Wednesday, January 6, 2010

Cabaran wanita bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad


Nota: Ini adalah contoh perkongsian pengalaman dan contoh jawapan untuk salah satu cabaran. Anda boleh juga meletakan gambar yang sesuai (dikira markah tambahan)

Bekerja di rumah atau dari rumah, sudah tentunya ada cabaran yang kadangkala menguji kesabaran. Pun begitu cabaran itu bukanlah halangan untuk saya tidak seronok berada di rumah. Cabaran dari anak-anak yang paling membuatkan kadangkala saya tidak cukup masa untuk tempoh 24 jam. Kadangkala saya perlu berjaga malam untuk menyiapkan kerja.

Apabila saya berjaga, kanak-kanak riang turut berjaga. Berjaga bukan sekadar tidak tidur, tetapi bersuka ria dan bergelak ketawa semua pakej ada.

Jika saya sudah kusyuk depan komputer, maka Arif akan berada di kanan, Aiman akan berada di kiri. Mereka mula membuat permintaan macam-macam yang boleh menggugat daya kelembutan dan iman wanita seperti saya.





Aiman: Ibu, nak tido, nak tido.

Ibu: Ok, jomlah tido.

Jadi saya segera mengemas buku catatan dan peralatan berkaitan. Arif sepantas kilat ambil posisi, untuk buka starfall. Kiranya web kegemaran dia setakat ini.
Niat dihati akan sambung semula selepas Aiman tidur. Aiman bukan tidur, tapi sudah mula buat teka silang kata, maksudnya akan mula sesi soal jawab sebelum tidur.

Aiman: Ibu, lipas, kipas (sambil mulut muncung tunjuk siling)

Ibu; Tidur dik, tidur (dalam fikiran, cepatlah tidur dik, ibu nak buat kerja)

Aiman takkan hirau, ibu!, Ibu, apa ni? Ni apa, tu apa. Macam-macam soalan keluar. Sampai akhirnya, ibu sudah lena, Aiman kembali bangun dengan riang gembira, mula sertai Arif yang kini menguasai komputer. Mereka sudah berjaya mengagalkan misi ibu untuk siapka kerja.;D

Nota 1: Saya sudah menerima malumat dari Hida, pemenang yang memenangi buku buat duit denga blog, buku sudah selamat diterima. Lega rasa hati. Masih menunggu perkhabaran dari Ely.

Nota 2: Peraduan di blog http://www.masayuahmad.blogspot.com/. juga akan berlangsung tidak lama lagi. Saya masih menunggu ketibaan buku yang dikirimkan Ashikin, editor PTS Millenia. Tiga buku akan diberikan untuk anda yang sudi menziarah saya di sini. Perkongsian yang lebih menarik berkaitan pengalaman anda dalam tempoh berpantang. Bolehlah anda mula mencari gambar-gambar yang sesuai selama anda berpantan. Gambar bersama anak ketika hari pertama lahir, gambar anak selepas baru lahir.
Contoh gambar Arif, selepas beberapa saat kelahiran dan seminggu pantang.

Dalam tempoh pantang




Beberapa saat kelahiran

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin