Salam hujung minggu bersamaan 3 Januari 2009, alhamdulillah masih diberi kesihatan dan daya juang. Saya masih dalam mood marathon, senarai panjang yang segera sebelum 30 Januari 2009, menuntut saya untuk kekal cergas dan bertenaga.
Pun begitu urusan rumahtangga perlu juga beres dan menuntut diri agar lebih seimbang dan disiplin. Terima kasih en.suami yang banyak membantu. Pagi semalam bangun sahaja, rumah bersih dan berkilat. Malamnya sebelum nya saya terbungkam keletihan ditemani keliling anak-anak yang juga keletihan. Kononnya mahu berehat sekejap melepaskan lelah, saya tertidur di bilik SOHO, yang memang ada satu katil bujang untuk berehat. Dek keletihan kanak-kanak riang bertiga bergelimpangan bersama saya, sebelah kiri dan kanan, Aiman setia atas lengan sampai pagi.
Hari ini tenaga kembali pulih dan perlu memulakan semula marathon saya untuk bereskan kerja tepat pada masa. Mudah-mudahan saya diberi kelapangan fikiran dan tenaga yang luar biasa. Untuk menu hari ini saya masak lempeng cicah sardin, menu tengahari ayam organik bakar sambal pedas, ulaman, budu, sayur campur goreng. Ahamdulillah untuk rezeki hari ini.
Nota; Saya akan siarkan satu lagi peraduan menarik di blog satu lagi. Juga ada tiga buku yang ditaja PTS.
Nota 2: Insya-Allah saya akan poskan dengan kadar segera buku ely dan ida. Rasa tidak selesa selagi buku belum berada di tangan mereka.
Salam penuh kasih sayang
Usah dikenang kehebatan semalam, lakukan yang terbaik untuk hari ini dan esok -Masayu Ahmad-
No comments:
Post a Comment