Teks: Masayu Ahmad
Bismillahirrahmanirrahim
Salam hari Isnin buat suri sekelian.
Untuk tips hari ini, kebiasaannya ada beberapa pilihan penjagaan anak-anak untuk ibu bekerja di rumah. Keadaan ini berlaku, apabila anda ingin berurusan di luar jika ada mesyuarat, bertemu pelanggan, menghadiri kursus dan sebagainya.
Pusat jagaan harian
Anda boleh membuat tinjauan dan perbandingan beberapa tempat pusat jagaan harian. Pastikana anda ada senarai pusat jagaan pilihan, no tel untuk dihubungi. Ini memudahkan untuk anda jika ada mesyuarat yang dilakukan secara segera (emergency case). Jadi pada malam hari boleh menelefon pengurusan pusat jagaan untuk memastikan dan memudahkan anda untuk meninggalkan anak-anak untuk hari-hari yang diperlukan.
Jiran tetangga
Ada juga jiran-jiran yang menyediakan perkhidmatan pengasuh atau menjaga anak-anak kecil. Anda perlu menjaga hubungan baik jiran tetangga untuk memudahkan anda meninggalkan anda. Anda perlulah memberitahu awal niat anda, agar jiran bersedia menerima kehadiran anak-anak. Dalam kes saya saya ada dua talian hayat (bantuan), satunya jiran belakang rumah dan satu lagi jiran sebelah rumah. Ini sudah dimaklumkan dari awal dan perlu menerangkan keluar jam berapa dan pulang jam berapa.
Suami
Bantuan suami sangat diperlukan terutama jika anda ada urusan luar pada hari minggu. Jalan terbaik adalah suami yang menguruskan anak-anak pada waktu hujung minggu. Jika urusan anda perlu dilakukan pada hari bekerja, maka pilihan yang lain seperti pusat jagaan atau jiran boleh dijadikan pilihan.
Adik beradik
Dalam kes tertentu, sekiranya ada adik-beradik yang sukarela ingin menjaga anak-anak anda sekejap, tidak menjadi masalah. Bukan sahaja boleh menjaga hubungan silaturrahim malah anak-anak juga lebih selesa dan selamat dengan keluarga sendiri.
Kes saya
Saya pernah menggunakan semua perkhidmatan di atas. Untuk hari ini, saya menggunakan khidmat adik. Sekejap lagi kami akan berangkat ke Subang dan seterusnya saya akan terus ke destinasi saya atas urusan kerja.
Salam penuh kasih sayang
You cannot create experience. You must undergo it. -A Camus-
2 comments:
di rumah kakchik, pilihan penjagaan oleh adik-beradiklah yang biasa dilakukan kerana lebih terjamin. lagipun kami tinggal berdekatan antara satu sama lain.
salam kak chik
itulah kan saya kat sini, adik beradik semua jauh
jadinya altenatif yang ada jiran atau pusat jagaan
Post a Comment