Wednesday, January 6, 2010

Laman hijau menenangkan fikiran



Teks: Masayu Ahmad

Selain pilihan dekorasi untuk ruang bekerja, suri yang bekerja di rumah perlu kreatif untuk memberikan mood segar dan bertenaga sepanjang hari. Kepenatan menguruskan anak-anak, urusan rumahtangga dan kerja membuatkan kadangkala anda lesu tidak bertenaga.

Salah satu cara untuk kembalikan tenaga, anda perlu memberi tubuh anda relaks barang seketika. Untuk mengembalikan tenaga terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan.

Laman hijau, kebun herba adalah salah satu pilihan yang boleh dilakukan untuk memberi minda anda relaks dan segar semula.

Mulakan pagi anda dengan menyiram dan memberikan sentuhan kasih sayang pada tanaman. Petang hari menikmati minuman panas sambil santai menikmati panorama hijau. Alangkah indahnya hidup suri rumah dengan pelbagai idea kreatif begini. Apa lagi sempena tahun baru, mulakan aktiviti berkebun anda. Jom kita pilih mana satu yang sesuai dengan citarasa masing-masiang.

Nota; Petang tadi, saya dapat rezeki tak disangka, en,suami bawa balik hp baru. Terkujat juga, tapi saya anggap ini rezeki tahun baru dan ulangtahun hari lahir yang lepas. Lagipun bukan jenis kisah sangat ada hadiah ke tidak, apa yang diberi setiap bulan pun lebih dari yang sepatutnya. Saya sangat terharu juga, lagi pula saya jenis yang tak kisah sangat ada hp atau tidak. Kalu ada macam tak ada, jadi kali ini saya perlu menghargainya. Status ada hp ada macam tak ada tu, nanti saya buat entri lain ya.
Pilihan 1


Pilihan 2

Pilihan 3

Pilihan 4

Pilihan 5

Pilihan 6


4 comments:

Hida Naza said...

seronoknya kalau sempat membina halaman. dulu sempat tanam tapi tak sempat siram selalunya. bunga pun malas nak hidup.

Masayu Ahmad said...

Hida

kak Mas pun kategiri malas juga bab berkebun dan berbunga ni, tapi cubalah juga tanam azam untuk tahun ni mahu siram serai, pandan yang kak mas baru tanam

hari ini sudah terlupa mahu siram ;D, semalam beria benar sampai dua kali siram

Unknown said...

hubby baru tengah dok figure out nak upgrade laman. dah jemu dengan yang lama. hubby buat sendiri ja but took him 3 months lah since buat after work. jenuh jugak. but berbaloi lah hasil tangan sendiri. puas hati.

Masayu Ahmad said...

laman herba yang betul2 saya nak mungkin bukan dalam masa terdekat

cukupla ruang yang ada, tp tak sempat juga nk menanam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin