Thursday, January 7, 2010
Suka tak baca Majalah Nur
Masa saya kerja di Karangkraf dulu, majalah masih belum banyak dan saya bermula dengan Kosmik, kemudian Mingguan Wanita dan Rapi.
Banyak kenangan manis selama bekerja di sana, pada masa tersebut pejabat editorial masih di Lorong Rahim Kajai, Taman Tun Ismail. Apabila ke Taman Tun atau sekitarnya banyak memori manis sepanjang saya bergelar wartawan. Sangat sikit kenangan pahit, rasanya tidak ada. Semuanya manis-manis belaka, itu belum lagi kenangan kelakar semasa buat praktikal.
Masa saya masih bertugas di sana, sudah ada 25 majalah, saya sebutkan beberapa sahaja ya, Mingguan Wanita, Keluarga, Nona dan Nur antara majalah kelahiran awal, berkonsepkan muslimah dan wanita berkarier yang bertudung.
Sebelum itu, Kak Lela, orang yang diamanahkan menyiapkan Majalah Nur. Kami anak-anak dara wartawan yang mudah bergetah, Kak Jaja - http://jajalife.blogspot.com/(kini wartawan nona), G (http://www.nazira.biz/), Ita (kini majalah Rapi) dan saya masa tu masih di Mingguan wanita dikerah sebagai model majalah Nur.
Biasalah kami kan poyo dan masih gedik, kalau bab posing, memanglah selalu juga jadi model tak bertauliah. Haha :D.
Majalah Nur keluaran yang pertama masih dalam kotak simpanan saya. Sangat saya rindukan kenangan remaja, muda-muda silam. Kami hanya model gambar hiasan sahaja, tetapi banyak juga kena posing, ambil masa setengah hari juga. Tak kisahlah kami kan masih poyo masa tu. :D
Labels:
Dunia Wartawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
assalamualaikum mas.
sudah tentu kakchik suka.
tak sangka mas pernah kerja dengan karangkraf. maknanya masa kakchik mula melanggan majalah nur, mas masih bekerja di situ la kan.
kakchik pun masih ada majalah nur keluaran pertama berharga rm1 tu.
kulit depan wajah najlah ishak.
kakchik sangat sayang majalah nur.
ya kak chik
boleh belek, jumpa model gedik kat dalam tu hehehhe ;D
salam kak mas,
aah xsangka akk penah bekerja di karangkraf..dulu2 sy dok puchong,penah juge le lalu lalang dpn karangkraf di shah alam kan?
ade sekali tu sy menang adiah,kene ambik kat ctu , but cannot make it so pesan kat kwn je lah tlg ambikkan..
ada satu tahun tu sy langgan penuh..xsilap tahun 2003 or 2004..i like NUR :)
ummi hanie
kak mas dah lompat kronologi entri n cerita ni, ingatkan nak mulakan dari awal, sbb ada sentuh sikit cover nur dgn kawan lama,
jadi keluar dulu cerita ni
banyak lagi nak dikongsi, banyak lagi manisnya pengalaman selama kerja di sana
akan lebih banyak cerita belakang tabir sekitar dunia wartawan yang menyeronokkan akan kak masa kongsikan, insya-allah
oo.. pernah jadi model rupanya yer... sekarang pun boleh juga.. tapi jgn lah gedik ;)
wan
ala tu model suka2 je,,, tak byr pn
skrg model utk anak2 n suami ajelah ;D
Post a Comment