Teks: Masayu Ahmad
Salam pagi Sabtu bersamaan 16 Januari 2010. Alhamdulilah masih lagi diberi ruang dan rezeki untuk bernafas di bumi Allah. Menjejaki minggu-minggu januari yang penuh dengan tugasan yang menanti. Saya masih dalam mood marathon untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang agak kritikal juga datelinenya. Namun dalam mengurus masa 24 jam yang dirasakan cukup singkat, saya masih lagi mampu memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Lama sudah saya tidak mencoret di sini, betapa saya cukup berterima kasih atas kesudian kalian yang meninggalkan jejak di blog yang tidak seberapa ini. Saya merasakan kelapangan fikiran sejak beberapa bulan ini. Inilah anugerah yang tidak ternilai rasanya. Kelapangan fikiran di kala saya masih sibuk menguruskan rutin anak-anak, rumahtangga dan tuntutan karier. Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan keadaan ini.
Sejak saya menerokoka teknik dan strategi pengurusan masa beberapa buku dan capaian maklumat internet, ianya seolah-olah turut menjadikan saya berdisiplin. Siang hari kini penuh dengan rutin kerja dan hanya sesekali sahaja menemani aiman melelapkan mata. Sesudah Aiman lelap, badan terus sahaja bingkas, bersegera menyiapkan kerja. Saya sukakan keadaan ini. Menyelongkar dan menyelidik maklumat menyebabkan minda saya sudah menangkap, menyimpan dan memberi isyarat agar mengikut apa yang telah saya baca.
Saya dapat merasakan apa yang memotovasikan diri sebenarnya daya cerapan luar kawalan, namunnya ianya cukup menakjubkan. Saya dapar merasainya. Saya lebih bertenaga, bermotivasi dan kerja rumah dapat selesai mengikut rutin. Alhamdulillah dengan nikmat ini. Banyak lagi tips dan panduan yang ingin saya kongsikan.
Semoga setiap persinggahan kalian di sini, membawa sesuatu yang bermakna untuk dibawa pulang.Insya-Allah.
Sebelum saya terlupa, saya mahu berterima kasih kepada usaha yang dilakukan oleh seorang blogger yang menganjurkan dan mengumpulkan seluruh peraduan pada satu blog. Jemput semua ke sana, kerana banyak peraduan yang menarik untuk diserta. Contohnya beberapa peraduan berikut.
Pelbagai jenis hadiah dari pelbagai peraduan yang menarik, kalian boleh ke sana untuk melihat, memilih dan menyertai peraduan yang sesuai dengan citarasa. Selamat berkunjung, ya.
6 comments:
saya suka baca entry2 dlm blog masayu.. sumenye menaikkan motivasi saya.. thanks for that friend:)
maya
terima kasih maya,;D
apalah sgt ilmu sy yang sedikit ini,
Betul kak...sebenarnya berada bersama2 dengan anak lebih membuatkan saya rasa bermotivasi. Seronok melihat anak makan, seronok melihat rumah kemas, seronok melihat tugasan yang kita buat dengan mengikut jadual kita sendiri...
walaubagaimanapun, saya kehilangan motivasi itu sekarang...selalu begini di penghujung kehamilan!! :(
siti
wanita sarat nak tunggu kelahiran memanglah begitu keadaannya,
pastikan rehat yg cukup selama berpantang, habis pantang boleh pecut semula ;D
Assalamualaikum mas.
Selamat bercuti hujung minggu (SAHM juga ada hujung minggu kan?).
Tahniah untuk mas sebab dengan bekerja dari rumah dan rajin membaca, mas menjadi lebih berdisiplin. Ramai orang tak mampu nak ikut nasihat atau tunjuk cara yang dalam buku-buku tu.
Terima kasih pula sebab sudi berkongsi maklumat tentang blog peraduan tu. Memang salut kat pengusahanya. Idea di luar kotak biasa orang blogging. Kakchik tak minat sangat masuk peraduan tapi nak tengok jugalah.
Ok, mas. Petang nanti singgah la makan lasagna ya.
Wasalam kak chik,
ada hujung minggu, tetap dengan rutin biasa,,,
hari ini masak banyak sikit ada tetamu bertandang..
ok, nanti sy tumpang tgk lasagna tu,, dah lama juga sy tak buat spageti..;D
Post a Comment