Thursday, January 21, 2010

MALAYSIA INTERNET SUMMIT 2010




MALAYSIA INTERNET SUMMIT 2010


21 Februari 2010

(8.00 am - 7.00 pm)

Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur




Daripada : Team Malaysia Internet Summit [ Summit Events - Kersani - SARA Creative ]


Tarikh : Ahad, Januari 17, 2010

Perkara : Bagaimana Membina Empayar Perniagaan Di Internet?



Selamat Sejahtera,

Belum terlambat lagi untuk kami menyucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Adakah anda sudah mempunyai imaginasi: kejayaan apakah yang anda akan genggam pada tahun ini? Adakah anda sedang menikmati kehidupan yang hebat? Setiap manusia mempunyai impian dan kami percaya, setiap manusia itu mempunyai kuasa untuk mencapai impiannya!

Kita dapat lihat di televisyen, di akhbar, di majalah dan di mana saja terdapat potret-potret kejayaan. Baik dalam bidang pendidikan, perniagaan, politik, sukan, seni dan kebudayaan. Apakah rahsia mereka?

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata, kita tidak akan dapat mencapai suatu kejayaan yang berada di luar imaginasi kita. Albert Einstein juga menegaskan, “Imagination is more important than knowledge”.

Jawapannya, setiap individu yang berjaya itu mempunyai imaginasi yang cemerlang. Mereka telah membina imej-imej kejayaan di dalam minda. Mereka mempunyai hasrat yang tinggi untuk mencapai apa yang tergambar dalam imaginasi. Di dalam hati, tersemat kepercayaan yang tinggi bahawa kejayaan itu akan dicapai walau apa jua halangan. Bukan mudah untuk berjaya, tetapi lebih sukar jika gagal dalam kehidupan.

Tanpa imaginasi, tidak akan terbinanya KLCC. Tanpa imaginasi, Malaysia tidak akan menjadi negara yang membangun. Tanpa imaginasi, mungkin kita tak akan menyentuh telefon bimbit yang kita miliki sekarang.

Kami, Team Malaysia Internet Summit ingin membuka tirai tahun baru ini khususnya buat para usahawan dan bakal usahawan untuk belajar daripada individu yang telah berjaya dalam Pemasaran Internet (Internet Marketing). Binalah imaginasi cemerlang bersama mereka. Rasai aura kejayaan individu-individu yang hebat ini!



Nota Khidmat Masyarakat: Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam seminar ini, hanya ingin berkongsi dan ini adalah salah satu contoh seminar yang perlu kalian hadir sekiranya berminat sebagai usahawan online atau internet marketer.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin