Tuesday, December 1, 2009

Indahnya masa dulu-dulu



Teks: Masayu Ahmad

Minda saya kepenatan dua hari ini. Jomlah layan dulu gambar ini, buat penghilang penat dan rehat seketika. Stok radix sudah habis, jadi semalam ada teh dan susu. Sudah lama tidak pekena teh tarik buatan sendiri.

Jadinya semalam saya membancuh teh pekat dan ditambah susu. Dulu,ketika emak mengusahakan kedai makan, sayalah antara tukang buat air. Memang penat sebenarnya mengusahakan kedai makan. Selepas pulang dari sekolah, gilaran saya menjaga kedai. Selepas Asar barulah kakak akan turun sambung giliran.

Kadang-kadang rasa tidak puas hati juga, terpaksa buat kerja sekolah sambil tunggu kedai. Itulah kan, namanya pun budak-budak memang tak tahu bersyukur. Kebanyakan kerja kampung dan nelayan, jadi minuman memang manis. Ingat lagi masa tuharga teh o hanyalah 30 sen, teh susu 50 sen, murahkan. Teh ais atau teh beng 70 sen. Saya kalau buat untuk sendiri punya memanglah buat pekat-pekat lepastu letak ais. Memang mengancam nyawa. Selera dan nafsu memanglah. Manalah tahu pasal penjagaan makanan dan kesihatan ni.

Lagi pula saya ni suka membaca, kadang-kadang habis semua buku dan majalah, komik saya geledah. Banyak kali saya khatam. Waktu tu popular habis komik gila-gila, kalau novel tu mestilah ahadiat akashah terbitan creative entrprise. Majalah kakak yang sulung memang banyak kalilah saya pungah dan khatam. Memang kurang bahan bacaan pun, maklumlah orang kampung. Saya banyak bergantung sumber bacaan sekolah. Masa sekolah rendah kalau ada jualan buku, saya ingat ada beli buka siksaan neraka dan nikmatnya syurg. Mana peginya buku tu. Kalau saya nak insafkan diri atau lambat-lambat solat, saya bacalah buku siksaan neraka tu suruh cepat-cepat insaf sikit. Cover buku tu macam api menyala-nyala. Sampai sekarang pun saya boleh terbayang lagi dua buku ni.

Kembali kita, cerita pasal kedai makan tadi.

Sebelah petang lebih kurang jam 6 saya akan ke kedai membeli barangan untuk memasak. Itu kira rutin saya setiap hari. Walau tak ada terma dan syarat, amanah pergi kedai memang dah jadi kerja saya. Pagi-pagi sebelum ke sekolah, saya turun dahulu membungkus nasi. Biasanya waktu puncak jam 6 hingga 8, jadi dua orang perlu bungkus nasi. Saya dan kakak yang sulung. Habis semua baju sekolah bau nasi berlauk ;D.

Untuk jualan sarapan pagi, biasanya emak dan kakak menyediakan nasi berlauk, nasi kerabu, nasi lemak, daging goreng kunyit, gulai ayam dan ayam goreng. Menunya agak banyak juga. Manakala kuih-muih kebanyakan dibuat oleh surirumah yang menghantar kuih. Antara kuih yang popular untuk sarapan pagi, pulut pagi, pulut lepa (pulut bakar berinti ikan), getoh sokomo (ini kegemaran saya).

Kuih-muih biasa yang lain donut, roti goreng dan banyak lagi. Memang kalau bahagian hadapan tu memang penuh dengan kuih. Kami memang tidak mewah dari segi kebendaan, tetapi kalau makan, insya-allah memang murah rezeki. Masa saya sekolah menengah memang semangat dan montel jugalah. Biasanya ada juga kawan-kawan sekelas yang mengirim, biasanya nasi kerabu dan nasi berlauk. Penuhlah beg saya di isi dengan bekalan nasi kiriman kawan-kawan.

Dalam kelas masa tingkatan 2A, kami ada geng yang berniaga. Kebetulan meja memang dekat. Ihe jual nasi lemak, saya nasi berlauk, Shima jual barang runcit seperti gula-gula, jajan dan sebagainya. Saya belum dapat menjejaki rakan niaga saya ini. Dimanakah mereka?

Jadi apabila menjelang waktu rehat, memang meriahlah bahagian belakang. Kebetulan kelas kami memang hampar alas, jadinya dalam kelas tidak dibenarkan pakai kasut. Seingat saya setiap tahun kelas kami dinobatkan kelas bersih dan paling cantik.

Lari topik pula. Jadi masa rehat, kami memang tidak akan ke kantin. Makan sahaja dalam kelas. Memang seronok, ramai juga pelanggan di kalangan rakan sekelas.
Baru saya perasan, saya ni macam sudah dilatih berniaga sejak kecil, masa sekolah rendah tukang hantar dan ambil kuih emak di kantin, masa sekolah menengah pun begitu juga, masa tingkatan 6 lagi lah, ada geng bilik kebal dan kebetulan kami ni AJK di sekolah dan juga di asrama. Macam semua pangkat kami sapu (berlagak betul, sila maafkan saya). Rasanya mesti anda juga da terlibat PUM (Persatuan Usahawan Muda). Di asrama, dalam kelas kamilah agen jual barang runcit. Kelakar pun ada. Malam-malam habis Prep (kami membungkus gula-gula masuk dalam plastik kecil).

Kalau ada hari sukan atau aktiviti kokurikulum, kami akan buka gerai jual burger, jual air dan macam-macam lagi. Badriah n Siah, kalu baca ni mesi teringat lagi.
Kalau balik kampung saya belek balik gambar lama-lama. Antara waktu paling seronok masa Sekolah Menengah Bachok dan ketika Universiti. Rasanya semua orang pun sama kan. Dapat geng satu kepala. Sungguh seronok saat itu. Oklah setakat ini dulu, banyak pula celoteh saya. Kena sambung kerja, masih berderet-deret menunggu ni.

Salam penuh kasih sayang

www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com

3 comments:

Unknown said...

seronok membaca cerita ni sebab ada beberapa persamaan dgn pengalaman sendiri. kakchik dulu pun kena menolong ummi menjaga kedai runcit, habiskan masa membaca sambil tunggu kedai, bergilir dgn adik-beradik yg lain.

UstazCahaya said...

Imbasan yang menarik Kak Mas;-)

Ibu saya juga seorang usahanita- jual kuih. Niche kuih ibu saya ialah berkaitan pulut. Pulut panggang, pulut berinti, pulut 'klupis' dan nasi lemak. Saya setakat ini jika ditanya, memang belum jumpa lagi lawan yang kalahkan nasi lemak ibu saya. Ibu buat nasi lemak memang berlemak, hijau dan wangi nasi dia.

Masayu Ahmad said...

salam kak chik

yerlah kak chik, kadang-kadang kita tak perasan ilmu dan latihan masa kecil, sebenarnya sedikit sebanyak boleh dimanfaatkan bila dewasa,

saya tukang beli barang, jaga kedai

adik lelaki, tukang kopek kelapa

kakak yg tengah, tukang kopek bawang dan mengemas rumah

ada sorang lagi ratu tak buat kerja,, kadang2 je tolong ikut suka hati dialah

kakak yg sulung, tukang masa selaku ketua masak pembantu utama emak

ustazchaya

yelah, air tangan ibu, siapa pun tak boleh lawan

tapi, saya pernah jual juga nasi lemak masa kerja dulu, bisnes suka2 juga

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin