ane, ibu ingal Alim. Alim egi ane Alim egi sini, Alim nangis lagi.

Kisah selepas diterjemah:

Ibu pergi mana. Arif lari sana, Arif lari sini, ibu tak ada. Arif nangis. Ibu dah tinggal Arif seorang diri. Ibu pergi mana?

Kisahnya begini. Pada petang Ahad ada urusan di Masjid Al-Gufran, kami berada di ruang legar bahagian depan masjid. Selesai Asar, kanak—kanak riang sangat gembira kerana dapat berlari tanpa batasan di ruang legar masjid yang selesa. Selepas penat berlari mereka kembali mencari ibu yang menanti pada bahagian serambi depan masjid.

Ketika itu menungu adik lelaki. Selesai urusan kami berpecah mahu pulang, ada dua lokasi memarkir kereta. Arif dan Hakim mahu mengikut Pak Ngah mereka. Saya dan suami bersama Aiman turun ke tingkat bawah untuk ke tempat parkir kereta satu lagi.
Selepas sampai di parkir kereta, adik datang bersama Hakim. Si ayah bertanya mana Arif. Hanya Hakim sahaja di dalam kereta. Rupanya ketika mengikut Pak Ngah, Arif membuat keputusan berpusing balik untuk mencari saya dan suami. Masa berlaku lebih kurang lima minit hingga l0 minit.

Adik dan en. Suami bersegera naik ke atas mencari Arif. Seorang kanak-kanak sedang melakukan saei (seolah-olah dari Safa ke Marwah), lari ke sana lari ke sini sambil bercucuran air mata. Mulutnya tanpa henti.

“Ibu mana?” lari ke kanan.

“Ibu mana?” lari ke kiri. Begitulah keadaannya, ditemani oleh seorang remaja yang mengawasinya.

Air mata Arif bercucuran, nampak kelibat si ayah, terus bertanya lagi. “Ibu mana?”

Kasihan anak ibu, nasib baik selamat. Hanya kerana leka dan salah faham sahaja. Tiada siapa yang salah hanya perlu lebih peka di lain masa.

Malam tadi, Arif terus mengulang-ngulang cerita, peristiwa pahit baginya.

“Ibu tak ada, alim lari ane, lari ini.” Itulah ayatnya meluah perasaan agar ibu jangan sesekali tinggalkan Arif lagi.

Friday, March 26, 2010

Salam pagi Sabrtu 27 Mac 2010

Sumber foto: PTS Face book

Teks: Masayu Ahmad

Sudah lama tidak berceloteh pagi di sini, hari rasa agak lapang walaupun sudah ada beberapa tugasan yang perlu segera diselesaikan. Saya tidak mahu berbicara pasal kerja tetapi mahu berbicara apa 'reward' apabila saya selesai kerja.

Setelah beberapa minggu menghadapi minggu sibuk, hari ini saya bersantai-santai sehingga tengahari. Menu istimewa pagi ini nasi kerabu dan daging goreng kunyit. Kenyang sampai ke malam lah jawabnya. Sengaja masak yang berat, kerana sepanjang hari saya mahu 'marathon'.

Semalam belum habis bercerita pasal pesta buku, kepada yang mempunyai anak-anak kecil seperti saya sekitar umur 6 tahun ke bawah ini panduan jika mahu ke pesta buku hari ini dan esok. Dapatkan buku-buku untuk anak-anak pra sekolah untuk buku mewarna dan latihan menulis A,B, C dan matematik mudah di booth penerbi Fargous, buku sangat murah hanya 50 sen sahaja. Biasanya kalau buku-buku ini saya beli di pasaranya sekitar 2.50 hingga RM5.00. Jadi saya borong untuk stok setahun ;D.

Sangat mudah bagi ibu-ibu yang bekerja atau surirumah yang mahu buat latihan anak-anak kecil di rumah. Murah dan sangat praktikal berdasarkan piawaian sistem pendidikan pra sekolah terkini.

Ada satu lagi buku, depannya macam buku latihan biasa yang warna coklat, tetapi dalamnya sudah dilukis gambar dan bersama huruf yang boleh dilukis kanak-kanak. Biasanya juga Hakim akan lukis, tetapi yang dijual sudah siap dilukis cantik dan praktikal.

Semalam Hakim sangat teruja, buat latihan. Saya sampai di rumah.

"Ibu beli apa untuk saya. Oh ibu belikan buku untuk saya. Terima kasih bu," semalam tidak perlu paksa, buat latihan dengan jayanya.

Mungkin juga angin rajin sebab dapat buku baru, kita tengok berapa lama bertahan.;D

Sunday, January 17, 2010

Salam ceria pagi Ahad



Teks: Masayu Ahmad
Sudah lama saya tidak menyiarkan enteri berkenaan menu, hari ini untuk sarapan saya masak nasi goreng kampung ala Kelantan. Apa yang membezakan nasi kampung ini dari nasi goreng kampung biasa adalah warnanya merah.

Untuk bahan menggoreng atau pes tumisan terdiri daripada lada keringm bawang merah, bawang putih. Bahan campuran lain, ikan bilis goreng, telur dan kangkung.

Dihidangkan bersama keropok lekor dan keropok keping, juga teh o panas.

Saturday, January 16, 2010

Harmoni pagi Sabtu


Teks: Masayu Ahmad

Salam pagi Sabtu bersamaan 16 Januari 2010. Alhamdulilah masih lagi diberi ruang dan rezeki untuk bernafas di bumi Allah. Menjejaki minggu-minggu januari yang penuh dengan tugasan yang menanti. Saya masih dalam mood marathon untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang agak kritikal juga datelinenya. Namun dalam mengurus masa 24 jam yang dirasakan cukup singkat, saya masih lagi mampu memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Lama sudah saya tidak mencoret di sini, betapa saya cukup berterima kasih atas kesudian kalian yang meninggalkan jejak di blog yang tidak seberapa ini. Saya merasakan kelapangan fikiran sejak beberapa bulan ini. Inilah anugerah yang tidak ternilai rasanya. Kelapangan fikiran di kala saya masih sibuk menguruskan rutin anak-anak, rumahtangga dan tuntutan karier. Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan keadaan ini.

Sejak saya menerokoka teknik dan strategi pengurusan masa beberapa buku dan capaian maklumat internet, ianya seolah-olah turut menjadikan saya berdisiplin. Siang hari kini penuh dengan rutin kerja dan hanya sesekali sahaja menemani aiman melelapkan mata. Sesudah Aiman lelap, badan terus sahaja bingkas, bersegera menyiapkan kerja. Saya sukakan keadaan ini. Menyelongkar dan menyelidik maklumat menyebabkan minda saya sudah menangkap, menyimpan dan memberi isyarat agar mengikut apa yang telah saya baca.

Saya dapat merasakan apa yang memotovasikan diri sebenarnya daya cerapan luar kawalan, namunnya ianya cukup menakjubkan. Saya dapar merasainya. Saya lebih bertenaga, bermotivasi dan kerja rumah dapat selesai mengikut rutin. Alhamdulillah dengan nikmat ini. Banyak lagi tips dan panduan yang ingin saya kongsikan.

Semoga setiap persinggahan kalian di sini, membawa sesuatu yang bermakna untuk dibawa pulang.Insya-Allah.


Sebelum saya terlupa, saya mahu berterima kasih kepada usaha yang dilakukan oleh seorang blogger yang menganjurkan dan mengumpulkan seluruh peraduan pada satu blog. Jemput semua ke sana, kerana banyak peraduan yang menarik untuk diserta. Contohnya beberapa peraduan berikut.












Pelbagai jenis hadiah dari pelbagai peraduan yang menarik, kalian boleh ke sana untuk melihat, memilih dan menyertai peraduan yang sesuai dengan citarasa. Selamat berkunjung, ya.



Saya sudah membuat pautan khas di sebelah kanan (Senarai aktiviti blogger sana-sini)








Friday, January 8, 2010

Tiga laman web rasmi dalam pembikinan


Tiga laman web rasmi saya masih dalam proses pembikinan dan penambahbaikan.

Laman Web Rasmi www.masayuahmad.com

Laman ini menyenaraikan aktiviti utama saya dalam penulisan khususnya. Juga perancangan, perkara yang terbaru dalam aktiviti dan karier.

Laman Web Rasmi Kesihatan & Kecantikan - www.tipcantiksihat.com

Buat masa sekarang saya mengunakan blogspot, http://www.masayuahmad.blogspot/.

Laman web rasmi kesihatan dan kecantikan akan memberi penerangan, artikel dan perkongsian yang memberi fokus kepada kesihatan dan kecantikan.

Pengalaman dalam penulisan kesihatan dan kecantikan bermula di Dewan Kosmik yang memberi tumpuan kepada penulisan, sains, kesihatan, teknologi, perubatan.

Kemudian di Mingguan Wanita antara ruangan tetap saya ialah
Kelab Diet -penjagaan kesihatan dan pelansingan tanpa memgunakan ubatan, ini menggunakan tiga disiplin iaitu makanan seimbang, senaman dan gaya hidup sihat.

Cantik Mata Cantik Di Hati- memberi fokus kepada apa sahaja perkembangan rawatan kesihatan dan kesihatan. Termasuk teknik, sejarah, perubatan moden, tradisional dan juga rawatan alternatif. Dua Ruangan tersebut masih kekal sehingga sekarang.

Kemudiannya saya bertugas di Rapi hanya sempat dua keluaran sahaja, kerana selepas itu saya berhijrah untuk merasai pengalaman dan ilmu baru dalam suasana berbeza.

Dalam panduan kesihatan dan kecantikan, saya akan menerangkan peluang bisnes dalam bidang ini, tips kesihatan dan kecantikan. Ianya adalah bersumberkan pakar dalam bidang berkaitan, penyelidikan dan kajian daripada capaian maklumat internet, buku rujukan dan juga maklumat-maklumat terkini dalam dunia kesihatan dan kecantikan.

Laman Web Panduan Bekerja Di Rumah- www.janawangdirumah.com

Antara penerokaan terbaru yang mula menjadi minat saya adalah tentang bekerja di rumah atau dari rumah. Saya masih menunggu lampu hijau dari penerbit untuk membuat pengumuman produk pertama saya iaitu panduan bekerja di rumah.

Testimonai dan perkongsian awal, sudah tentunya 12 peserta top ten, yang telah memenangi dan menyertai Peraduan Buku Inspirasi 2009.
12 peserta ini sudah saya masukkan dalam salah satu artikel dalam projek penulisan A.
Belum  masanya lagi untuk diumumkan. Bila sudah tiba masanya kelak, akan saya umumkan ok. Mudah-mudahan ianya menjadi satu kesinambungan dan hubungan yang baik antara pembaca dan mereka yang mengikuti perkembangan penulisan saya di blog ini. Insya-Allah.

Mudah-mudahan juga saya mampu memberikan sumbangan yang kecil dan bermanfaat untuk lebih ramai wanita yang mahu sukses walau bekerja di rumah atau dari rumah.

Nota: Setiap peserta yang menyertai peraduan di blog ini adalah layak untuk menjadi testimoni, nama peserta akan tertera dalam mana-mana projek penulisan saya.

Salam penuh kasih sayang

Lakukan yang terbaik untuk hari ini, agar hasilnya mampu dituai pada hari mendatang

http://www.masayuahmad.blogspot.com/

Saturday, December 19, 2009

Nasi berlauk pembuka selera

Teks: Masayu Ahmad

Foto:http://media.photobucket.com



Foto:http://jilc-makassar.com

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam hari Sabtu 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharam 1431.

Segar udara pagi ini, angin sepoi-sepoi sampai ke bilik saya. Usai solat subuh tadi, saya buka luas-luas pintu utama. Agar masuk segala nikmat Allah bersama rezeki. Sudah fikir semalam hari ini mahu masak nasi berlauk. Bukan ikan tongkol tetapi gulai ikan kembung. En.suami yang minta, sebab saya dah lama tak masak gulai ikan kelantan.

Jadinya semalam segala bahan sudah en.suami beli. Cili padi pun sudah dibuat stok dua minggu, dalam satu bekas besar. Memanglah en.suami kurang seleranya kalau tak ada cili padi atau sambal lada panggilan Kelantannya. Stok kopi radix tidak ada, jadi hanya teh o panas sahaja. Kuih hari ini, saya buat lagi kuih bakar untuk kanak-kanak riang. Memang sangat suka, petang semalam sekejap sahaja habis diangkut Hakim, Arif dan Aiman. Malam tadi minta lagi. Mintalah nak, mudah sahaja nanti ibu buat lagi. Bukan minta emas permata pun, minta kuih bakar sahaja. Alhamdulillah.

Jadual sepanjang tahun

Saya tidak kemana-mana, jadual kerja sangatlah tidak membenarkan saya ke mana-mana. Alhamdulillah saya masih komited dengan keadaan ini. Insya-Allah tahun ini semoga saya tidak dibelengu sifat malas, lebih bersemangat dan bermotivasi. Sekitar Januari ada 2 seminar yang besar dan 1 kursus yang perlu saya sertai. Ianya sangat penting dalam kelansungan karier saya. Salah satu seminar itu, memang saya tangguh dari beberapa bulan yang lepas, memang ada sahaja aral yang datang. Tetapi tidak mengapa, tengok nanti kalau ada kelapangan dan peluang.



Hari Isnin, 21 hb pada sebelah petang, ada satu sesi perbincangan juga dan perlu ke Kota Damansara. Saya akan bawa bersama kanak-kanak riang. Pastinya mereka gembira sebab boleh jalan-jalan. Saya akan tinggalkan mereka sekejap di rumah adik, kemudian akan memecut dengan laju ke destinasi.

Hari Rabu 23, hb saya ada satu lagi mesyuarat/perbincangan. Perbincangan ini berlangsung sekitar 10 pagi, jadi kanak-kanak riang akan transit sekejap di mana-mana pusat jagaan. Sekejap sahaja jam 8 hingga 12 tengahari. Mereka mungkin akan menangis sekejap, selepas itu ok sahaja. Beginila jadual saya sekiranya ada apa-apa urusan yang berlangsung pada hari bekerja, tetapi sekiranya hujung minggu, ayahnya lah yang mengambil giliran.

Apa yang saya sibuk-sibukkan ya? Agak-agak boleh teka tidak? Sampai masanya saya akan terangkan satu persatu kisah di sebalik tabir ini. Selebihnya saya suka agar kalin membuat andaian sendiri. Tetapi itulah jadual bagi wanita yang bekerja di rumah seperti saya. Sibuk juga tetapi sibuk yang boleh diurus. Sibuk juga, tetapi keluarga tetap menjadi perkara yang paling diutamakan. Apa yang pasti saya gembira dengan keadaan ini dan ini adalah pilihan muktamad saya. Keluarga dan karier, kedua-duanya penting tetapi apa yang lebih penting kepuasan.

Perkembangan anak-anak


Saya sudah mula menyimpan sebahagian mainan. Penat saya mengemas dan sudah menjumpai teori saya sendiri berdasarkan permerhatian dan keadaan anak-anak sehari-hari. Saya memutuskan hanya tiga jenis permainan satu hari. Boleh pilih mengikut kesesuaian.

Pagi hari sebelum kanak-kanak riang bangun saya perlu menyiapakan dahulu apa yang patut seperti memasak dan mengemas. Apabila mereka bangun mereka akan segera mengacau saya. Jadi disebabkan waktu pagi adalah waktu terbaik untuk fokus, saya biarkan sahaja monitor dengan siaran http://www.starfall.com./ Ini menjadi satu kelaziman setiap hari. Hakim akan menguasai tetikus (mouse spec), jadinya dia juga akan melakukan dua paparan pada skrin. Satu boleh tengok upin dan ipin dan satu lagi sambil belajar di starfall. Memanglah kanak-kanak di zaman siber sangat cepat penaakulannya. Perhati dan buat. Salah satu aktiviti yang saya sembunyikan dari Hakim, bagaiman simpanan semua bahan-bahan saya, kalau tidak. Habislah ;D.

Apa tidaknya selepas saya bangun dari duduk, dia akan menyambung.
“Ibu pergi, Hakim nak buat kerja.” Sambil tangannya dengan laju mengetik-ngetik keyboard, kononya sedang menulis dan berfikir dengan pantasnya.

Aduhai anakku sememangnya pemerhatian mu sangat tajam dan peka.

Dia sudah tahu mencari starfall melalui internet explorer, tidak perlu tulis, sebab disitu sudah ada tertulis starfall. Kemudiannya hanya perlu ‘klik’ sahaja.

Jika tidak dia buka sahaja pada laman web naufal, memang sudah ada capaian di situ.

Anak-anak suka memerhati dan pastikan pemerhatiannya terarah pada sesuatu yang positif kerana mereka akan mengaplikasinya dengan pantas sekali.

Kini Aiman mula menguasai komputer utama. Sangatlah marah kalau saya cuba-cuba mahu tunjuk.

“Tok leh.” Sambil mulutnya yang muncung dan pipinya yang temban. Marah kalau saya cuba tunjuk macamana mahu gerak-gerak mouse dan klik. Dia sudah pandai klik tetapi gerakan mouse itu masih kurang tetap dan fokus. Ke sana dan ke sini dan tidak terkena pada sasaran. Jika tidak dia akam panggil semula ibu.
“Bu, bu, tok leh, tok leh.” Si pipi tembam ini akan memanggil-manggil saya kerana dia tidak berjaya. Ibu segera berkejaran sebab tahu nanti pipi tembam ini akan bising dan mula menangis.
Arif sepenuhnya sudah berdikari, sudah tahu memilih yang mana dia suka dan tidak. Jika tiada Hakim, maka Arif akan mengemudi komputer utama bersama Aiman setia di sisi.

Selepas boring tengok upin dan ipin dan starfall. Mereka akan bergerak keluar melihat tv dan sambil itu akan sambung membuat sambungan ABC. Petak-petak ABC yang warna-warni yang besar-besar itu memang saya sengaja beli. Selain melatih kreativiti ianya juga memudahkan mereka mengenal ABC.
Petak-petak ABC itu ada yang dibuat bentuk empat segi besar, buat jejantas yang panjang, ada juga bentuk zip zap dan mengikut kreativiti mereka. Petak-petak ABC ini akan berada banyak lokasi, jika saya naik ke atas, semua sekali akan di bawa bersama. Jika solat di bilik utama, juga akan dibawa bersama. Akan disambung-sambung keliling kaki katil. Sesudah siap mereka bertiga akan merosakkan sambungan petak yang sudah siap, dengan kiraan 1,2,3. Dengarlah gelak ketawa kanak-kanak riang.
Alif Ba Ta


Kebetulan juga pc lama saya ketika di univerisiti dulu masih boleh dipakai. Jadi en.suami melatakkan di ruang bersebelahan bilik utama. Pada waktu makgrib memudahkan saya solat, kanak-kanak riang akan menyanyi-nyanyi alif ba ta bersama muzik. Jadi tidak akan mengganggu saya. Sangat mujarab.

Barani tanpa gagal
Waktu petang atau pagi, mereka akan bermain-main basikal di laman, melompat, memanjat jeriji besi. Sudah namanya anak-anak lelaki memang lah lasak. Ada satu hari tu, saya kusyuk di dapur, Sudah siap sepinggan keropok goreng, saya bentangkan tikar di laman depan, mereka akan bersila dan makan seperti berkelah. 10 minit kemudian tidak ada.

Rupanya, sangat cantik. Hakim bersila bersama Arif menjamu selera di atas bumbung kereta. ;D, Mahu marah jadinya saya rasa mahu gelak. Tapi saya tahan-tahan ketawa, nanti Hakim ingat saya tak marah. Siap bekas air semua di bawa naik. Mereka panjat melalui bahagian depan kereta, kerusi dijadikan alas pemijak. Alahai anakku gelagat kalian menduga sabar ibu.
Salam penuh kasih sayang

I am not afraid of storms, for I'am learning to sail my ship -LM Alcott-

Friday, December 11, 2009

Rezeki hujung minggu



Alhamdulilah, banyak pula rezeki yang datang, mencurah-curah. Kekenyangan dibuatnya, banyak jemputan makan hari ini dan esok. Jadi tak payah masak. Hari ini adaa reunion masscom 1999/2001 USM, saya tidak dapat menghadirkan diri. Walaupun sangat teringin bertemu rakan-rakan lama. Tidak mengapalah, saya tunggu sahaja gambar-gambar di buku muka.

Salam hujung minggu



http://farm1.static.flickr.com/58/225255512_f85b6c7dab.jpg
Teks: Masayu Ahmad

Salam hari Sabtu, bersamaan 12.12.2009. Hari ini hari istimewa, tarikh kelahiran en.suami.

Apa khabar suri sekalian. Saya rindu untuk melihat suasana matahari naik. Dulu-dulu sangat suka, selepas subuh terus ke pantai. Suasana nyaman waktu pagi memang menyegarkan. Suasana sunyi hanya kedengaran ombak menghembas pantai. Matahari naik sedikit demi sedikit. Waktu ini kalau berlari di gigi air, memang seronok. Hirup udara nyaman. Memang bertuah tinggal di perkampungan nelayan. Mana nak dapat, percuma sahaja, tak payah nak bayar-bayar. Mahu pergi setiap hari pun boleh. Suasana pagi di tepi pantai memang sangat cantik.

