Status kini - SURIRUMAH
Pilih salah satu cabaran berikut atau gabungkan jika mahu. Kongsikan pengalaman dan cabaran anda.
Saya pilih cabaran nombor 2 dan nombir 6 iaitu cabaran menjadi surirumah sepenuh masa di samping menjadi isteri sholehah serta ibu mithali (insya-Allah).
Sukar rasanya saya nak memulakan ayat nak berkongsi pengalaman dan cabaran-cabaran yang saya hadapi. Tapi, apa yang nyata, bukan mudah memegang status sebagai surirumah sepenuh masa, apatah lagi saya pernah jadi wanita berkerjaya sebelum ni.
Saya sebenarnya baru sahaja dua bulan lebih menjadi fulltime housewife setelah kontrak saya sebagai Penyelaras Projek di salah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka Malaysia tamat. Mungkin, kegawatan ekonomi kini menyukarkan syarikat tersebut untuk menyambung kontrak saya, apatah lagi tugasan saya adalah project-based.
Mujurlah, hari dan minggu saya tamat kontrak, suami saya kebetulan mendapat pekerjaan baru yang mana boleh saya nyatakan statusnya lebih secure dan menguntungkan. Bermakna pengalaman minggu pertama saya sebagai fulltime housewife memang mengujakan. Perancangan ALLAH tu bagus kan? Saya berpeluang menguruskan hal-hal suami dengan senang hati pada masa tu kerana saya tak perlu memikirkan tentang 'kerja pejabat' saya lagi. Kebetulan, suami dalam proses menamatkan pengajian master, status baru saya sebagai fulltime housewife pada masa tu amat penting buat kami berdua. Alhamdulillah.
Namun, hari demi hari, saya mula tak betah berada di rumah. Saya mulai jemu. Lebih-lebih lagi pekerjaan baru suami memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi, tambahan gaji lebih kecil (gaji pekerja kontrak syarikat telekomunikasi adalah tinggi), dan kami yang baru 3,4 bulan berkahwin dilanda pelbagai masalah melibatkan wang. Saya sedih kerana tidak mampu membantu suami dari segi financial lagi. Saya sedih kerana tidak mampu membuat sumbangan untuk 'akaun khas' bayi yang sedang saya kandung. Bayangkan...mujurlah, saya memang dilahirkan bukan kaki shopping. Satu bonus untuk suami.
Yang menjadi cabaran kepada saya adalah dari aspek kualiti layanan seorang isteri yang sholehah yang saya cuba pelajari dan beri kepada suami. Saya dah terbiasa 'dimanjakan' suami. Pekerjaan kami sebelum tu mengamalkan flexi hour, dan adakala saya dibenarkan work at home. Saya jarang sekali ironkan baju kerja suami, malah selalunya sarapan pun suami yang sediakan. Tambahan lagi, saya mengandung awal, maka 'kemanjaan' saya kian menjadi-jadi. Ada masanya saya 'paksa' suami datang lunch dengan saya di Shah Alam dengan alasan saya tak selera makan dengan kawan-kawan pejabar saya (suami di Cyberjaya).
Apapun, saya amat berterima kasih dengan kehadiran bayi ni di saat-saat macam ni. Walaupun kami tak boleh nak bermewah macam dulu, tapi kehadiran si kecil ni amat membantu saya dalam proses menjadi surirumah sepenuh masa yang berjaya. Kalau takde dia, mungkin lebih tertekan saya kerana kehadiran bayi ni banyak memberi ruang untuk saya 'bernafas' dalam kelam-kabut peralihan status dan penjenamaan diri. Betullah, anak ni rezeki.
Kini, saya dalam proses untuk ke status WAHM. Insya-Allah. Ini target saya. Saya mahu puas memberi layanan terbaik buat suami saya, maka saya tak rela meninggalkan status ini. Tambahan kami bakal menjadi 'emak dan abah' tak lama lagi. Biarlah tangan saya yang membesarkan anak saya nanti, biarlah tangan saya yang menjaga suami saya sampai bila-bila, dan dalam masa yang sama saya mahu membantu suami dari segi kewangan.
No comments:
Post a Comment