Wednesday, December 2, 2009

Salam hari Khamis, hari penuh bertenaga

Apa ya menu kalian? Hari ini masih lagi menu simple dan sempoi. Cekodok pisang untuk kanak-kanak riang dan mee goreng basah untuk cib abang tersayang.Stok kopi radix, sudah ada. Jadinya layan dulu kopi radix. Saya ingatkan hari ini sudah Jumaat, rupanya hari Khamis. Nasib baik.

Saya kembali bertenaga dan cukup bersemangat hari ini. Mana tidaknya, tiga hari lepas saya tidur lambat sekitar jam 2 pagi. Penangannya sakit kepala mula menyerang.

Memang saya ni tak boleh tidur lambat. Tidur nak kena cukup. Jadinya dua malam berjaga malam masuk hari ketiga keesokannya, kepala berdenyut-denyut. Jadinya saya ambil masa berehat dan tak mahu fikir apa-apa. Bebaskan fikiran dan hanya layan kanak-kanak riang sahaja. Hasilnya hari ini saya bangun dengan rasa cukup bertenaga.

Apa matlamat tahun baru ya? Saya sudah pun membuat senarai matlamat 2010. Moganya lebih cemerlang berbanding 2009. Tahun 2009 memberi langkah baru dan dunia baru apabila saya sudahpun berada di rumah. Pastinya harapan 2010 akan lebih penting buat kelangsungan karier dan keluarga. Insya-Allah, sama-sama kita menanamkan azam baru mahu berada di rumah dan menjana pendapatan

Saya mendapati ramai yang lebih suka berdiam diri sahaja apabila berkunjung ke blog ini. Apapun terima kasih sudi berkunjung. Setidaknya saya tidak lah berbicara seorang diri. Lagipun saya pun amat semput meninggalkan jejak. Saya memang singgah di semua senarai blog list. Hanya tidak meninggalkan jejak sahaja. Walaupun berada di rumah, masa sangat menceburui saya.

Salam perkenalan juga buat teman-teman baru. Masih ada lagi beberapa peserta yang belum saya buat pautan link. Sabar ya. Pertandingan masih lagi berlangsung sehingga 10 Disember 2009. Yang mana masih belum menyertainya, peluang masih terbuka buat anda.

Salam sukses penuh kasih sayang

www.masayuahmad.blogspot.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin