1. Memasak untuk anak-anak ke sekolah
Bangun awal dan masak untuk anak-anak ke sekolah. Variasikan menu setiap hari untuk memastikan anak jemu dengan hidangan yang sama. Boleh juga buat banyak, dan anak boleh jual kepada teman-teman yang mahu ambil tempahan.
Contoh ini saya pernah ke satu seminar, antara idea yang dikongsi penceramah, jika isteri beliau membuat bekalan sandwich untuk anak ke sekolah. Sandwich dibuat dalam bekalan yang banyak. Sandwich habis, anak pun belajar mengenai bisnes suka-suka skala kanak-kanak. Wang yang diperoleh disimpan sebagai wang tabungan.
2. Memasak untuk keluarga
Ramai yang merungut tidak sempat masak, anak ramai, kelam kabut waktu pagi dan banyak lagi. Kita kembali kepada pepatah, mahu seribu daya malas seribu dalih.
Buat senarai menu untuk seminggu, dan siapkan bahan mentah pada hujung minggu. Contoh bawang kisar, ikan sudah siap dibersihkan. Pilih menu yang mudah, pantas dan tidak menggunakan masa yang lama. Kemahiran memasak perlu diasah setiap hari, mengikut kemahuan dan keinginan.
Tahu dan kuasai apa masakan yang paling digemari oleh keluarga terutama suami dan anak-anak. Wujudkan satu koleksi resepi menu pagi, petang, malam. Kumpulkan senarai blogger yang suka memasak.
Masak, masak dan masak. Latih, latih dan rujuk. Kemahiran dan kepakaran boleh dikuasai melalui latihan dan rujukan yang berterusan.
Bak kata Kak Ma (AIM) –kak saya sebut nama akak ni ;D
“Orang rajin cari jalan, orang malas cari alasan”
3. Masak menu sihat masak hanya satu menu utama pada satu masa. Contoh ikan bakar, sayur goreng, ulaman. Untuk sayur goreng hanya boleh guna minyak zaitun, ikan bakar tidak guna minyak, bakar semata-mata.
5 comments:
mas, topic nih la antara yg dpt bantu i buat masa nih.. alhamdulillah adela sikit2 selain tupperware hehe
tolong la folo (hah tak malu hehe) www.packmelove.blogspot.com; byk lagik nk kena update. even welcome intro pon xdek (cis) tapi yg penting mas tau mas la salah sorg penyebabnye.. tengkiu..
doa kan ek..
bagus topik ni..terutama untuk yg bekerja. (-:
ely
ok, nanti saya ambil beberapa gambar dari bloh ely,
buat entri siap2 (latihan karangan lagi ;D), nanti saya copy paste masukkan kat sini.
Hida
yang bekerja yang status surirumah pun boleh guna
yesterday irfan (my 10yrs old ultraman) came home and told me i have to pack 7 packs of mee goreng sebabnya hari ni kawan2 abang kata mee goreng ibu sedap. abang nak juai. so kelam kabutlah kan pagi tadi goreng mee + pack. selalunya siap masak bekpes letak ja atas meja. ni siap nak pack lagi. then suddenly i remembered of your article. you are always practical in all your writing masayu. taht's what i love about your blog. keep it up!
zura
terima kasih zura, atas komen ikhlas,,,berkongsi selagi mampu ;D
Post a Comment