Friday, January 8, 2010

Salam Hujung Minggu, minggu penuh aktiviti

Teks: Masayu Ahmad




Ini tiga situasi saya sekarang sedang melakukan suntingan manuskrip, tarikh akhir sebelum hantar kepada penerbit hari selasa. Suntingan manuskrip (buku), adala salah satu sumber pendapatan aktif. Ini memberi penerangan kepada soalan Ummu Hani sebelum ini.

Hari ini saya tidak masak sarapan, hanya beli roti canai. Masakan tengahari dan pagi sudah pun disiapkan untuk anak-anak. Mungkin petang ini bawa anak-anak keluar bersiar-siar dan bermain di taman, sudah lama tidak bawa mereka keluar, dek kesibukan saya sendiri.



Bulan ini menuntut saya perlu bertenaga sepanjang hari, tiada istilah rehat kerana sudah berjanji dan perlu menunaikan komitmen yang sudah dipersetujui. Mengikut jadual hujung tahun sepatutnya saya boleh menyiapkan kerja pada tarikh yang sudah ditetapkan. Saya mohon kekuatan dan izin Allah akan hal ini, agara saya kekal konsisten, penuh motivasi dan menyiapkan kerja.

Penjadualan semula buku saya insya-allah akan diterbitkan pada 2010. Saya sentiasa berdoa penuh tawakal akan hal ini, kesabaran adalah sesuatu yang menguji daya ketahanan dan daya juang. Untuk tahun lepas saya sudah menyiapkan empat judul, namun tidka tahu yang mana satu kelahiran yang sulung. Saya belum berani mengumumkannya, walaupun pihak penerbit sudah memaklumkan dan sudah memasukkan dalam jadual terbitan 2010. Saya hanya terus berdoa semoga apa yang sudah, telah dan sedang dirancangkan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Majikan sebenar saya.

Namun saya bersyukur dengan rezeki yang ada, selain keperluan sokongan kerja yang ditaja oleh suami termasuk set komputer, printer, bajet menjalani kursus, menjaga anak-anak sepanjang saya menghadiri mesyuarat dan juga terbaru hadiah sempena tahun baru. Itu juga termasuk kemudahan internet dari broadband, kini beralih kepada streamyx. Sangat membantu capaian maklumat yang lebih luas dan membantu kelajuan membuat rujukan dan penyelidikan. Alhamdulillah. Ini juga rezeki, apabila saya muhasabah kembali, betapa tidak cukup lagi usaha saya dan tahun ini adalah tahun penting dalam perjuangan karier, insya-allah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin