Saturday, May 20, 2017

2017

bayangkan anak anak.
Usai turun dari rumah, letak beg dan mula sesi belajar waktu pagi...
Anak anak kecil usai ditinggalkan di taska atau pengasuh...
Adakah?
Mereka pergi dengan keadaan perut kosong.
Anak kecil sudah diberi makan dan mandi. Atau masih berpakaian semalam dan masih masam.
Emosi mereka dipeluk mesra.
Kita, mak mak selalu membayang seperti iklan di tv.
Bangun pagi penuh ceria, sediakan sarapan. Turun dengan gembira.
Tidak ada suara suparno.
Tidak ada leteren.
Tidak ada seperti mahu naik minyak.
Usai pagi anak anak mahu mak yang tenang tanpa emosi.
Usai pagi bangkit dengan gembira.
Aiman segak hari ini seperti selalu.
Lalu separuh roti diberikan kepada Arissa. Ibu tahu sebabnya hati Aiman berbunga bunga apabila dipuji.
Lama sudah tidak memasak sarapan.
Esok kita mula semula.

Ramdhan 2017

Kerisi gemuk diperap semalamam kemudian bakar atau goreng.
Ini menu Ramdhan dan juga sedap masa sahur.
Apa menu mak kalian? Sedap dan teringat ingat.
Sebulan puasa masakan mak paling sedap sup ayam kampung. Dulu mana ada ayam bandar macam sekarang.
Bau sup memang jadi segar, sebab tunggu lama mahu hirup. Tunggu tengahari tidur lepas tu tengok jam bergerak, aduh lama sangat.
Sudah petang pergi kedai runcit Wan Hasan. Beli ais panjang. Dipotong dengan gergaji. Dua puluh sen sahaja. Letak dalam plastik rok rak. Ais ketul bawa balik ikat di pelantar basikal.
Menitis nitis sepanjang jalan. Balik rumah letak dalam bocong.
Istimewanya ayah akan kait kelapa muda.
Lagi istimewa ayah suka letak buah kabung, isi kelapa muda, susu dam sirap, ditambah juga dengan cendol. Memang sedap.
Kami budak budak air kelapa muda dan sup ayam, tambah ayam goreng cukup dah. Kenyang sangat.
Ikan bakar, ikan kembung percik, ikan pari bakar cicah asam, kerabu lawa ini menu biasa orang tepi laut. Gulai ikan tenggiri, biasanya ikan tu perap satu malam, baru esoknya gulai.
Akok, nekbat, sira pisang, pengat pisang ini manisan istimewa Ramadhan.
Hidangan membuatkan kita teringat kenangan lalu.

Tok ayah

Ammar 3 tahun
Arissa 7 tahun

Muara sungai tempat ibu bermain.

Sudah jauh berubah wajah.

Dulu perlu naik menggunakan ceracak buluh atau batang kelapa yang dijadikan titi.

Usai petang ibu girang ke muara sungai,
Menanti tok ayah pulang,
Membawa muatan,
Itulah kenangan tak akan terpadam.
Bangsal ini usianya sudah puluhan tahun.

Amni 11 bulan


Amni 11 bulan

Tahun lepas 3 hari sebelum 1 Ramadhan ibu bersalinkan Amni.
Petang sehari dapat keluar wad, sebelum malamnya akan sahur.
Merasa juga 30 hari tak puasa.
Amni paling sihat dan ibu dapat menikmati hari hari berpantang.
Apa tidak 5 sebelumnya banyak kenangan di wad.
Bersalinkan Arif, Hakim masuk wad.
Bersalinkan Aiman, Hakim masuk wad.
Bersalinkan Arissa berkampung di icu.
Bersalinkan Ammar juga berkampung di icu.
Setiap satunya ada cerita memberi rasa. Membuat diri banyak belajar dari pengalaman. Ibu muda jangan putus asa, rai setiap apa yang mendatang dengan sabar.
Hospital ibarat rumah ke dua, namun banyak proses belajar melalui pengalaman.
Teringat ingat malam dentuman mercun merai tahun baru. Saya melihat dari aras tinggi bangunan, ditemani si kecil Arissa masih beberapa minggu.
Kita ada lakaran kenangan lalu, membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur setiap hari.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin