Tuesday, December 23, 2014

Perlu degil untuk berjaya

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, kesyukuran atas kurniaan hari ini, atas peluang sehari lagi untuk melakukan dan menyebarkan kebaikan. Semalam ada satu perkara yang sangat mengecewakan saya, ia terbawa-bawa hingga mahu tidur. Saya cuba lepaskan dengan perasaan ini dengan istigfar dan istigfar.

Saya sangat tidak suka satu perkara negatif pun menempek dalam perasaan. Saya mahu lepas dan lepaskan ia jauh. Kerana ia tidak baik untuk kesihatan dan juga minda. Saya bangun lagi hari ini dengan perasaan memaafkan. Ya ALlah, siapalah saya, sedangkan ALlah juga Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi pula saya manusia biasa. Ampuni aku, ampuni aku.


Degil untuk berjaya
Sejak beberapa minggu ini kesihatan kurang baik. Itu sebab saya seperti mudah terasa hati. Saya mahu buang jauh perasaan ini. Semalam ketika membelek Mingguan Wanita di ruangan kisah masyakarat seorang ibu yang sudah kematian suami menjaga 6 anak OKU seoarng diri. Betapa besarnya cabaran beliau. Betapa besaranya pengorbanan beliau. Anak-anak OKU tersebut berperangai pelik, meraka sudah dewasa tetapi tidak dapat mengurus diri sendiri. Jadi apalah sangat ujian dan cabaran yang saya lalui, sekiranya dibandingkan dengan ibu tersebut.


Saya bangun dan bangkit lagi hari ini meneruskan perjuanga. Mahu menulis dan berkongsi agar lebih ramai mendapa manfaat insya-ALlah.

Iktibar masa lalu untuk bina kecemerlangan masa hadapan

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com


Masih lagi dalam suasana banjir. Kalian boleh dapatkan artikel di terkini panduan bekerja di rumah di Mingguan Wanita terbaru ya, antaranya perkongsian puan doktor yang berhenti dan mengusahakan bisnes online. Beliau salah seorang alumni abdr.


Apa khabar kalian hari ini? Kecewa, gembira, bersemangat. Sudah siap atau belum kelengkapan sekolah anak-anak.

Ramai yang berkongsi tentang kegetiran ekonomi tahun hadapan, bagaimana untuk kita hadapinya? Ia sama juga keadaannya apabila kita tahu kita sudah menghadapi penyakit dan ada harapan dua bulan sahaja lagi.

Kadnagkala kita terlalu memikirkan sehingga tidak mahu melakukan apa-apa. Juga sangat penting merancang dan kita berusaha seupayanya, selain berserah kepada ALlah maha kuasa. Jangan pula sudah usaha dan tidak ada pula tawakkal. Doa juga kekuatan kita sebagai orang Islam.

Iktibar masa lalu

Waima kalian sedang merancang untuk bekerja dari rumah, sangat penting untuk kita bersyukur bahawa kerana tempat kerja itulah kita menimba pengalaman. Kerana tempat kerja itulah kita belajar banyak perkara. Kadangkala kita lupa untuk berterima kasih, kerana tempat kerja pertama itulah adalah titik mula untuk kita bertindak untuk berubah atau berusaha lebih baik pada masa hadapan.

Jangan lupa untuk berterima kasih

Pesanan kak Nuri, waima mahu berhenti kerja, pergilah berjumpa dengan majikan dan berterima kasih.

Ya, saya lakukan itu. Kerana tidak ada dahulu tidak ada sekarang Tidak ada pengalaman dahulu tidak ada pula usaha yang kita raih sekarang.

Jangan pula selepas kita berjaya, kita lupa siapa kita ketika kita busuk, masam, tidak ada apa-apa,

Dan selalunya memang begitu, apabila kita sudah ada-ada, kita sudah berubah laku. Memangnya manusi itu mudah lupa.

Mentor kehidupan

Bukan sekadar mahu mendengar berita yang gembira sahaja. Saat kita merasa mahu berkongsi rasa, maka kita akan mencari siapa yang sesuai untuk melepaskan perasaan. Akan tetapi sudah tentu Allah adalah nombor satu dan teman yang baik adalah sentiasa berada dan ingin mendengar sentiasa.

Monday, December 22, 2014

Gali semangat dalam diri

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini dahulu ya www.janawangdirumah.com


Salam kasih sayang, salam kebahagian. Alhamdulillah, semalam air mencurah turun dari langit. Beberapa kawasan di Kelantan sudha banjir. Ya Allah kau limpahkan rahmat kau berikan kami sedikit ujian agar kami bersyukur dan bersabar. Permudahkan segala urusan sahabat-sahabat kami yang dilanda banjir agar kembali dalam keadaan sedia kala.

Hujan itu rahmat

Hujan yang turun menyuburkan bumi. Menyegarkan alam. Hujan juga adalah waktu mustajab berdoa. Pada ketika inilah kita selalu menggunakan ruang-ruang yang ada untuk berdoa.


Apa khabar matlamat baru kita

Pastikan ia lebih nyata lebih realistik.


Ammar sudah menangis, nanti saya sambung ya ;)

Alhamdulillah Ammar sudah tidur. Selesai ibu masakkan bubur nasi untuk anakanda, dia sudah lena. Jadi ibu bersambung memasak untuk sarapan pagi dan tengahari. Daging goreng kunyit, gulai ayam dan goreng terus ikan siakap.

Ada saya berkongsi bahawa bonda mertua sudah tidak memasak lagi. Namun semalam dek kerana dia mahu sangat makan nasi kerabu. Tumisnya dibuat sendiri. Nampak dirinya yang mengah ketika memasak. Saya perhatikan sahaja. Kadangkala orang tua dia mahu makan hasil masakannya, pandai-pandailah kita kan.

Bersambung tugasan menulis dan juga urusan yang lain. Hakim masih lagi beradai di rumah tok ayah dan ibu akan ke sana 28 hb ini. Ada beberapa tugasna yang tertangguh perlu diselesaikan minggu ini juga. Juga perlu ibu konsisten 40 mukasurat sehari insya-Allah. Kita mahu, kita tekad, kita buat kita dapat.

Kita malas, kita bertangguh, kita banyak alasan, kita tak dapat.

Salam kasih sayang. Rai kebahagian dan nikmati kasih sayang walau di mana sahaja kalian berada.

Sunday, December 21, 2014

Limpahan kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad

Petang begini sudah siap satu jug besar teh o panas. Selalunya begitulah, tambahan pula cuaca begini memang sedapkan masuk dalam gebar. Tetapi biasanya saya mahu menyambung menulis dan melihat senarai tugasan panjang yang saya rehatkan sebentar dalam tempoh dua minggu ini.


Friday, December 19, 2014

Rintik hujan deras berlahu


Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com

Rintik hujan deras berlagu
Bergabung tenang suara alam
Kadangkala kita bertanya kenapa hujan?
Itulah tanda Allah sayang,
Selepas hujan barangkali muncul pelangi petang.  
Hidup ini indah dengan ujian,
Agar kita sentiasa waspada dan berpesan-pesan.


Selesai pagi tadi menghantar bonda mertua. Usai menutup daun pintu, bonda berjalan perlahan. Arissa tidak mengikut bersama lantaran enak tidur. Biasanya dialah paling becok kerana mahu hantar sama mok.

Saya balik semalam agak keletihan, sebelum sampai ke rumah singgah di Adlee Fried Chicken. Bulan ini sememangnya tidak bawa anak-anak kemana-mana, lantaran ibu sedang menyesuaikan semula jadual kerja dan jadual persekolahan anak-anak yang ada berbaki 10 hari lagi. Urusan lain kembali pada posisi

Ibu mahu bertenang-tenang menyelesaikan manuskrip demi manuskrip. Mahu atau tidak perlu sedikit laju, satu untuk ebook satu untuk buku insya-Allah. Dengan sasaran penulisan harian 40 mukasurat sehari. 


.

Hidup ini indah dengan ujian kerana itulah nikmat kesyukuran


Hujan dan kehidupan. Hujan dan ketenangan. Rintik air jernih ini kadangkala laju, kadangkala deras, kadangkala hilang. Dua hari lepas kami meredah awan yang sarat, menikmati panrama alam setiap kali musim bah tiba.

Memori terus melantun ke era masa usia kanak-kanak. Dua hari lepas kami menyelesaikan persekolahan anak-anak. Sambil itu membawa anak-anak melihat air. Ia keseronokan dan ia juga sebagai satu cerminan agar kita belajar menyerap sesuai kejadian Tuhan.

Balik ke sini meniggalkan Hakim di rumah Tok Ayah. Hakim seronok kerana kali ini ada Dani. Betapa kesyukuran saya untuk tahun ini, adik yang menetap di Kuala Lumpur sudah balik berhijrah untuk menjaga ayahanda. Inilah nikmat dan doa saya tidak putus agar kerisauan saya berakhir. Walaupun ayah masih sihat, tetapi orang tua lama-kelamaan ia sudah tidak betah lagi.



Sunday, December 14, 2014

Kembara perjuangan setiap hari ;)

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah sudah 15.12.2014


Hari hujan turun dengan lebat selepas beberapa hari reda. Selepas beberapa hari berehat hari ini baru memulakan semula trek penulisan, insya-Allah.

Minggu ini, insya-Allah menyelesaikan keperluan dan kelengkapan persediaan anak-anak sekolah.

Friday, December 12, 2014

Tahu matlamat dan fokus untuk selesaikan

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, sepanjang minggu cuti ini tidak ke mana, hanya merancang jadual untuk 2015. Saya mahu dan akan selesaikan 10 manuskrip siri bisnes sebelum Jun 2015 insya-Allah.

Walaupun agak terbabas, namun saya tahu dan saya akan tulis dan selesaikan ia dengan jaya. Apabila kita tahu apa matlamat dan kita boleh fokus dengan pemanduan di hadapan dengan lancar.

Gangguan kecil sebenarnya akan memberi kita daya kreatif untuk mengungguli masa setiap hari.

Bulan cuti ini saya merancang menu sebulan dan memulakan masakan pagi, tengahari dan malam secara pakej. Dan ia sudah mulai memasuki trek semula. Tahun ini adalah tahun penting saya. Juga bagi kalian yang mahu belajar terus dengan saya sesi offline sudah dibuka terutama untuk kelas ebook.

Untungnya kelas ebook ini adalah, kalian boleh lihat saya update ebook/manuskrip terkini yang sedang saya tulis. Itu kelebihan bagi yang mahu belajar dan mahu sertai kelas ebook. Insya-Allah saya cuba berikan yang terbaik dan panduan bagi kalian yang sangat teringin mahu menulis ebook.

Bagi ebook yang baik dan lengkap mungkin boleh dijadikan manuskrip yang bagus sebagai proposal buku. Insya-Allah


www.akademibekerjadirumah/shop ini masih bertukang dan ia adalah salah satu produk/servis digital. Iaitu walau saya cuti ia masih bekerja 24 jam seperti biasa.


Allah tidak menyusahkan hambanya mintalah apa sahaja dari Allah Maha Pemberi rezeki. Selepas kita minta jangan lupa pula untuk berusaha luar biasa Insya-Allah. BUkan cepat atau lambat tetapi rezeki dan kasih sayang Allah itu datang tepat masa ketika keadaan kita bersedia, insya-Allah. ;)

Sunday, December 7, 2014

Hujan dan manuskrip

Baca naskah ini dahulu ya www.janawangdirumah.com

Teks dan foto: Masayu Ahmad

Tidak dapat tidak suasana yang paling saya suka adalah, menulis di waktu hujan. Sama ada hujan pagi atau dinihari, lewat petang dan ketika anak-anak sudah tidur.

Bagaimana keadaan ini benar-benar memberi terapi untuk saya. Ketika ini saya sedang menyiapkan manuskrip Mula Bisnes Tanpa Modal antara 10 manuskrip yang saya sasarkan untul 2015. Jangan lupa juga nanti ya Buku Jana RM Dari Rumah cetakan kedua juga bakal menemui kalian. Doakan agar semua dipermudahkan.

Sangat jauh perjalanan ini, namun saya menikmatinya dalam setiap detik. Apabila menulis dan sehinggalah buku terbit.

Juga web lengkap ini juga dalam pembikinan www.akademibekerjadirumah.com/shop juga akan memudahkan kalian untuk membeli dan membuat pendaftaran.

Pembelian ebook dan buku boleh dibuat secara automatik, juga pendaftaran kelas secara online dan offline.

Kesemua ini tidak berlaku sekelip mata. Semua ini tidak berlaku dalam tempoh sejam dan tempoh dua bulan. Saya rai setiap hari dengan penuh kesyukuran.

Jika dahulu saya berperang dengan mencuri masa, tetapi sekarang saya lebih menikmati setiap detik perkongsian masa bersama keluarga.

Hari ini Hakim dan Arif bersunat. Maka sedikit tempoh lagi dua beradik ini bakal menempuh usia remaja. AllahuAkbar pantas sungguh masa berlalu.

Saya tidak sedikit pun merasa lelah dan kecewa dengan keputusan berhenti kerja. Malah sehingga saat ini bersyukur dengan apa yang ada, dengan apa yang sudah kurnia Tuhan.

Semoga kalian juga bahagia dan gembira dan lihatlah di sekeliling kita. Bahagia itu tidak perlu dibeli, ia bermula dengan diri kita sendiri

Di bawah adalah email yang sedang saya sunting untuk dimasukkan dalam manuskrip ini,



Salam..nama saya Che Mohd Zakwan dari IKMBesut..saya nk kongsikan pengalaman saya dalam bisnes online ni. Saya pernah membeli barang secara online, barang itu ialah Cermin mata terapi yang berharga RM60. Pada mulanya saya berasa sukar untuk membeli barang secara online kerana ianya membabitkan produk yang tidak nampak dan tidak jelas(takut kena tipu) tetapi disebabkan terdesak sangat nak sembuhkan mata yg rabun ni..saya beli saja. Proses pembelian dia mudah sebab hantar je SMS kat dia..dia terus reply no akaun bank syarikat dia..jadi apalagi..saya terus pergi bank untuk bayar..dalam masa seminggu barang tu sampai..tapi yang bagusnya kita boleh check lokasi barang kita dengan no code yang terdapat pada bungkusan POS laju. Tetapi yang dukacitanya..bila barang tu sampai, keadaan kotak barang tu sudah rosak (ore kelate kato kepek) jadi saya terus tengok cermin mata terapi tu..alhamdulillah masih elok..tapi bila sja saya pakai, cermin mata tu rasa tidak selesa dan sakit pada bahagian telinga kerana bingkainya dah rosak dan bengkok. Jadi saya rasa inilah kelemahan bisnes online iaitu dari segi penghantaran.
    Saya memang minat berniaga..lebih2 lagi online kerana mudah dapat ramai customer..dulu saya pernah merancang nak mulakan bisnes online..produk yng saya nak jual tu ialah coklat homemade, saya bertungkus-lumus belajar dari internet cara nak buat coklat homemade ni..akhirnya usaha saya tu berbaloi..saya dah pandai buat coklat homemade dalam pelbagai perisa. tapi tu lah..sebabkan kuarang ilmu..saya tak dapat jual secara online..saya pernah buat blog untuk produk saya ni. Antara masalah yang saya hadapi untuk jual online ni ialah dari segi penghantaran..coklat ni dia mudah cair jika berada dalam keadaan yang panas, memang ada cara nk bagi coklat ni tak cair dengan bungkus dengan kertas lutsinar...tetapi saya bimbang dan was-was nak jual..jadi saya jual terus coklat tu secara offline..saya suruh adik saya bawa ke sekolah dia dan jual kepada kawan2 dia..alhamdulillah saya dapat untung..setiap hari saya dapat RM50 untung..jadi itu lah pengalaman saya dengan bisnes online ni...terima kasih sudi baca..

Saturday, December 6, 2014

Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita MAHU

Teks: Masayu Ahmad

Sudah 9.52 malam, Ammar sudah lena. Semakin bulat dan montel. Lagi sebulan menginjak setahun. Sekejapan sahaja masa berlalu. Ketika usianya ini pada tahun lepas, saya sarat dan berat,

Esok ada majlis 'khatan' untuk Arif dan Hakim.


Ibu masih lagi dalam marathon menyelesaikan manuskrip Mula Bisnes Tanpa Modal. Dua hari ini mengambil masa berehat dan merancang semula untuk tahun 2015. Insya-Allah.


Friday, December 5, 2014

Kita mahu pengakhiran yang bagaimana?

Teks: Masayu Ahmad

Baca dahulu naskah wajib ini www.janawangdirumah.com sebagai persediaan awal bekerja dari rumah.


Salam pagi Sabtu penuh keceriaan dan ketenangan. Lopak hujan sudah makin mengering. Kicau burung mula kedengaran berirama riang. Barangkali sudah mula berterabaran keluar dari sarang. Pagi indah alhamdulillah.

Selesai pagi ini dari jam 8 hingga 9 pagi saya bersilat di dapur. Nasi putih, gulai ikan aya Kelantan juga masak lemak pucuk niding dan ubi stelo. Telur juga diracik dengan ikan budu. Roti goreng untuk kanak-kanak riang. Semua selesai pakej sarapan, tengahari dan malam.

Tinggal lagi biasanya malam saya akan bakar ikan untuk tambah lauk. Atau kadangkala anak-anak saya yang akan gorengkan nasi sahaja.

Tidak ada kata yang nikmat dan paling indah atas kurniaan Allah, memberi rezeki sekian luas, memberi masa yang bermanfaat.

Saya rasa sangat bertenaga pagi ini, selepas kurang sihat dan seminggu peninggalan suami. Segala urusan dilakukan dan insya-Allah saya memang lakukan dan selesaikan.

Beberapa hari lepas badan agak penat dan fikiran mula menerawang jauh, saya segera istigfar Betul. Kadangkala apabila kita penat segeralah ambil wuduk dan baca kisah-kisah yang boleh mengembalikan semangat dan tidak dibolak balikkan hati dan perasaan kita. Al-quran juga terapi paling mujarab.

Begitu juga saya manusia biasa.

"Selagi orang tua hidup jaga sampai puas hati. Kalau mati, kita tidak ada rasa bersalah."

Kata-kata ini tersemat kukuh. Ia nasihat dari ayahanda yang sudah banyak makan garam. Orang tua itulah tempat sandaran kita untuk mendapat nasihat. Orang tua sudah mendahului kita dalam banyak perkara.

"Jika mahu hidang, tengok macam arwah mek. Masak yang terbaik dan sediakan yang terbaik."

Kata-kata di atas saya terjemahkan semula dari bahasa Kelantan. Ingatan ini menyedarkan saya, apabila memasak, masak yang terbaik. Masak dengan penuh kasih sayang. Berulang kali apabila saya kepenatan saya cepat-cepat istigfar. Kerana apabila kita penat dan rasa tidak bertenaga, aliran itu akan membawa sama kepada aura makanan.

Kita masak dengan ceria dan kasih sayang, menjadikan masakan itu juga sedap dan menyelerakan. Itu sebab, kebanyakan orang mengatakan masakan ibu adalah terbaik siapapun tak boleh banding.

Disebabkan kesibukan demi kesibukan, saya mula menyeimbangkan semula untuk 2015 untuk fokus kepada anak-anak. Jika tidak ada kepentingan urusan luar maka saya utamakan keluarga.

Melihat juga keuzuran mertua yang tidak boleh lagi lasak dan saya insya-Allah dengan senang hati mengambil peranan ini. Bukanlah maknanya saya ini terbaik, menantu terbaik. Mungkin ini juga salah satu asbab kepada banyak perkara dalam urusan saya dipermudahkan. Juga asbab Allah menggugurkan dosa-dosa saya yang lalu dan akan datang.

Insya-Allah
Reda Allah apabila ibu bapa reda.

Masayu Ahmad
www.janawangdirumah.com

Memaksimakan pemasara percuma ;)

Teks: Masayu Ahmad

Selalunya saya, jika membeli saya akan seupayanya bertanya dahulu peniaga adakah boleh minta kurang. Maksudnya selagi ada ruang untuk tawar menawar maka perlulah belajar untuk urusniaga ini. Apabila peniaga dengan tegas mengatakan tidak ada, maksudnya ia tidak boleh ditawar dan itulah harganya.

Zero kos

Pernah dengar tak perkataan zero kos, kalau boleh tidak ada kos untuk memaksimakan promosi dan periklanan. Saya juga biasanya akan memaksimakan penggunaan ruang-ruang percuam yang boleh digunakan untuk mempromosi apa sahaja berkaitan bisnes.

Blog
Blog adalah salah satu cara untuk menjimatkan kos. Ia adalah percuma. Berapa lama saya ambil untuk mempromosi buku dan tulisan di ruang ini? Di situlah kalian melihat hari pertama saya menulis dan saya masih menulis hingga kini.

Binalah pembaca, kongsikan apa manfaat sebelum kita menjual. Bina kepercayaan sebelum ia bertukar dengan traksaksi perdagangan. Sehingga November 2014, kelas online Akademi Bekerja Di Rumah sudah pun menghampiri 1000 ahli yang mendaftar.

Iaitu ahli yang menyertai mana-mana kelas ABDR, secara automatik adalah ahli rasmi yang membina jaringan dan kumpulan sokongan. Terdapat dua logo utama pada blog mereka. Kalian boleh jejaki mereka. Apakah yang menyebabkan kepercayaan ini, sudah tentulah mereka mahu tahu dan mahu belajar. Selain membuat keputusan dan membayar untuk yuran kelas online dan offline.

Berapa banyak wang yang kita mahu!

Teks: Masayu Ahmad

Baca naskah ini dahulu jika benar kalian mahu bekerja dari rumah
www.janawangdirumah.com


Wednesday, December 3, 2014

Ceritera kehidupan cita-cita dan kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad

Rancang bekerja dari rumah baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com

Sekarang sudah jam 5.57 petang. Agak redup cuaca hari ini. Agak lelah juga, sejak suami ada urusan kerja di Johor Bharu selama seminggu. Saya mengambil alih keseluruhan tugas.

Seawal jam 7.30 pagi menghantar Hakim, beli dahulu sarapan untuk mertua nasi kerabu dan nasi berlauk. Dalam perjalanan singgah di gerai tepi jalan yang menjual nasi berlauk air dingi Tumpat. Sepanjang jalan ada lebih kurang 3 lokasi gerai kecil kiri dan kanak jalan, iaitu modus operandi yang sama menjual nasi berlauk jenama yang sama. Ok nanti saya bincang lagi tajuk ini ya.


Semalam kami sempat berhenti dan makan sarapan sama-sama. Hakim, Arif, Aiman dan Ammar. Arissa tidak ikut masih enak dibuai mimpi. Usai sarapan hantar terus ke lokasi Hakim.

Patutnya saya mahu hantar Hakim untuk program yang perlu tidur, tetapi ini perlu hantar dan ambil jam 5 petang. Kebetulan seminggu en.suami tidak ada, jadi perlu hantar dan dijemput.

Selesai hantar Hakim, hantar pula anakanda Arif di sekolah untuk KAFA sehingga jam 11 tengahari. Balik rumah suapkan Ammar. Ammar tidur barulah masak untuk tengahari.

Kemudian boleh rehat sekejap. Sambung semula jemput Arif. Menjelang petang jemput pula Hakim.

Dan di sinilah saya menulis. Penuh jadual harian selama minggu cuti. Tidaka ada masa untuk diri sendiri. Untuk tahun ini kelihatan jadual anak-anak agak padat. Biasanya untuk hari bersekolah saya ada masa untuk melepaskan lelah sekejap sekitar jam 10 pagi, menikmati sarapan dan berehat.

Saya selalunya tidak bercuti ketika semua orang cuti. Saya bercuti ketika kebanyakan orang sedang bekerja.

Sekarang masih mengolah masa semula agar saya mencuri semula keseimbangan. En.suami balik nanti saya mahu rehat sekejap. Biasanya juga hari Khamis adalah masa untuk berurut. Badan kita penat dan kita perlu rai diri sendiri dahulu dan barulah boleh menjaga ahli keluarga dengan baik.

Mertua juga sejak kebelakangan ini semakin tidak sihat, keuzurannya nyaata benar tidak membolehkan saya berlama-lamaan di mana-mana tempat. Saya juga tidak mengizinkan beliau memasak lagi.

Urusan berkaitan bisnes, insya-Allah masih ok dan berjalan seperti biasa ;) Tinggal 99 ahli sahaja lagi untuk genap 1000 penyertaan untuk tahun 2014. Alhamdulillah.

Monday, December 1, 2014

Bisnes Dari Rumah

Bisnes dari rumah

Teks: Masayu Ahmad

Bisnes dari rumah kedengarannya adalah mudah. Tetapi ia lebih mudah sekiranya kita bermula dengan merancang, mencari mentor.

Berikut tip bisnes dari rumah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin