Teks: Masayu Ahmad
Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim
Salam buat suri sekalian, agaknya kini semua orang dalam suasana bercuti, saya masih lagi dalam suasana kerja. Insya-Allah akan jika tidak aral melintang akan berangkat pulang juga ke kampung. Tetapi blog ini akan bersiaran seperti biasa. Saya juga bukan dalam mood cuti yang sebenar, bercuti sambil bekerja. Bukan bawa minda yang kosong, tetapi bersama himpunan kerja yang perlu disiapkan mengikut tarikh akhir.
Bermula awal pagi saya sudah sibuk menyiapkan kelengkapan anak dan juga membeli sarapan. Sempat juga goreng nasi untuk sarapan pagi, hanya beli kuih muih sahaja. Perbincangan tadi bermula sekitar jam 10 pagi, jadi saya keluar awal jam 8.40 dan tiba ke destinasi 9.30.
Dua sesi perbincangan berlansung, sesi pertama sekitar jam 9.40 hingga 11 tengahari, dan yang kedua 11 tengahari hingga jam 12 tengahari. Alhamdulillah harapnya segala perancangan berjalan dengan lancar.
Berehat ambil tenaga
Selesai jam 12 tengahari saya memecut laju pulang ke rumah. Sangat rindu akan kanak-kanak riang walau hanya tinggal setengah hari. Kepala rasa berat, sebabnya sudah masuk angin. Sebab pagi tadi mahu cepat, saya hanya minum sampai terlupa mahu makan sedikit. Biasa saya akan makan sebagai alas, tadi agaknya mahu cepat.
Selepas pulang, saya mandi air dingin, sunguh menyegarkan. Kemudian sambung tidur untuk pulihkan badan dan tenaga. Inilah bezanya kalau kerja sendiri, penat boleh tidur dulu, kerja sambung kemudian ;D. Tetapi pastikan produktiviti konsisten walaupun berehat. Sambil memeluk Aiman kami sama-sama lena. Mulanya layan Aiman borak sekejap. Si tembam lena, saya pun turut sama hanyut.
Alhamdulillah bangun tadi, badan saya kembali segar. Nasib baik kanak-kanak riang memberi kerjasama. Terima kasih buat Cik Ha tempat anak-anak menumpang teduh setengah hari.
Dua penerbit untuk dua peraduan
Ini rezeki pengikut blog ini, alhamdulillah sambil berbincang saya masukkan juga mohon tajaan untuk pengikut dan pembaca blog ini. Saya harapkan hubungan kita tidak akan habis di sini, selain berkongsi dan memberi panduan setakat mana yang mampu, saya juga ingin memberi buah tangan sebagai tanda ingatan bahawa anda tidak pulang kosong apabila menziarah saya di sini.
Akan ada dua peraduan berasingan, satu di blog ini iaitu tajaan buku dari penerbit Galeri Ilmu. Manakala satu lagi akan berlangsung di blog http://www.masayuahmad.blogspot.com/. Saya mahu seimbangkan penulisan artikel di kedua-dua blog ini.
Panduan di blog ke dua saya, hadian tajaan buku yang menarik juga, iaitu dari penerbit PTS. Masih lagi mencari buku-buku yang sesuai, tetapi sudah ada buku pilihan semasa sesi perbincangan tadi. Bukan satu, tetapi tiga buku juga. Lebih ramai yang terlibat, lebih ramai yang dapat manfaat. Jika anda gemarkan penulisan kesihatan dan kecantikan, bolehlah mula-mula meninjau ke sana juga, nanti peraduan akan belangsung serentak. Rezeki ini saya mahu berkongsi bersama-sama kalian.
Salam penuh kasih sayang
2 comments:
Salam Kak Mas.
Macam mana nak dapat sponser hadiah daripada penerbit tu ya? Saya pun nak rancang peraduan di jurnal saya..
perlu jalin hubungaan dulu dan ada tujuan yang jelas mengapa perlu dapatkan tajaan
Kak Mas rasa untuk peraduan pertama, bagus rasanya laburkan dulu maksudnya taja sendiri dulu
Tetapi tidak salah juga jika mahu dapat penaja, cubalah dulu manalah tahu ada rezeki ustaz
Post a Comment