Wednesday, December 14, 2016

Kerinduan pada yang tiada

Teks: Masayu Ahmad

Redup pagi. Angin sejuk menyapa, bugar sekali. Lafaz syukur atas segala nikmat hingga ke hari ini.
Cuti sekolah berbaki tiga minggu. Juga tahun baru sudah mengintai tabir.

Cuti begini ada yang mengambil kesempatan untuk menjenguk orang tua yang jauh. Jauh di mata terkenang-kenang memori.

Ada sahabat yang meminta pandangan bagaiman kita orang yang jauh ini menyantuni orang tua. Selain doa yang tidak putus. Tentu ada lagi perkara yang kita mahu buat, tetapi ada keterbatasan masa dan kesempatan.

Apabila ada orang menjaga ayah dan ibu di kampung lalu bagaimana pula kita mahu menambah khidmat. Ini sekadar pandangan dan pengalamana. Saya, mujurnya mempunyai ipar dan biras yang baik-baik

Apabila balik mereka berbondong-bondong membawa buah tangan. Selalunya kerna kita faham ibu yang sudah semakin uzur. Tidak lagi boleh memasak, seperti selalu sebab kita mahu mereka masak. Tetapi sekiranya uzur benar kitalah yang memulai.

1. Apabila jarang balik, sangat mahu merasai masakan ibu, emak dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya orang tua uzur. Maka tidak perlu lagi memberitahu mahu makan itu dan itu, rindu masakan itu dan ini. Cukup sekadar menyatakan mahu pulang. Semoleknya jangan beritahu teringin makan.

2. Kita boleh bawa masakan yang sudah siap dan makan beramai-raaai. Boleh nyatakan ibu, mak mahu makan apa. Kita yang membeli barang-barang basah dan gotong royong, bukan masak kegemaran sendiri sebaliknya tanya apa mak, ayah, tok abah, tok ayah mahu makan. Sudah petik kegembiraan awal untuk dirai.

3. Berterima kasih kepada kakak, adik, ipar yang menjaga orang tua. Bagaimana?Sesekali balik buat gotong royong membersikan rumah. Sesekali balik peluk dna ucap terima kasih. Ini juga satu sokongan emosi dan kasih sayang.

4. Selalu memberikan sokongan kewangan setiap bulan tanpa perlu ditanya-tanya. Beri secara konsisten. Waima ibu bapa sudah kaya raya, menghulurkan setiap kali balik, menjadikan ia ingatan tulus.

5. Sebaiknya sebelum turun bersihkan rumah, tempat tidur. Sebabnya ia juga satu lagi sokongan emosi dan perasaan. Bertamu dengan kasih sayang untuk memudahkan.

6. Dengar dan berbicara dengan orang tua. Mereka sangat mahu berkongsi dan bercerita kenangan silam. Ia terapi. Walaunya kisahnya diulang-ulang, Kita juga akan berada di tempat yang sama satu hari nanti jika umur panjang.

Tuesday, December 13, 2016

Arissa 6 tahun

Catatan 9.12.2016



Hari ini 6 tahun lalu, ibu sarat hamilkan kakak. Dua hari sebelum kakak lahir baru tahu jantina warna pink.

Maka sakanlah ibu dapat anak dara selepas 3 abang.

Esoknya awal pagi macam biasa tanda air sudah keluar.

Ibu sudah tahu rentak kelahiran. Mengemas rumah, mop lantai, makan roti canai. Selepas maghrib barulah serah diri.

Esoknya kakak lahir pada 10.12.

Tapi selepas 2 minggu kakak mengalami penurunan berat.

Maka berkampung kita selama 30 hari di icu.

Kata doktor 50 peratus buah pinggang kakak sudah rosak.

Ibu hanya terkebil kebil. Selepas 30 minit ibu duduk, barulah air jernih jatuh.

Namun, kita ada Allah.

Doa dan usaha. Hari ini kakak seperti kanak kanak yang lain. Sihat dan cergas.

Selamat hari lahir kakak Arissa.

Tahun depan sudah sekolah.

Saturday, November 19, 2016

Cuti hujung tahun

Teks: Masayu Ahmad
Dapatkan semua rujukan di sini: www.akademibekerjadirumah.com/shop

Sudahpun berada di penghujung tahun. Bagi surirumah tidak ada masa yang tidak kosong. Masa begini di isi dengan akviti menghadiri hari konvo anak-anak kecil. Menerima jemputan hari kecemerlangan pelajar dan juga sudah mula menanda hari mencari waktu sesuai membeli kelengkapan sekolah anak-anak. Bersedia lebih awal adalah lebih baik berbanding bersesakan dengan ramai orang pada waktu puncak.

Ini baru betul menggunakan masa yang ada dengan cara terbaik. Bagi kalian yang masih berada di bandar dan kesempatan cuti hujung tahun adalah masa untuk pulang ke kampung. Pulang menjengah atuk dan nenek.

Saya pernah mengalami situasi balik kampung. Berbondong membawa beg dan barangan juga tak sabar mahu menikmati masakan orang tua.

"Telefon lah ma kita akan sampai malam. Mana tahu mereka boleh sediakan lebih awal.

Suami hanya diam. Dua tiga kali saya menyatakan. Diam sahaja.

Kemudian selepas hijrah saya pulang, sebetulnya mahu berada di rumah berasingan. Namun kediaman dua mertua itu sudah sunyi. Jadi mengambil keputusan kami berada sebumbung untuk menjaga kebajikan.

Setiap kali cuti persekolahan, maka rumah atok dan mok( kini arwah) ini menjadi tumpuan.

Tahulah saya tidak wajar kita menelefon dan memberi arahan bahawna mahu pulang dan mahu makan sekian masakan. Bahawa kepulangan kita memang bersambut. Tetapi biasanya apabila pulang,
sembunyikan hari.

Kerana orang tua sibuk mahu sediakan kelengkapan, menukar

Tuesday, November 15, 2016

Hujan dan manuskrip.

Teks: Masayu Ahmad

Dapatkan semua ebook di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Cuaca agak mendung beberapa minggu ini. Pagi hujan reda sebentar. Hujan lagi. Rumput sentiasa kebasahan. Butiran manik jernih melekat.

Usai goreng tiga bungkus mee teow lalu ada masa sebentar untuk menyemak manuskrip.

Si bongsu tidur agak lama. Hari ini tidak ada kelas Fardhu Ain, jadi anak-anak balik awal.

Semalam saya pancing dengan bauan gulai masak lemak. Dari luar sudah terbau-bau.

Anak-anak sampai sahaja terus meluru ke dapur.

Petang saya lihat licin nasi di dalam periuk.

Nampak sosok mereka berjemaah kemudian terbaring sana sini.

Usai beberapa minit sebelum jam 2.30 perlu menghantar si sulung ke kelas hafazan sesi petang.

Alhamdulillah, saya mulai mendapat rentak kembali menyambung manuskrip selepas lama bercuti.


Wednesday, November 9, 2016

Lensa memori

Teks: Masayu Ahmad

Bunyi deringan telefon, bunyi loceng tamat sesi persekolahan, bunyi siren asrama panggilan sarapan pagi, tengahari, petang dan malam. Masa lalu sangat indah. Indah kerana kita tidak ada tanggungjawab. Merai setiap hari dengan ilmu dan dunia bersama kawan-kawan. Indah bercerita, berkongsi suka duka ketika usia masih mendaki alam persekeolahan.

"Saya suko jadi dewaso, nanti ada duit banyok."

"Tak payah jadi dewasa cepat sangat, nanti Aiman rindu mahu jadi kanak-kanak semula."

Aiman sekarang menikmati hari-hari gembira. Apabila pulang bercerita tentang Ikhwan. Tengahari berkongsi makan bersama teman rapat.

"Saya jimat ibu, tengahari Ikhwan bagi saya nasi. Kami makan sama-sama. Lepas tu dapat air susu percuma."

Itulah cerita Aiman setiap kali pulang dari sekolah.

"Ibu, nanti Ikhwan ajak pergi memancing tepi parit."

"Bahaya, sekarang ini musim air bah. Ajak Ikhwan datang ke rumah main bola sama-sama."

"Tak boleh ibu, sebab dia perlu melintas jalan besar.

Saya tahu seronoknya Aiman mempunyai teman bernama rakan karib.

"Ibu tadi Aiman lambat, saya perlu cari dia merata. Ada dalam kelas bersembang dengan Ikhwan." Lapor Arif.

Begitu hari-hari Aiman, setiap kali masa pulang hilang berdesup usai solat berjemaah zuhur. Menghilang bersama Ikhwan sekitar sekolah. Selalunya menemani Ikhwan bersalin pakaian untuk sesi taekwondo.

Ibu menjelajah jauh cerita tentang hari sekolah. Usai pulang sekolah berbondong dengan rakan rakan. Balik berjalan kaki. Singgah kedai pertama beli keropok lekor dan air sirap. Sirap merah dalam jabir plastik. Cukup wang dua puluh sen.

Sesekali masuk semak atau hutan kecil kutip buah cenerai. Memang hitam hujung poke baju. Kami cari berjemaah bersama kawan-kawan ibu Hasni, Sayani. Inilah kawan sekolah ibu.

Kadangkala usai mengambil wang jualan di kanten sekolah, ada berbaki karipap. Kami makan sama-sama dalam perjalanan pulang.

Kadangkala usai sampai waktu kami berpecah, kami duduk-duduk dahulu sambil menghabiskan keropok lekor dan sirap. Kadangkala sebungkus 'sekut kapal terbang' bewarna merah, 20 sen sahaja penuh kelongsong pembalut surat khabar.

Itulah lensa kenangan. Ia menyapa tatkala melihat Aiman membesar. Jangan cepat sangat besar rai setiap keriangan bersama teman-teman seperjuangan.

Friday, November 4, 2016

Fokus kepada tugas kita


Dapatkan semua rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Alhamdulillah kita sudah menghampiri penghujung tahun, berbaki lagi 7 minggu sahaja lagi untuk kita ucap selamat tinggal 2016.

Penghujung tahun ini bakal setahun dua arwah mertua meninggalkan kami.

Awal tahun ini Amni sudah menginjak 6 bulan.

Perjuangan berbaki 7 minggu ini saya mahu lunaskan baki 4 manuskrip yang ada di tangan, moga Allah permudahkan.


Monday, October 17, 2016

Sekian lama

Teks: Masayu Ahmad

Dapatkan semua rujukan di sini ya www.akademibekerjadirumah.com/shop


Assalamualaikum wb.t.

Lama saya mengambil masa untuk kembalikan momentum penulisan. Minat yang satu ini sentiasa subur dalam diri.

Amni sudah menginjak 4 bulan, begitu deras masa mengalir. Saya belek semula senarai judul ebook yang belum selesai. Ada beberapa tajuk yang mahu saya sudahkan. Insya-Allah.

Anak-anak semakin membesardan perhatian semakin terarah kepada mereka. Hujung bulan 12 nanti genaplah setahun pemergian kedua mertua. Dua insan yang meninggalkan kesan paling dalam.

Tinggal lagi ayahanda, moganya Allah memberikan tenaga, masa dan rezeki untuk berbakti dan berkhidmat selagi daya dan masa yang ada.

Maksimakan

Maksimakan apa yang ada dan capai matlamat yang dirancang.


Sunday, October 16, 2016

Seni mengurus warga emas.

Teks: Masayu Ahmad

Nama pun emas kan perlulah jaga dan belai dengan baik.
1. Setiap hari ya setiap hari perbetulkan niat. Ya Allah aku ada ini sahaja. Kau berikanlah kelapangan akal, fikiran, tenaga dan rezeki agar dapat jaga ayah ibu, mertua dengan baik.
2. Minta maaf. Kerana kita adalah paling dekat dan mungkin ada kekurangan tanpa sedar. Semestinya ada tersalah sana sini. Jangan malu peluk dan minta maaf. Orang tua nalurinya sensitif, masa itu juga akan dimaafkan. Rezeki juga bertalu datang pelbagai arah.
3. Jangan kecil hati. Kita tidak layak dan tidak berhak pun untuk kecil hati dengan orang yang melahir dan membesarkan kita. Prof Muhaya.
Lihat balik kedutan dan urat timbul di tangan mereka. Cepat cepar istigfar dan muhasabah. Kalau mahu bercuti maka bercutilah sekejap. Kalau tak dapat, fokus perkara lain untuk melupakan.
4. Masak masakan kegemaran mereka. Waima tidak setiap hari, tetapi pilih hari masak apa mereka mahu makan. Orang tua makannya tidak banyak. Paling banyak pun dua senduk.
5. Hulur. Mereka tidak minta. Tetapi masanya mereka berehat. Hulur kalau hanya ada RM1, hulur lagi RM2, hulur lagi RM10, hulur lagi RM100. Begitulah seterusnya.
Lihatlah Allah akan cukupkan rezeki dari mana mana arah.
6. Simpan masalah, luahkan hanya perkara baik baik sahaja. Kongsi perkara baik baik sahaja.
7. Dengar. Dengar dan lihat mata apabila mereka bercerita kenangan lalu. Dengar sahajapun bukannya berbayar. Bayar dengan masa sahaja

Wednesday, September 7, 2016

Memanggil-manggil

Teks: Masayu Ahmad

Klik di sini ya untuk dapatkan naskah di atas www.akademibekerjadirumah.com/shop


Alhamdulillah, Amni sudah 3 bulan begitu pantas masa berjalan. Saya kembali bertatih semula merancang dan menyusun jadual. Alih-alih esok sudah pun bermula cuti persekolahan dan juga cuti untuk perayaan Aidil Adha.

Semenjak kehilangan mertua Disember lalu, masa saya rasakan begitu pantas mengejar. Ketika itu hamil 2 bulan. Usai selamat pengebumian, saya ambil masa untuk bertenang dan berehat. Satu bilik barang arwah saya kemas dan saya letak satu sudut. Masih lagi di dalam bungkusan. Kemudian selepas habis berpantang barulah ada tenaga menyelesaikan lagi. Kemas semula bilik arwah ma. 

Baju-baju masih elok berbungkus. Niatnya memang mahu disedekahkan.

Usai bersalin, saya fokus berpantang. Tetapi berpantang kali ini tidaklah berpantang sangat. Berpantang anak enam. Agak ribut juga.

Hari ini baru sudah selesaikan bilik bacaan dan juga bilik belajar anak-anak. Lama saya tidak fokus untuk Hakim, Arif dan Aiman.

Arissa juga sudah laju membaca. Biasanya anak-anak yang lain sudah membaca pada usia ini. Tetapi alhamdulillah kami buat latih tubi dalam 2 minggu ada banyak peningkatan buat Arissa.

Borang darjah 1 juga masih belum diisi. Masih elok terletak di atas meja. Abang Hakim bawa balik.

Tahun hadapan memang berderet satu sekolah, darjah 1, darjah 3, darjah 4 dan 6. Mujur tidak penuh, hehe masih ada lompang darjah 2 dan 5.

Hari ini ibu dapat gear semula, dapat masak awal pagi sejak minggu lepas. Jadi anak-anak kenyang sebelum ke sekolah.

Buat apa renyah-renyah masak. Tetapi sebenarnya ia berselang seli. Sekiranya ibu bertenaga maka jadual makan pagi juga bertenaga. Kalau ibu 'ribu' memang ada selang seli biskut, kurma atau sarapan yang mudah-mudah.

Sarapan campak-campak 5 hingga 10 minit sahaja, sebelum Amni memulakan soparno pagi dan Ammar mula menjelmakan diri dengan terpacak sambil cekak pinggang.

Selalunya juga awal pagi, Amni dan Ammar sudah wangi usai kakak Arissa melambai tangan.



Saturday, August 27, 2016

Transit

Teks: Masayu Ahmad.

Tip asas ibu bekerja di rumah.
1. Bekerja dengan anak kecil berbeza dengan bekerja dengan anak-anak yang sudah bersekolah.
2. Ubahsuai, atur dan susun mengikut masa fleksibel.
3. Ada perkara boleh pejam mata, sila pejam mata. Ada perkara boleh urus buat satu persatu dengan tenang.
4. Ya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Kadangkala ada banyak perkara yang mahu dicapai serentak tetapi perlu akur dengan keadaaan.
Fokus perkara yang berada dalam kawalan, sementara perkara yang lain berdikit dikit ubahsuai dengan kemampuan.

Tip transit anak-anak
Apabila ada urusan di luar contohnya perlu bertemu pembekal, perlu uruskan stok, perlu berjumpa pelanggan atau perlu uruskan penghantaran barang.
1. Senaraikan hari apa untuk urusan di luar tanpa perlu menganggu aktiviti urusan berkaitan urusan keluarga.
2. Bina sempadan yang jelas urusan berniaga, urusan peribadi, urusan keluarga, urusan rumahtangga, urusan anak-anak. Biar jelas dan tidak campur aduk.
3. Contoh pilihan transit anak-anak pada sekian waktu. Jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Pilihan mengikut bayaran jam. Pastikan matlamat untuk capai selesaikan aktiviti 3 jam. Mampu kembali menggunakan masa yang ditetapkan.
4. Pilihan untuk transit 1 hari sama ada hari urusan luar atau hari reward diri untuk rehat. Pilihan rawat dan rehat tanpa apa-apa gangguan. Atau maklumkan kepada pasangan lebih awal untuk kita bercuti satu hari pada minggu tersebut.
5. Transit pula boleh pilih beberapa tempat mengikut kesesuaian, keselesaan atau keselamatan anak-anak. Juga lihat poket dan bajet. Ini membantu kita rancang dan momentum untuk urus perkara lain dengan lebih tenang.
Boleh kongsi pengalaman kalian perihal transit anak-anak.
Atau ada soalan lain? ;D

Stress urus masa bekerja di rumah

Noorhariaty Bt Aziz berkongsi dilema.
Apabila bekerja dari rumah besama anak kecil sahaja walau susah masih boleh pejam mata untuk perkara kecil.
Tetapi ia sukar apabila ada orang dewasa lain di dalam rumah yang tidak mengerti sebenarnya kita sedang bekerja walau berada di rumah.
Jadi saya boleh buat erja apabila semua orang termasuk orang dewasa sudah tidur dan baru boleh selesaikan kerja.
Kemudian kepala sudah pening, inilah cabaran dan dugaan.
Apa yang dikongsikan puan di atas adalah isu atau dilema biasa..
1. Apabila ada yang menggangap bahawa apabila kita berada di rumah kita mempunyai banyak masa.
2. Apabila yang mengambil kesempatan dengan memberi tanggungjawab yang baru contohnya meninggalkan anak kecil, mohon bantuan menyelesaikan tugasan dan mengambil kesempatan agar menjaga orang tua sepenuhnya.
3. Kawasan kejiranan yang menganggap kita tidak bekerja da suriumah sepenuhmasa, bolehlah layan sinetron 24 jam sambil goyang kaki.
4. Dilema juga apabila kita baru mengalami kejutan peralihan tugas. Iaitu menikmati hari gembira bulan-bulan awal selepas berhenti kerja. Kemudiannya mula tergugat apabila merasakan banyaknya kerja sebagai surirumah dan sudah stress dalam imbangan masa.
5. Jika dahulu bekerja di luar rumah, kita meninggalkan anak-anak dan boleh fokus dariam 9 hingga 5. Keadaannya sekarang berada di rumah dan perlu pandai mengawal keadaan bekerja sambil menjaga anak-anak.
Strateginya ialah
1.
2.
3.
4.

Wednesday, August 24, 2016

Kembara perjuangan

Amni 2 minggu

Teks dan foto: Masayu Ahmad

Lama sunguh tidak bersiaran di sini. Sepanjang setahun hamilkan Amni saya fokus untuk berehat dan bertenang. Tiga hari sebelum 1 Ramadhan bersamaan 3.6.2016 Amni lahir. Maka bersambunglah berehat sepanjang bulan puasa.

Cukup 6 kelahiran saya dapat merasakan momentum agak tersasar. Kemudian perlahan saya mula atus dan susun semula jadual harian. Kali ini respon kepada keadaan fleksibel agar saya mampu menangani apa sahaja urusan dengan baik.

Ada perkara saya boleh pejam mata saya pejam mata. Ada perkara saya boleh urus saya lakukan satu persatu. Ya, kita adalah apa yang kita fikirkan. Kadangkala ada banyak perkara yang mahu dicapai serentak tetapi perlu akur dengan keadaaan.
Fokus perkara yang berada dalam kawalan, sementara perkara yang lain berdikit dikit ubahsuai dengan kemampuan.

Saturday, June 18, 2016

Hari ke 13 Ramadhan Hari 15 berpantang

Teks: Masayu Ahmad

Dapatkan semua rujukan di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Alhamdulillah, sudah hari ke 13 Ramadhan, nampaknya sudah menghampiri separuh Ramadhan. Sekejapan sahaja berlalu kan.

Suasana tahun ini sangat berbeza namun kehadiran Ramadhan tetap meninggalkan kesan. Apakan tidak biasanya dapat bergilir dengan kakak pulang ke rumah ayah untuk memasak dan berbuka bersama.

Juga kami menyantuni arwah mok dan arwah itu. Kita terkenang-kenang pada yang tidak ada. Namun pada kalian dan saya sendiri jika masih ada orang tua pastinya menggunakan masa yang ada untuk berkhidmat.

Berpantang sendiri

Berpantang kali ini sangat jauh berbeza, tidak ada yang tolong masakkan lauk pantang, rebus air teresak untuk mandian pantang. Hanya ada suami yang sepenuhnya membantu dan mengurus saya dan anak-anak.

Alhamdulillah juga si kecil sangat mudah dijaga. Dua malam pertama selepas kelahiran kami dipisahkan wad, jadi saya guna kesempatan tersebut untuk berehat sahaja. Malam ke tiga baru tidur bersama bayi.

Ajaibnya kan perasaan, dahulu si kecil ini dibawa di dalam perut. Sekarang ditenung dipandang sudah ada di sisi.

Amni, bermaksud ketenangan dan kesejahteraan. Moga solehah berbakti kepada orang tua, agama dan bangsa.

Amni sangat mudah diurus dan saya sangat senang memandangkan tidak rumit. Kadangkala teringat juga dahulu berpantang arwah mek berpagi merebus air mandian, kemudian nasi ikan bakar berulamkan kunyit muda dan lada hitam.

Al-Fatihah.

Tidak salah mengenang kenangan, moga roh arwah mek sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan beriman.


Tuesday, June 14, 2016

Hari ke 9

Hari ke 9
Saya ada rekod yang baik lawatan ke KK sepanjang hamil kali ini.
Salah satunya mahu melihat cara pengendalian jururawat Klinik Kesihatan. (salah satu misinya kemaskini ebook panduan berpantang hiho).
Rupanya sangat terbaik.
Akan tetapi kalau sibuk sebagai rutin sebelumnya memang kurang sesuai untuk saya.
Rasa macam janggal juga, setiap dua hari datang buat lawatan ke rumah. Oh aloh anak ke 6 baru ada pengalaman ini.
Masakan tidak sebelum ini tidak ada, untuk Ammar dan Arissa juga sebulan kami menghabiskan masa berpantang di hospital.
Lagi pula saya memang tidak mahu terikat dengan rutin kononya ada keutamaan lain.
Tahun 2016 ini saya bagi ruang kepada kesihatan diri dan mahu mengikut satu persatu jadual kesihatan hamil.
Untuk yang ini hari ke tiga baru dapat pulang ke rumah.
Hari ke 2 (sepatutnya ada lawatan), ke 4, ke 6, semalam hari ke 8 pun ada lagi
Lalu berborak dengan misi.
Kalau di bandar memang tidak ada terutama di Kuala Lumpur dan kawasan yang padat.
Akan tetapi dikampung rutin ini begiti disiplin dijaga.
Oh begitu. Hehe jakun kak tipah sebenarnya ;P
Melihat saya cergas dan sihat seperti sudah sebulan berpantang.
"Iya, saya perlu sihat kerana berpantang sendiri. Tambahan pula saya ikut rutin pemakanan sihat. ALhamdulillah ALlah bagi kesihatan yang terbaik selepas habis bersalin."
"Bayi juga sihat, seperti usia sebulan."
Hari ini semua sudah ke sekolah. Tinggal ibu, Amni dan Ammar sahaja.
Alhamdulillah, ibu sudah mula menjeling satu manuskrip untuk dikemaskini.
Otak dan jari aje pun bergerak.

Persediaan rohani, fizikal dan mental

.
Hari ke 2
9 bulan itu proses yang mahal dan ia meninggalkan kesan emosi dan fizikal.
Terutama bagi kehamilan ke 4 dan ke atas. Saya kira banyak faktor yang perlu ibu ambil tahu dan praktik.
1. Senarai zikir dan doa, sama ada sepanjang hamil dan juga persediaan sebelum kontraksi bermula.
2. Doa dan zikir agar kita sentiasa tenang dan ambil masa rehat secukupnya. Quran apatah lagi kan.
3. Bagaimana mahu rehat dalam kondisi yang sebenar terutama ibu yang mempunyai anak kecil dan ramai pula?
-Soalan ini dari kebanyakan ibu muda.
-Perlu pentingkan diri. Kalau diri kita tidak sihat bagaimana pula mahu mengurus yang lain.
-Jadikan satu bilik khusus untuk rehat, boleh juga jadikan ia sebagai bilik berpantang kelak.
-Letak waktu khusus untuk rehat, rutin harian yang sama setiap hari.
-Emosi ibu hamil sangat sensitif dan cepat letih.
-Apabila emosi mudah tercalar kerana faktor anak-anak, keadaan rumah dan ditambah tidak ada pembantu.
-Buat dan agihan tugasan mudah untuk anak-anak yang sudah besar.
-Buat senarai persediaan untuk bersalin dan berpantang dan berdikit-dikit selesaikan.
-Jangan paksa diri. Diam dan rehat apabila kita tidak lagi mahu refleks pada keadaan sekitar.
-Lagi banyak diam dan fokus seperti bahan bacaan yang kita uska, ia memberi terapi.
-Fokus juga kepada hobi yang mendamaikan diri.
-Kekal positif.
-Makan makanan sihat dan makanan yang kita suka. Jadikan ia reward.
Nanti saya sambung lagi 

Amni

Waktu sekarang sudah kenyang, mandi, lena tidur.

Ibu sedang edit 25 artikel untuk 6 bulan berbaki 2016 untuk Majalah Mingguan Wanita.

Lemau sudah menjauh, otak kembali berhubung, ;D



Hari ke 10

Kenangan Ramadhan.




Tahun ke lima arwah mek tak ada, tahun pertama berpuasa tanpa arwah mok dan arwah atok.
Al Fatihah, moga sampai segala doa.
Bunyi muzik latar waktu berbuka puasa dulu-dulu memang nostalgia kan.
Imbas kembali ketika kanak-kanak.
Menu sup ayam antara paling disukai. Dulu ayam kampung. Perlu rebus dan buang bulu-bulu ayam. Prosesnya agak lama, namun masakan sup ayam kampung tentunya kita teringat-ingat sampai sekarang.
Juadah asli tradisi kampung. Nekbat, buah gomok, cendol bersantan dicampur kelapa muda, macam-macam lagi.
Tak sabar berbuka. Air kelapa muda, hanya dari tandan sekitar rumah sahaja.
Ais ketul, 20 sen sahaja. Balik mesti simpan dalam bocong.
Buat kuih mesti hantar jiran sebelah menyebelah dan buat sekali banyak.
Usai maghrib berbondong dengan mek ke musolla.
Seronok suasana kampung.
Balik ada moreh waima hanya cendol air gula. Ia kenangan.
Ada pula gerai-gerai colek. Ia tradisi di Kelate.
Kenangan Ramadhan.


Hari ke 10
Tips melebatkan rambut bayi.
-Mulai minggu trimester ke 3, iaitu bulan ke 7, 8 dan 9.
-Boleh amalkan ambil/minum air kelapa muda tanpa gula.
-Khasiat untuk lebatkan dan hitamkan rambut bayi.
-Juga mengelakkan kerak kepala. Rambut dan kulit bersih semasa dilahirkan.
Gambar usia hari ke 3 ;D
Lagi 34 hari.

Friday, June 10, 2016

Menu pantang

Hari ke 7

Saya ada buat dua resepi baru, kalau sebelum ini 44 resepi pantang tu kan.

Ini yang ke 45 dan 46.

Boleh mulakan menu ini pada hari pertama lagi.

1. Ikan bakar.
2. Sayur campur
3. Nasi putih (makan panas-panas ya)

Sayur campur.

Bahan-bahan
1. Sawi.
2. Lobak merah.
3. Tomato.
4. Bunga kobis.
5. Bahan rencah (bawang putih, halia muda, ikan bilis-semua ini boleh tumbuh atau hiris. Juga bawang besar.
6. 1 atau dua sudu minyak zaitun.

Cara buat.

1. Masukkan semua bahan tumbuk. Agak sudah naik bau. Masukkan air.
2. Sudah mendidih, masukkan sayur.

Boleh juga makan dahulu 2 sudu esktrak jus delima dan buah oren sebagai sarapan pagi.

Tengahari makan menu di atas untuk minggu pertama. Ikan bakar boleh tukar sama ada kembung, siakap, selar, gelama atau jenis ikan yang tidak mendatangkan alergik.



Gambar: Sayur sawi dan halia dalam menu terdahulu.

Menu pantang

Hari ke 7

Saya ada buat dua resepi baru, kalau sebelum ini 44 resepi pantang tu kan.

Ini yang ke 45 dan 46.

Boleh mulakan menu ini pada hari pertama lagi.

1. Ikan bakar.
2. Sayur campur
3. Nasi putih (makan panas-panas ya)

Sayur campur.

Bahan-bahan
1. Sawi.
2. Lobak merah.
3. Tomato.
4. Bunga kobis.
5. Bahan rencah (bawang putih, halia muda, ikan bilis-semua ini boleh tumbuh atau hiris. Juga bawang besar.
6. 1 atau dua sudu minyak zaitun.

Cara buat.

1. Masukkan semua bahan tumbuk. Agak sudah naik bau. Masukkan air.
2. Sudah mendidih, masukkan sayur.

Boleh juga makan dahulu 2 sudu esktrak jus delima dan buah oren sebagai sarapan pagi.

Tengahari makan menu di atas untuk minggu pertama. Ikan bakar boleh tukar sama ada kembung, siakap, selar, gelama atau jenis ikan yang tidak mendatangkan alergik.



Gambar: Sayur sawi dan halia dalam menu terdahulu.

Menu pantang

Hari ke 7

Saya ada buat dua resepi baru, kalau sebelum ini 44 resepi pantang tu kan.

Ini yang ke 45 dan 46.

Boleh mulakan menu ini pada hari pertama lagi.

1. Ikan bakar.
2. Sayur campur
3. Nasi putih (makan panas-panas ya)

Sayur campur.

Bahan-bahan
1. Sawi.
2. Lobak merah.
3. Tomato.
4. Bunga kobis.
5. Bahan rencah (bawang putih, halia muda, ikan bilis-semua ini boleh tumbuh atau hiris. Juga bawang besar.
6. 1 atau dua sudu minyak zaitun.

Cara buat.

1. Masukkan semua bahan tumbuk. Agak sudah naik bau. Masukkan air.
2. Sudah mendidih, masukkan sayur.

Boleh juga makan dahulu 2 sudu esktrak jus delima dan buah oren sebagai sarapan pagi.

Tengahari makan menu di atas untuk minggu pertama. Ikan bakar boleh tukar sama ada kembung, siakap, selar, gelama atau jenis ikan yang tidak mendatangkan alergik.



Gambar: Sayur sawi dan halia dalam menu terdahulu.

Monday, June 6, 2016

Hadiah Ramadhan kelahiran ke 6


3.6.2016

5.6.2016


6.6.2016

Cerita kemudian ya ;D


Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t akhirnya selesai jua perjaungan fasa selepas 40 minggu kehamilan. Jangkaan saya bersalin adalah 30.6.2016, tetapi jangkaan doktor berdasarkan alat pengimbas bayi adalah 3.6.2016.

Saya perlu melapor atau nama lain menyerah diri pada 2.6.2016, iaitu sehari sebelum tarikh jangkaan. Pada minggu ini adalah bertepatan dengan cuti sekolah. Jadi saya banyak berdoa agar kelahiran akan berlaku tepat pada tarikh tersebut.

Minggu terakhir 39 minggu kehamilan kontraksi main-main sudah pun bermula. Saya melakukan aktiviti seperti biasa. Namun doanya agar segeralah ia berakhir. Pada tarikh 1.6.2016 kontraksi sudah bermula, namun ia tidak konsist secara tepat.

Kontraksi terus bersambung kitaran setiap 20 minit dan kadangkala 10 minit. Pada penghujung malam saya terlena dan dengan harapan keesokan pagi ia akan lebih cepat berlalu. Sejak awal pagi saya sudah gembira kerana kontraksi sudah setia 10 minit. Namun tidak ada tanda-tanda seperti pecah ketuban seperti biasa.

Jadi saya arahkan Arif dan Hakim, melakukan gotong royong membersihkan rumah sekali lagi. Masakan tidak akan menyambut Ramadhan dan kemudian Syawal. Jadi saya mahu suasana rumah berada dalam keadaan sedia dan teratur. Kemas rumah, sapu rumah, mop lantai, bersihkan dapur. Dibantu suami dan anak-anak. Perasaan lega kerana dapat menyelasaikan semua tugasaan dengan baik.

Jam 10 pagi barualah kami sarapan. Peti ais sudah dikosongkan kerana jangkaan minggu pertama tidak memasak. Pada 1.6.2016 itu juga Ammar, Arissa dan Aiman dibawa pulang oleh kakak ipar yang sulung, yang tinggal di rumah hanyalah Arif da Hakim,/ Saya berpantang sendiri sepenuhnya kali ini dibantu suami. Rindu juga dengan arwah mek dan arwah mertua.

Jam sudah menginjak 12 tengahari, kami singgah lagi di rumah abang ipar, tinggalkan Hakim dan Arif di situ. Kemudian berehat sebentar solat zohor.

Jam 3 petang sampai di hospital. Terus ditempatkan di wad. Usai pemeriksaaan bukaan sudah 3 cm. Langsung solat asar. Saya sudah tidak boleh lena, kerana kontraksi terus berlangsung. Anggapan saya berdasarkan pengalaman lalu, jam 3 pagi nanti insya-Allah akan bersalin.

Banyaknya saya melakukan akiviti berjalan di dalam wad, selepas maghrib bukaan sudah 4 cm. Kemudian jam 2 bukaan 5 cm.

Jururawat memaklumkan saya sudah boleh bersedia untuk ke bilik bersalin. Saya memilih untuk berjalan sahaja kerana kontraksi masih terkawal dan tidak terlalu sakit.

Seperti biasa apabila baring, pemeriksaan dan juga ctg. Saya sudah tidak sabar menyelesaikan. Ditemani en.suami, zikir dan doa tidak putus.

Gerakan demi gerakan. Entonoks saya sedut untuk mengembalikan tenaga. Sangat terasa apabila gelombang kontraksi semakin menyengat dan saya terasa seperti gerakan dari dalam menuju untuk keluar.

Alhamdulillah jam 3.23 anakanda lahir dibantu bidan dan juga doktor wanita muda.

Alhamdulillah. selesai jua. ;)









Thursday, May 12, 2016

Minggu ke 37

Teks: Masayu Ahmad

Baca asas persediaan ini dahulu ya www.janawangdirumah.com
Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Alhamdulillah, alhamdulillah nikmatnya sihat, bermula November dan Disember saya mula mengalami alahan teruk dan mengambil keputusan memperlahankan beberapa aktiviti.

Beberapa hari ini rasa sangat sihat dan rasa bertenaga. Kini sudah pun mula memasuki minggu ke 37 dan minggu ke 38 seterusnya bayi boleh lahir pada bila-bila masa sahaja.

Penghujung trimester ke 3 saya mula berpindah ke bilik berpantang, dan persiapan juga sudah berada peringkat akhir. Hanya beberapa keperluan sahaja lagi belum dibeli.

Satu kotak pakaian bayi sudah pun dihantar dobi. Beli juga yang beberapa helai yang baru bagi merai si kecil. Alhamdulillah.

Doakan saya berada dalam kesihatan terbaik untuk berjuang sekali lagi.

Agihan masa

Banyaknya saya berehat untuk tahun ini, dan merancang semula mana-mana kerja mengikut keutamaan.

Senarai judul ebook dan manuskrip saya senaraikan semula dan insya-Allah akan mula semula. Banyaknya saya berehat dan membaca sahaja untuk tempoh kehamilan kali ini.

Tumpuan juga untuk anak-anak, lantaran kelahiran ini adalah menjelang Ramadhan dan cuti persekolahan, Ammar, Arrisa dan Aiman akan berada di rumah ibu saudara di Besut. Tinggal hanya Hakim dan Arif sahaja di rumah, boleh membantu ibu.

Ya, berpantang sepenuhnya sendiri dibantu en.suami yang akan bercuti seminggu. Insya-Allah.

Sejak sudah berada minggu-minggu akhir ini barulah perasaan teruja kunjung tiba, manakan tidak saya cepat penat dan juga agak emosi. Itu sebabnya saya banyak berdiam diri dan berehat sahaja.

Namun, ajaibnya untuk kali ini saya tidak mengalami kekejangan 'cramp' atau nama lain 'nyetok mengkarung' kata ore kelate. Alhamdulillah atas anugerah kesihatan ini.

Sunday, May 8, 2016

Ramadhan kali ini

Teks: Masayu Ahmad

www.janawangdirumah.com
www.akademibekerjadirumah.com/shop


Berbaki lebih kurang empat minggu sahaja lagi bulan penuh keberkataan akan menjelma. Seakan satu perasaan sayu menyelinap di hati.

Ia, dua susuk tubuh tidak lagi bersama kami anak beranak bersama berbuka puasa. Rupanya ramadhan yang lalu adalah ramadhan yang terakhir bersama arwah mok dan arwah atuk. Al fatihah.

Masakan saya lupa kerna lima tahun ini pulang berbakti sekadar kudrat yang ada.

Namun, hati masih berbahagia kerna, masih ada tok ayah yang menyirami kasih sayang cucu-cucu.

Ramadhan kali ini kami bakal menyambut orang baru, ahli keluarga baru. Jadi persiapan untuk raya seakan bukan menjadi keutamaan. Saya bakal berpantang sepenuhnya di bulan Ramadhan ini.

Mujur kakak yang sulung akan pulang jadi satu kelegaan buat saya persiapan puasa buat tok ayah. Selalunya saya dan kakak akan bergilir untuk pulang memasak dan kali ini saya tidak dapat menunaikan hal demikian.

Bakal menimang kelahiran ke 6, saya merasakan satu amanah yang maha berat untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak. Debarnya masih ada dan kini sedang menghitung hari.

Doakan saya ya, agar dipermudahkan.

Tuesday, April 26, 2016

Lama menghilang

Teks: Masayu Ahmad

Baca dahulu persediaan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop


Hidayah, kesihatan dan ketenangan itulah nilai paling mahal dalam mengharungi kehidupan sebelum mata tertutup rapat. Alhamdulillah atas kasih sayang dan rahmat Allah. tahun ini saya kira saya sangat kurang produktif, sejak bermula awal kehamilan dan kini berbaki beberapa minggu lagi akan dan saya sudah bersedia untuk bertarung buat sekian kalinya.

Lama menyepikan diri, saya banyak fokus kepada kesihatan diri. Kali ini ruang masa diberikan untuk rehat dan merangka semula perjalanan yang sudahpun saya kira akan menempuh usia 40 an beberapa tahun lagi.

Tidak banyak yang saya minta, agar dicukupkan rezeki yang berkat dan mampu menyelesaikan 5 amanah dan seorag lagi bakal dianugerahkan tidak lama lagi

Dengan baki masa yang ada saya tidak punya waktu yang banyak untuk berlengah, bekalan untuk hari perhimpunan dan saya amat takut sekali.

Rasa getir pabila bekalan sedia ada sangat hujung kuku, dan seringkali hati menangis moga Allah memberikan rahmat dengan pengakhiran yang baik.

Semoga kita semua mati dalam keadaan husnul khotimah dan sentiasa berlumba dalam menyebarkan manfaat kebaikan.

Ampun maaf sekiranya ada salah dan silap saya tanpa saya sedar atau saya sengajakan.

Maafkan saya.

Wednesday, April 6, 2016

Berbaki 60 hari doakan saya

Teks: Masayu Ahmad
Baca persediaan asas di sini ya www.janawangdirumah.com

Lama tidak menulis di sini, kalian apa khabar.


Saya alhamdulillah, doakan agar dipermudahkan urusna untuk kelahiran edisi terbaru ini


www.masayuahmad.com

Wednesday, March 16, 2016

Meneroka kehidupan

Teks: Masayu Ahmad

Baca panduan asas di sini www.janawangdirumah.com

Lebih banyak rujukan ada di sini www.akademibekerjadirumah.com/shop



Apa khabar kalian, tidak pernah lekang datang dan singgah ke sini. Saya 'berhibernasi' sebentar meneroka kehidupan sebenar.

Bermula cuti sekolah aktiviti bersama keluarga, bersambung pula Ammar dan Aiman pulang ke rumah emak saudara di Besut. Jadi ibu banyaknya fokus membaca dan aktiviti belakang tabir.

Diam itu lebih baik

Menyendiri dan fokus dengan pembacaan banyak memberi ketenangan. Juga dengan menghargai alma sekitar dan bumi hijau Tuhan.

Sebagaimana selalu, apabila ramai yang mula bersesak pada satu 'tujuan' saya lebih enak dan tenang mudik ke hulu merentasi denai alam yang lebih santai.

Ia mungkin lebih mendidik hati untuk lebih menikmati apa yang ada.

Tambahan pula dengan kedatangan bakal 'si bongsu' saya memilih berehat dan bertenang.

Pun begitu dengan limpahan nota dan buku-buku kegemaran ia adalah terapi paling mustajab.

Harapnya bulan ini dapat siapkan beberapa lagi manuskrip. Insya-Allah.

www.masayuahmad.com

Terima kasih kalian selalu singgah di sini ;D

Sunday, March 6, 2016

Nasi lemak mok doh

Nasi lemak mok doh
Nasi lemak masa kecil-kecil dahulu. Beli juga nasi berlauk. Teringin punya pasal.
Berpagi bersama Ammar jejak 30 minit hari biasa, hari cuti sekarang sudah jadi 40 minit.
Itulah laluan nyaman tanpa rebut-rebut.
Menikmati sarapan pagi sambil borak dan borak dengan tok ayah.

Adakah makin kita sibuk, makin terencat masa untuk jengah orang tua?
Saya hanya nasihatkan diri sendiri. Jika dahulu matlamat paling agung adalah kerana untuk mudah dan cepat balik lihat orang tua.
Jadi apa pun alasan, ketika sihat dan ketika sibuk itulah, terjah masa dan cari peluang.
Alhamdulillah, rasa lebih tenang bermukim.
Rempit dengan Ammar. Inilah teman kerja ibu ke hulu dan ke hilir.

Mana yang menyebabkan saya terlalu sibuk, saya cantas kembali dan kendurkan semula keadaan.
Saya mahu bertenang dan bekerja dengan lapang.
Itulah pilihannya.
Usaha kerja kita rezeki ditentukan Allah. Selalu sematkan dalam fikiran.

Alhamdulillah.

www.masayuahmad.com
There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin