Friday, January 15, 2010

Sejak menggunakan Lampin kain untuk sofea, saya mendapat idea jual secara online-Nurul Huda


Nurul Huda Ahmad Adnan- Peserta 6

Status kini


Bekerja dan mempunyai pendapatan sampingan.

Cabaran menjadi wanita bekerjaya dan menjadi isteri solehah & ibu mithali

Ku bertugas sebagai seorg pekerja pejabat (position tu rahsia la..) di sebuah kilang. Alhamdulillah, keadaan kewangan syarikat kami sgt kukuh hinggakan kami tidak mengalami sebarang kesan dr kegawatan ekonomi baru2 ini.. tetapi, itu hanya berlaku di syarikatku bekerja, sebaliknya syarikat di tempat suamiku bekerja terpaksa bergulung tikar dan menyebabkan suamiku menjadi SAHD untuk beberapa bulan. Ketika itu aku sedang mengandungkan Nurul Sofia. Demi untuk mengawal perbelanjaan kami, kereta kancilku tersayang terpaksa ku lepaskan.. Kami mempunyai 2buah kereta pd waktu itu..


Secara tidak sengaja ku pun terjumpa artikel di susuibu.com mengenai Cloth Diapers, dan ku fikir ia sgt sesuai untuk meringankan beban kami. Memandangkan pd waktu itu hanya aku seorg yg bekerja tetap manakala suamiku hanya mengambil upah membaiki kereta / motor serta peralatan elektrik drpd jiran2 terdekat.

Sejak berkenalan dgn Cloth Diapers dan menggunakannya untuk Nurul Sofia, ku terasa yg ia sangat berbaloi untuk kewangan kami serta persekitaran kami.. (xde sampah pampers kat rumah tau..) ku pun memperkenalkannya kepada teman2 rapat dan rakan sekerja. Sambutan mereka sgt menggalakkan.. Dari situ, timbul idea ku untuk menjadi seorg reseller CD secara online.. ya, ku berjaya walaupun tidak sehebat mana.. Ku mempunyai idea untuk menjual beberapa jenis brgn lg, tetapi modalku belum mencukupi buat waktu ini.





Sebagai seorng wanita yg bekerjaya, serta seorg isteri dan juga seorg ibu.. kadangkala terasa diri ini terlalu letih.. Namun, ku sgt bersyukur kerana mempunyai seorg suami yg amat memahami.. (ya, kami saling faham dan memahami antara satu sama lain.. ahaks!!) Selepas kelahiran Sofia, suamiku telah mendapat kerja sebagai pemandu lori dan hanya perlu bekerja 3 @ 4 kali seminggu.. Oleh sebab itu, kerjaku sebagai seorng isteri, aku hanya perlu menyediakan segala keperluan suamiku, memasak, dan mengemas rumah.. tugas2 membasuh baju dan menyidai telah diambilalih suamiku. Kdg2, suamiku pun memasak juga.. hahaa.. Namun, tugasku sebagai seorg ibu masih kugalas sepenuhnya..

Menjaga Nurul Sofia semasa lahir hingga berumur 3 bulan, terlalu banyak cabarannya.. Sofia hanya tidur diwaktu siang dan berjaga serta menangis sepanjang malam.. Sebagai seorg ibu, aku turut tak dapat melelapkan mata walaupun sekejap.. Ketika dlm pantang, aku menghabiskan masa pantangku di rumah org tuaku. Jadi, ibuku kerap menemani aku menjaga Sofia diwaktu malam. Selepas pantang, kami kembali ke rumah kami kerana aku dipanggil untuk memulakan kerja secepat mungkin.


Memandangkan suamiku seorg pemandu lori, dia memerlukan tidur yg cukup untuk memulakan perjalanannya. Ku risau kalau dia tidak cukup rehat dan tidur kerana itu boleh mengundang kecelakaan jlnraya. Untuk itu, aku sanggup menjaga Nurul Sofia seorg diri sepanjang malam.. Manakala suamiku akan tidur di bilik lain. Keadaan ini membuatkan aku rs mengantuk di siang hari dan kdgkala mengalami pening kepala yg amat sewaktu bekerja. Pelbagai pil dan ubat untuk menambah kecergasan yg ku ambil untuk menghilangkan rs letih dan ngantuk. Ku tetap menguatkan semangat untuk menghadapi ujian dari NYA.

Ketika umur Sofia mencapai 3bulan, keadaan menjadi bertambah baik, Nurul Sofia dah dapat menyesuaikan dirinya dgn keadaan siang dan malamnya, dia dah boleh tidur nyenyak pd waktu malam dan sesekali terjaga ingin menyusu. Sekarang Sofia dah pun berumur 8bulan dan membesar dgn sihat bagai johan.. huhuu.. Alhamdulillah.. Ku bersyukur ke HadratMU Ya ALLAH…

4 comments:

Nurul + Nordin said...

Salam Kak Mas,
wah, sy sgt terkejut bile artikel sy menjadi artikel pilihan.. terasa segan pun ada ni sbb tulisan sy yg tunggang langgang tu.. hihiii..

apepun terima kasih ye Kak Mas.. ;)

Masayu Ahmad said...

Nurul

Saya rasa tak ramai yang sanggup buat mcm nurul,

jadi pengalaman sebegini harus dikongsi dengan lebih ramai ibu di luar sana

Nurul + Nordin said...

yeke macam tu Kak Mas? Alhamdulillah.. mudah2an sesiapa yg terbaca artikel sy lepas ini akan tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan.. jgn mudah berputus asa dan menyalahkan takdir semata-mata.. teruskan hari-harimu dengan senyuman.. ;)

Masayu Ahmad said...

itulah sebenarnya matlamat perkongsiang pengalaman,

boleh memberi idea dan membantu wanita lain yang mungkin menghadapi dilema yang sama

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin