KURSUS PERCUMA 30 HARI
Peluang meningkatkan kerjaya di dalam bidang kecantikan.
Sheila Ramlee Beauty Shop dengan kerjasama Pusat Bertauliah Sei Rhu Sya membuka peluang kepada pengusaha-pengusaha pusat kecantikan untuk mengikuti kursus secara percuma selama 30 hari anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Tujuan utama Kursus ini diadakan adalah untuk melatih semula pengusaha Salon Kecantikan mengikut National Occupational Standard Skill ( NOSS).
Bermula pada tahun 2010, salon-salon Kecantikan tidak lagi boleh mengadakan bengkel-bengkel kecantikan secara persendirian dan mereka tidak boleh mengeluarkan sijil kursus tanpa mendapat PENGIKTIRAFAN sebagai Tenaga Pengajar dari Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Untuk melayakkan anda sebagai tenaga penggajar anda harus ada sijil kelayakkan mengajar dari KSM.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi Tenaga Pengajar dan mempunyai pelajar tajaan dari FELDA, FELCRA, RISDA dan badan-badan kerajaan serta organisasi NGO. Ini adalah peluang untuk anda.
Kriteria pemilihan adalah :-
Mereka yang terpilih haruslah berasal dari Pantai Timur. Bajet ini khusus di peruntukkan oleh Kerajaan Pantai Timur.
Mempunyai salon Kecantikan.
Berpengalaman membuka salon kecantikan lebih dari 2 tahun.
Untuk segala pertanyaan dan borang pendaftaran sila emailkan kepada :
Email : quensheila@ymail.com
Contact No. : 0193877200
Private Message : putriayu
( Modul kursus juga akan diberikan)
Diperlukan 40 individu yang berminat dari salon kecantikan kawasan Pantai Timur untuk mendaftar sebagai peserta kursus.
Harus diketahui, permohonan penyertaan adalah terhad tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan.
Kursus dijangka bermula pada Feb 2010.
Hasil dari Kursus ini, peserta di bawah bimbingan kami akan mendapat pelajar 2 lepasan sekolah tajaan dari FELDA / RISDA atau lain-lain agensi.
Salon kecantikan akan mendapat elaun yang diberikan oleh JPK untuk melatih pelajar. Ini adalah program selama 2 tahun.
Rebutlah peluang , Untuk meningkatkan lagi kerjaya di dalam bidang kecantikan.
Di akhir program ini, Salon-salon yang mendaftar dengan SSA Smart Enterprise akan dijadikan sebagai Pusat Bertauliah di dalam bidang kecantikan dan akan di pantau oleh Sheila Ramlee Beauty Shop.
JOM SERTAI PROGRAM PERCUMA INI
No comments:
Post a Comment