Dengan suasana segar, nyaman, bias-biasa cahaya matahari kekuningan memang cantik di pandaang nun jauh di kaki langit. Biasanya apabila sudah terang benderang barulah kami balik. Biasanya saya gemar pergi dengan adik, atau jika ada kawan-kawan yang bermalam di rumah, inilah aktiviti waktu pagi yang saya lakukan. Selepas subuh cepat-cepat berkejar ke pantai sebab mahu lihat matahari terbit.

Sangat seronok dan tenang sahaja. Sambil duduk atas pasir putih, mata memandang ke laut lepas merenung ciptaan Tuhan. Cantinya pemandangan memang sukar untuk digambarkan. Sekarang ini kalau pulang pun sangat jarang saya ke pantai. Kalau pergi pun hanyalah waktu petang, bawa kanak-kanak riang. Saya rindukan suasana nyaman dinihari tepi pantai. Saya mahu mengulangi lagi rutin seperti ini.



Apa menu hari ini ya, saya masih buntu idea lagi. Stok quaker oat pun sudah habis, rasanya mahu seimbangkan semula sarapan sihat, baik untuk kolesterol. Selamat bersarapan pagi dan berhujung minggu.

Monday, December 7, 2009

Malang yang berbau



Bismillah,

Salam sayang buat pembaca blog budiman. Ingatkan hari ini tidak mahu keluarkan entri, tetapi rasa sunyi sepi pula. Semalam, saya terseliuh pada lutut. Ingatkan tidak ada apa-apa hari ini, sudah tidak boleh berjalan.

Kanak-kanak riang mandi-mandi, airnya melimpah keluar, saya pula terlupa mahu lap segera lantai. Dalam keadaan berjalan laju membawa kain yang hendak dijemur. Terjelepuklah saya jatuh. Apalagi, memang macam nangka wangilah. Hehe ;D.

Saya bersegera ke akupuntur untuk merawat kaki, takut bengkak dan masuk angin. Tutup pula, jadinya saya membuat carian google, bertemu dengan seorang tukang urut wanita. Jadi sambil ke rumah adik, selepas maghrib saya ke rumahnya untuk berurut kaki dan satu badan.

Selepas bulan raya, memang saya asyik dengan kerja dan sudah tidak aktif aerobik dan berlari-lari waktu pagi. Jadinya memang mempengaruhi kesihatan. Patutlah beberapa hari yang lepas sebab berjaga hingga ke pagi, memberi kesan pada tubuh satu badan.

Kononnya, saya sudah berjanji dengan jiran sebelah rumah (Roha), mahu mula berlari waktu pagi keliling taman. Sudah banyak kali batal, sebab hujan jadi kami meneruskan larian atas katil di rumah masing-masing ;D. Selepas baik kaki ini, mahu atau tidak, memang perlu teruskan rutin seperti dulu.

Kak Aisyah (tukang urut) beritahu angin dah masuk banyak. Ye lah saya pun dah lama tak bersauna. Asyik bertangguh-tangguh. Dia juga turut membetulkan apa yang patut pada bahagian peranakan. Katanya angin sudah naik ke hulu hati, sikit masa lagi boleh jadi gastrik. Saya mengakui dalam minggu ini saya makan tak ambil kisah sangat. Patutlah saya sakit kepala pada minggu lepas, rupanya angin satu badan.

Lepas diurut kaki saya masih lagi sakit, jalan pun berdengket-dengket. Semua urusan anak dan rumah en.suami yang buatkan. Saya masak sambil duduk aje. Kelakar pun ada. Saya fkir adalah tu, apa-apa sahaja kesalahan saya yang saya tidak sedar atau sedar. Mungkin juga ada perasaan penat dan mengeluh dalam hati. Tuhan terus aje tegur sahaja. Saya terus dapat tunai! Syaitan dah berjaya buat hati dan fikiran saya lalai sekejap.

Saya muhasabah diri. Mungkin juga. Insya-Allah tiada apa-apa yang mudarat. Tadi saya mengurut lagi, esok-esok oklah ni. Hikmahnya, adalah tu rezeki nak masuk ;D. Hikmahnya juga, selepas berjaya menurunkan semua kelengkapan komputer ke bawah, makanya saya boleh bekerja seperti biasa, hanya tidak boleh berjalan sahaja. Peringatan yang sangat jelas, kalau saya tak insaf lagi, tak tahu nak kata apa.

Salam penuh kasih sayang

www.mssayuahmad.blogspot.com

The First and the most important step towards success is the feeling that we can succeed
~ Nelson Boswell

Saturday, December 5, 2009

Hujung minggu yang damai



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://img2.visualizeus.com/thumbs/08/11/04

Salam sayang buat teman dan pembaca budiman. Hari minggu yang sungguh menyegarkan. Cuaca yang agak mendung, namun masih ada tempias haba dari sinar matahari pagi, moga membantu jemuran kering.

Kicau burung masih lagi terdengar-dengar di hujung telinga, walau sudah menjengah tengahari. Hari ini saya masak bihun goreng biasa sahaja.

Tidak mahu memikirkan kerja lagi, memandangkan banyak kerja rumah perlu diselesaikan. Insya-Allah menjelang tengahari akan bergerak ke Subang. Ziarah ke rumah adik yang sudah berpindah ke rumah baru. Juga perbincangan beberapa urusan kerja yang masih lagi belum saya selesaikan.

Adik saya aka sere, hanya bekerja di rumah, selain menawarkan perkhidmatan membuat laman web beliau juga pengasas laman web salam pantai timur. Di situ banyak artikel berkenaan negeri Kelantan dan Komuniti Cik Siti Wan Kembang. Jadinya jika anda ore kelate bolehlah jengah ke sana.

http://salampantaitimur.com/

Daripada segi tekninal pasal It dan sebagainya saya sememangnya mendapat sokongan daripada en.suami dan sere. Selain itu beliau(sere) juga menjaga domain, hosting, saya dan urusan yang berkaitan sewaktu dengannya.

En. Suami banyak membantu sokongan IT di rumah. Jika ada perkara yang saya boleh buat, saya akan meneroka sendiri. Jika sukar, saya minta sahaja bantuan pakar. Tumpuan saya hanya kerja dan skop saya sahaja. Tidaklah nanti terlalu banyak perkara mahu difikirkan dalam satu masa.



Tengahari ini kami akan makan di sana, di samping menziarah. Kanak-kanak riang sangat seronok kalau mahu ke rumah Pok Ngoh mereka. Semua dah siap-siap tu. Tinggal saya sahaja masih belum bersiap.

Saya juga akan lebih kerap memasukkan artikel ke blog satu lagi.

www.masayuahmad.blogspot.com (Panduan Kesihatan & Kecantikan)

Jemput ke sana juga ya.

Laman web rasmi saya dalam proses penambahbaikan buat masa ini (www.masayu-ahmad.com)

Semoga ceria di hujung minggu bersama keluarga

The longer you wait to decide what you want to do, the more time you’re wasting. Its up to you to want something so badly that your passion shows through your actions. Your actions, not your words will do the shouting for you – Derek Jeter (pro baseball player)

Sunday, November 15, 2009

Kesegaran minda

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Cik google

Salam hari Sabtu, apa rancangan hujung minggu anda? Saya Keluar membawa anak-anak sambil membeli barang keperluan. Saya belum boleh ke mana-mana, senarai tugas panjang masih menunggu dengan penuh setia untuk dikerjakan.

Kesegaran minda

Apa dia kesegaran minda? Pada saya kesegaran minda ibarat satu terapi untuk menenangkan fikiran dan juga memberi tenaga baru yang boleh meresap jauh dalam diri. Ianya akan akan memberi impak kepada luaran, fizikal, semangat dan ketahanan diri.

Memandangkan setiap orang mempunyai rutin harian yang sentiasa sibuk, amatlah perlu kita mencari terapi untuk meningkatkan kesegaran minda. Bagaimana caranya?

Amat jelas dalam kehidupan seharian mengambil wuduk, menunaikan solat dan berzikir adalah satu terapi yang tiada tandingan. Air wuduk akan meresap di liang roma memberi rasa sejuk dan nyaman. Solat memberi ketenangan tersendiri ketika kita bersatu dalam diri dan berserah kepada-Nya.

Zikir, amalan zikir harian dalam apa sahaja yang kita lakukan mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa mudaratkan diri. Bercakap sia-sia, mengumpat, dendam, sakit hati boleh dijauhi dengan amalan-amalan ini. Amalan negatif sebegini membuatkan diri kita sentiasa tidak keruan dan resah gelisah. Mencari kesalahan orang lain dan hanya sibuk memikirkan perkar-perkara yang tidak meningkatkan kualiti diri (aiseh macam ustazah pulak).

Saya akan pening dan mudah sakit kepala apabila berdepan dengan suasana jalan sesak, suara memekik-mekik, kepanasan melampau. Jadi saya seboleh mungkin akan mengelak untuk menghadapi suasana sebegini. Satu lagi jika tidak cukup tidur, sangatlah tidak boleh, rehat yang cukup adalah perkara yang cukup mustahak. Jadi tempat terbaik bagi saya, adalah rumah sendiri. Rasa tenang dan damai, walaupun aksi kanak-kanak riang ini boleh juga bikin kepala pusing.

Terapi diri untuk ketenangan dalaman

Kadangkala saya juga gemar melakukan rawatan yang boleh melegakan diri apabila berada dalam desakan rutin yang sesak dan badan yang letih. Urutan refleksologi adalah salah satu pilihan saya. Tekanan pada saraf dan bahagian yang tenat membuatkan muka berkerut-kerut menahan sakit dan geli.

Beberapa ketika selepas 30 hingga 45 minit, badan terasa ringan dan kecergasan mula memberi ruang pada fizikal. Urutan refleksologi Thai amatlah mujarab berbanding, refleksologi lain. Mungkin juga kepakaran mereka dalam bidang urutan. Saya pernah mencuba refleksologi di Ampang Park, ternyata ianya tidak memberi kesan yang lama. Tempat pilihan di Ampang Point yang membuatkan hati saya selalu tercuit-cuit mahu ke sana lagi.

Spa

Ini salah satu destinasi jika saya benar-benar mahukan rehat. Sudah lama sebenarnnya tidak memanjakan diri. Saya hanya plilih urutan dan sauna sahaja. Gabungan untuk memberi kesegaran badan. Bagi wanita selepas bersalin biasanya sangatlah sesuai untuk lebih kerap menjaga dalaman dan juga luaran.

Gedung ilmu

Hobi utama saya sudah tentunya lenyap dalam suasana buku-buku yang mengiurkan. Acapkali jika ke Popular atau MPH, membuat saya tenggelam dalam lautan ilmu. Kalau boleh berada di situ 24 atau satu hari satu malam pun tidak mengapa. Dapat pula banyak jenis buku kegemaran, membuatkan mata buntang sehinggalah baru sedar sudah lama dan perlu beredar. Jika mahu ke sana, saya perlu pastikan saya seorang diri, kalau tidak jenuh orang yang menunggu.

Salam penuh kasih sayang

Maafkan sesiapa sahaja yang pernah menyakiti hati kita, kerana ianya boleh membuatkan jiwa kita tenang-setenangnya

www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com

Saturday, October 31, 2009

Hari berehat sedunia

Teks: Masayu Ahmad



Assalamulaikum w.b.t salam hujung minggu buat teman-teman sekalian

Hari ini adalah hari berehat sedunia. Buat diri sendiri yang hampir kehabisan tenaga yang perlu re-charge semula. Hari ini saya bercuti daripada melakukan sebarang kerja rumah. Sangatlah bersenang lenang dari pagi sampai ke petang. Terima kasih buat en.suami yang membantu saya dengan penuh jiwa raga mengambil alih tugasan. Mungkin kerana kepenatan sepanjang minggu, itulah penangannya.

Selepas zuhur kami keluar untuk makan tengahari dan membeli belah barangan dapur. Anak-anak sangat seronok dibawa keluar. Sebelum tiba di rumah rancangannya mahu membawa mereka ke taman permainan, tetapi terpaksa dibatalkan. Saya sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di petang hari.

Aiman terlena dalam pelukan manakala Arif sudah terlentok kepalanya di belakang. Hakim masih cerah cuaca (mata masih buntang). Kami hanya pulang ke rumah. Selepas kekenyangan dan menghirup udara luar, saya kembali bertenaga. Idea mula mencurah-curah. Terus sahaja menghadap komputer menyiapkan tugasan yang masih dalam senarai panjang. Sangat mujarab tidur dan rehat yang cukup. Saya tidak memasak apa-apa menu hari ini. Dapur juga turut bercuti. Sebabnya malam sebelumnya setiap hari hidangan istimewa.

Mabuk fesbuk

Nampaknya semakin ramai yang mabuk fesbuk. Sudah ramai kawan lama dan baru dapat dijejaki. Tetapi kadangkala membuatkan kerja terbenkalai kalau dah terlalu ralit (asyik). Apapun kemajuan teknologi ada kebaikan dan keburukan, tinggal sahaja kita pandai-pandainya menggunakan dengan cara terbaik (macam mak nenek membebel pula).

Apapun yang anda lakukan hari ini, selamat berhujung minggu. Esok sahajalah saya mahu masak menu istimewa untuk keluarga.

Salam sukses dari meja WAHM

www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com

Pra promosi: Akan menemui anda!

1. Ebook Panduan Bekerja di rumah untuk SOHO, SAHM & WAHM (www.janawangdirumah.com)

2. Ebook Idea Bisnes Kesihatan & Kecantikan (www.tipcantiksihat.com)

Saturday, October 24, 2009

Jam 1 pagi hingga 5 pagi di wad kecemasan 251009

Teks: Masayu Ahmad

Petang Sabtu selepas pulang dari melawat biras di Klang kami bertolak pulang selepas maghrib. Hakim masih lagi kelihatan cergas dan aktif. Tetapi sudah ada batuk-batuk kecil kedengaran.

Singgah sebentar mengisi perut, tomyam, udang tepung dan telur dadar. Hakim masih berselera makan. Hakim sudah ada bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan.

Sampai di rumah, agaknya semua keletihan Hakim terus tidur. Jam 1 pagi sudah bunyi batuk. Kedengaran seperti kong…kong…kong. Dadanya berombak sempit.

Kami sudah bingkas bangun, mencari pelega (inhaler) penghidap asma. Masih tidak berkesan. Muntah mengeluarkan cair kahak tidak henti-henti. Naluri saya tidak puas hati, mahu segera ke hospital.

Sudah lama sebenarnya Hakim tidak diserang Asma. Hampir setahun, sejak saya berada di rumah.

Mulanya takut juga mahu memandu jam 1 pagi. Kereta masih ada lalu lalang. Maklumlah laluan Bukit Langat malam-malam begini. Selepas itu saya bertekad semula mahu bawa Hakim, sebelum itu suruh en.suami pergi. Kemudiannya berubah keputusan. Rupanya jalan masih meriah, malam minggu puncak Bukit Langat ( Look Out Point), laluan pintas dari Ampang ke Hulu Langat Sungai Congkat masih penuh dengan muda-mudi yang menikmati pemandangan di puncak bukit.

Bukan tidak biasa sebenarnya, bawa anak-anak pergi wad kecemasan malam-malam buta. Pernah juga bawa dalam hujan renyai-renyai bawa si kecil Aiman. Masa tu Hakim sudah ada di hospital. En. Suami temankan Hakim di hospital. Saya pulang melihat si kecil di rumah. Bertukar giliran. Disebabkan saya berada seminggu di Hospital, Aiman demam rindu, sampaikan kena tahan wad. Nasib baik satu bilik, katil sebelah-menyebelah.

Ok. Kita sambung cerita malam tadi. Kami tiba di wad kecemasan. Pembantu perubatan, tanpa banyak soal terus membawa Hakim mendapatkan nebulizer. Di situ sudah ada seorang nenek juga kepenatan kerana semput.

Kali ini agak mudah, Hakim sudah besar hanya memakai sahaja corong sebagaimana pernah dipakainya. Selepas 20 minit sudah nampak lega. Bagi lagi nebulizer untuk kali ke-dua.

Seorang doktor perempuan datang memeriksa. Memberitahu, nampak gaya Hakim kena tahan wad. Naluri saya, tidak perlu tahan wad masih boleh diberi rawatan di rumah. Memang betul selepas x-ray, doktor beri ubat.

Biasanya saya sudah boleh mengagak dari awal sama ada Hakim akan kena tahan wad atau tidak. Sudah banyak kali situasi masuk wad, jadi jangkaann saya memang betul. Naluri ibu, mungkin.

Alasan lain dalam kepala ketika itu, siapa pula nak menjaga dua orang lagi kanak-kanak riang di rumah. Jadinya selepas selesai, Hakim nampak sudah lega dan boleh berborak-borak. Matanya kembali bunting (celik), melihat panorama jalan raya. Orang sakit yang segar-bugar bila keluar bersiar-siar. Kami tiba di rumah jam 5 pagi.

Friday, October 23, 2009

Salam pagi sabtu, menu bihun goreng untuk hari ini

Teks: Masayu Ahmad
Foto: www.randonneurs.bc.ca/rocky/scenery.html



Salam pagi Sabtu untuk teman-teman sekalian. Apa aktiviti teman-teman untuk hari ini. Saya seperti biasa, pagi menyiapkan sarapan untuk anak-anak dan en.suami. Bangun tadi teringin lagi mahu makan nasi kerabu. Tapi tak jadilah pula, terus ke dapur masak apa yang ada.

Masih lagi ada bihun, ayam dan telur. Jadinya menu ringkas sahaja, menu bihun goreng singapura. Tetapi saya gemar menamakan bihun lada hitam. Tengahari atau petang nanti akan keluar untuk menziarah biras yang baru sahaja bersalin anak ke empat. Sudah dua pasang. Kali ini lelaki.

Saya masih kempunan anak perempuan. Belum masa dan rezeki. Kalau melihat pakaian anak-anak perempuan, alahai tergiur saya. Simpanlah dahulu hasrat tersebut mungkin dua atau tiga tahun lagi. Aiman belum puas berstatus bongsu.

Saya masih dalam mood kerajinan untuk menyiapkan tugasan. Perjalanan diteruskan walaupun banyak perhentian. Tidak akan sudah sehinggalah mata tertutup kejap.

Beberapa minggu selepas cuti raya sangat rindukan nasi kerabu mak cik. Gerainya lambat dibuka. Nasi kerabu yang ditambah daging goreng kunyit. Itulah kalau anak jati Kelantan, menu pagi pun berat-berat. Kalau dah berat saya tak ambil nasilah untuk tengahari. Hanya masak untuk anak-anak sahaja.
Selalunya apabila siap masak, saya akan bertanya anak-anak.
Ibu: Mahu ibu suap atau makan sendiri?
Arif & Hakim: Ibu suap.

Maka mengelilinglah kanak-kanak riang ini, mahu makan sambil disuap. Kadang-kadang lokasinya depa tv, atau di meja makan. Ada masanya juga mereka makan sendiri. Saya hanya memantai sahaja. Aiman sekarang pun sudah boleh makan sendiri. Sangatlah agah (berasa pandai), mahu suap sendiri guna sudu dan garpu.

Salam hujung minggu dari meja WAHM.
Apa yang anda lakukan, pilihlah untuk utamakan keluarga dan diri sendiri.


www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com

Friday, October 2, 2009

Salam hujung minggu, perjuangan diteruskan

Teks: Masayu Ahmad



Foto: Cik google

Hari ini hujung minggu bertandang lagi, Syawal sudah menjejaki dua minggu. Sungguh pantas masa berlalu. Apa yang pasti hari ini ramai yang akan mengadakan rumah terbuka.

Sejak dua hari lepas saya berjangkit demam dengan Aiman si kecik. Hari ini rasa bertenaga semula. Syukur, Alhamdulillah. Aiman sebagaimana biasa selepas balik kampung menempuh perjalanan jauh, badannya tidak boleh agaknya dengan keadaan tersebut. Walaupun tidak sihat masih aktif sekali sekala. Tetapi hanya mahu berpeluk sahaja di sisi ibu. Nasib baik sekejap sahaja.

Semalam Hakim, saya tidak benarkan ke sekolah, memandangkan ada batuk-batuk kecil. Hakim penghidap asma yang tegar juga, jadi pantuan perlu diberi perhatian. Nampaknya hari ini sudah semakin ok. Mudah-mudah semuanya cepat sembuh sepenuhnya.

Hari ini, perjuangan diteruskan. Selepas beberapa cabaran dan dugaan kecil, saya merasakan itu hanyalah tempoh masa untuk saya berehat sekejap ketika bulan puasa. Selepas puasa semuanya sudah kembali ok. Malah komputer sudah dibaiki oleh adik yang bongsu dengan jaya.Apalagi yang nak diucapkan selain rasa gembira, kerana banyak bahan yang terselamat. Jika awal puasa saya banyak kehilangan buku-buku kesayangan. Jika computer ini tidak dapat diselamatkan, memang akan menangis air matalah saya. Kerana banyak bahan kajian yang ada tersimpan di sini. Sebagai peringatan saya perlu membuat back up. Jika berlaku sekali lagi tidaklah saya berputih mata.

Tinggal lagi suku tahun, apa jua matlamat anda, matlamat saya masih lagi belum tercapai. Saya masih meneruskan perjuangan dan perjalanan. Hari ini awal pagi, rasa motivasi diri masih bersemangat dan kuat. Inysaallah, saya suka sentiasa bermotivasi dan terus kekal begitu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin