Monday, January 11, 2010

Tersentuh hati ibu

Hakim

Hakim: Dik, sini dik, mari dekat abang. Meh abang riba adik (Aiman maksudnya)

Aiman: Tak nak!

Hakim: Meh lah abang riba.

Aiman membaringkan tubuh atas riba Hakim. Hakim mula mendodoi Aiman sambil menonton tv. Saya pura-pura tidak nampak namun dalam hati. Alahai anak, kalian buat hati ibu tersentuh.

Arif

Arif mengambilkan adinya segelas air. Kedudukan air memang boleh capai, bersebelah dengan rak gelas plastic.

Arif: Nak dik. Minum (sambil mengunjukkan segelas air masa)

Aiman: Dap, dap (sedap, sedap)

Arif: Minum dik (sambil dia menunggu dan melihat Aiman minum). Lalu mengambil semula bekas yang kosong.

Kemudian kedua-duanya bermain-main, berlari-lari.

5 comments:

Hida Naza said...

sudah boleh diharap menjaga adik (-:

Masayu Ahmad said...

hida

kadang-kadang aje,

kadang-kadang menangis juga aiman diusik abang-abang

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

tak sabar rasanya menanti saat ameen boleh di harap mcm tu.tak sabar juga menanti iman besar supaya abang long tak boring main sorang2. ameen dah faham + mula sayang adik...
tak sabar jugak nak berenti keje....supaya hati saya tak rasa ngilu setiap kali hntr anak ke nursery....huwaa

Ely Hasrul said...

ala sedihnyee.. terharu betol lah!

Mas, buat entry pasal WAHM yg ade anak lebeh dari satu la pulak ngan tips sekalik. haha.

Ini sorang pon dh terbalik rumah.

Masayu Ahmad said...

Normi

cepat je kanak-kanak besar, tgk dah setahun, lepas tu dua tahun, mula rindu balik masa depa baby

insya-allaha adalah tu rezeki nanti

Ely,

ok, nanti saya masukkan info berkaitan anak ramai n bekerja di rumah ;D

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin