1. Revolusi Internet.
Pengguna internet dunia diramal akan bertambah berlipat kali ganda, dari kurang 500 juta kepada 1.5 bilion. Menurut World Stat, jumlah penguna internet di Malaysia kini adalah 14.9 juta orang. Ia adalah 59% daripada jumlah penduduk di Malaysia! Amat merugikan jika anda tidak memanfaatkan peluang keemasan ini. Jika anda menfokuskan perniagaan internet anda di Malaysia sahaja pun sudah memadai. Trends pembelian dan penajaan di internet pun akan meningkat. Adakah anda sanggup melepaskan potensi perniagaan yang sebegini besar?
Jutaan pengguna internet tercari-cari cara mudah dan murah tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi bagi memulakan perniagaan internet. Kita di HPA sudah mempunyai prasarana yang dimaksudkan walaupun sistem yang digunakan sedia ada tidak secanggih sistem yang digunakan oleh MLM Besar di Amerika Syarikat. Namun, kami percaya ia adalah permulaan yang baik. Tidak dinafikan penambah-baikan kepada sistem sedia ada akan diteruskan oleh kami di DuniaHerba.net atau HPA sendiri di masa akan datang.
Kita sekarang berada di ambang zaman ledakan maklumat. Syarikat-syarikat yang mengamalkan cara lama melakukan perniagaan akan ketinggalan zaman dan perlahan-lahan lenyap ditelan zaman. Syarikat akan datang ialah satu komputer dan ANDA.
2. Revolusi Perniagaan dari Rumah
"Kita sedang berubah dari masyarakat pengurusan kepada masyarakat keusahawanan" - John Naisbitt.
Dengan keadaan ekonomi yang tidak berkembang, pasaran saham yang lemah dan pemberhentian kerja yang berleluasa, kepopularan perniagan dari rumah (Home Based Business) semakin meningkat. Jumlah perniagaan dari rumah dijangka berkembang dari kurang 40 juta kepada 95 juta dalam masa 2 tahun akan datang. Dari jumlah 1% orang kaya, 3 dari 4 orang berjaya mengumpul kekayaan melalui perniagan sendiri.
Adakah anda mengimpikan kebebasan dan potensi menjana pendapatan tiada had melalui perniagaan dari rumah? Lihat statistik berikut dari kajian yang dibuat di Amerika Syarikat mengenai perniagan dari rumah;
1. 86% pemilik perniagaan dari rumah lebih gembira menjalankan sendiri perniagaan mereka.
2. 84 % mencadangkan bekerja dari rumah kepada kawan-kawan mereka
3. 20% dari mereka menjana US100 – 500K tahun lalu.
4. 29% bekerja di rumah dengan kaum keluarga.
5. 76% yakin perniagaan dari rumah mereka akan berkembang (terus).
DuniaHerba.net melalui program HPA Autodownlines memudahkan kita semua untuk memperkembangkan perniagaan dari rumah samada secara sambilan atau sepenuh masa (memulakan perniagan sendiri).
3. Dentuman (kebangkitan) Industri Makanan Kesihatan
Menurut Paul Zane Pilzer, lebih ramai jutawan akan dicipta melalui Industri Makanan Kesihatan berbanding dengan kebangkitan industri hartanah di tahun-tahun lapan puluhan atau ledakan internet pada tahun sembilan puluhan.
Di dalam buku beliau yang terkenal "The Next Trillion" dan "The Wellness Revolution" beliau telah mengenal pasti Industri Makanan Kesihatan akan menjadi penggerak serta penyumbang utama ekonomi dunia dan sektor ekonomi yang akan menjadi penyumbang utama bagi menghimpun kekayaan.
HPA melalui DuniaHerba.net boleh membantu anda untuk mengambil kesempatan dari kebangkitan atau dentuman industri makanan kesihatan ini kerana produk HPA kebanyakannya merupakan produk makanan kesihatan. Di tambah dengan penggunaan elemen HERBA di dalam kebanyakan produk HPA, sesuai dengan frasa "Back to Basics" yang sedang popular di seluruh dunia.
Industri Makanan Kesihatan berkembang dari 0 pada tahun 1990 kepada 200 Billion pada hari ini. Pilzer meramalkan pada tahun 2010 industri ini akan mencapai nilai jualan sebanyak US 1 trillion dan dia juga percaya pemasaran bertingkat (multi level marketing) adalah cara terbaik menyebarkan maklumat mengenai produk baru di pasaran seperti yang dilakukan melalui MLM HPA sekarang ini. Dengan konsep MLM ini, tahukan anda penjualan Kopi Radix (killer product HPA) telah meningkat kepada RM5 juta sebulan dalam masa yang sangat singkat?
4. Di samping 3 gelombang besar di atas, sebagai seorang Muslim, kita tidak boleh ketepikan Gelombang ke 4 iaitu Gelombang Islamisasi.
Sebagai seorang Islam kita biasa mendengar akan kebangkitan Islam sebelum dunia ini kiamat. Dari segi penghayatan nilai-nilai Islam, kita boleh lihat dengan ketara akan kebangkitan Islam dalam kehidupan seharian kita sekarang ini. Buktinya cukup mudah. Lihat saja kehidupan kita berkeluarga. Kalau 30 tahun dahulu, ramai kaum wanita tidak bertudung tetapi sekarang ini amat jarang kita dapati kaum wanita keluar rumah tanpa memakai tudung.
Dalam kehidupan bermuamalat pula, kepopularan perbankan Islam sudah terbukti dengan kewujudan dan perkembangan Bank Islam sejak ditubuhkan 25 tahun dulu. Sekarang ini setiap bank konvensional sudah mempunyai cawangan bank Islam masing-masing. Bank-bank asing seperti HSBC dan Standard Chartered pun tidak mahu ketinggalan dan sudah menubuhkan cawangan bank Islam mereka.
Kalau dulu orang Islam tidak membeli insuran kerana faktor riba' tetapi sekarang Syarikat Takaful sudah tidak asing lagi kepada setiap orang Islam. Banyak lagi contoh islamisasi di bidang muamalat Islam umpamanya zakat, wasiat, pajak gadai dan sebagainya. Setiap bidang tersebut telah menunjukkan peningkatan kefahaman dan penghayatan yang sangat ketara.
Gelombang seterusnya ialah Barangan Halal 100% yang diusahakan oleh orang Islam sendiri. Barangan Halal yang saya maksudkan termasuklah makanan harian, makanan kesihatan dan barangan keperluan harian seperti ubat gigi, alat solek, sabun pencuci dan sebagainya. 12 tahun dulu jualan bulanan HPA hanya sekitar RM200,000 tetapi sekarang sudah mencapai RM15 juta. Sasaran HPA pada tahun 2010 adalah untuk mencapai RM20 juta. Lihatlah peningkatan jualan tersebut.
Faktor utama peningkatan ketara ialah kesedaran betapa pentingnya membeli barangan halal yang dikeluarkan 100% oleh orang Islam sendiri ditambah dengan kaedah pemasaran rangkaian bertingkat (MLM) yang telah terbukti berjaya dan berkesan. Dalam suasana perang di Palestine sekarang ini, telah mencetuskan kesedaran baru yang membuak-buak untuk memboikot barangan Israel yang berselindung di sebalik jenama USA yang terkenal.
Apakah alternatif kita di Malaysia ini? Inilah masanya yang paling sesuai untuk kita mempromosikan HPA. Inilah bezanya MLM HPA dengan MLM yang lain yang terdapat di Malaysia khasnya dan rumpun Nusantara amnya. MLM HPA bersangkut paut dengan nilai spiritual yang tidak boleh dipisahkan dengan jiwa setiap orang Islam sejati. Ia bersangkut paut tentang kehidupan abadi selepas kematian di dunia ini. MLM HPA adalah satu perjuangan seorang Muslim sejati, bukan sekadar mencari keuntungan semata-mata.
Keempat-empat gelombang di atas insyaAllah pasti akan datang dan kita tidak boleh lari darinya. Kenapa kita tidak mahu mengambil manfaat darinya?
Nota: Paul Zane Pilzer is an economist, entrepreneur, college professor and the author of eight best selling books. He attended Lehigh University, graduating in three years and he received an MBA from the Wharton School in 1976. He served as a professor at New York University for 21 years and he worked as an economic advisor in two presidential administrations.
No comments:
Post a Comment