Tuesday, December 1, 2009

Lempeng kelapa dan teh tarik

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google

Sudah lama tak makan lempeng. En.suami ada bersuara, saya tak pernah buat lempeng. Terasa juga mahu makan. Dulu-dulu masa kanak-kanak, emak suka buat lempeng. Tak kiralah sarapan pagi atau petang. Kena pula waktu hujan. Sekarang ni tengah hujan lebat di Hulu Langat. Otak mulalah berfikir mahu masak apa lagi untuk budak-budak. Senang rupanya resepi lempeng, tengoklah nanti jadi ke tidak.

Ini resepi , hasil carian cik google
• 2 cawan tepung - (anggaran je ne)
• 1 cawan kelapa parut
• Air - ikut kepekatan
• Sedikit garam
• Minyak ukt mgoreng
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan,jgn terlalu pekat atau cair.Agak2 mcm nak buat cekodok.
2. Panaskan minyak dlm kuali ,tuangkan adunan kedalam dan tutup sebentar,supaya lempeng tu masak sekata.Dah masak angkat dan hidangkan dgn sambal tumis.
Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/2353

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin