Tuesday, December 8, 2009

Peserta 12, 13,14,15,16,17,18,19



Peserta 12

Mommy Lyna

http://mysuperkids.net/

1.Apakah status anda kini?

Saya ibu bekerjaya sepenuh masa. Dalam masa yang sama saya juga melakukan kerja2 di online seperti blog, websites, e-books, dan sebagainya.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

1.Memiliki empayar perniagaan internet seperti Jeff Jarvis atau Irfan Khairi yang membolehkan saya menjadi seorang CEO tanpa perlu bekerja keras di bawah telapak kaki orang lain (wah, ayat!).

2.Membina sebuah search engine sehebat Google ataupun social networking website seperti FaceBook tapi Malaysian based dan mempunyai ciri-ciri ke-Malaysia-an.

3.Membuka perkhidmatan webhosting sendiri.

4.Memiliki rangkaian perkhidmatan di internet yang merangkumi pelbagai servis seperti perkhidmatan kaunseling, tutorial, coaching, etc. untuk mereka yang berminat dan bersungguh2 untuk menjalankan perniagaan atau pekerjaan dari meja komputer.

5.Mendidik anak-anak agar mahir komputer dan mempunyai perniagaan internet mereka sendiri.

6.Menjadi inspirasi kepada ibu-ibu yang terikat dengan perkerjaan tetap bahawa kita boleh melakukannya!

7.Diversify kepada perniagaan lain juga. Sebab tu saya nak buku di atas.

8.Ingin membina sebuah keluarga dan kehidupan yang well-balance. Sekarang saya nak pergi bercuti pun tak mampu. Takde budget + takde masa.

9.Financially free. Maknanya tak perlu tunggu gaji, tak perlu tunggu bonus, tak perlu tunggu apa-apa untuk mendapatkan sesuatu. Cuma perlukan planning dan pertimbangan bahawa kemahuan itu berbaloi ditunaikan dan tidak perlu seperti sekarang yang mana saya mencari barangan yang paling murah tanpa mengira kualiti.

10.Membantu wanita lain mencapai impian mereka (yang bersangkutan work at home)

11.Menulis buku tentang perjalanan kejayaan saya.

12.Semoga Allah memberkati usaha saya dan mengabulkan segala doa dan usaha keras saya ameen.

Peserta 13

http://anamarza.blogspot.com


1. Apakah status anda kini?

Saya merupakan Surirumah sepenuh masa (SAHM)

2. Apakah impian anda pada masa hadapan?

Dalam masa hampir tiga tahun menjadi SAHM, terasa seperti ada suatu ruang kosong dalam diri yang dari hari ke sehari ruang itu seperti makin melebar dan sunyi, walau tahu punca wujudnya ruang kosong tadi tetapi setiap kali cuba untuk mengisinya saya seperti hilang punca, sudut mana yg perlu diisi terlebih dahulu , apa pilihan "pengisian", corak atau warna apa yg harus dipilih, kemampuan untuk mencorak ruang kosong tadi, dan seribu satu persoalan yg akhirnya membantutkan usaha langkah pertama untuk mengecilkan atau mencorakkan sedikit ruang tadi.

Maksud saya, Dengan ijazah yg ada, sy memilih untuk menjadi SAHM dengan niat ingin melihat anak2 membesar di hadapan mata, selama 3 tahun bergelar SAHM terasa ade yg tak lengkap, tak lengkap sebab dalam waktu "sesak" saya tak ade sumber kewangan langsung untuk membantu meringankan bebanan suami, malahan untuk keperluan anak2 juga terpaksa berkira2 mana yang perlu diutamakan.

Setelah ditimbang tara, saya menolak untuk mengisi ruang kosong itu dengan bekerja di luar, kerana saya tahu akan wujud ruang kosong yg lain pula, (kehilangan peluang lebih masa dengan anak2) jadi pilihan yg ade hanya lah untuk meneroka diri mencari jika ade bakat yg tak ternampak, mencari kemahiran dan seterusnya menajam kemahiran agar dengan bakat dan kemahiran itu dapat menjana pendapatan untuk keluarga....

So, impian saya ialah Memulakan bisness di rumah, dan kerana saya belum yakin dan tak nampak apa kecenderungan saya saya amat2 berharap dengan memiliki buku " 101 Idea Bisnes Home Based"akan dapat membantu saya memulakan langkah yg pertama nanti.

Perancangan memulakan sebarang jenis bisness dirumah ini juga bergantung kepada tempat posting suami(yang akan diketahui sedikit hari lagi)...bermula tahun hadapan saya sangat2 berharap langkah pertama akan dapat diatur dengan jayanya..

Peserta 14

http://xarafatima.blogspot.com


1.Apakah status anda kini?

Wanita bekerjaya mempunyai pendapatan sampingan/sambilan - Pendapatan sambilan sebagai penulis dan merancang untuk menjadi pelukis pula.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Menjadi penulis sepenuh masa dan mengusahakan perniagaan yang boleh dibuat di rumah (masih belum difikirkan apakah jenis perniagaan itu). Buku 101 Idea bisnes di rumah mungkin dapat menjana serta mencetus idea akan jenis perniagaan yang boleh dilakukan..

Peserta 15

Siti Mariam

http://gerairizqi.blogspot.com/

Saya merupakan Wanita Bekerja Dari Rumah (WAHM).Mempunyai 4 orang cahaya mata dan suami yang penyayang.Adakalanya rutin harian boleh membuatkan rasa bosan di rumah sehinggalah pada bulan Ogos yang lepas saya cuba memulakan bisnes online secara kecila-kecilan.Alhamdulillah,sambutannya amat memberangsangkan.

Semua manusia mempunyai impiannya tersendiri.Nak cerita sedikit masa silam saya dulu ibu selalu menghadiahkan telekung buat saya.Sehinggakan dalam hati terdetik balik-balik telekung ja ibu ni bagi.Tapi bila dah dewasa barulah saya faham SOLAT itu penting dan dari situlah saya mendapat idea untuk bisnes telekung yang memenuhi syariat.Impian saya juga nak mencari rezeki yang berkat untuk keluarga mudah-mudahan dengan rezeki tersebut saya dan suami (kalau boleh sekeluarga) dapatlah saya menunaikan ibadah haji pada usia yang muda.

Buku Inspirasi Saya ialah Memulakan Bisnes Sendiri oleh Ainon Mohd.Saya ingin sekali menguruskan bisnes dengan lebih teratur dan terancang.Banyak lagi ilmu berkaitan pengurusan bisnes yang saya perlu pelajari.

Nota: Mohon siarkan entri jawapan di blog anda.

Peserta 16

http://kedaihuffaz.blogspot.com/

1.Apakah status anda kini?

Saya seorang wanita berkerjaya, mengajar di sebuah sekolah rendah agama.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Keluarga adalah segalanya untuk saya. Anak-anak adalah tulang belakang saya. Suami adalah syurga untuk saya. Semua ini telah lama saya sedar dan fikirkan, sejak saya masih lagi bergelar pelajar di Darul Qur'an JAKIM. Jadi, berada di rumah bersama anak dan menyambut suami tatkala pulang dari kerja adalah saat terindah dalam hidup saya. Namun, saya sedar saya tetap memerlukan pendapatan sendiri - kerana impian untuk berbakti dan membalas jasa ibu bapa tidak pernah padam. Itulah sebab utama kenapa saya masih bekerja sekarang, agar saya mampu memberi sedikit sumbangan untuk ibu bapa saya.


Oleh sebab itu, saya menyimpan impian untuk MEMILIKI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK milik sendiri. Juga sebuah BUTIK KANAK-KANAK - seolah-olah itulah taman impian kanak-kanak....segalanya ada di sana.
Kerana- saya mahu mendidik sendiri anak-anak saya dan juga membantu ibu-ibu berkerjaya di luar sana mendidik anak-anak mereka. Saya mahu menjaga dan mendidik anak saya sebaik yang mungkin, insyaALLAH perkara yang sama saya kan lakukan pada anak-anak mereka.

ALHAMDULILLAH, blog kedaihuffaz terbina dengan semangat dan saranan suami. Semoga bisnes siber ini juga berjaya.

Peserta 17

http://comeybelako.blogspot.com/

1.Apakah status anda kini?

e) Wanita bekerjaya mempunyai pendapatan sampingan/sambilan (Nyatakan)
Saya berkerja sepenuh masa di salah sebuah syarikat multinasional. Saya juga mempunyai perniagaan sampingan iaitu Handmade Jewelries - jualan secara online dan normal physical sales yang saya buat melalui kawan2 pejabat dan juga dengan bantuan babysitter saya.

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Saya bercadang untuk bekerja sendiri sepenuh masa. Target saya ialah pada umur 45thn saya sekeluarga akan kembali ke negeri kelantan dan memulakan perniagaan secara sepenuh masa di sana. Terlalu banyak perkara yang saya ingin lakukan. Saya juga sukakan aktiviti kebajikan. Saya telah didedahkan & terlibat dalam aktiviti kebajikan & kemasyarakan dengan penuh minat ketika saya berada di UTM. Sekarang ini saya displin kan diri untuk dermakan 10% dari hasil jualan handmade jewelries saya pada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah, buat masa sekarang saya masih konsisten dengan apa yang saya telah janjikan dengan diri sendiri dan Allah swt. I believe in these 2 quotes" sharing is caring" &"the more you give, the more you gain". Kalau ada masa saya akan ikut company charity event seperti program motivasi utk kanak2 sekolah dsbgnya.

Kekadang tu rasa terkilan jugak tak dapat memberi waktu berkualiti kepada keluarga. Masa begitu berharga sekali bagi saya. Every second counts. Tengah drive on the way back from work pun kepala dah ligat mikir sampai rumah nanti apa yang nak di buat dan nak masak apa etc. Jejak ja kaki kat umah, tanggal ja tudung terus masuk dapur. Sambil2 tu load baju dalam washing machine. Lepas maghrib dinner and then lembik dah. Tengok homework anak pun dalam keadaan rela paksa...hehehe. Tu tak masuk bab time kena bawak balik keja ke rumah. Terpaksa lah tunggu semua anak tidoq or bangun awal pagi siapkan office work.

Seperkara lagi, saya masih menyusu badan. Lagi lah challenging. Baby begitu attach dengan saya. Dan nak menambahkan lagi ke-challenging-an itu, saya hantar anak2 ke sekolah cina. Jadi setiap pagi saya perlu siap kan sarapan pagi utk makan & bekal anak2. It's a must. Begitu lah havocnya hidup saya ini. Semoga Allah swt terus memberi kekuatan kepada saya. Dan makbulkan doa saya untuk punyai bisnes sendiri & sepenuh masa.

Oh.buku.I love reading. Tapi tu lah. Dok kena curi2 masa nak membaca. Saya suka membeli buku. Sekarang ni ada 3 buku yang saya baru beli dan belum habis baca lagi pun. Saya selalunya letak satu kat ofis, kat drawer keta - kekadang tu naik feri ke Penang kalau ada meeting boleh curi masa baca. Kat rumah for sure mesti ada. So macam tu lah saya curi2 time nak membaca.
Definitely Motivation books yang menjadi pilihan saya.

Peserta 18

Kak Chik

http://keluargakusayang.blogspot.com/

1.Apakah status anda kini?

Untuk soalan ini ada disediakan 6 jawapan dari a hingga f jadi kakchik rasa diri kakchik ni termasuk dalam jawapan
a.Wanita bekerjaya
d.Bisnes atau bekerja sendiri (SOHO)
e.Wanita bekerjaya mempunyai pendapatan sampingan/sambilan (Nyatakan: bisnes abaya, buku secara online dan juga khidmat konsultan minat membaca kanak-kanak)
f.Pelajar

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Kalau boleh memang kakchik mahu menguruskan rumahtangga sepenuh masa tapi memandangkan zaman sekarang ini memerlukan lebih dari satu sumber pendapatan untuk menyara keluarga, maka kakchik harus keluar bekerja.

Harapan kakchik ialah dapat menguruskan perniagaan kakchik sepenuh masa agar ianya dapat berkembang dengan baik dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Kakchik ingin mempunyai bangunan sendiri yang menempatkan segala kemudahan menyeronokkan untuk kanak-kanak seperti kedai buku, perpustakaan, taman permainan, cafe, pusat pakaian dan ruang aktiviti kreatif.

InsyaAllah kakchik akan membuka butik abaya yang serba lengkap menyediakan pakaian wanita Islam yang menepati kod etika pemakaian Islam di mana golongan pelajar hinggalah yang berada mampu memiliki abaya berkualiti untuk menutupi aurat mereka.
Kakchik ingin menyambung terus pengajian untuk memastikan diri berjaya menjadi pakar pendidikan awal kanak-kanak.

Yang sebenarnya kakchik telah pun mempunyai ketiga-tiga buku yang ditawarkan tapi bagi kakchik hadiah bukanlah matlamat tapi sokongan terhadap peraduan ini yang penting. Syabas kepada Masayu kerana berfikiran kreatif menganjurkan peraduan sebegini. Kalau ada lagi peraduan berkaitan buku, jangan lupa jemput kakchik ya.

Peserta 19

Zubaidah Arba'i
http://ummihanani.blogspot.com/


1.Apakah status anda kini?

b.Wanita bekerja dari rumah (WAHM)
d.Bisnes atau bekerja sendiri (SOHO)

Laman web perniagaan saya :

Produk Kesihatan&Kecantikan: http://kedainiaga.com
Produk Busana Muslim : http://butikhanani.kedainiaga.com

2.Apakah impian anda pada masa hadapan?

Impian idah pada masa hadapan insya Allah ingin memiliki sebuah butik muslimah seperti HAJABA yang serba lengkap untuk semua golongan samada yang sederhana hinggalah yang berada. Di samping itu idah juga berimpian untuk membuka sebuah SPA Kecantikan dan Kesihatan yang memfokuskan kepada muslimah. Harapan idah semoga idah akan berjaya menguruskan dan melebarkan sayap perniagaan ini secara maya dan nyata. Di samping ingin menjadikan perniagaan ni sebagai satu warisan buat anak-anak idah..Insya Allah.
Idah ingin menjadi seorg anak, adik, isteri, ibu dan usahawan yang berjaya serta menjadi contoh terbaik anak-anak idah. Semoga dipermudahkan.

2 comments:

maya amir said...

sungguh berinspirasi sumenye..tapi saya suke peserta no 13 ye.. yg anamarza.. walaupun saya bekerja, die housewife tapi bile die meluahkan tentang kekosongan, same seperti yg saya rase, saya mencarik2 kekuatan/bakat saya tapi masih tak nmpk.. huhu...

Masayu Ahmad said...

maya amir

perkongsian dengan lebih ramai orang, akan membuka ruang dan perkongsian

melalui perkongsian sebegini kita akan jumpa dengan mana-mana individu yg mempunyai kecenderungan dan persoalan yang sama

maya tidak akan keseorangan dalam hal ini

cuma berbeza maya bekerja manakal anamarza surirumah sepenuh masa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin