Followers

Thursday, February 24, 2011

Susun rutin mengikut jam-tip suri rumah super

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google




Apabila membaca status di laman sosial (FB) dan blog. Rata-rata dan kebanyakan wanita bekerja, suri rumah sepenuh masa mengeluh tidak cukup masa dan situasi kelam kabut.

Pagi hari akan menguruskan anak-anak kecil, keperluan suami, bekal anak sekolah, dan sudah tentu diri sendiri adalah terakhir.

Keperluan anak kecil perlu dimandikan, siapkan bekalan untuk satu hari lampin, susu, stok makanan, pakaian dan sebagainya. Anak sekolah sudah tentu bekal makanan, pakaian yang sudah siap digosok, segala keperluan buku dan alatulis untuk jadual hari tersebut. Itu tidak termasuk menyemak kerja sekolah anak-anak. Mungkin ada ibu sibuk yang tidak sempat menyemak.

Keperluan suami, baju bergosok, sarapan pagi.

Ada yang melakukannya dengan 'budaya segera' iaitu seperti berikut:

1. Bekal anak-anak beli yang dijual dan minuman air kotak. Pengiklan mengambil kesempatan dengan membuat dua versi, satu warna untuk anak perempuan dan satu lagi warna biru untuk anak lelaki. Apa lagi ibu super sibuk menggunakan kesempatan ini membeli banyak dan dijadikan stok. Tiada lagi air tangan ibu yang mengacau minuman pagi untuk anak dan suami. Ia sudah diswastakan kepada air tangan pekerja kilang yang menproses air kotak tersebut.

2. Rumah berselerak. Saya tabik spring toing, toing, toing, jika ada ibu anak tiga yang bekerja dari jam 9 pagi pulang lewat malam masih mampu mengekalkan rumah bersih, kemas dan harum. Bagi ibu super yang tidak sempat akan megupah pula 'super bibik' yang akan mengurus rumah, membersih, mengemas, dan menguruskan hal anak-anak. Bagi yang tidak ada bibik, menunggu hujung minggu untuk mengerjakan segala urusan rumah tangga yang tertangguh. Ia tidak termasuk perkongsian masa untuk bersama anak-anak dan suami, melakukan hobi dan memasak. Segala-gala mahu dibuat, jadinya menjelang malam minggu esok hari Isnin, mood malas dan celaru mula menjelma. Akan kembali dengan rutin 'sibuk' dan 'kelam kabut' bermula isnin hingga jumaat. Begitulah seterusnya.

Ok, panduan berikut membantu kita 'ibu super' menyelesaikan satu persatu 'ribut' yang selalu melanda kaedah menyelesaikan satu persatu mengikut detik jam. Satu minit yang berlalu ada 'nilai emas' yang tidak boleh dilepaskan.

Tarikh:.........................  Hari:.............


Pagi; 4 hingga 11 pagi.

1...............................
2...............................
3...............................
4...............................

Tengahari: 11 hingga 2 petang

1...............................
2...............................
3..............................
4..............................

Petang: 2 petang hingga 7

1.................................
2................................
3...............................
4................................

Malam: 7 hingga 10

1...............................
2..............................
3.............................
4.............................


Senaraikan seberapa banyak tugas, mengikut agihan masa, pagi, tengahari, petang dan malam. Senaraikan dan lima minit terakhir anda lihat berapa banyak tugas yang anda selesai lakukan. Dan yang penting berapa intensiti kecekapan menyelesaikan tugas mengikut tempoh masa. Senaraikan seberapa banyak, tidak semestinya hanya empat seperti di atas. Di atas adalah contoh, pastikan senarai anda fleksibel dan realistik untuk diselesaikan. Ubah ia mengikut kesesuaian masa dan jenis kerja kalian.

Nota: Saya suka pandangan sebegini. Siapa lagi mahu kongsikan pandangan kalian. Pandangan ini akan tercatat dalam salah satu buku saya.:D. Terima kasih kak durra.




Pandangan 1: Durra Mohamed Jamri -http://artchetak.blogspot.com/

Komen akak ni mungkin tak berkaitan, mungkin juga ya. Pendapat akak, Kalau suami turut sama dalam pembahagian kerja rumah, rasanya tak ada wanita, bekerja atau tidak, yg terpaksa menjadi super-mom. Pembantu rumah pun mungkin tak perlu. Apa salahnya kalau sarapan pagi tu, suami yg sediakan. Sekadar sandwich atau roti bakar pun apa salahnya. Ataupun, kaum bapa tolong gosokkan baju seminggu sekali. Ni berdasarkan pengamatan sendiri, kaum bapa, mana yg kuat bersukan, balik je, terus capai kasut bola. Yg kaki online pulak, tak sempat2 nak mengadap blog atau bermain games online. Apa salahnya balik rumah, capai penyapu ke, kutip baju utk dibasuh ke, siap anak2 untuk mandi ke...



Di rumah akak, tugas kutip baju, basuh, sidai, angkat & gosok baju, tu semua tugasan suami. Satu atau dua kali seminggu akak akan mop lantai secara 'kasar'. Dua kali sebulan, suami akan mop lantai dengan lebih thorough, celah2 almari dapur, bawah sofa dsb. Begitu juga toilet. Bukan meng'kuli'kan suami. Alhamdulillah suami rela hati buat semua tu. Kalau tak, mmg tak terkejar utk kita buat semua.


Akak pulak mmg tak boleh tgk rumah bersepah. Anak2 baru berumur 5 & 3 tahun, jadi sepah tu mmg tak boleh dielakkan. Tapi, wajib, dalam sehari, 3 kali vacuum ruang tamu. Mujurlah rumah kecil, jadi tak menjadi masalah sgt. Dan oleh kerana tak perlu basuh baju, ada lah masa yg lebih utk kemas rumah. Di sinilah pentingnya suami sama2 turun padang.


Janganlah alasan bekerja utk anak isteri jadi penyebab utk elak buat kerja rumah. Apakah si isteri tak ada langsung sumbangannya.
Tapi, seriously, kalau suami rajin 'turun padang', insyaAllah kaum ibu tak terpaksa jadi wanita super. Dalam family sendiri akak biasa dengar ka...um bapa tanya, 'seluar kerja saya dah basuh tak?', 'baju bola nak pakai esok dah cuci ke belum?'. Sedangkan mesin basuh kan ada. Masukkan seluar, letak sabun dan tekan suis je pun... Kadang-kadang tu tepuk dahi jugak akak. Belum cerita bab lepas makan, pinggan sendiri je pun, main tinggal je atas meja.



Anak-anak pun kena didik kemas rumah sejak kecil. Rumah akak ni anak-anak jiran rajin datang bermain. Memang dah wajib, lepas main, SEMUA sekali kena kemas bilik mainan tu. Lepas makan pun sama, kena bawak pinggan& gelas masing-masing dah letak dalam sinki. Si kakak dah boleh suruh lap meja & basuh pinggan sendiri. Apa saja kerja rumah, yang mudah-mudah tu, kena libatkan anak-anak.




Hehe..kena buat kerahan tenaga lah bila rumah tak ada pembantu. Baru ada masa lebih untuk fokus pada bisnes online.
Pandangan 2: Elin (bagi nama penuh mengikut ic ya)- http://fareenlife.blogspot.com/

Assalamualaikum w.b.t

Saya baru sahaja mengikuti blog ini. Suka, kerana banyak yang boleh dipelajari. Saya suka betul dengan komen puan durra.

Saya juga ibu bekerja dan mempunyai tiga orang anak yang masik kecil dan semua sedang lasak. Memang kelam kabut setiap hari. Barang-barang anak perlu dikemas setiap mala. Bekal mereka saya tidak sempat buat, beli sahaja di kafe pejabat.

Waktu petang, sekiranya suami balik awal saya minta dia mandikan anak-anak. Saya pula bolehlah melunaskan kerja-kerja lain. Kemas mana yang sempat, lipat baju, cuci pinggan mangkuk, gosok baju suami dan saya. Menyapu rumah saya buat dua hari sekali, jika mahu buat semua sekali memang tidak larat. Tambahan pula, saya sekarang sedang hamil anak ke empat, tetapi kalau ada bantuan suami, insya-allah ok. Walaupun suami tidak banyak membantu, tetapi ada juga daripada tak ada langsung.

Nor Atikah Abdul Rahim (melalui FB)


Mempunyai suami yang sama-sama memberi komitmen memang satu rahmat. Alhamdulillah kalau dapat yang begitu. Kalau dapat yang sebaliknya, bagaimana pula. Semua perkara perlu diuruskan, letih memang letih yang amat. Kadang-kala rasa labu betis sudah semakin mengeras sebab dari jam 4 pagi hinggalah sampai ke malam. Lebih banyak berdiri dari duduk. Saya mempunyai tiga orang anak dan bekerja, sememangnya meletihkan.


Saya sangat tabik pada ummi yang mempunyai  tujuh orang anak, bekerja syif (petugas hospital) tetapi masih lagi sempat masak untuk anak-anak. Semua sempurna untuk sarapan, bekal ke sekolah, tengahari dan malam. Rumah pula sentiasa bersih dan kemas, ummi sahaja yang buat semua itu tanpa bantuan ayah. Tetapi dia tidak pernah mengeluh, tidak seperti aku. Anak baru tiga sudah bising-bising, kepenatan.

6 comments:

Joy said...

thanks for sharing...

Masayu Ahmad said...

joy,

sama-sama, salam perkenalan ;D

Durra MJ said...

Masayu,

Komen akak ni mungkin tak berkaitan, mungkin juga ya. Pendapat akak, Kalau suami turut sama dalam pembahagian kerja rumah, rasanya tak ada wanita, bekerja atau tidak, yg terpaksa menjadi super-mom. Pembantu rumah pun mungkin tak perlu. Apa salahnya kalau sarapan pagi tu, suami yg sediakan. Sekadar sandwich atau roti bakar pun apa salahnya. Ataupun, kaum bapa tolong gosokkan baju seminggu sekali. Ni berdasarkan pengamatan sendiri, kaum bapa, mana yg kuat bersukan, balik je, terus capai kasut bola. Yg kaki online pulak, tak sempat2 nak mengadap blog atau bermain games online. Apa salahnya balik rumah, capai penyapu ke, kutip baju utk dibasuh ke, siap anak2 untuk mandi ke...

Di rumah akak, tugas kutip baju, basuh, sidai, angkat & gosok baju, tu semua tugasan suami. Satu atau dua kali seminggu akak akan mop lantai secara 'kasar'. Dua kali sebulan, suami akan mop lantai dengan lebih thorough, celah2 almari dapur, bawah sofa dsb. Begitu juga toilet. Bukan meng'kuli'kan suami. Alhamdulillah suami rela hati buat semua tu. Kalau tak, mmg tak terkejar utk kita buat semua.

Akak pulak mmg tak boleh tgk rumah bersepah. Anak2 baru berumur 5 & 3 tahun, jadi sepah tu mmg tak boleh dielakkan. Tapi, wajib, dalam sehari, 3 kali vacuum ruang tamu. Mujurlah rumah kecil, jadi tak menjadi masalah sgt. Dan oleh kerana tak perlu basuh baju, ada lah masa yg lebih utk kemas rumah. Di sinilah pentingnya suami sama2 turun padang.

Janganlah alasan bekerja utk anak isteri jadi penyebab utk elak buat kerja rumah. Apakah si isteri tak ada langsung sumbangannya.

Alamak, panjang pulak bebelnya.

Elin said...

Salam... saya baru jer mengikuti blog puan ni.. suka sebab banyak yg blh dipelajari.. Saya suka betul komen pn durra tu.. saya pun ibu bekerja, anak tiga kecik2 lagi sumer dan tengah lasak.. mmg kelam kabut setiap ari.. brg2 anak nak kena dikemas setiap mlm.. bekal dorang mmg tak sempat saya buat, saya beli aja kat kafe di ofis.. balik ptg kalau suami balik awal, saya minta dia mandikan anak2. Saya pula buat keja lain.. kemas sikit2 umah, lipat baju, cuci pinggan mangkuk, gosok baju suami dan saya.. sapu menyapu tu saya buat 2 hari sekali.. nak buat semua tak larat, lagi2 tengah preggy lak anak keempat.. tapi kalau ada bantuan dari suami, insyallah sume okay.. walaupun suami tak byk beri bantuan, tapi ada juga dari tak beri langsung.. cuma nak kena minta la pula.. tak tau la nak buat sendiri terus kalau saya tak cakap.. hehe.. saya pun pjg komen..

Elin said...

Sori.. nama penuh saya Fareen Azlen Abd Rahim.

kakyong said...

Mas,

semasa masih bekerja dulu, suami memang sama2 turun padang.. tapi sejak dah tak bekerja ni, huhuuu.. semua kakyong kena buat,, urusan dlm rumah memang kakyong jer sorang2 harus kerjakan.. memula dulu sedih jugak.. tp lepas baca buku Jana RM dari rumah, kakyong teruja dgn jadual masa empat tempoh.. cuba aplikasikan, slowly memang sangat2 berbaloi dlm pengurusan masa & dpt mengurangkan stress... terima kasih Mas kerana berkongsi idea ni... ;)

Insya Allah, bila kakyong dah betul2 cekap, boleh lah berkongsi di blog.. ;)

Share It

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin